Sunday, August 10, 2008

Siapa Guan Eng, Berbanding Umar Abdul Aziz?


Ibnu Hasyim: Catatan Santai


“NAIK muak aku dengaq, Guan Eng nak disamakan dengan Khalifah Islam yang dihormati Umar Abdul Aziz..” Katanya dengan sesal. “Nak samakan Nabi Muhammad SAW dengan pemimpin-pemimpin dunia lain? Mana sama.. macam langit dengan bumi!!”


Lim Guan Eng (Cina : 林冠英; pinyin: Lín Guānyīng) merupakan Ketua Menteri Pulau Pinang ke 4, ADUN Air Puteh, Ahli Parlimen Bagan dan Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP). DAP berjaya menyapu bersih kesemua 19 kerusi DUN Pulau Pinang yang ditandingi pada Pilihan Raya Umum Malaysia ke-12. Beliau, anak lelaki Lim Kit Siang, bekas Ketua Pembangkang d parlimen, dan berkahwin dengan Betty Chew, ADUN Kota Laksamana di Melaka.


Lim Guan Eng dapat didikan awal di La Salle Primary English School di Petaling Jaya, dan kemudianya di Batu Pahat Montfort Primary English School. Pendidikan menengah di Batu Pahat High School dan Melaka High School. Terus ke Universiti Monash, Australia (Ijazah Ekonomi) dan pernah menjadi presiden MUISS (Monash University International Student Society). Tahun 1986, 1990 & 1995 jadi YB Parlimen Kota Melaka, Pengerusi Pemuda Sosialis DAP (1989 & 1992) dan akhirnya Timbalan & Setiausaha Agung DAP.


“Walaupun beliau bukan Islam, tetapi beliau sanggup terpaksa tinggalkan politik selama 5 tahun dari (26 Ogos 1999 hingga 25 Ogos 2004) kerana tidak dibenarkan makhamah menjadi Ahli Parlimen. bersabit pembelaannya dalam kes rogol gadis bawah umur oleh bekas KM Melaka… dan seterusnya Lim dipenjara 18 bulan. Yang membela pula yang kena hukum hukum…” Jawabku, menjelaskan komennya.


“Kini pada pilihan raya umum 2008 lalu, Lim muncul lagi dengan memenangi kerusi parlimen Bagan dan kerusi DUN Air Putih di Pulau Pinang … dan menjadi KM Pulau Pinang, selepas kejayaan DAP menumbangkan penguasaan BN yang begitu lama! Yang hebatnya, mula-mula dia perintah, dia nak jadikan pemerintahan Khalifah Umar Adul Aziz sebagai idolanya… Kita belum pernah dengar pemimpin BN cakap begitu, apa lagi yang bukan Islam! Sekurang-kurangnya dia sudah akui kebaikan pemerintahan Islam..” Kataku lagi.


Umar Abdul Aziz pula, nama sebenarnya ialah Abu Jaafar Umar bin Abdul Aziz bin Marwan bin Hakam. Ibunya bernama Laila binti ‘Asim bin Umar bin Al-Khatab. Lahir pada tahun 61H dan meninggal pada umur 39 tahun. Menjadi Khalifah Ke 6 Bani Umaiyah selama 2 tahun 5 bulan. Beliau telah menghafaz al-Quran sejak masih kecil lagi. Merantau ke Madinah untuk menimba ilmu pengetahuan. Beliau telah berguru dengan beberapa tokoh terkemuka seperti Imam Malik bin Anas, Urwah bin Zubair, Abdullah bin Jaafar, Yusuf bin Abdullah dan sebagainya. Kemudian beliau melanjutkan pelajaran dengan beberapa tokoh terkenal di Mesir.


Beliau telah dipanggil balik ke Damsyik oleh Khalifah Abdul Malik bin Marwan apabila bapanya meninggal dunia dan dikahwinkan dengan puteri Khalifah, Fatimah bte Abdul Malik (sepupunya).


“Hebatnya, Umar Abdul Aziz pula, selepas dilantik menjadi khalifah, beliau terus ke masjid dan memberikan ucapan dasar di hadapan orang ramai. Antara ucapan dasarnya ialah… ‘ tidak ada kitab selain dari Al-Quran dan tidak ada nabi selepas nabi Muhammad SAW. Sesungguhnya aku bukan seorang hakim tetapi aku hanya menjalankan hukum. Aku bukanlah orang yang terlebih baik daripada kamu tetapi aku adalah orang yang sangat berat sekali memikul tanggungjawab.’ Kata ku lagi.


Apa pula jasanya dalam pemerintahan, sampai Lim Guan Eng pun minat dengannya?”


“Secara ringkasnya…


1.Menyuruh Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazmi di Mekah mengumpul, menyusun semula dan hadis Rasullullah SAW.
2. Tambah gaji pegawai-pegawai kerajaan untuk elakkan dari rasuah.
3. Menghantar pendakwah Islam kepada raja India, raja Turki dan ketua bangsa Barbar di Afrika untuk mengajak mereka masuk Islam.
4. Bayaran cukai, jizyah atau wang perlindingan dihapuskan keatas sesetengah negeri yang dibawah perlindungannya.
5. Hukum bunuh diperketatkan setelah mendapat persetujuan dari Khalifah dan selepas diselidiki dengan sedalam-dalamnya.
6. Mendirikan masjid dan rumah persinggahan untuk orang musafir.
7. Menghantar balik harta rampasan dan harta yang telah diambil dengan tidak sebenar.
8.Tukar pegawai kerajaan yang tidak cekap.
9.Buang ke’kroni’an ke’khalifah’an.
10. Eratkan semula hubungan antara keluarga Bani Umaiyah dengan keluarga Saidina Ali dan menghapuskan celaan terhadap Ali dalam khutbah jumaat.” Ku jelaskan lagi.


“Apakah dengan menaikkan gaji pegawai-pegawai agama di Pulau Pinang ada kaitan dengan idola Lim Guan Eng dengan Khalifah Islam itu? Apakah Lim boleh eratkan lagi hubungan kaum antara bangsa-bangsa Cina dengan Melayu seperti langkah Umar merapatkan hubungan dinasti Umaiyah dengan Ali?” Kawanku itu bertanya lagi.


“Kalau dulu bangsa Mongol penyerang, pembunuh ganas, penjajah dan penakluk negara-negara umat Islam, akhirnya boleh memilih Islam dan menjadi pendokong kebangkitan semula Islam, apakah hal ini tidak mungkin atau mustahil berlaku masa ini?? Allah saja yang Maha Tahu.”


“Ada orang kata Lim memilih gaya hidup sederhana berpaksikan Khalifah Islam itu? Apa pandangan anda?”


“Oh… Itu lagi panjang ceritanya. Akan ada yang nak tahu, mengapa dia pilih Umar Abdul Aziz, tidak pilih Khalifah Muawiyah Abu Sufian? Apakah rahsianya?”


Kita sambung di catatan santai akan datang.


Catatan santai:
ibnuhasyim. blogspot.com
(e-mail:
ibnuhasyim@gmail.com)
Ogos09, 08 Singapura.

4 comments:

Perawi said...

Janjinya akan masuk Islam, selepas ayahnya Lim Kit Siang - mati.Isya'Allah

ALIFGHAIB ALHAQ said...

Salam.Suatu yang menarik dan 'cool'.Pasti ada susulannya.

Anonymous said...

Yalah, tak payahlah nak memuja muja Lim Guan Eng seperti Sayidina Umar. Di sisi Allah, walau sebagaimana baik dan banyaknya khidmat, individu itu bukanlah yang terbaik berbanding mereka yang beriman dengan Allah, mengambil Islam sebagai ugama dan Muhammad sebagai rasul. Mungkin kita boleh mengambil pelajaran serta menghormati mereka sebagaimana sepatutnya, tetapi mereka bukanlah idola dan guru contoh kita.

Bagi saya, tidak akan ada sesiapapun manusia biasa selepas para sahabah yang akan boleh sampai ketaraf Sayidina Umar. Kalaupun kita hendak mengangkat seseorang sebagai manusia contoh, amat ramai umat Islam sendiri yang layak berbanding dengan Guan Eng.

Anonymous said...

since muslim sendiri dah tak nak ikut cara islam so non-muslim ikutlah ...

plus dalam malaysia, konsep Islam agak unik berbanding negara lain.. bangs dahulu, baru agama atau agama=bangsa

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails