Saturday, March 19, 2016

Panas! 10 X Mandi sehari. Jom Skoding..

Sekumpulan gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah, Temerloh turut merasai gelombang haba panas apabila terpaksa dibawa berendam di sungai ketika cuaca panas.


TEMERLOH – Gelombang haba yang melanda negara ketika ini bukan sahaja meresahkan orang ramai malah turut menyebabkan 27 ekor gajah di Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah di sini buat perangai jika ia terasa panas melampau.
Ketua unit gajah di pusat itu, Nasaruddin Othman berkata, sejak cuaca panas lebih sebulan lalu, haiwan berkenaan dimandikan 10 kali sehari berbanding empat hingga lima kali sebelum ini bagi menge­lakkan haiwan-haiwan itu bertindak di luar jangkaan.
“Nasib baik kami menggunakan air terjun berhampiran sebagai sumber air mandi dan minum gajah-gajah ini. Jika tidak, bil air sudah pasti naik mendadak,” kata beliau di sini semalam. 

Friday, March 18, 2016

Laporan Polis: Rasuah Beli Rumah G/Eng. Sokong Parti Cinta M'sia. -IH

huanSatu laporan polis dibuat berkaitan dengan dakwaan rasuah di sebalik pembelian sebuah rumah banglo di Jalan Pinhorn oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.
Laporan itu dibuat oleh Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan di Balai Polis Perai.
Dalam laporan itu, Huan menggesa siasatan dilakukan terhadap Guan Eng berhubung dakwaan pembelian rumah banglo pada harga jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
Beliau mempertikaikan tindakan Guan Eng yang didakwa membeli rumah dengan keluasan lebih 10,000 kaki persegi di Jalan Pinhorn, Georgetown itu dengan harga RM2.8 juta tahun lalu sedangkan harga pasaran semasa rumah berkenaan ialah RM6 juta.
Huan juga meminta agar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat bagaimana Guan Eng boleh memberi kelulusan kepada penjualan lot tanah di Taman Manggis Fasa 2, Georgetown bagi tujuan pembinaan hospital swasta dan hotel kepada Ms Phang (pemilik rumah banglo yang dibeli oleh Guan Eng) sedangkan tanah itu sudah diperuntukkan untuk pembinaan perumahan rakyat termiskin kerajaan sebelum ini.
SPRM juga katanya perlu melakukan siasatan terhadap tiga syarikat yang didakwa membeli tanah di Taman Manggis dengan harga di bawah pasaran serta menjual rumah berkenaan kepada Lim di bawah harga pasaran semasa.
“Saya sedih dengan nasib orang Pulau Pinang yang tidak mempunyai rumah, sedangkan tanah yang diperuntukkan diberikan kepada pembinaan hotel mewah dan hospital swasta.
“Saya anak jati Pulau Pinang dan mahu Lim memberi penjelasan berhubung perkara ini sekiranya mendakwa dia juara rakyat,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Perai semalam.
shahbudin
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sokong Parti Cinta Malaysia, dalam hal ini.. 

Nampaknya bab harta dan duit ni, DAP sama dengan UMNO jika terbongkar lagi. Guan Eng sama dengan Khir Toyo.

Azmin MB Selangor lebih baik dari KM PP kini. Terbaik sekali MB Kelantan sekarang dan sebelumnya. Tahniah PAS!

P.Pg, siap-siaplah, cari KM baru, kalau perlu, rakyat PP, buat demontrasi tuntut KM letak jawatan segera!

Rumah KM P/Pg: Perlu Diadakan Forum Terbuka Guan Eng/Datuk Shabuddin Yahaya...


Beginikah cara hidup pemimpin demokratik sosialis rakyat?

GEORGE TOWN – Adakah Ketua Menteri Pulau Pinang yang mencabar Datuk Shabuddin Yahaya bersemuka di Komtar pada Ahad ini bagi membuktikan apa diucapkan Ahli Parlimen Tasek Gelugor di Parlimen pada Khamis itu, hanya dalih untuk melarikan isu sahaja?
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Pulau Pinang, Datuk Seri Zainal Abidin Osman berkata, setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Lim Guan Eng sepatutnya sudah lama menggugurkan budaya politik jalanan samseng.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Bagan itu pada Jumaat yang membuat cabaran dan mendakwa konon pembelian banglo daripada ahli perniagaan dibuat secara sah, bebas dan rela hati pada harga dipersetujui.
Setiausaha Agung DAP itu berdalih, transaksi dilakukan oleh kedua-dua pihak; ‘willing buyer willing seller’ tanpa sebarang paksaan atau tekanan sehingga mampu memperoleh harga jauh lebih rendah daripada pasaran semasa.
pindahmilik
“Oleh itu, saya gesa pihak berwajib buat siasatan teliti ke atas laporan yang dibuat dan ambil tindakan selanjutnya jika didapati ada bukti salah laku atau penyalahgunaan kuasa dalam pembelian banglo oleh Guan Eng,” katanya.
Zainal Abidin berkata, pembelian banglo di kawasan elit Jalan Pinhorn di sini oleh Guan Eng daripada seseorang yang jauh lebih murah memang perlu disiasat segera Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.
Ini berikutan sejumlah laporan kepada polis dan SPRM telah dibuat oleh beberapa individu dan NGO pada Jumaa malah kata beliau lagi, sejak 2009 memang sudah ada laporan kepada SPRM dibuat berhubung isu banglo ini.
Shabuddin dalam ucapan di Parlimen bertanyakan hubung kait penjual banglo itu kepada Guan Eng menerusi tender tanah kerajaan negeri di Jalan Zainal Abidin kepada satu syarikat swasta untuk bina hotel mewah dan hospital pada 2012.
bungalowguaneng
Dalam pada itu kata Zainal Abidin, rakyat Pulau Pinang seharusnya berasa bangga dan gembira setelah tujuh tahun menjadi Ketua Menteri, Guan Eng dapat membeli sebuah banglo pada harga amat istimewa di negeri itu.
Kata beliau, adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri yang dianggap idola itu terus menjadi seorang penyewa rumah sahaja dan tidak memiliki sebarang kediaman sendiri di George Town yang mahal kos hartanahnya.
“Saya turut gesa Kerajaan Pulau Pinang mempertingkatkan usaha menyediakan kediaman yang mampu dimiliki rakyat Pulau Pinang yang belum memiliki rumah sendiri. Rumah tanpa kolam renang pun tak apa,” sindirnya. 
Menurut weblog Ibnu Hasyim, 
"Adalah lebih baik diadakan forum bagi membincangkan hal ini, samada di pentas terbuka Pulau Pinang atau di tv Malaysia, supaya rakyat boleh tahu keadaan sebenarnya." Kata editornya Dr Hj Mohd Hasyim. (IH)

P.Pinang, 28 Kampung Lenyap -Profesor Dr Ahmad Murad. Projek 'Israelkan Palestin M'sia'?

28 kampung tradisi lenyap
 Kampung Mutiara di Batu Feringghi adalah salah satu perkampungan Melayu yang berdepan isu pengusiran

GEORGETOWN - Menghapuskan kampung-kampung tradisi di negeri ini bukan sahaja bakal menghilangkan sejarah warisan malah perbuatan itu juga akan membunuh gaya hidup serta norma masyarakat tempatan.

Penyelidik dari Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS), Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Ahmad Murad Mohd Noor Merican berkata, penghapusan kampung tradisi juga bakal melenyapkan sejarah dan mungkin akan dilupakan oleh generasi akan datang.

Menurutnya, pihaknya mendapati sebanyak 28 buah kampung dilenyapkan dan beberapa buah kampung lagi dikenal pasti berhadapan dengan ancaman penghapusan.

Antaranya kampung yang telah lenyap dan bakal berdepan dengan penghapusan ialah Kampung Pokok Assam, Kampung Batu Uban, Kampung Permatang Tok Subuh, Kampung Buah Pala, Kampung Tanjung Tokong, Kampung Sungai Nibong Kecil dan Kampung Makam.

“Bukan mahu menyalahkan mana-mana pihak tetapi kita perlu mengambil perhatian juga akan kesedaran terhadap warisan ini sekali gus menilai semua perancangan pembangunan yang telah dan sedang dibuat.

“Adakah kita melakukan perkara yang betul atau sebaliknya dalam merancang pembangunan sehingga kini? Mengapa 28 buah kampung ini menjadi mangsa dan diancam,” katanya pada sidang media khas di USM di sini, semalam.

Dr Ahmad Murad berkata, pembangunan yang sedang dilakukan tidak semestinya merujuk kepada binaan bangunan moden sahaja tetapi ia sepatutnya turut membabitkan pemuliharaan cara hidup dan kemasyarakatan.

Katanya, kesan daripada pembangunan moden yang pesat dijalankan sejak akhir-akhir ini, nilai sejarah kampung berkenaan turut lenyap bersama kampung terbabit.

“Contohnya, kawasan sekitar Kelawai suatu ketika dulu terdapat lebih 20 kampung yang bertapak di situ namun kini hanya terdapat tiga buah sahaja yang masih didiami.
“Selain itu, Kampung Siam di Pulau Tikus antara kampung yang sudah lewat bagi diselamatkan dan jika dikenal pasti lebih awal, mungkin kita dapat menyediakan data serta maklumat lengkap bagi kefahaman masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Pengarah CenPRIS, Profesor Madya Dr Azeem Fazwan Ahmad Farouk berkata, dasar pihak berkuasa yang bertanggungjawab meluluskan sesuatu projek pembangunan melibatkan negeri ini  perlu dikaji semula.

Menurutnya, penilaian semula itu perlu bagi memastikan pembangunan yang diamalkan di negeri ini mengikut landasan sebenar sekali gus dapat menyelamatkan warisan negeri ini.

“Modenisasi bukan tiket untuk semua pihak berlumba-lumba membina bangunan tinggi dan moden sehingga sanggup mengorban warisan sejarah yang ditinggalkan generasi lalu.

“Semua pihak khususnya masyarakat, pihak berkuasa, kerajaan negeri dan pemaju hartanah perlu sedar akan tingginya nilai warisan ini dan amat rugi sekiranya semua warisan terbabit terutamanya kampung-kampung tradisi dihapuskan begitu sahaja dek kerana pembangunan,” katanya.

Katanya, isu pemilikan tanah tapak-tapak warisan termasuk kampung-kampung tradisi ini bukan perkara pokok yang perlu dipertikaikan sebaliknya langkah menyelamat tapak warisan berkenaan dari lenyap perlu diutamakan.

Beliau turut mencadangkan agar satu kajian bagi mengubah pandangan masyarakat mengenai konsep pembangunan bagi menyelamatkan kampung tradisi di negeri ini.

Dr Azeem Fazwan berkata, hasil kajian itu boleh dijadikan panduan dan idea baharu dalam pembangunan kampung tradisi di negeri tanpa melenyapkan kampung berkenaan.

“CenPRIS ingin mencadangkan satu kajian mengenai kampung di Pulau Pinang dengan kerjasama kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) serta individu yang berminat dengan isu ini.
“Ia mungkin membabitkan kos jutaan ringgit bagi mengenal pasti salasilah, aktiviti ekonomi, sejarah kampung serta mengumpul data kampung yang berkaitan,” katanya. (SH) 



Sheikh Hazem Al-Bakri (kiri) berjalan melintasi kilang produk tenusu milik Islamic Society Palestin di Tebing Barat yang dirobohkan oleh rejim Israel pada 2 September lalu, atas alasan mempunyai kaitan dengan Hamas. - AFP 

Komen Weblog Ibnu HasyimApakah ini boleh dikategorikan sebagai 'Projek meng'Israel'kan Palestin di Malaysia?

KM PP Beli Rumah Jauh Lebih Rendah Berbanding Nilai Pasaran. Rasuah? Sila Jawab G/Eng..

Hari ini terdedah bahawa Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, telah membeli rumah dengan harga di bawah harga pasaran dengan orang yang beliau punya urusan rasmi masih bebas walaupun telah disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2012.
Dalam perbahasannya di Dewan Rakyat hari ini, Datuk Shabudin Yahaya (BN – Tasek Gelugor) mendakwa Lim Guan Eng (DAP – Bagan) membeli sebuah rumah yang sebelum itu disewanya pada harga yang luar biasa rendah.
Kata Datuk Shabudin, rumah yang terletak di George Town itu bernilai RM2.5 juta pada 2008 dan selepas menjalani proses ubah suai yang menelan belanja yang besar, ianya telah dijual kepada Lim Guan Eng dengan hanya pada harga RM2.8 juta pada tahun lalu. Harga pasaran hartanah sekeliling kawasan tersebut dikatakan mencecah RM 6.5 juta.
Kes ini berbeza dengan kes bekas Menteri Besar Selangor Dr Mohamad Khir Toyo yang membeli rumah separuh siap dengan harga RM 3.5 juta. Walaupun harga tersebut ditentukan oleh penilai hartanah Rahim & Co., Peguam Negara berhujah ia sangat jauh dari harga pembelian asal RM 6.5 juta.
Sungguhpun mengakui ia sudah merupakan bangunan yang berbeza dan tiada keistimewaan diperolehi oleh Shamsudin Haryoni dari kerajaan negeri Selangor, Peguam Negara tetap mendakwa Khir Toyo.
Mahkamah mendapati Khir bersalah kerana Peguam Negara mendakwa di bawah Akta 165 yang merupakan kesalahan teknikal dan tidak memerlukan berlaku unsur rasuah untuk disabitkan kesalahan.
Manakala kes Lim Guan Eng, beliau dituduh menyewa rumah dengan harga murah dan kemudian membeli rumah tersebut dengan harga di bawah nilai pasaran dari pada Phang.
Pada masa yang sama syarikat yang Phang ada saham besar telah membeli tanah dari kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pembangunan komersial. Tanah ini sebelumnya telah digazetkan sebagai tanah pembangunan perumahan rakyat termiskin (PPRT).
Lim Guan Eng bukan sahaja telah memberi keistimewaan kepada penjual rumah beliau, malah merampas tanah pembangunan untuk Perumahan Rakyat Termiskin ditukar kepada tanah pembangunan komersial.
Mengapa Khir Toyo didakwa dan Lim Guan Eng tidak? Anda kena tanya Peguam Negara dan SPRM
Komen Weblog Ibnu Hasyim: 
Fakta Kes Lim Guan Eng
1. Harga tanah sebanyak RM270 sq. ft. di tanah utama Pulau Pinang adalah tidak masuk akal dan terlalu murah.
2. Rumah yang telah mengalami proses pengubahsuaian oleh pemilik asal dijual dengan lebihan RM300,000 sahaja berbanding harga asal pada 2008 iaitu RM2.5 juta.
3. Semakan rambang mendapati harga nilaian rumah berkenaan untuk harga jualan adalah senang-senang boleh dapat sekitar RM6.5 juta.
4. Syarikat Phang kemudiannya didakwa membeli tanah yang sepatutnya untuk Projek Perumahan Rakyat Termiskin dan telah ditukar ke status tanah komersial.
Rasuah? Konon nak ikut seperti pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz? Guan Eng, sila jawab segera.. (IH)
ms p
lge
lge1
mis phang

PAS Tolak Hudud? Tak Masuk Akal. -Naib Presiden PAS.

Idris Ahmad

SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Idris Ahmad menyifatkan dakwaan Pas menolak hudud dalam perjuangannya selepas membentuk blok politik ketiga bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai tidak masuk akal. 

Menurutnya, perjuangan Pas sejak 1951 untuk menegakkan Islam yang syumul sementara hudud adalah sebahagian daripada ajaran Islam sebagaimana umat Islam tidak boleh menolak hukum riba, aurat serta kemasyarakatan.

“Pas konsisten apabila kita bertahaluf dengan mana-mana pihak, soal prinsip Pas, kita tidak pernah gadai dan kita menghormati prinsip parti lain. Cuma orang lain perlu hormat prinsip Pas.

“Jangan ada orang yang cuba hendak sekat cita-cita Pas. Jangan ada orang hendak halang Pas bercakap prinsip Pas. Pas tidak pernah putus asa walau pun cita-citanya tidak tercapai. Insya-ALLAH sinar kebenaran akan terbukti,” katanya.

Isu hudud kembali hangat diperkatakan susulan kenyataan pada sidang media Pas semalam ketika pengumuman penubuhan blok politik ketiga, Pas-Ikatan yang menyentuh soal ‘penangguhan’ pelaksanaan hukum Islam itu.

Menurut Idris, Pas berkali-kali menegaskan hendak melaksanakan hudud itu mesti mengikut peraturan yang pihaknya telah terima pakai dengan mengikut saluran demokrasi.

“Pas bukan taliban, teokrasi, revolusi, (atau) IS. Pas mengambil pendekatan demokrasi dan muwajahah silmiah.

“Saya membaca di media sosial yang berbentuk sinis kononnya Pas sudah tidak mahu memperjuangkan hudud. Walaupun kita kenal siapa individu ini. Merekalah orang yang melompat marah apabila Pas bercakap soal hudud dan syariat ALLAH.

“Tiba-tiba berlakon konon Pas sudah meninggalkan hudud. Hakikatnya siapa yang alergik hudud? Golongan ini adalah golongan serba tidak kena. Biarkanlah golongan ini dengan dunianya, asalkan mereka rasa bahagia, walau pun hakikat sebaliknya,” katanya.

Katanya, musuh Pas cuba menggambarkan kononnya parti Islam itu hanya memperjuangkan hudud.

“Seolah-olah Pas hanya bercakap soal hudud sahaja, tidak bercakap isu kepentingan rakyat. Jikalau Pas hanya perjuangkan hudud sudah tentu kerajaan Kelantan tidak perkenalkan skim Kifalah, program It'am, pinjaman tanpa faedah, cuti bersalin 90 hari, rumah tiga bilik, memindah wang kerajaan kepada Bank Islam, cuti dua hari, mengharamkan judi, haramkan arak untuk orang Islam, al-Rahnu, orang perempuan tidak boleh gunting rambut lelaki.

“Akhirnya kerajaan Pusat mengikut apa yang dirintis oleh kerajaan Kelantan. Yakin Islam untuk semua. Pas sentiasa ‘evergreen’,” katanya. (SH)

'Peliwat Zakar Masuk Dubur Lelaki'. Bunyi Billboard Anwar Diubah

HAKIKATNYA memang ramai yang sakit hati apabila pihak pembangkang cuba hasut rakyat konon pemimpin idola mereka selama ini, Anwar Ibrahim terpaksa dipenjarakan sebagai banduan tahanan politik sejak tahun lalu.


Walhal seluruh dunia tahu beliau disabitkan kesalahan atas kes liwat dan istilah ‘meliwat’ sendiri itu sudah amat jijik apatah lagi ini pula kali kedua selepas 1999 lalu ketika zaman pemerintahan rejim Mahathir Mohamad.
Lucunya banyak billboard atau papan iklan besar terpampang di Selangor dan Pulau Pinang, dua negeri dikuasai Pakatan Harapan masih mendewakan dan bela pesalah yang sah didapati bersalah oleh mahkamah kerana liwat.
PKR dan DAP sengaja mahu bermain politik tetapi mereka terlupa ini tetap ada batas hadnya apabila sudah keterlaluan sehingga melampau berani mencabar dan menghina keluhuran undang-undang negara sendiri.
Namun Pakatan Harapan peduli apa. Dengar cerita ramai orang yang merungut-rungut dan tahan sabar melihat gelagat mereka kebelakangan ini pasang billboard ‘Bebaskan Anwar’ di tempat-tempat strategik tumpuan ramai.
billboard.2
Semua orang tahu ini tidak lebih daripada usaha imej untuk ‘menyucikan’ pembesar mereka itu yang bersalah melakukan perbuatan amat keji di sisi agama apabila sanggup liwat pembantunya sendiri, Saiful Bukhari Azlan.
Pembangkang mengharapkan untuk mencuri simpati masyarakat menerusi ‘ perang persepsi’ dengan mendakwa Anwar sebagai seorang tahanan politik sebagai strategi jahat menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 akan datang.
Keputusan Mahkamah Persekutuan pada 10 Februari 2015 yang mengekalkan hukuman lima tahun penjara ke atas penasihat PKR dan orang nombor satu Pakatan Rakyat ini bukan satu keputusan yang dibuat di ‘kedai kopi’.
Sebaliknya ia keputusan yang dibuat oleh panel lima hakim berwibawa yang masing-masing cukup berpengalaman bersandarkan bukti kes setelah lebih 70 kali ditangguhkan pihak pembelaan Anwar dengan pelbagai alasan bodoh.
Mungkin sudah bosan dengan permainan fitnah pembangkang, lewat Rabu, satu gabungan badan bukan kerajaan di Selangor yang diketuai Datuk Jamal Md. Yunus telah bertindak untuk ‘ menjelaskan’ perbuatan salah Anwar.
Disertai 80 orang penyokongnya, Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar itu memasang kain rentang sepanjang dua meter pada billboard yang terpampang di tepi jalan besar Ampang sebelah kompleks beli belah Ampang Point.
billboard1
Ia bertulis: “Anwar Ibrahim adalah pesalah peliwat yang telah dijatuhkan hukuman. Maksud peliwat adalah Anwar Ibrahim memasukkan batang zakarnya ke dalam lubang dubur lelaki secara paksa.”
Kata Jamal yang dipetik portal AgendaDaily, langkah unik itu merupakan satu ‘amaran’ kepada Kerajaan Negeri Selangor agar tidak menyalahgunakan kuasa untuk menghasut rakyat sekali gus menghina keputusan mahkamah.
Beliau juga memberi amaran kepada pihak berkuasa di negeri itu agar segera menurunkan billboard itu. Namun ada pihak khasnya propembangkang mempertikaikan mana boleh Jamal bertindak pakai undang-undang sendiri.
Tetapi ada juga yang tanya sampai bilakah dan siapakah bertindak meluluskan perbuatan pemasangan billboard yang terang-terang menghina sistem undang-undang dan mahkamah tanah air jika bukan pihak kerajaan negeri.
Ini bukan perkara baharu sehari dua tetapi sudah lebih sebulan sejak Pakatan Harapan melancarkan kempen itu tanpa apa-apa tindakan balas pihak penguatkuasaan seperti polis atau Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.
Persoalannya, berapa lamakah lagi rakyat perlu diam dan biarkan semua orang terpaksa menatap wajah seorang peliwat terkenal yang cuba diputar belit pembangkang konon menjadi seorang hero. – IH/Mynewshub.cc

Thursday, March 17, 2016

LGBT, Sensitif Sampai Dalam Filem. Apa Kata Aeril Zafrel?

HALAMAN HIBURAN


Baru-baru ini kecoh apabila dikatakan pelakon Aeril Zafril berlakon dalam filem homoseksual. Malah, melalui instagramnya, Aeril telah memuat naik poster di akaun peribadinya mengenai filem yang bertajuk Crystal Soul.
Gambar poster yang memaparkan aksi dua lelaki di sebalik cermin tanpa berpakaian itu telah menimbulkan pelbagai reaksi kurang senang dalam kalangan pengikut Aeril.
Namun, Aeril tidak cepat melatah dengan kritikan peminat. Malah, dia mengakui bahawa itu merupakan filem kedua terbaru arahannya. Tetapi gambar poster tersebut telah di padam beberapa jam kemudian.
“Tidak dinafikan, saya memuat naik gambar poster berkenaan dan menurunkan ia selepas tiga jam.”
Bahkan, Aeril mempunyai alasan tersendiri dengan tindakan tersebut.
“Saya berbuat sedemikian kerana ia adalah sebahagian dari kajian mengenai pandangan orang mengenai filem ini. Saya ingin lihat sama ada orang sedar dengan kapsyen gambar yang saya muat naik atau hanya membuat penilaian daripada gambar sahaja.”
“Bagaimanapun saya tidak marah atau melatah dengan semua komen yang ditinggalkan kerana itu adalah pandangan mereka dan saya hormati apa yang mereka katakan.”
Apabila bercerita mengenai filem tersebut, tambah Aeril lagi dia kini sedang menunggu rombakan skrip filem tersebut. Malah, Aeril menegaskan bahawa filem tersebut tiada kena mengena dengan LGBT (lesbian, gay, biseksual dan transgender).
“Saya belum lagi memulakan penggambaran filem ini kerana masih menunggu skrip yang kini sedang dirombak oleh penulis skrip. Filem ini berkaitan ilusi optikal; di mana apa yang kita lihat tidak semestinya kita nampak. Dan ia tidak ada kena mengena langsung dengan LGBT.” (IH)

Buku Ini, DAP Didik Anak Muda Melayu Jadi Penganut Sosialis/Komunis?



Buku  Himpunan Anak Muda Melayu Penganut Sosialis Komunis DAP

Azman Haj – Buku yang menghimpunkan tulisan anak-anak Melayu murtad dan sedang menganut ajaran sosialis komunis DAP.
SINOPSIS:
Membaca naskhah ini sangat menyakitkan. Dada bagai disiat-siat dengan belati tajam bila ada anak muda Melayu bercakap tentang Melayu dengan penuh prejudis dan sinis. Demikianlah buku ini.
Ia menghimpunkan 9 orang anak muda Melayu yang menulis tentang 9 kisah hidup masing-masing sebagai anak Melayu. Kesemua Melayu ini ialah Melayu oposisi, yang sudah tentu kiblat mereka condong jelas ke kiri.
Mereka ialah Dyana Sofya Daud (calon DAP Teluk Intan), Zairil Khir Johari (MP DAP), Wan Hamidi Hamid (wartawan DAP), Haris Zuan (ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang-DAP), Altaf Deviyati (Penang Institute-DAP), Edry Faizal Eddy Yusof (Penyelaras Roketkini-DAP), Izmil Amri, Raja Ahmad Iskandar Fareez, dan Syukri Shairi.
Mereka masing-masing menulis tentang latar hidup mereka sebagai orang Melayu sejak kecil hingga kini dan bagaimana mereka membesar sebagai seorang Melayu.
Ada antara mereka berkongsi pengalaman bersekolah di sekolah Cina (SJKC), belajar di UiTM, hidup dalam persekitaran kampung Melayu, berstatus Pemastautin Tetap, dan juga imigran. Mereka ini kebanyakannya mempunyai latar keturunan melalui perkahwinan campur.
Altaf Deviyati misalnya yang menulis tentang Meroboh Naratif Melayu, merupakan bekas pegawai kanan PEMANDU di JPM sebelum menyertai Penang Institute bawah kelolaan DAP, datang dari keluarga kahwin campur dan lama menetap di luar negara, mengulas tentang dimensi Melayu yang rencam walaupun ayahnya sendiri merupakan ahli usrah ABIM.
Beliau jelas mengkritik sikap orang Melayu yang bagai berada bawah kepompong dan tertutup minda dengan mengambil contoh gerakan Al-Arqam, dan amalan bomoh dan sihir di kalangan orang Melayu sebagai bahan pelaris, susuk dan tahyul. Beliau juga mengkritik sistem pendidikan awam.
Raja Ahmad Iskandar yang menulis artikel ‘Apa Ertinya Menjadi Melayu’ turut mengkritik kursus-kursus BTN yang pernah dihadirinya yang menurutnya menyebarkan pemikiran feudalistik Melayu yang terus berpusat kepada pihak berkuasa.
Hampir keseluruhan artikel mereka ini seolah-olah mahu menghukum bangsa mereka sendiri dengan mengaitkannya dengan dosa UMNO, sistem feudal serta sistem yang sedia ada dipraktikkan dalam negara ini.
*Selalu saya terfikir bolehkah kita turut menulis buku dengan tema yang sama tetapi dalam konteks Melayu kanan sebagaimana yang jadi pegangan kita selama ini untuk lawan buku ini? (http://www.semberono.com/)

Kit Siang, Hentikan Amalan Budaya Politik Negatif -Khalid Ibrahim.

khalid-lks
Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menasihatkan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Ahli Parlimen sejak dari tahun 1969 itu supaya berhenti mengamalkan budaya politik tidak sihat dan mematuhi titah Yang di-Pertuan Agong.
Khalid yang juga Ahli Parlimen bebas Bandar Tun Razak membuat teguran itu susulan kenyataan Kit Siang secara konsisten menggambarkan Malaysia sebagai ‘Failed State’ (negara yang gagal) dan “Republik Banana” merujuk kepada sebuah negara republik yang matawangnya tidak bernilai.
Katanya, Yang di-Pertuan Agong dalam ucapan perasmian di Parlimen minggu lalu telah mengingatkan kepada semua agar bekerjasama antara satu sama lain demi negara dan mereka sepatutnya berhenti mempolitikkan setiap isu.
“Saya mahu menyatakan kepada beberapa Ahli Parlimen bahawa terdapat kenyataan yang dibuat tidak selaras dengan ucapan Yang di-Pertuan Agong.
“Ahli Parlimen Gelang Patah (Kit Siang) berkata Malaysia menuju ke arah negara yang gagal. Perkataan ini boleh menjejaskan negara kita kerana ia menunjukkan bahawa mata wang negara kita seolah-olah tidak mempunyai nilai.
“Kriteria mengatakan kita sebuah negara gagal bererti negara telah hilang kawalan menguruskan negara atau tidak berupaya menyediakan perkhidmatan awam. Saya tidak nampak mana-mana yang disebut itu berlaku masa ini,” katanya di Parlimen hari ini.
Kit Siang sudah melaungkan slogan Malaysia bakal menjadi negara gagal sejak dari tahun 1969, ketika berjawatan Setiausaha Agung DAP berumur 28 tahun dan Ahli Parlimen Bandar Melaka.
Kritikan itu merujuk kepada Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra AlHaj.
Selepas 47 tahun masa berlalu, dengan enam Perdana Menteri silih bertukar ganti, dari Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak bin Dato’ Hussein (6 tahun), Tun Hussein bin Dato’ Onn (5 tahun), Tun Dr. Mahathir bin Mohamad (22 tahun), Tun Abdullah bin Ahmad Badawi (6 tahun) dan Dato’ Seri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak, namun Kit Siang masih lagi mengamalkan budaya politik tidak sihat itu.
Terbaru, Kit Siang melaungkan lagi slogan jahatnya dengan mendakwa “Malaysia bakal menjadi negara gagal” ketika berucap di majlis makan malam anjuran DAP Pulau Pinang untuk meraikan ulang tahun parti yang ke-50 dan ulang tahun yang ke- 75 untuk dirinya sendiri.


lim bangkrap

kit benci raja

Hayat LKS Dlm Politik 1
Hayat LKS Dlm Politik 2
(AIDCNEWS)

Guru Besar, Gambar Lucah & Video Ini, Bukti Pendidikan Di M'sia Gagal..

Contoh lain, hasil pendidikan di Malaysia.

KOTA KINABALU – Keputusan untuk memindahkan segera guru besar yang berkongsi gambar-gambar dan klip video lucah dalam kumpulan chat WhatsApp telah menimbulkan kemarahan ramai ibu bapa.


Beberapa ibu bapa mempersoalkan tindakan Jabatan Pendidikan Sabah yang menukarkan guru besar itu ke sekolah luar bandar selepas tercetusnya kontroversi tersebut.
“Tingkah lakunya adalah serius dan membimbangkan. Bagaimana Jabatan Pendidikan hanya memindahkannya ke sekolah lain?
“Mereka perlu mengeluarkannya dari sekolah dan menempatkannya di pejabat jabatan itu sementara menunggu keputusan,” kata ibu bapa yang marah, namun enggan nama mereka disiarkan.
Guru besar yang dikatakan membentuk sebuah kumpulan WhatsApp, sebelum ini ‘ditangkap’ memuat naik video dan berkongsi gambar-gambar lucah oleh salah seorang ahli dalam kumpulan tersebut.
Individu tersebut, yang segera meninggalkan kumpulan aplikasi perbualan telefon itu dan mendakwa dirinya seorang blogger yang berpangkalan di Sandakan kemudiannya menimbulkan kebimbangan tentang isu ini.
“Kumpulan WhatsApp itu telah dipadam,” katanya yang tidak mahu mendedahkan diri.
Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Datuk Jame Alip berkata, siasatan sedang dijalankan dan langkah untuk memindahkan guru besar itu adalah ‘langkah segera’ yang diambil oleh jabatan untuk menenangkan keadaan.
“Ramai ibu bapa marah dan kita memahaminya, itulah sebabnya langkah segera yang terbaik ialah dengan memindahkan guru besar itu,” katanya.
Satu laporan mengenai kes itu akan difailkan dengan Kementerian Pendidikan untuk tindakan lanjut, katanya.
“Ini adalah kes terpencil dan kita perlu berhati-hati mengenai cara menanganinya,” kata beliau sambil menambah sebarang tindakan tatatertib selanjutnya akan ditentukan oleh kementerian.
Ada yang mendakwa bahawa guru besar itu pernah memasukkan guru-guru sekolah dalam kumpulan Whatsapp itu tetapi mereka telah meninggalkannya serta-merta.
Seorang pegawai Kementerian Pendidikan berkata, hukuman paling keras yang mungkin dihadapi oleh guru besar itu adalah dipecat.
“Tetapi terdapat prosedur operasi standard yang perlu dipatuhi sebelum hukuman sampai ke tahap itu,” katanya.
“Bukti kukuh juga perlu dikemukakan bagi menyokong kes.”
Setiausaha Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (NUTP) Datuk Lok Yim Pheng berkata, guru besar itu telah menunjukkan satu contoh yang sangat buruk kepada guru besar lain dan mencadangkan supaya dia dihantar untuk kaunseling.
“Bagaimanapun, kes ini sangat subjektif kerana tidak ada undang-undang yang menyatakan bahawa dia tidak dibenarkan melakukan apa yang telah dilakukan.” –mStar Online
Dikatakan ada panggung wayang lucah di Pakistan, sebuah kerajaan sekular.. Penonton yang datang hanya perlu membayar wang 200 rupee (RM6.15) dan hanya dibenarkan masuk selepas mereka diperiksa seorang pengawal bersenjatakan raifal AK-47. 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini antara banyak bukti-bukti menunjukkan dasar pendidikan di Malaysia gagal melahirkan rakyat yang membantu pembangunan duniawi dan ukhrawi, manusia bertamaddun selamat dunia akhirat. Guru kencing berdiri, muridnya bagaimana?

Wednesday, March 16, 2016

PAS-IKATAN: Hudud Bukan Penghalang Gabungan, 'Kita Fikir Kemudian?


KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.
“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.
Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.
“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.
“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.
“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.
Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.
“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.
“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi. (FMT)

P.Pinang Gagal Patuhi Standard Rumah Mampu Milik

Abdul Rahman

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Pulau Pinang gagal mematuhi standard spesifikasi keluasan lantai pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM) seperti yang digariskan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, dalam panduan Standard Industri Pembinaan (CIS) menetapkan keperluan minimum tiga bilik tidur dan dua bilik air.

"Sebaliknya, kerajaan Pulau Pinang membenarkan pemaju untuk membina RMM dengan spesifikasi minimum tiga bilik tidur dan satu bilik air," katanya ketika menjawab soalan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan (BN-Parit) di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata projek Perumahan Penjawat Awam 1 Malaysia (PPA1M) yang dijual pada harga RM300,000 menawarkan keluasan lantai 1,500 kaki persegi dan projek Perumahan Rumah 1Malaysia (PR1MA) pula dijual dengan harga RM400,000 bagi keluasan lantai 1,200 kaki persegi.

"Kerajaan negeri Pulau Pinang menjual rumah berharga RM400,000 pada keluasan hanya 900 kaki persegi dengan kebenaran membina rumah hanya dengan tiga bilik dan satu bilik air," katanya. - Bernama.

Hari Ini, Terbentuklah Blok Politik Ke 3. PAS-Ikatan

Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersalaman dengan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir pada sidang media di ibu negara, hari ini. 

KUALA LUMPUR - Pas hari ini mengesahkan Parti Ikatan Bangsa Malaysia (Ikatan) sebagai rakan komponen dalam pembentukan blok politik ketiga di negara ini.

Pengumuman itu dibuat Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan di sini, hari ini.

"Pas hari ini menerima kunjungan Presiden dan rombongan dewan tertinggi Ikatan.
"Berbagai perkara dibincang dengan penuh keterbukaan merangkumi isu mewarnai sosio-ekonomi atau politik dalam negara kita," katanya membaca kenyataan media yang ditandatangani Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Presiden Ikatan, Tan Sri Abdul Khadir Sheikh Fadzir.

Menurutnya lagi, pertemuan itu juga membuka ruang membina suatu kumpulan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun dengan membawa model politik matang, terbuka bertanggungjawab, bersih dan sejahtera bersama parti-parti politik dan NGO yang ingin turut serta.

"Pendekatan ini menuntut kami bergerak atas teras penyelesai dan politik membina disamping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara.

"Atas prinsip inilah, maka hari ini Bermulah kerjasama politik Pas dengan Ikatan," katanya.

Sebelum ini, Ikatan menafikan penglibatannya dengan Pas ketika nama parti itu disebut-sebut sebagai parti politik yang bakal bergabung dengan parti Islam tersebut. (SH)


Kit Siang Pula Mahu Kerjasama Dengan BN/Najib, Politik Tak Malu Caca Merba?

Ahmad Amzad Hashim

Pakatan Harapan yang didalangi DAP kini dilihat mengamalkan politik caca merba semata-mata untuk mencapai matlamatnya menawan Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14, kata Pengarah Jabatan Penerangan PAS Pusat, Ahmad Amzad Hashim.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas strategi mutakhir penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mahu bekerjasama dengan semua pihak termasuk Barisan Nasional (BN) dan Tun Dr Mahathir Mohamad.
“Ini yang tiba-tiba Kit Siang nak kerjasama dengan BN, nak berbaik dengan Najib pun ada, dalam masa yang sama nak berbaik dengan Tun Mahathir, Muhyidin. Siap angkat jadi jurucakap, jadi ketua.
“Macam dah terlalu kelam kabut politik gila nak berkuasa,”katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambahnya, adalah sangat memalukan jika kuasa politik yang sepatutnya menjadi milik Melayu-Islam bakal berpindah ke pihak lain.
“Orang-orang Melayu dan Islam adalah faktor penentu politik negara dengan kerangka perlembagaan dan realiti nisbah populasi yang ada di Malaysia.
“Sangat memalukan dan tidak akan stabil jika diserahkan kepada orang lain seperti yang cuba digambarkan dengan cara PH yang kelihatan bertuankan DAP.
“Kunci keamanan dan kesejahteraan negara adalah politik yang stabil dengan Islam didaulatkan seperti kedudukannya dalam perlembagaan negara,”katanya.
Ahmad Amzad berkata PAS berhak mengadakan blok pembangkang yang ketiga kerana PH bukan satu-satu blok yang mewakili pembangkang.
“Saya pun teringin sangat nak tengok setakat mana prestasi parti Rafizi Ramli (PKR) dan parti Lim Kit Siang (DAP) tanpa PAS.
“Sebab orang-orang mereka ni galak sangat duk mengata konon PAS sudah lemah lah, akan tewas besar lah.
“Selama ini, DAP perlekehkan PAS, tiba-tiba Sivakumar, DAP Perak kata blok ke tiga yang dipimpin PAS, parti Islam dan orang Melayu terbesar yang menentang UMNO akan melemahkan Pakatan Harapan pula,”katanya.
Tambahnya lagi, DAP merupakan satu-satu parti yang mempunyai kuasa dominan dalam menentukan hala tuju PH.
“Apa kata Kit Siang, (dan) Lim Guan Eng tiada yang akan berani bantah.
“Kalau bantah, orang seperti Saari Sungip dari PAN akan sanggah,”katanya lagi.

Itulah politik tak malu, caca merba. (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails