Saturday, June 27, 2015

Tunisia, Kuwait Diserang Pengganas. Siapa Pengganas Itu?

BEBERAPA anggota polis mengawal orang ramai yang cuba menyerang seorang suspek (tengah) dalam serangan di sebuah hotel di Sousse, Tunisia.

TUNIS – Sekurang-kurangnya 27 orang terbunuh termasuk seorang lelaki bersenjata dalam serangan di sebuah hotel di resort tepi pantai Sousse, Tunisia, demikian menurut seorang pegawai kementerian dalam negeri Tunisia semalam.
Sumber keselamatan dan stesen radio tempatan menyatakan, serangan berlaku di Hotel Imperial Marhaba.
 
Menurut sumber keselamatan di tempat kejadian, mayat seorang lelaki bersenjatakan raifal Kalashnikov dilihat terbaring selepas dia ditembak mati pasukan polis.
 
Seorang wanita Ireland, Elizabeth O’Brien yang bercuti bersama dua anak lelakinya di resort Sousse berkata, dia sempat menarik tangan anak-anaknya sebelum lari menyelamatkan diri sebaik mereka terdengar bunyi tembakan dari salah sebuah hotel berkenaan.
 
“Kami berada di pantai, anak-anak saya sedang berenang di laut dan saya baru naik ke pantai. Kejadian itu berlaku kira-kira pukul 12 tengah hari.
“Apabila saya mendongak dan kira-kira 500 meter di hadapan, saya menyaksikan sebuah belon udara panas runtuh. Saya kemudian melihat dua individu yang mahu menaiki belon itu berlari ke arah saya,” ujar O’Brien kepada stesen radio RTE.
 
Dalam perkembangan berkaitan, jurucakap kementerian dalam negeri, Mohammed Ali Aroui berkata, seorang lelaki bersenjata masuk melalui pintu belakang hotel berkenaan dan melepaskan tembakan.
 
“Angka kematian ialah 27 termasuk pelancong,” katanya tanpa mendedahkan kerakyatan mangsa.
 
Menurut jurucakap berkenaan, seramai 12 lagi mangsa dilaporkan masih dirawat di hospital akibat kecederaan.
 
“Ia serangan pengganas yang disasarkan ke atas Hotel Marhaba di daerah Pelabuhan El Kantaoui,” kata Mohammed Ali.
“Penyerang telah dibunuh,” tambahnya tanpa mengetepikan kemungkinan terdapat lebih daripada seorang penyerang.
 
Dalam pada itu, Menteri Dalam Negeri Perancis memberitahu bahawa penyerang dikenali sebagai Yassin Salhi. Dia dipantau oleh perkhidmatan keselamatan sejak beberapa tahun lalu tetapi tidak memiliki rekod jenayah.
Bandar Sousse yang terletak 150 kilometer dari ibu kota Tunisia, Tunis merupakan antara resort paling popular di negara itu terutama dalam kalangan pelancong dari Eropah dan Afrika Utara.
 
Setakat ini, belum ada maklumat jelas tentang kerakyatan mangsa yang terbunuh namun, beradasarkan bulan Ramadan, mereka yang berada di pantai biasanya pelancong asing.
 
Keganasan terbaharu itu berlaku pada hari sekurang-kurangnya 25 orang di sebuah masjid Syiah di Kuwait terbunuh dalam serangan pengebom berani mati, manakala seorang militan lain disyaki melancarkan serangan di sebuah kilang gas di timur Perancis.
 
Serangan di Kuwait itu juga telah menyebabkan lebih 202 orang cedera. - Tunisia berada dalam keadaan berjaga-jaga tertinggi sejak Mac lalu selepas beberapa militan bersenjata menyerang Muzium Bardo di Tunis dan membunuh sekumpulan pelancong asing dalam serangan paling buruk dalam tempoh satu dekad di negara Afrika Utara itu. – Agensi

Siaran Kartun Nabi Muhammad, Al-Azhar Kecam.

Geert Wilders Anti Islam.. Haram jadah
KAHERAH – Universiti al-Azhar di Mesir kelmarin mengecam keras penyiaran kartun Nabi Muhammad oleh seorang ahli politik Belanda di sebuah stesen televisyen tempatan sebagai ‘imaginasi gila.’
Satu kenyataan universiti berkenaan turut menggesa umat Islam supaya “tidak mengendahkan perbuatan keganasan yang meloyakan ini,” sehari selepas sekitar 10 kartun biadab itu disiarkan oleh ahli politik anti-Islam, Geert Wilders semasa slot televisyen untuk parti-parti politik Belanda.
“Kedudukan Nabi adalah lebih tinggi dan lebih mulia untuk dicemari kartun seperti ini yang tiada moral dan standard peradaban,” katanya.
Dalam pada itu, Wilders berkata, dia membuat siaran biadab itu dengan alasan untuk mempertahankan kebebasan bersuara selepas dua pejuang melancarkan serangan ke atas satu pertandingan melukis kartun Nabi Muhammad di Texas sebelum mereka ditembak mati oleh polis.
Terdahulu, al-Azhar memberitahu bahawa matlamat Wilders adalah untuk mencetuskan kemarahan umat Islam di seluruh dunia.
Namun, ia turut memberi amaran bahawa tindakan ahli politik tersebut hanya memanfaatkan kumpulan-kumpulan militan yang akan menggunakan insiden itu untuk menyebar keganasan dan menggugat keamanan serta kestabilan di seluruh dunia. – AFP
Lihar sebelum ini...
E-Buku IH-99: Bermula Perang Hina Agama Di Eropah..

Kes Andre Justo: Najib Menang Jika Tutup Mulut Dr M. Dr M Menang Jika Najib Tersingkir. (81)

LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?
Minggu lalu, kebanyakan orang Malaysia tidak mengenali Xavier Andre Justo, rakyat Switzerland berusia 49 tahun yang kini dalam tahanan polis Thailand.
Secara tiba-tiba, Justo menjadi popular apabila ditangkap Isnin lalu, berhubung tuduhan memeras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Serentak dengan penahanan Justo, akhbar kawalan kerajaan Malaysia menerbitkan berita yang memburuk-burukkannya, walau warga Switzerland itu belum lagi dituduh di mahkamah.

Akhbar New Straits Times semalam contohnya, merumuskan dengan yakin bahawa Justo seorang kaki joli.

"Apa yang menyebabkan beliau melakukan jenayah? Nampaknya, jawapannya adalah untuk membiaya kehidupan mewahnya.
"(Imej) Justo di media sosial memberi gambaran kehidupan hedonistik dan kemewahan - rumah agam di syurga, kolam mandi, gelanggang tenis dan menggayakan tattoo sambil duduk di atas motosikal Harley Davidson," laporan itu dipetik.

Sudut laporan ini samalah dengan pendedahan di Internet sebelum ini mengenai gaya hidup mewah jutawan Jho Low, yang dikaitkan dengan 1MDB.
Begitu juga dengan gaya hidup penasihat komunikasi Najib, Paul Stadlen yang digambarkan sering berparti dan minum arak di blog Sarawak Report.

Adakah Justo, bekas pengarah jabatan teknologi maklumat PetroSaudi International, diburuk-burukkan sebegitu rupa untuk membalas dendam? Akhbar peniagaan The Edge dan laman berita Sarawak Report juga kini menjadi sasaran kerajaan kerana menerbitkan laporan berdasarkan maklumat daripada Justo.

Menurut Zahid Hamidi, maklumat diperolehi Sarawak Report yang kemudiannya dilaporkan oleh The Edge itu merupakan maklumat yang tidak benar memandangkan fakta sebenar telah "diuli".

Beliau merujuk kepada emel dan dokumen yang berpunca daripada Justo. Menurut laporan akhbar New Straits Times, Justo meminda e-mel dan dokumen yang dibocorkan ke blog Sarawak Report.

Bagaimanapun, media prokerajaan yang dikendalikan Stadlen kini masih belum dapat menunjukkan fakta yang benar dan fakta yang salah itu. Maka, penangkapan Justo kini dilihat memberi kemenangan sementara kepada Najib dalam menghadapi serangan daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Begitu juga dalam menghadapi penentangan dan kejahilan anggota kabinetnya sendiri mengenai 1MDB. Ini kerana, sentimen umum terhadap 1MDB masih belum memihak kepada Najib, seperti yang diakui sendiri oleh satu sumber Utusan Malaysia dalam laporan semalam berhubung penahanan Justo.

"Tidak kira apa pun, majoriti rakyat Malaysia memilih untuk percaya pada bukti yang tidak sah serta menyokong usaha bekas perdana menteri (Mahathir) untuk menggulingkan perdana menteri ketika ini," kata sumber tersebut.

Mahathir sendiri sangat sangsi dengan penahanan tersebut, dan menganggapnya sebagai satu konspirasi tahap tinggi dan usaha terbaru untuk menyembunyikan urusan 1MDB dengan PetroSaudi.

Awal-awal lagi, awal Februari, Mahathir mempertahankan pemilik The Edge, Tong Kooi Ong apabila usahawan tersebut dikaitkan dengan dakwaan perniagaan matawang yang menyebabkan Ringgit Malaysia lemah.
Menurut Mahathir, dakwaan spekulasi matawang itu hanya timbul kerana Tong mengkritik 1MDB.

Nyatalah, cerita ini tidak akan tamat semudah menangkap Justo. Banyak lagi tanda tanya yang belum terjawab. Najib hanya akan mencapai kemenangan mutlak jika berjaya menutup mulut besar Mahathir dengan kebenaran. Mahathir pula menang jika Najib disingkirkan.

Oleh Salhan K AHMAD ahli sidang redaksi Malaysiakini.

Friday, June 26, 2015

Pakaian Bersopan: Pandangan Seorang Sekular Dr M..

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, walaupun pegawai-pegawai kerajaan mempunyai etika berpakaian dan perlu dipatuhi tetapi ia tidak boleh memaksa seseorang mengenakan pakaian secara mandatori. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 25 Jun, 2015. 

Tidak wajar menyekat kebebasan berpakaian seseorang sama seperti yang diamalkan negara Afghanistan, Pakistan, dan Arab Saudi, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, walaupun pegawai-pegawai kerajaan mempunyai etika berpakaian dan perlu dipatuhi, tetapi ia tidak boleh memaksa seseorang mengenakan pakaian secara mandatori.

"Kita sedang bergerak ke belakang. Tak lama lagi jangan kata pakai seluar pun tak boleh.
"Kita buat macam Pakistan, Afghanistan, Arab Saudi pasal tu budaya dia. Kita nak jadikan budaya kita, itu itu masalah," katanya kepada pemberita di Kelab Sultan Sulaiman di Kuala Lumpur, hari ini.

Dr Mahathir turut mempertahankan orang awam yang melawat hospital berpakaian pendek, katanya menjadi hak individu berpakaian dan tidak melibatkan pihak berkuasa.

"Orang nak pakai seluar pendek itu dia punya hal lah. Dia nak pergi hospital itu dia punya hal jangan dia bogel sudahlah," katanya.

Pengawal keselamatan di Hospital Sungai Buloh pada kelmarin dilaporkan menahan seorang wanita berseluar pendek dan hanya membenarkannya masuk ke dalam premis bangunan selepas memakai tuala yang membaluti pinggang hingga kakinya.

Itu merupakan insiden ketiga melibatkan kod etika berpakaian, selepas bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Selangor juga menghalang seorang wartawan dan seorang penduduk Klang masuk kerana berskirt pendek.
Pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di Gombak pada awal bulan juga mengarahkan seorang wanita yang berpakaian ringkas di atas lutut memakai sarung sebelum boleh mendapatkan perkhidmatan di kaunter.

Semalam, Jabatan Agama Islam Pahang (Jaip) dilaporkan memperuntukkan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 kepada wanita Islam negeri itu yang berpakaian mencolok mata, termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan. - 25 Jun, 2015.




Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apa hendak dikatakan, begitulah cara berfikir bekas seorang pemimpin sekular dari sebuah Negara umat Islam sekular. Cara berfikir yang sudah dibasuh dengan cara berfikir penjajah yang memperkosa Negara umat Islam.

Yang arif bahagian agama akan faham di mana silapnya. Jauhari yang mengenal manikin, bukan sekuntum bunga indah diberi kepada beruk yang bodoh bernafsu...

Dah Bayar Zakat Fitrah Ke Belum? Ini Panduannya.


Zakat Fitrah adalah sejenis zakat 'badaniah' atau zakat tubuh badan yang diwajibkan kepada seseorang Muslim.

Setiap muslim diwajibkan untuk mengeluarkan zakat fitrah untuk dirinya , keluarganya dan orang lain yang menjadi tanggungannya baik orang dewasa, anak kecil, laki-laki mahupun wanita. Berikut adalah syarat yang menyebabkan individu wajib membayar zakat fitrah:
  • Individu yang mempunyai kelebihan makanan atau hartanya dari keperluan tanggungannya pada malam dan pagi hari raya.
  • Anak yang lahir sebelum matahari jatuh pada akhir bulan Ramadan dan hidup selepas terbenam matahari.
  • Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadan dan tetap dalam Islamnya.
  • Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadan.
Nabi Saw bersabda menerusi riwayat Ibn Umar :

"Maksudnya : Rasullulah saw telah mewajibkan zakat fitrah pada bulan Ramadan ke atas orang yang merdeka, hamba sahaya lelaki,perempuan dan kaum muslimin."

Untuk membayar zakat fitrah ini terdapat waktu yang diharamkan untuk membayarnya, berikut adalah waktu untuk membayar zakat fitrah iaitu:

1- Harus - iaitu dari malam ramadan sehingga hari akhir bulan Ramadan.
2- Wajib - iaitu selepas terbenam matahari pada akhir Ramadan.
3- Afdal - iaitu Selepas solat Subuh sehingga sebelum mengerjakan solat aidilfitri (Solat Sunat Hari Raya).
4- Haram - Selepas Solat Sunat Aidilfitri.

Kadar Zakat Fitrah Bagi Seluruh Negeri Di Malaysia

Kadar bayaran mengikut cara asal ialah 1 gantang Baghdad makanan asasi sesuatu tempat seperti beras atau gandum. Mengikut sukatan atau timbangan sebanyak 2.6 /2.7kg bersamaan nilai mengikut kadar nilai matawang semasa.

Jadi bagi mereka yang hendak membayar zakat dengan beras fitrah

Harga zakat fitrah bagi negeri-negeri di Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS bagi beras Super Tempatan Gred A mengikut timbangan satu gantang Baghdad bersamaan 2.60 kg

Manakala bagi Sabah dan Sarawak adalah berdasarkan harga setempat yang ditetapkan oleh BERNAS, masing-masing bagi beras ‘Vietnam White Rice’ bagi negeri Sabah dan ‘Thai White Rice’ bagi negeri Sarawak mengikut timbangan satu gantang Baghdad iaitu bersamaan 2.70 kg.

Untuk membayar secara tunai berikut adalah kadarnya mengikut negeri:


Bagi yang pertama kali membayar Zakat Fitrah, berikut pula adalah panduan cara membayar Zakat Fitrah boleh dilakukan sebagai panduan umum.:
Lafaz Niat Ijab & Qabul Zakat Fitrah

1. Lafaz Niat Diri sendiri

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku pada tahun ini kerana Allah Taala.”

    1.1 Lafaz Penerima Zakat (Diri Sendiri) Oleh Amil

“Saya Terima Zakat Sebanyak Rm ………………… Yang Wajib Bagi Diri Tuan Pada Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala.”

2. Lafaz Niat Diri dan tanggungan

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”

     2.1 Lafaz Penerima Zakat (Tanggungan)

“Saya Terima Zakat Tuan Dan Tanggungan Tuan Seramai ….. Orang Sebanyak Rm ……………….. Yang Wajib Bagi Diri Tuan Pada Tahun Ini Kerana Allah Ta’ala.”

3. Bagi pihak Lain

“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak ………… yang wajib keatas pihak yang aku wakili pada tahun ini kerana Allah Taala.”

     3.1 Lafaz Penerima Zakat (Pihak Lain)

“Saya Terima Zakat ….. (sebut Nama Orang Yang Berwakil) Dan Tanggungannya Seramai …. Orang Yang Wajib Bagi Dirinya Pada Tahun Ini Sebanyak Rm ………………………. Yang Telah Berwakil Kepada Tuan Kerana Allah Ta’ala.”

Doa Ketika Menerima Zakat Fitrah


Golongan Yang Berhak Menerima Zakat

Orang Fakir - Mereka yang tidak berharta,tiada mata pencarian atau mempunyai hasil pendapatan yang tidak sampai separuh daripada keperluan asas.

Orang Miskin- Mereka yang mempunyai harta tetapi sekadar dapat menampung separuh atau lebih daripada keperluan semasa bagi diri dan tanggungan.

Amil- Pemungut zakat yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam Negeri masing-masing

Muallaf - Mereka yang baru memeluk agama islam.

Hamba Al-Riqab- Hamba yang diberi peluang oleh tuannya untuk menebus diri tetapi tiada kemampuan untuk berbuat demikian.

Mereka Yang Berhutang -Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam

Fi Sabilillah - Mereka yang berjuang atau berperang demi menegakkan syiar islam

Ibn Sabil - Mereka yang kehabisan bekalan untuk meneruskan perjalanan atau musafir atas tujuan yang baik .

Bayaran zakaat juga boleh dibuat menerusi kaunter/booth bayaran Zakat di pusat membeli belah.
(IH)

Tikus Banyak, Peluang Tambah Pendapatan? Jom..

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

SEBENTAR tadi, di sebuah kedai runcit Aceh, seseorang sedang membaca akhbar, seorang sedang duduk di bangku kecil di suatu sudut depan kedai, dan seorang sedang memilih-milih untuk membeli barangan. Tukang jual, mungkin taukeh kedai sedang senyum di kaunter duit.

"Ini ada berita menarik, dari bahan buangan boleh tambah pendapatan!" kata yang sedang baca akhbar.

Yang lain semua tersentak, "Apa beritanya?"

"Ini!" Dia baca kuat-kuat.

[ Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) merancang untuk meningkatkan ganjaran menangkap tikus kepada RM3 seekor dalam 'Kempen 1 Tikus 1 Ringgit'.

Pengarah Jabatan Kesihatan dan Alam Sekitar DBKL, Dr Hayati Abdullah berkata ia bagi memberi lebih motivasi kepada masyarakat dalam memenuhi sasaran DBKL untuk menangkap 50,000 ekor tikus setahun.

"Kami peruntukkan RM50,000 setahun untuk kempen ini namun peruntukan ini tidak pernah dihabiskan.
"Oleh itu aktiviti menangkap dan mengawal haiwan perosak ini perlukan kerjasama dan sokongan anggota masyarakat," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata tahun lepas DBKL mengumpul 10,498 ekor tikus yang diserahkan orang ramai, namun jumlah itu masih di bawah sasaran 50,000 ekor yang ditetapkan
.
]


"Dia (Dewan Bandaraya) pon tak larat nak tangkap tikus, nak suruh kita tangkap pulak?" potong cakap oleh yang duduk di bangku kecil di sudut depan kedai itu.

"Dengar dulu orang baca bagi habis, baru potong." jawab yang sedang memilih barangan. Dia pilih untuk beli barang tambahan nak niaga di pasar Ramadhan petang ini.

Yang tadi pun terus sambung membaca..

[ Dr Hayati berkata orang awam boleh menjana pendapatan sampingan sehingga RM50 sehari hasil menangkap tikus. Kempen '1 Tikus 1 Ringgit' mula dijalankan pada 2008.

Bernama sebelum ini melaporkan lima pasar awam di sekitar Kuala Lumpur antaranya Pasar Borong Selayang dan Pasar Chow Kit semakin kritikal dengan pembiakan tikus yang dikhuatiri boleh membawa penyakit seperti leptospirosis atau kencing tikus.

Tiga lagi pasar ialah Pasar Pudu, Pasar Sentul dan Pasar Keramat.

Menurut Jabatan Kesihatan Persekitaran DBKL, dalam tempoh sebulan pihaknya berjaya menangkap kira-kira 6,000 ekor tikus di kelima-lima pasar  tersebut dengan purata tangkapan sehari mencecah sehingga 50 ekor di setiap pasar itu.
- Bernama
  ]

Selesai baca, semua diam. "Haa bagi la pendapat bagaimana nak tambah pendapatan dengan tikus-tikus itu?"

Kerana tak ada yang bercakap, aku mula menyampuk..

Panorama indah, kampungku Balik Pulau, Pulau Pinang. Gambar ini diambil dari atas bukit tengah-tengah Pulau Pinang. Nun di bawah sana, di situlah kampungku..
Kampung Melayu, Balik Pulau.

"Hal ini mengingatkan aku di zaman remaja dan waktu sekolah dulu, di Balik Pulau, Pulau Pinang. Di belakang deretan rumah-rumah Kampung Perlis, kampungku itu terdapat sawah-sawah padi. Keluarga aku pun termasuk keluarga petani, walaupun ayahku agak lebih sikit, sambil-sambil menjadi guru agama.
"Tiap-tiap tahun (masa itu tanam padi setahun sekali) tanaman kami ditimpa bencana, iaitu diserang tikus. Habis tanaman padi musnah. Kerajaan waktu itu (Perikatan-lambang kapal layar, kalau sekarang BN/dacing) mengarahkan kampung-kampung mengadakan gotong royong membasmi tikus." Kataku.

"Aku nak tanya sikit." kata yang baca akhbar tadi, "Bagaimana orang-orang kampong tangkap tikus itu? Berjaya ke?"

"Begini cara kami tangkap tikus!" aku mula menerangkan.

"Mula-mula buat dua barisan. Barisan pertama siap kelengkapan menyerang dan membunuh tikus. Cangkul, parang, kayu keras, penyembur gas dipinjam dari jabatan pertanian, buluh gunanya kalau jumpa ular (kerana ular lemah dengan buluh). Barisan ini jalan mengiring, menggempur dan menggembur tanah-tanah di mana ada lubang tikus.  Kawal dan musnah jangan sampai ada tikus yang lepas lari.

"Barisan kedua ini pun dengan kelengkapan yang sama, jalan mengiring, mengikut barisan pertana. Kumpulan barisan ini merupakan saringan kedua supaya jangan ada sekor pun tikus-tikus yang terlepas pandang, walau hingga ke anak cucunya. Begitulah serangan dilakukan dari petak ke petak sawah hingga selesai, di sesuatu daerah.

"Akhirnya tikus-tikus mati itu dilonggok bagaikan busut. Datang pegawai pertanian, kira. Dibayar seokor 50 sen. Kadang-kadang harga makan gotong royong itu lebih banyak dari harga upah bunuh tikus yang dapat. Kamu tanya berjayakah? Aku jawab, berjaya, tapi hanya dari segi moral!". Begitu, penjelasanku.

Akhirnya, kawan yang sedang pilih barang itu bertanya lagi. "Maaf, aku tanya sekali lagi, bagaimana nak tambah pendapatan dengan tikus-tikus bandaraya KL seperti yang disebutkan itu? Tolong jawab ringkas, aku nak cepat balik berniaga petang ini."

Masing-masing terdiam, susah juga nak pecahkan masalah ini agaknya.

"Beginilah.." jawab tukang jual di kaunter bayaran yang berotak bisnes, setelah nampaknya macam berfikir bersungguh-sungguh berkata, "Kita tubuh saja satu kumpulan terdiri dari beberapa orang, bagaimana nak tangkap tikus.
"Pergi runding dengan DBKL atau syarikat pembunuh serangga.. Fikirkan bagaimana nak dapat membunuh 1,000 ekor tikus satu minggu. Kalau boleh berjaya itu, berjayalah kita membuat perusahan untuk menambah pendapatan. Fikirlah masak-masak."

Itu langkah pertama, jom kita cuba berkreatif.

Sekian.

  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
25 Jun 2015 KL

10 pagi.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

Thursday, June 25, 2015

Amat Wajar PM & Pengerusi MARA Digantung Tugas (80)


LIHAT pendedahan ini, Perdana Menteri Najib perlu letak jawatan? 
E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

E-Buku IH-102: Pendedahan Ini, PM Akan Letak Jawatan?

Oleh DATUK MAHFUZ OMAR

Selaku Ahli Parlimen, saya memandang serius laporan yang dibuat oleh akhbar Australia The Age yang mendakwa berlakunya penyelewengan di dalam urusan pembelian hartanah Dudley International House di Melbourne, Australia oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Hartanah ini telah dibeli melebih RM13.8 juta dari harga sebenar.

MARA yang ditubuhkan pada 1966 di bawah Akta Majlis Amanah Rakyat 1966 (Akta 489) adalah sebuah institusi awam yang ditubuhkan memajukan, menggalakkan serta menjalankan pembangunan ekonomi dan kemasyarakatan khususnya untuk kaum bumiputera  khususnya orang Melayu dalam kawasan luar bandar.

Sesuai dengan namanya, maka MARA berkewajipan untuk menjaga dan melindungi sepenuhnya amanah yang diberikan rakyat terutama apabila menjalankan urusniaga yang membabitkan dana awam yang bernilai jutaan ringgit seperti pembelian hartanah di Australia ini.

Penjelasan yang diberikan oleh Pengerusi MARA, Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara ini pada hari ini tidak langsung membantu menerangkan bagaimana MARA boleh membeli hartanah tersebut dengan harga 27% lebih tinggi dari harga sebenar.

Kenyataan yang dibuat Pengerusi MARA menimbulkan persoalan yang lebih besar iaitu adakah MARA tidak langsung mendapatkan laporan dan nasihat penilai bertauliah sebelum MARA bersetuju untuk membeli hartanah tersebut pada harga RM65.4 juta.

Padahal, ianya adalah amalan yang sepatutnya dilakukan di dalam mana-mana urusan pembelian hartanah.

Tambah membingungkan lagi bagaimana pembelian hartanah ini yang melalui pelbagai proses tapisan dan kelulusan termasuk di peringkat lembaga pengarah MARA dan majlis ekonomi yang dipengerusikan perdana menteri.

Apakah tidak langsung dibangkitkan tentang keperluan mendapatkan laporan penilaian bagi melihat kemunasabahan harga yang ditawarkan?

Pengerusi MARA mengakui bahawa laporan penilaian hartanah yang dilakukan firma antarabangsa mengatakan nilai RM65.4 juta tersebut lebih tinggi daripada nilai sepatutnya.

Justeru, persoalan yang perlu dijawab bilakah penilaian tersebut dibuat? Adakah sebelum atau selepas pembelian dilaksanakan?

Jika pembelian diluluskan MARA dan majlis ekonomi tanpa bersandarkan kepada sebarang laporan penilaian atau diluluskan dengan tidak mempedulikan laporan penilaian yang dibuat, maka jelas berlaku pelanggaran undang-undang dan juga kecuaian yang teruk.

Kes ini membabitkan kesemua mereka yang terlibat meluluskan pembelian tersebut di setiap peringkat termasuk perdana menteri, yang mana kesemua mereka ini boleh dikenakan pendakwaan jenayah atau tindakan sivil di mahkamah.

Tambah mengejutkan, laporan yang sama juga menyebut bahawa MARA telah turut membeli tiga lagi hartanah lain di Australia. Kita semua berhak untuk mengetahui apakah kesemua transaksi lain tersebut turut berlaku pada harga yang sengaja dinaikkan untuk memberi keuntungan atas angin kepada dalang yang terlibat.

Pembelian hartanah yang mendatangkan kerugian jutaan ringgit kepada negara ini melibatkan MARA yang merupakan sebuah institusi awam yang lahir dari semangat Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan dan turut membabitkan penglibatan perdana menteri di dalam proses kelulusannya.

Maka, saya mendesak supaya supaya perkara ini disiasat oleh suatu Suruhajaya Diraja bagi membolehkan suatu siasatan yang menyeluruh, adil dan telus dapat dijalankan secara mendalam.

Pada masa yang sama, amat wajar bagi perdana menteri dan pengerusi MARA digantung dari menjalankan tugas mereka sementara menanti hasil siasatan yang dijalankan.


Oleh DATUK MAHFUZ OMAR ahli parlimen Pokok Sena.

Tubuh Pakatan Pembangkang & Parti Baru, Tapi Di Mana Datuk Husam & PasMa?

Antara pemimpin politik mewakili PKR, DAP dan PAS yang hadir pada majlis berbuka puasa di rumah Datuk Kamarudin Jaffar, malam semalam. - Gambar Facbook Teresa Kok, 24 Jun, 2015. Antara pemimpin politik mewakili PKR, DAP dan PAS yang hadir pada majlis berbuka puasa di rumah Datuk Kamarudin Jaffar, malam semalam. - Gambar Facbook Teresa Kok, 24 Jun, 2015.

PENGERUSI jawatankuasa bertindak G-18, Mohamad Sabu berkata, mesyuarat di Kuala Lumpur sehari sebelum itu berjalan dengan baik dan dihadiri pemimpin kanan PKR dan DAP. Bekas timbalan presiden PAS itu berkata, selepas Ramadan nanti, G-18 akan membuat pengumuman rasmi mengenai masa depan politik mereka.

"Ia sangat berjaya dengan semua pemimpin kanan menyertainya," kata Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu tanpa mahu mengulas panjang.

Ditanya sama ada terdapat perbincangan menubuhkan pakatan pembangkang baharu, Mat Sabu berkata: "Tunggulah lepas raya nanti."

Hampir kesemua anggota G-18 yang tewas dalam pilihan raya lepas menyertai majlis berbuka puasa di rumah bekas setiausaha agung PAS, Datuk Kamarudin Jaffar, di Kemensah Heights, Kuala Lumpur.

Kamarudin yang juga ahli Parlimen Tumpat mengesahkan kehadiran pemimpin kanan PKR dan DAP.

"PKR datang dengan diketuai presidennya sendiri Kak Wan (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) manakala DAP juga datang," kata Kamarudin.

Selain Dr Wan Azizah, antara yang turut hadir dari PKR ialah Chua Tian Chang atau Tian Chua, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Johari Abdul dan Shamsul Iskandar Mohd Akin. Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang juga timbalan presiden PKR dikatakan tidak sempat hadir kerana terlibat dengan program di Kuala Selangor.

DAP pula disertai Lim Kit Siang, Teresa Kok, Liew Chin Tong dan lain-lain. Dipihak G-18 pula, selain Mat Sabu, turut hadir ialah Salahuddin Ayub, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof, Asmuni Awi, Dr Mariah Mahmood. G-18 sedang dalam siri pertemuan dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) dan orang perseorangan, susulan penubuhan jawatankuasa bertindak pada 16 Jun lalu di Muar, Johor.

Menurut MP Shah Alam, Khalid Samad bekas ahli jawatankuasa PAS Pusat..

"Pendekatan kami lebih inklusif. Kami mahu semua kumpulan orang Islam dan bukan Islam bersama-sama kami dan menentang rasuah. Inilah apa yang (Allahyaham bekas presiden) Datuk Fadzil Nor bawa.
"Ia adalah perjuangan Islam berdasarkan kepada prinsip Islam. tetapi jika bukan Islam bersedia untuk menerima asas perjuangan, maka tidak ada masalah (mereka untuk menyertainya)," katanya.

Tidak seperti pemimpin PAS yang lain, Khalid lebih jelas menceritakan mengenai inisiatif baru itu sebagai parti politik yang sedang dalam penubuhan sedangkan pemimpin lain memilih menggunakan perkataan 'platform'. Ditanya sama ada kumpulan pemimpin progresif yang dikenali G18 mahu menubuhkan parti baru, Khalid berkata:

"Ya, besar kemungkinan jika ia tidak memenuhi visi pendekatan yang inklusif yang dibina pada masa ini.
"Jika ia mula menjadi lebih pendiam, lebih nak halau orang keluar keluar, nak yang suci murni saja bersama dia, maka sudah tentu pendekatan itu (tubuh parti baru) kami mahu," katanya.

Yang menjadi tandatanya sekarang dimana bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa, Bekas Ketua Muslimat Siti Zailah, Wan Rahim bekas Speaker Kelantan dan pemimpin-pemimpin Pasma? Apakah mereka ada haluan masing-masing, atau tersingkir dari arus ini? (IH)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails