Tuesday, March 15, 2016

Selamatkan Anjing Kena Langgar, Agama Yang Merangsang Begitu..


KUALA LUMPUR – Seorang wanita beragama Islam membuat keputusan mengangkat seekor anjing yang terbaring di tengah-tengah pembahagi jalan dipercayai akibat dilanggar kenderaan.

Menerusi visual yang menjadi viral, wanita yang memakai baju warna hitam itu mengangkat anjing berkenaan menggunakan kedua-dua belah tangannya tanpa beralas.


Netizen yang telah menonton video berkenaan rata-rata memuji tindakan wanita itu dan menganggap ia mempunyai hati yang mulia kerana bertindak mengangkat haiwan yang disifatkan najis meskipun dia beragama Islam.

Seorang pengguna Joe Joe memberikan komen “Walaupun seekor anjing makhluk Allah juga..mulia hati kak ni.. janji ikhlas.. anjing tu perlu pertolongan..

Dominix River menyatakan “Perlakuan yg baik@contoh bukan hanya melalui kata2 saja, namun melalui tindakan… #respect”

Adi Ra Den pula memberikan komen “Islam tu mudah tak menghalang ketika dalam darurat,” tulisnya. (STV)
Komen Weblog Ibnu HasyimAl-hamdulillah, suatu contoh yang baik, rangsangan  dari  keyakinan beragama.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails