Friday, August 13, 2010

Kawal Harga Ayam: Menteri Tak Pandai Tadbir Negara.


KL OGOS 13 10: Bernama melaporkan Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Rohani Abdul Karim berkata, ketika diminta mengulas mengenai harga ayam yang naik mendadak di beberapa buah negeri dengan bermulanya bulan Ramadan ini. Antaranya katanya....

Satu:

(i) 'kenaikan harga ayam di sesetengah tempat bukan disebabkan faktor kekurangan bekalan'.

'kerana daripada mesyuarat yang saya hadiri pagi tadi dengan pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, bekalan lebih daripada mencukupi iaitu 10.5 juta ekor ayam untuk seminggu walhal permintaan ayam sehari hanya satu juta ekor.'

(ii) 'tetapi sikap pembekal yang sengaja menaikkan harga sesuka hati berikutan permintaan tinggi terhadap barang itu ketika ini.'

'Ini semua taktik mereka..'

(iii) 'Keadaan ini disebabkan kuasa pasaran iaitu apabila permintaan lebih tinggi dan ayam pula bukan barang kawalan, mereka telah naikkan harga di peringkat runcit.'

Kedua: Saranan Menteri itu...

(i) 'Pengguna dinasihatkan agar tidak panik dengan harga ayam yang naik mendadak ketika ini kerana ia hanya bersifat sementara'

(ii) 'pengguna juga berupaya mengelakkan diri mereka daripada terus ditindas dengan memainkan 'kuasa pembelian' sepenuhnya.'

(iii) 'Sementara harga ayam tengah naik, pengguna boleh tukar kepada makanan lain dan ini akan menyebabkan permintaan menurun dan akhirnya harga ayam pun akan turun juga kerana ayam bukan gula yang boleh disimpan. Apatah lagi orang sentiasa nak yang segar..'

Ketiga: Apa tinmdakan kementerian?

(i) 'kementerian itu sentiasa menjalankan pemantauan dari semasa ke semasa bagi memastikan harga barang tidak dinaikkan sesuka hati'

(ii) 'menjelang Aidilfitri ayam akan dijadikan barang kawalan dan harganya akan terkawal'

Keempat: Untuk maklumat lanjut sila lihat...

Kelima: Antara komen terbaru pembaca fasal kenaikan harga ayam..

mr edz said...

pemimpim hampeh jer semua tu.. tak pandai mentadbir negara..

JBS said...

Hapuskan sahaja jawatan menteri pengguna tu dan gantikan dengan jawatan menteri jaga peniaga dan pembekal. itu sahajalah yang sesuai bagi pemimpin-pemimpin melayu yang tak habis-habis mengkhianati bangsanya dari dulu kini dan selamanya....melayu bodoh!, lagi ditindas, lagi kuat menyokong UBN. Takut sangat kepada pembangkang, macamlah boleh hidup 1000 tahun lagi!

Keenam: Penyelesaiannya? Menurut Blog Ibnu Hasyim, Tolak BN dalam PRU13 akan datang.

(Sumber: Bernama/AK)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails