Wednesday, March 16, 2016

PAS-IKATAN: Hudud Bukan Penghalang Gabungan, 'Kita Fikir Kemudian?


KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.
Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.
“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.
“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.
Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.
“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.
“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.
Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.
“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.
Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.
“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.
“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi. (FMT)

27 comments:

An Anonymous said...

Sejak dulu ahli2 PAS mmg faham matlamat perjuangan akhir PAS adalah ke arah hudud.. mereka juga paham yg nak dibawa ke parlimen kebelakangan ini ialah utk memperkasakan syariah sediada.. perlahan-lahan dan satu persatu proses yg perlu diambil dan ini juga difahami oleh ahli2 PAS.. cuma PAN shj yg kurang memahami lantaran terlalu marah pd TGHH.. jd yg keliru di sini ialah PAN bukan PAS.. dan pastinya parti yg bukan sefikrah dgn PAS akan gagal memahami..

Kini PAN dah mula kepanasan dgn blok ke 3.. dah boleh mula goreng telur ni..

Anonymous said...

SAPE PULAK YG KEPANASAN,PARTI yg wujud lebih 50tahun boleh berkwan dgn parti nyamuk yg ahlinya tak sampai 100orng.hudud..hudud..sape yg tergedidk-gedik yg nak buat hudud sehingga menuduh orang lain yg tak sekata dgn hudud kafir.ha ha ha parti bulan bersama dgn mamat bow tai pencinta budaya yahudi..boleh berkawan no.kalau ada maruah belahlah selangor terhegeh hegeh melutut kat selangor.

Anonymous said...

Salam semua,

Pertama sekali kepada ahli yang bukan PAS di atas ni, janganlah tuduh mamat bow tie pencinta budaya Yahudi. Iu style dia. Rasulullah tak suruh orang pakai jubah, dia suruh menutup aurat. Kecuali kalau dia pakai macam sami buddha atau bercawat tu lainlah. Janganlah sebab dia join blok ke3 tuduh dia benda yang tak sepatutnya.

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Lepas tu puak PAS tu pulak 1 hal. Matlamat akhir hudud. Dia ni gila la. Islam tu banyak perkara, negara yang baik dan mendapat keredhaan tuhan, keadilan pengagihan harta negara, keadian sosial, urus tadbir yang baik dan macam-macam lagi, hudud je matlamat akhir mereka.

Patutlah Dato' Sri Najib pun sokong walaupun tak mengamalkan urus tadbir negara yang baik, rupa-rupanya yang dipanggil Islam suku oleh Tuan Guru Hadi Awang tu pergi balik kepada orang PAS!!

Janganlah macam-macam. Pakai otaklah sikit.

Yang masih jahil,

Nobody

bat8 said...

Koner baring dah....apa yg berlaku tidak boleh dipadamkan dengan koner baring derr....hahaha

bat8 said...

Kami xtuduh. Mamat bow tie tu lebih konsisten dalam perjuangan berbanding dengan l3bai PAS termasuk HH, walaupun dia berjuang diatas landasan sekuler...

bat8 said...

Apa nak komen dan camne nak putar sekarang tuan haji? Kenyataan bersama kata sekarang - hudud xsesuai untuk dilaksanakan di Malaysia. Itu ayat keramat Pakatan blok 3 sekarang...pusing, putar, belit kot mana pun hudud sah dipe4mainkan oleh ulamak-ulamak PAS sekarang....hancur lebur PAS di tangan HH dan geng....

An Anonymous said...

Yg kata tu datik fadil bkn TGHH.. kami tetap dgn hudud.. step by step.. no worries.. takde u turn kami ttp istiqamah dgn perlembagaan yg tercatat bkn istiqamah dgn perlembagaan parti sosialis lantaran parti sendiri blm ada perlembagaan.. bila agaknya MSU DAP nak luluskan da..

Anonymous said...

An anoymouse jgnlah jadi penchai chai
Dulu cakap lain kini cakap lain selamanya cakap lain
Dulu kini selamanya cakap lain bagi Haji Hadi itu istqimah yg waluan kena telan, kalau tak nanti tak Islam Haji Hadi dan para walaunta claim
Terpaksa an anonymouse dan walaun taat nanti tak masuk syurga
Lagi pun jgn jadi bodoh dan bangang DAP bukan ada MSU pun, yg ada MSU ni PAS
Orang kampung bolehlah kau goreng ada pun melayu belajar agama kerena perut atau ustaz yg cari makan boleh lah kena goreng dan menggoreng

Unknown said...

Pas + ikatan = pasik

Unknown said...

Pas + ikatan = pasik

Anonymous said...

jelas yg hadi hanya gunakan hudud utk pecah belahkan pakatan.. Islam jenis yg macamana yg hadi cuba bawa.. langsung tak ada nilai dakwah.. hadi beruntung sbb ada ramai walaun..

Anonymous said...

Pas + ikatan = pasik

An Anonymous said...

Mana ada koner.. hudud tetap matlamat PAS.. cuma yg tak koner2 ialah PAN.. sbbnya sampai skrg x der perlembagaan.. camana nak koner..?

An Anonymous said...

Kalau benar PAN konsisten,ianya atas perjuangan apa?? PERLEMBAGAAN PUN X SIAP2 LAGI..

Itu pun ada yg sampai hati nak bubarkan PAS.. nanti dah x de parti islam lagi kat malaysia nih...

Nak harapkan PAN, perlembagaan pun belum siap2 lagi.. ini berkemungkinan besar kerana DEWAN HARIAN ULAMAK DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN.. mungkin selain dari mengikuti al quran dan al sunnah (sekadar bersangka baik - ini pun kalau mat sabu tak membantah kerana dia dah mengaku tidak berjiwa islam), DEWAN HARIAN ULAMAK DAP turut menambah syarat agar PAN perlu senantiasa taat kpd TOK2 GURU LGE dan LKS dan dlm masa yg sama; cukuplah sekadar mengalu2kan kewujudan Ustaz Ahmad Awang dan Ustaz Ghani Shamsudin yg setakat ini berjaya disenyapkan (tanda setuju) dalam isu Octoberfest..

Sebaliknya tambah menarik, PAN pula hendaklah bersikap anti ulamak2 muktabar di Malaysia terutamanya Mufti Negeri Pahang kerana memandai je mencabar DAP agar menyaman beliau dlm isu khutbah jumaat. Selain dari itu, PAN perlu juga kecualikan hudud dari perjuangan PAN, barulah perlembagaan PAN boleh diendorsekan bila2 masa shj oleh MAJLIS SYURA ULAMAK DAP sebelum proses seterusnya iaitu kelulusan oleh Pendaftar Pertubuhan..

Simpati dariku buatmu PAN!

Sekian adanya..

An Anonymous said...

Yg kita bincang ialah memperkasakan undang2 syariah sediada.. dlm bab ni pastilah matlamat akhirnya ialah hudud.. jgn sempitkan fikiran kau yg dah sedia sempit..

An Anonymous said...

Tak paham bahasa sindir politik.. patut pun kau x reti baca ilmu mantik TGHH ..

An Anonymous said...

Dah x de PASUG ke.. kui kui kui..

An Anonymous said...

Bukan.. anda salah faham tuh.. TGHH mungkin guna isu hudud yg ditolak oleh DAP dan disokong pula oleh G18 terhadap pendirian DAP tu utk menyepak keluar G18 dari PAS..dan ini dah berjaya.. alhamdulillah.

An Anonymous said...

UG mana UG?? kui kui kui..

Anonymous said...

UG dah tukar jd PASETAN..kui kui kui

An Anonymous said...

So maknanya PH kena main dgn UMNO lah kerana percaya UG.. baru2 ni kena main dgn TDM plk.. kui kui kui..

Anonymous said...

Pas dah kena kencing dgn umno utk buat kacau dlm PH.

Pas ingat umno nak bergabung padahal dikencing lg sekali. Umno pun jelik tgk Pas penjual agama. kui kui kui

Anonymous said...

jelas yg hadi hanya gunakan hudud utk pecah belahkan pakatan.. Islam jenis yg macamana yg hadi cuba bawa.. langsung tak ada nilai dakwah.. hadi beruntung sbb ada ramai walaun..

Anonymous said...

PASIK,sesuai bunyinya lebai

Anonymous said...

Tinggi sangat ler mantik hadi awe? Sbb tu parlimen ashik ponteng. Bila mau bentang hudud di parlimen? Hari tu ada peluang. Pi jepun pulak.
jelas yg hadi hanya gunakan hudud utk pecah belahkan pakatan.. Islam jenis yg macamana yg hadi cuba bawa.. langsung tak ada nilai dakwah.. hadi beruntung sbb ada ramai walaun..

Anonymous said...

W pun pas tak masuk bn. Tp jelas tangan pas telah di ikat oleh parti ikatan pimpinan kadir sheikh dari india. Subky secara halus sindir haron din. Khilaf terima jawatan ketua kelas dakwah Mpi bwh zahid komedy. Hoi subky. Ini bkn khilaf tapi fitnah. Cuba abu jahal offer jawatan kpd nabi. Dan nabi terima. Subky ni tk habih baca sirah. Huhu. Untong hadi ramai walaun buta. Huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails