Monday, March 14, 2016

Pengeboman Di Ankara. -Presiden PAS Kecam.


Perutusan Khas
PAS menyatakan solidariti dan empati kami kepada rakyat dan kerajaan Turki di atas insiden pengeboman yang berlaku di Ankara, Turki pada jam 6.43PM (1643GMT) semalam sehingga mengakibatkan 34 orang maut dan 125 orang yang lain cedera.

Kami juga merakamkan ucapan takziah yang tidak terhingga kepada semua ahli keluarga dan saudara-mara mangsa yang terbunuh dalam insiden tersebut.

PAS sesunggunya mengecam insiden tersebut dan menyatakan kesediaan untuk berkerjasama dengan semua pihak di dalam dan luar negara bagi sama-sama menangani sebarang anasir yang boleh mengancam keamanan dan keharmonian manusia sejagat yang berlaku dalam pelbagai bentuk.
Sekian. 

Ankara: Angka korban meningkat kepada 37 orang


ANKARA: Tiga lagi mangsa letupan bom kereta di tengah ibu negara Turki, meninggal dunia akibat kecederaan parah hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kematian naik kepada 37 orang, menurut seorang menteri.

Menurut agensi berita Sputnik yang memetik Kementerian Kesihatan Turki semalam memberitahu seramai 34 orang terkorban dan 125 cedera akibat letupan bom kereta di ibu negara Turki.

Letupan pada jam 6.43 petang waktu tempatan itu berlaku dekat Guven Park di tengah bandar itu, menurut penyiar Turki TRT. 

Rakaman CCTV yang dimuat naik di YouTube menunjukkan sebuah kereta sedang memotong dua bas sebelum bergerak perlahan dan meletup. 

Seorang pegawai keselamatan berkata, penemuan awal menunjukkan serangan itu dilakukan oleh pejuang Parti Buruh Kurdistan (PKK) atau kumpulan yang ada kaitan dengan mereka. 

Bagaimanapun pihak berkuasa Turki mengumumkan mereka akan mendedahkan nama kumpulan yang bertanggungjawab ke atas letupan maut itu dan keputusan siasatan pengeboman hari ini. 

Bulan lalu, bom kereta diletupkan hanya beberapa blok dari tempat kejadian dan menyebabkan 29 orang mati. - Reuters

2 comments:

Anonymous said...

Pengkhianat, natang, jebon, anjing nyalak bukik beto diorang ngebong kak Tuki tuuu...
ni mesti pengikut PANG... gunting dalam lipatang beto...

Adzlan Ibrahim said...

takziah pada kerajaan dan rakyat turki at

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails