Saturday, August 16, 2008

Group Univ UK Sokong Ustaz Hadi Jadi PM..


BY MEGAT ALI MEGAT ALANG


IPOH 16 Ogos – Dr Haji Mohd Hasyim selaku Presiden Group Universiti Ulu Klang bersetuju dengan kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Ustaz Dato' Mohd Daud Iraqi yang menegaskan sekiranya kerajaan Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan yang baru selepas 16 September ini, orang yang paling layak untuk memegang jawatan sebagai Perdana Menteri adalah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.


Demikian ditegaskan oleh Dr Haji Mohd Hasyim, dalam pertemuan di suatu majlis makan malam di Ipoh malam tadi. Menurut beliau lagi, hujah Dewan Ulama PAS itu merujuk kepada kepentingan yang boleh disumbangkan kepada Islam. Mereka melihat kepada persoalan yang lebih menguntungkan Islam, walaupun begitu terpulanglah kepada keputusan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat selepas ini.


“Itu pandangan Dewan Ulama PAS, tentulah mereka kata presiden mereka yang layak, mungkin parti lain akan menyatakan presiden parti mereka pula, maka hal ini terserah kepada kebijaksanaan pemimpin parti-parti dalam Pakatan Rakyat… Saya menyokong pandangan beliau atas beberapa alasan. Sila lihat tulisan saya dalam Ibnu Hasyim.com … ” Kata Dr Mohd Hasyim yang juga seorang penulis weblog.


Antara tulisan beliau mengenai hal tersebut:

Anwar Tak Layak Jadi PM?’ 23-07-08 &
Tidak Wajar Anwar Saja Disebut Bakal PM’ 27-04-08.

Ya, silalah layari…

2 comments:

Anonymous said...

berpolitik biarlah ada bijaknya... memang kite mahukan pemimpin kita menjadi PM.. namun dalam situasi begini perlulah melihat keadaan tuntutan semasa rakyat jelata... Anwar lebih diterima sebagai PM.. PAS perlu mengambil peluang semasa Anwar menjadi PM untuk mengembangkan dakwah Islamiah...

Cik Lee said...

Doktor, saya baru bagi award kat doktor. Silalah jenguk blog saya untuk ambik award doktor.. sila.. sila..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails