Wednesday, March 16, 2016

Aksi Seks Bebas Ini, Buat Orang Awam Meluat..

MELUAT dengan gelagat pasangan yang suka melakukan seks di luar rumah mereka, penduduk di kawasan berhampiran Camoit Mightyram, AS, telah memasang video CCTV bagi merakamkan aksi tidak senonoh itu.

Video tersebut kemudiannya dimuatnaik dalam YouTube. 

Penduduk di situ berbuat demikian kerana mereka sudah tidak tahan dengan gelagat pasangan yang melakukan seks di dalam kereta sambil menjerit melalak keasyikan.

video1
Lebih parah, kereta itu diletakkan di hadapan pintu rumah mereka.
“Sekali lagi, mereka ini melakukan seks di depan rumah saya, bukannya di rumah mereka sendiri,’’ kata salah seorang penduduk di situ.
Bukan sahaja seks dilakukan oleh beberapa pasangan itu di dalam kereta malah di kawasan taman. Ia berdasarkan video yang dimuatnaik dalam media sosial yang memaparkan bagaimana seorang wanita mencium seorang lelaki dan kemudiannya kencing di sebalik pokok di situ.
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah kebebasan seks di negara yang kononnya maju tetapi tidak bertamaddun. Budaya itulah kini mula menyebar ke seluruh dunia yang tanpa sempadan lagi. 
Apa peranan kita sebagai individu muslim yang bertangggung jawab terhadap agama, negara dan masyarakat di negara ini? Terutama dalam tugas berdakwah.. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails