

Catatan Santai
Ibnu Hasyim
MERUJUK kepada tulisan saya yang lalu ‘Monday, October 20, 2008 Berpacaran Di Banda Aceh…’ seseorang memberi komen..
Cut Anak Aceh said... “Maaf Saudaraku Tgk Ibnu Hasyim. Aku
kenal Tgk semasa di dewan hotel perjumpaan Guru-guru Besar sekolah-sekolah seluruh Aceh tempoh hari. Tgk ada memuji Undang-undang Syariat di sini. Tetapi bila aku lihat web ini, Tgk seolah-olah mengorek kelemahan perlaksanaan Undang-undang Syariat ini. Aku juga pernah tinggal lama di Malaysia, nampaknya Tgk lebih nampak kuman diseberang lautan dari bangkai gajah di depan mata.. -Banda Aceh 8 Nov 2008” Begitu sindirnya.
Hal ini mengingatkan saya keadaan social masyarakat
1…
2…
3…
4…
5…
6. Ramai perempuan pakai tudung, tapi bermekap tebal dan berwangi-wangian. Bibir merah menyala. Menunjukkan aksi seksi pula tu.
7...Ada perempuan bertudung, ‘merendek’ pula dengan pacar di bangku stesen bas dan pusat beli-belah. Ini menjatuhkan imej wanita bertudung.
8...Ramai perempuan suka pakai kasut bertumit tinggi. Apabila berjalan berbunyilah, tang, tang, tang. Dalam khutbah itu, khatib memberitahu tidak boleh timbul bunyi yang boleh menaikkan syahwat lelaki.
Nabi Muhammad SAW juga pernah berkhutbah seperti yang dirawikan oleh Abu Sa’id Al-Khudri RA, kata Nabi, “Ingatlah jangan seseorang itu takut kepada orang ramai… sehingga dia berkata benar bila dia tahu perkara yang benar.” Ertinya, jangan ada dikalangan kamu bila melihat perkara sebenar melainkan mesti menyatakan kebenaran, ..dan mencegah mungkar apabila melihat kemungkaran. Jangan berdiam diri dari mencegah mungkar semata-mata kerana takut kepada orang ramai, walaupun pahit akibatnya!
Bahkan Abu Sa’id yang meriwayatkan hadis ini sambil menangis berkata, “Demi Allah! Kami melihat beberapa perkara mungkar lalu kami merasa takut.. inilah kelemahan kami.” Tidak seperti beberapa sahabat beliau lain, bila melihat perkara tidak betul, mereka terus menegurnya tidak kira siapa dan apa yang akan berlaku!
Bukan dedah aurat wanita itu sahaja yang maksiat…
Bahkan pada suatu ketika selepas perang dengan kerajaan Parsi, Umar Al-Khattab antara pemimpin Islam ketika itu terus membahagi-bahagikan kain-kain rampasan kepada rakyat di Madinah. Esoknya, masing-masing pun memakai baju dibuat daripada kain yang didapati menurut bahagian masing-masing. Saidina Umar pun memakai baju dari kain yang telah dibahagi-bahagikan itu.
Tiba-tiba bangun seorang sahabat dan berkata membantah, “Kami tidak mahu dengar dan kami tidak mahu taat pada tuan!”
“Kenapa kamu cakap macam tu?” Tanya Umar.
“Dari mana kamu ambil baju yang kamu pakai ini?” Sahabat itu bertanya. “Kerana kalau ikut pembahagian semalam, kain yang kamu dapat itu memang tidak cukup dengan tubuh kamu... cuma sedikit saja!”
Maka Umar menyuruh anaknya Abdullah bin Umar bangun menjelaskan, “Bangunlah Abdullah..”
“Saya beri bahagian saya kepada ayah saya!” Abdullah menjelaskan. Yakni untuk melengkapkan jadi sehelai baju yang dipakai ayahnya itu.
Maka barulah sahabat itu tadi berkata, “Sekarang barulah saya dengar dan saya taat!!”
Begitulah sihatnya amalan islah ‘suruh buat baik & cegah mungkar’, serta keadilan dalam menguruskan harta, sehingga beliau sendiri pun dapat sama banyak dengan rakyatnya, walaupun baginya tak cukup. Begitu juga halnya yang berlaku di zaman khalifah Muawiyyah bin Abi Sufian ketika beliau bangun berucap, “…dan taatilah aku!”
Lalu bangun seorang tabi’in, Abu Qasim Al-Khula’i yang juga seorang ulama muda, sedangkan Muawiyyah adalah seorang lama berpengalaman yang jadi khalifah. Kata beliau, “Wahai Muawiyyah! Sesungguhnya harta yang kamu kumpul diambil dari negeri ini., bukan dari titik peluh kamu, juga bukan dari ibu bapa dan pusaka kamu!. Ini adalah harta negara, mengapa kamu bertindak demikian?”
Muawiyah tidak tahan, lalu lari dari majlis berkenaan. Tiba-tiba beliau datang semula dan berkata, “Aku mendengar Rasulullah bersabda, ‘Sesungguhnya syaitan itu daripada api dan marah itu daripada syaitan. Untuk padam api, guna air. Justeru sesiapa yang marah hendaklah dia berwuduk.’ ..dan aku pun telah berwuduk kerana mendengar (nasihat) Rasulullah SAW itu. Sebenarnya apa yang kamu kata tadi itu adalah benar.”
Beliau mengaku dan menerima teguran orang bawahan, walaupun peristiwa itu berlaku di zaman kegemilangan Islam. Bahkan perlakuan tidak adil dalam merebut harta di kalangan pemimpin hari ini secara tidak betul juga adalah maksiat. Tidak memberi ruang kebebasan bersuara juga adalah maksiat, termasuk tangkap tanpa bicara seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, ISA atau ‘Ikut Suka Aku (pemimpin kerajaan)’ itu. Samada maksiat itu berupa bangkai kuman atau bangkai gajah, berada di seberang lautan atau di depan pelupuk mata sendiri.
Mungkin masalah berpacaran di Banda Aceh ‘bagaikan kuman’ berbanding dengan masalah sosial di Malaysia seperti 8 perkara yang disebutkan oleh khatib di KL itu. Tetapi ingat, maksiat pemimpin yang tidak adil, rasuah, atau mengaut harta sehingga mampu tidur dengan kekenyangan sedangkan jiran atau rakyatnya tidur dalam kelaparan, itu juga adalah maksiat. Bahkan mungkin lebih besar maksiatnya dari wanita-wanita remaja yang memakai jeans terlondeh menampakkan alur bontot yang tersengeh tadi.
Sekian catatan santai kali ini, sekurang-kurang sebagai penjelasan kepada cik ‘cut anak Aceh’ yang turut mencetuskan perbincangan begini. Wa billahi taufik wal hidayah, wassalamu ‘alaikum warahmatullah.
Catatan santai: ibnuhasyim.com
(e-mail: ibnuhasyim @gmail.com
Antara tulisan-tulisan Ibnu Hasyim: CATATAN PERJALANAN & SANTAI mengenai Aceh, ialah….
1.. Peluang Berniaga Di Aceh. KL. 28-09-07
2.. Peluang Berniaga Di Aceh 2. 06-10-07
3.. Janji Damai Helsinki, Mana Islamnya? Sept8, 08.
4.. Kampung Kedah Aceh Selepas Tsunami. Sept9, 08.
5.. Misteri Pulau Puaka Di Aceh. Sept13,08.
6.. Partai Aceh: Menang Pun Perang, Kalah Pun Perang! Sept14,2008.
7.. Kini Saya Di Tiro.. Gimana Damainya? Oktober23,2008
8.. Berpacaran Di Banda Aceh…Oktober20,2008
9.. Iklan di Aceh Ikut Kelantan? Oktober16,2008
10.Hasan Tiro Seorang Nasionalis? Oktober12,2008
11.Dora, Isteri Hasan Di Tiro Keturunan Yahudi Amerika... Oktober10,2008
12.Mengapa Berita Ini Tiada Dalam Akhbar Malaysia? Oktober09,2008
13. Sebat Di Aceh.. Serumah Bersama Janda Oktober23, 2008







