Saturday, May 17, 2014

Larangan Merokok Dalam Kenderaan Awam Bermula




KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu penguatkuasaan larangan merokok dalam kenderaan awam di seluruh negara bermula semalam dalam usaha memastikan pematuhan larangan itu terutamanya di kalangan para pemandu.
  
Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam) Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman dalam satu kenyataan berkata operasi tersebut melibatkan Kementerian Kesihatan dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Pengangkutan Jalan dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
  
Katanya, objektif utama pelaksanaan operasi itu adalah memastikan pematuhan larangan merokok di dalam kenderaan awam khususnya oleh pemandu kenderaan awam dan penumpang.
  
"Operasi ini juga bertujuan memastikan semua pemilik kenderaan awam mempamerkan tanda larangan merokok dengan jelas di dalam kenderaan awam masing-masing seperti di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004.
  
Semua kenderaan awam merupakan kawasan larangan merokok bertujuan melindungi bukan perokok daripada bahaya asap rokok pasif," katanya.
  
Dr Lokman berkata bagi setiap kesalahan merokok di dalam kenderaan awam boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, didenda tidak melebihi RM10,000 atau dipenjara maksimum dua tahun.
  
Manakala bagi kegagalan mempamerkan tanda larangan merokok di dalam kenderaan awam, pemilik kenderaan boleh dikompaun tidak melebihi RM1,500, didenda tidak melebihi RM3,000 atau dipenjara maksimum enam bulan, katanya.
  
Katanya, Kementerian Kesihatan juga akan menguatkuasakan peruntukan baharu di dalam PPKHT (Pindaan) 2013 mengenai larangan menjual, membeli atau memiliki rokok tidak sah.
  
"Peraturan 15 (4A) telah dikuatkuasa pada 1 Januari tahun ini di mana sesiapa yang memiliki rokok tidak sah iaitu tidak dicetak dengan imej amaran kesihatan, mereka boleh dikompaun tidak melebihi RM5,000, denda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya," katanya. -Bernama

Kreatif, Atap Rumah Dibuat Dari Bekas Kotak Minuman

FotoSUKARELAWAN EPIC Home membina sebuah rumah Orang Asli melalui Projek CAREton.

FotoSEBUAH rumah Orang Asli yang dibina menggunakan atap kitar semula.
Foto
.

SUKARELAWAN EPIC Home membina sebuah rumah Orang Asli melalui Projek CAREton

JOM KREATIF
Jika dengar orang bercerita mengenai kitar semula, ramai antara kita memikirkan kertas, botol kaca, tin aluminium dan plastik. Jarang kita mende­ngar orang menyebut kotak minuman, sedangkan ia mempunyai nilai besar kepada negara dan masyarakat.

Percaya atau tidak, 7,247 kotak minuman yang dibuang mampu menghasil­kan sekeping atap rumah yang tahan lama, serap bunyi dan selamat.  Melalui Projek CAREton, lebih banyak atap rumah mampu dihasilkan jika orang ramai memberikan sumbangan kotak minuman untuk dikitar semula.

Pengurus Alam Sekitar Tetra Pak (Malaysia) Sdn Bhd Manjula Murugesan berkata, pihaknya memilih EPIC Home sebagai rakan strategik Projek CAREton tahun lalu. Beliau berkata, badan bukan kerajaan (NGO) itu bertanggungjawab memba­ngunkan 10 rumah untuk Orang Asli di Kampung Hulu Tamu, Batang Kali, Selangor sejak tahun lalu.

“Daripada 10 yang disasarkan itu, empat siap dibina menggunakan teknologi binaan rumah pasang siap milik EPIC Home,” katanya.

Menurutnya, 46 atap diperlukan bagi setiap rumah dan jumlah itu memerlukan sumbangan besar masyarakat untuk kitar semula.

“Tahun ini, Tetra Pak berikrar menambah 15 rumah untuk Orang Asli dan golongan memerlukan.
“Rancangan baru nanti memerlukan 5 juta kotak minuman terpakai bagi menghasilkan 690 atap,” katanya.

Dalam pada itu, Nuansa sempat singgah ke Kampung Hulu Tamu, Batang Kali, untuk melihat sendiri rumah yang dibangunkan EPIC Home bersama lebih 30 sukarelawan.  Secara kasar, sebuah rumah bernilai RM40,000 itu mampu disiapkan sukarelawan dalam tempoh tiga hari dan dilengkapi bilik, ruang dapur, ruang tamu serta bilik air.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif EPIC Home John-Son Oei berkata, pihaknya mendapat penyertaan dari individu di seluruh dunia yang berminat menjadi sukarelawan. (myMetro)

Kemenangan Pembangkang Buka 'Era Baharu' Di India.

SEKUMPULAN penyokong menari di hadapan ibu pejabat Parti Bharatiya Janata di New Delhi selepas parti itu memenangi pilihan raya India.
NEW DELHI - Calon Perdana Menteri, Narendra Modi mengisytiharkan India kini memasuki satu 'era baharu' selepas parti pembangkang, Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinannya mencipta kemenangan terbesar pada pilihan raya umum negara itu dalam tempoh 30 tahun.
Keputusan awal pilihan raya yang berlangsung selama enam minggu tersebut sejak April lalu menunjukkan BJP yang diketuai Modi bakal menjadi parti tunggal pertama yang menang majoriti kerusi Parlimen sejak tahun 1984.

"India telah menang. Hari yang baik kini tiba," kata Modi dalam satu kenyataan di laman Twitternya.
Kemenangan Modi, 63, yang merupakan anak seorang penjual teh menjangkaui semua ramalan yang dibuat para penganalisis politik sebelum ini.

Kejayaan beliau juga dijangka mengubah lanskap politik India. Ia ekoran Modi memperoleh mandat yang cukup besar untuk melakukan perubahan ekonomi yang dijanjikan BJP sebelum ini tanpa sebarang halangan.

Modi yang sebelum ini merupakan Ketua Menteri Gujarat menerima pujian kerana berjaya mengukuhkan perkembangan ekonomi di negeri tersebut. Apabila keputusan pilihan raya itu disahkan, beliau bakal menjadi Perdana Menteri India ke-15 menggantikan Perdana Menteri, Manmohan Singh.

"Era baru kini sudah bermula," kata Presiden BJP, Rajnath Singh.
"Bunga teratai kini mekar di seluruh India," tambah beliau yang merujuk bunga yang menjadi simbol parti berkenaan.

Keputusan awal yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya menunjukkan BJP memperoleh undi majoriti apabila memenangi lebih 272 kerusi daripada 543 kerusi yang dipertandingkan.
Parti itu dijangka mudah melepasi angka 330 kerusi apabila parti sekutu BJP turut memenangi beberapa kerusi parlimen.

Parti Kongres yang dikuasai oleh keluarga Ghandhi yang memerintah negara itu selama 13 tahun bakal mengalami kekalahan terburuk dalam sejarah apabila hanya memperoleh tidak sampai 50 kerusi. Naib presidennya, Rahul Gandhi merupakan calon perdana menteri untuk parti itu.

Parti itu sebelum ini hilang kepercayaan rakyat berikutan skandal rasuah, persengketaan dalaman serta kegagalan untuk mengendali masalah ekonomi, kemiskinan infrastruktur dan pendidikan negara. - AFP

Ini, Gambar Dyana Sofya M/Daud Berbikini?

Wajah sebenar Dyana Sofya (kiri) dan gambar Pauleen Luna (berbikini) yang diambil dari laman sosial, Facebook aktres itu.

PETALING JAYA: Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan percubaan untuk mencemarkan imejnya dengan penyebaran gambar palsu dia berbikini adalah satu perbuatan politik yang garuk terutamanya ke atas seorang wanita sepertinya.

Dyana yang disebut-sebut bakal diumumkan sebagai calon DAP pada Sabtu untuk pilihan raya kecil Teluk Intan berasa kesal bagaimana orang boleh merendahkan diri mereka sehingga sebegitu sekali dengan menyebarkan fitnah tanpa usul periksa.

Berkata demikian melalui satu kenyataan media pada Jumaat, Dyana, 27, menegaskan foto berbikini yang disebar itu adalah foto aktres Filipina, Pauleen Luna.

“Sementara saya berpendapat yang aktres berkenaan adalah seorang yang sangat menarik, tetapi menggunakannya untuk menyebarkan fitnah yang kononnya gambar itu adalah saya benar-benar memperlihat betapa garuknya politik sesetengah orang khususnya ke atas wanita,” ujar ahli politik lulusan undang-undang dari Universiti Teknologi Mara itu.

Kata Dyana, sejak berita palsu itu disebarkan menerusi internet dia telah menerima beratus mesej yang mencaci dan menghinanya selepas nombor telefonnya diketahui ramai.

Tetapi disebalik kempen yang disebarkan itu dengan niat untuk memburuk-burukkannya, Dyana berkata yang dia berasa bersemangat dengan sokongan yang diterima daripada mereka yang percaya kepada perjuangannya.

“Di sebalik mereka yang menghina, ramai juga yang menelefon dan memberi kata-kata semangat dan menyatakan kepercayaan kepada saya. Hakikatnya orang seperti mereka lah yang membuatkan saya percaya dan yakin dengan apa yang saya perjuangkan.
“Dan sebaliknya mereka yang menyerang saya juga telah memberikan saya sebab yang kuat untuk meneruskan apa yang telah saya lakukan ini,” katanya lagi. (mStar)

Mulai Ramadhan, Pusat Terbesar Pelacur Asia Tenggara DiTutup Terus.


Tutup Gang Dolly, Risma si 'singa betina' dinilai tebang pilih
Risma 'Singa Betina' bertemu perwakilan GUIB. ©2014

 
SAAT menjelang penutupan pusat pelacuran terbesar se Asia Tenggara , Gang Dolly dan Jarak oleh Pemerintah Kota (Pemkot) atau Datulk Bandar, Surabaya , Jawa Timur , menuai banyak pro kontra .  

Tidak hanya dari warga sekitar yang menggantungkan hidup dari geliat pelacuran di Gang Dolly , Wakil Wali Kota Surabaya Whisnu Sakti Buana menyatakan sikap menolak penyetempatan yang ditubuhkan Tante Dolly semasa zaman kolonial itu , akan ditutup pada 19 Jun akan datang .


NGO yang menamakan diri Laskar Merah Putih juga ikut angkat bicara soal penutupan penyetempatan Dolly dan Jarak . Meski tidak terang - terangan menyatakan penolakannnya , mereka tetap melontarkan kritikannya atas rencana Pemkot Surabaya yang disokong Gubernur Jawa Timur dan Majelis Ulama Indonesia ( MUI ) serta organisasi-organisasi masyarakat Islam di Jawa Timur itu. 

Wakil Ketua Umum Laskar Merah Putih Osama Cholid mengatakan , saat mendengar rencana penutupan Gang Dolly , pihaknya meminta Pemkot Surabaya dan polis tidak 'tebang pilih'  (pilih bulu' menjalankan dasar serta peraturan berkaitan kewujudan tempat - tempat pelacuran dan hiburan malam di Kota Pahlawan , khususnya tempat hiburan malam yang tak mengantongi surat izin . 
 Cholid menyebut , tempat hiburan malam tak berizin yang berpotensi dijadikan tempat peredaran dadah dan pelacuran seperti kelab di Jalan Embong Malang , Surabaya.


" Mestinya pemkot juga harus mengambil tindakan tegas tempat hiburan malam di sana , kerana diduga kuat tempat hiburan malam itu tidak membenarkan penggunaan dan dijadikan tempat transaksi dadah , " terang Cholid kepada wartawan , Khamis ( 15 / 5 ) . 

Selama ini , kata Cholid , Pemkot Surabaya terkesan membiarkan tempat hiburan malam di Jalan Embong Malang itu tetap beroperasi . Padahal , di salah satu tempat hiburan malam di sana didakwa bermasalah .

" Ada banyak kesalahan ( tak berizin ) dari tempat - tempat hiburan malam di sana , tapi dibiarkan , jadi jangan tebang pilih . Kalau memang untuk membawa perintah , ya ditertibkan semua , " balas dia .Cholid juga mempersoalkan sikap tegas Wali Kota Tri Rismaharini yang akan menutup Gang Dolly pada 19 Jun atau 10 hari sebelum bulan puasa tahun ini ( 2014 ) . Menurutnya , kengototan Risma menutup tempat pelacuran yang berada di tengah-tengah Bandar Johor Bahru itu , tidak dibarengi sikap tegas terhadap tempat - tempat hiburan malam lain yang bermasalah .


" Tempat - tempat hiburan kecil yang berada di luar Gang Dolly tidak ditutup , meski jelas - jelas bermasalah dan melanggar Perda . Harusnya Ibu Risma juga bersikap sama terhadap terhadap tempat - tempat hiburan malam itu , dengan menertibkannya , kalau perlu menutup bila memang tempat itu tidak mempunyai permit , " tegas dia .


Wakilnya menolak penutupan Dolly, Risma didukung MUI
Ketangkasannya di taktkuti, dapat julukan 'Singa Betina'.

Lebih jauh Cholid berkata , pihaknya akan terus melakukan pembetulan atas dasar Risma yang dinilainya terkesan pilih bulu itu . Bahkan dia mengancam akan turun jalan raya (demontrasi) menuntut wali bandar yang digelar sebagai ' Singa Betina ' itu .

" Kami hanya ingin keadilan . Sila , bagi pihak atau orang yang merasa tersakiti atau diperlakukan tidak adil ikut bergabung bersama kami , " ajak Cholid .


Dia menambah , kalau ingin memberantas kemaksiatan , semua tempat yang berpotensi menjadi tempat maksiat juga harus dibanteras .


" Kalau ingin membanteras maksiat , yang melanggar izin juga harus ditertibkan . Kita akan beri masa Pemkot untuk memperbaiki budi bicara . Banyak tempat maksiat lain yang tetap dibiarkan beroperasi , " jelasnya sambil menebar ancaman . (IH)


Selamat menyongsong kedatangan Ramadhan.. 
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak Siri 1
E-Buku IH-58: 'Universiti Ramadzan' Al-Mubarak.

E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' Siri 2
  E-Buku IH-73: Kembali 'Univ Ramadzan' 2013.

Lihat sebelum ini..

Friday, May 16, 2014

Berita Gembira! SYABAS Akhirnya Setuju Diambil Alih


 


KUALA LUMPUR: Konflik yang melanda program penyusunan semula industri air Selangor akhirnya menemui jalan penyelesaian apabila tiga daripada empat syarikat konsesi air negeri itu bersetuju dengan terma-terma pengambilalihan yang dikemukakan kerajaan negeri.

Dalam satu kenyataan bersama Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili yang dikeluarkan hari ini, Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) iaitu pemilik syarikat konsesi air Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) bersetuju dua syarikat tersebut diambil alih Kerajaan Negeri Selangor.

Berikut adalah kenyataan penuh yang dikeluarkan Sekretariat Akhbar, Pejabat Menteri Besar Selangor:

Berikutan perkembangan terbaharu di mana dua lagi syarikat konsesi air telah bersetuju dengan tawaran pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air oleh Kerajaan Negeri Selangor, Kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menangguh penguatkuasaan  Seksyen 114 Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (WSIA) kerana pada ketika ini tidak ada keperluan untuk menguatkuasa  seksyen tersebut ke atas industri perkhidmatan bekalan air negeri Selangor. Keputusan ini juga telah disokong oleh Kerajaan Negeri Selangor.

Keputusan ini telah dibuat oleh YB Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air setelah mendapat maklum balas daripada Kerajaan Negeri Selangor dalam satu mesyuarat di antara beliau dan YAB Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim, Dato’ Menteri Besar Selangor pagi tadi di mana kedua pihak telah dimaklumkan bahawa Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) telah bersetuju untuk dua buah syarikat konsesi air kepunyaannya iaitu Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor - tertakluk kepada persetujuan rasmi oleh pemegang saham kedua-dua syarikat ini setelah EGM diadakan kelak.

Mengikut persetujuan tersebut, PNHB telah menerima tawaran Kerajaan Negeri Selangor untuk mengambil alih segala ekuiti, aset dan liabiliti PNSB dan SYABAS masing-masing berjumlah RM2.47bilion dan RM3.11 bilion.

Ini bermakna tiga daripada empat buah syarikat konsesi air di Negeri Selangor setakat hari ini telah menerima tawaran pengambilalihan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Sebelum ini pemegang saham ABASS telah bersetuju kepada tawaran untuk pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti air yang telah dipersetujui oleh pemegang saham ABASS pada harga RM900 juta.

Perlu ditegaskan bahawa jumlah penjualan ekuiti, aset dan liabiliti air bagi PNSB, SYABAS dan ABASS yang berjumlah RM6.57 bilion adalah selari dengan jumlah yang telah dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman bertarikh 26 Februari 2014 di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor. 

Jumlah keseluruhan untuk mengambil alih 4 buah syarikat konsesi air di negeri Selangor yang dipersetujui di dalam Memorandum Persefahaman tersebut yang seterusnya ditawarkan oleh Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) kepada pemegang saham konsesi air di Selangor pada hari yang sama ialah sebanyak RM9.65 bilion.

Dalam pada itu, memandangkan pihak pemegang saham Syarikat Pengeluar Air Sungai Selangor Sdn Bhd (SPLASH) masih tidak bersetuju dengan tawaran Kerajaan Negeri Selangor, persetujuan telah dicapai di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor supaya bayaran bekalan air pukal SPLASH disemak semula bagi mendapatkan harga yang munasabah.

Sungguhpun demikian, Kerajaan Negeri Selangor masih bersedia untuk meneruskan pengambilalihan ekuiti, aset dan liabiliti SPLASH sekiranya pemegang saham SPLASH memberi persetujuan kepada harga yang telah ditawarkan oleh Kerajaan Negeri pada 26 Februari 2014.

Dengan penerimaan tawaran oleh PNSB, SYABAS dan ABASS, Kerajaan Negeri Selangor bersetuju untuk meneruskan penstrukturan perkhidmatan air negeri Selangor dengan perbincangan ke arah menandatangani perjanjian jual beli saham di antara KDEB dan pemegang saham kepada ketiga-tiga syarikat konsesi yang disebut di atas.

Kerajaan Negeri Selangor juga akan meneruskan perbincangan untuk menandatangani perjanjian penjualan dan pajak semula aset air dengan Kerajaan Persekutuan dan Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Penjualan aset air Kerajaan Negeri Selangor kepada PAAB berjumlah RM2 bilion ini akan membantu Kerajaan Negeri menampung keperluan membayar sebahagian daripada RM9.65 bilion bagi tujuan  pengambilalihan 4 buah syarikat konsesi air seperti ditawarkan.

Selanjutnya, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bersetuju untuk mempercepatkan penubuhan dan perjalanan jawatankuasa yang akan memantau dan memastikan pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan Sistem Agihan (Skim LRAL2) dapat dilaksanakan mengikut jadual sesuai dengan keperluan operasi dan perkhidmatan bekalan air negeri Selangor, dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. 

Dengan perkembangan ini juga, semua keperluan dan kelulusan berkaitan tanah dan permit untuk menyiapkan Skim LRAL2 akan segera dikeluarkan oleh Kerajaan Negeri Selangor, seperti mana terkandung di dalam MoU yang telah ditandatangani serta Heads of Agreement yang akan disempurnakan bersama oleh Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.

Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor percaya bahawa persetujuan untuk meneruskan penstrukturan perkhidmatan air yang dicapai hari ini melalui pengambilalihan tiga konsesi air negeri Selangor adalah langkah pertama ke arah peningkatan pemantapan industri perkhidmatan air di negeri Selangor dan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. HARAKAHDAILY, 16/5/2014

PAS Kutuk Serangan 2 Biarawati Di Seremban.

 


KUALA LUMPUR: PAS mengutuk keras serangan yang berlaku terhadap dua biarawati di Seremban beberapa hari lalu, yang menyebabkan salah seorang daripadanya masih tidak sedarkan diri.

Selain menyifatkan jenayah yang berlaku hari ini sudah tidak mengenal sesiapa, Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) PAS Pusat, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, berkata kejadian tersebut juga menunjukkan kawalan keselamatan di rumah-rumah ibadat perlu dilakukan.

"Bayangkan jika di hadapan rumah ibadat, dengan mangsanya adalah golongan agama pun sudah tidak selamat, bagaimana pula di tempat-tempat lain?" soal beliau ketika dihubungi Harakahdaily, hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat berkata lebih dikesalkan kejadian tersebut berlaku ke atas warga emas, yang masing-masing berusia 69 dan 79 tahun itu.

Biarpun pihak polis mengatakan motif jenayah tersebut adalah samun, Mujahid beranggapan perkara sedemikian perlu diatasi secara progresif dengan meningkatkan tahap keselamatan di tempat-tempat sedemikian.

Dalam pada itu, Mujahid turut berhasrat untuk menziarahi kedua-dua biarawati berkenaan, yang dilaporkan masih dirawat dalam kunjungannya ke Seremban, 18 Mei ini.

Pada 14 Mei lalu, Sister Julianna Lim, 69, dan Sister Marie Rose alias Theresa Teng, 79, diserang dengan topi keledar dan disamun seorang lelaki kira-kira pukul 6 pagi di luar Gereja Visitation.

Mereka didapati tidak sedarkan diri di pintu masuk gereja. Kedua-duanya baru tiba dari rumah dan hendak memasuki gereja apabila diserang.

Lim yang cedera ringan di kepada dan muka masih bergantung kepada alat pernafasan di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban dan masih belum sedarkan diri sementara Marie Rose telah sedar. - HARAKAHDAILY 16/5/2014

PKR: Kelemahan Pemilihan, Keganasn Diakukan 'Orang Luar'?

Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mendedahkan video berkaitan insiden kekecohan yang berlaku semasa proses Pemilihan PKR 2014 baru-baru ini yang dikaitkan dengan pihak luar parti semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysia oleh Faisal Salehhuddin, 16 Mei, 2014.  
Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan mendedahkan video berkaitan insiden kekecohan yang berlaku semasa proses Pemilihan PKR 2014 baru-baru ini yang dikaitkan dengan pihak luar parti semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini. – Gambar The Malaysia oleh Faisal Salehhuddin, 16 Mei, 2014. 

 Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui kelemahan proses Pemilihan PKR 2014 ‎termasuk insiden kekerasan dan gangsterisme yang berlaku di beberapa cabang.

Mendakwa perbuatan itu juga dilakukan orang luar dan bukannya ahli parti, Anwar berjanji mendedahkan bukti video kepada umum setelah selesai proses siasatan J‎awatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

"Saya bersetuju secara telus bukti video disiarkan. Itu pendapat saya.
"Usul Mesyuarat Biro Politik semalam ialah mendedahkan semua maklumat kepada awam," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, hari ini.

Ditanya sama ada JPP perlukan pembaharuan, Anwar berkata penambahbaikan itu mungkin akan dibincangkan selepas pemilihan kerana buat masa ini PKR hanya menggunakan sistem sedia ada dan tidak punya masa melakukan sebarang perubahan.

"Kita sudah belajar daripada Pemilihan 2010 tetapi tidak sangka jumlah anggota yang turun mengundi sangat ramai. Tetapi kita masih beri kebebasan penuh kepada sekretariat untuk mengendalikannya," katanya.

Anwar berkata, walaupun wujud kepincangan sepanjang pemilihan, pihaknya bertegas tidak akan melindungi penipuan atau jenayah kekerasan seperti yang berlaku dalam Pilihan Raya Umum (PRU).

"Kita ada beberapa laporan beserta bukti video dan gambar bukan ahli parti yang terlibat serta ahli dimasukkan saat akhir sebelum tutup tempoh keanggotaan pada 15 Mac.
"Kami sepakat sama ada calon-calon dan biro politik bagi sokongan kuat kepada JPP untuk pecat serta-merta mana-mana anggota yang langgar disiplin dan melakukan keganasan," katanya.

Katanya, wujud juga cubaan membatalkan PKR dengan mengheret parti ke Pendaftar Pertubuhan (RoS) ekoran kekecohan yang berlaku sepanjang pemilihan.
"Saya nak ingatkan ada percubaan untuk heret RoS, seperti yang berlaku pada DAP, mereka beri ruang awal bagi pihak pemerintah untuk persulit urusan kita.
"Tetapi kita akan pastikan proses diikuti dan sebarang bantahan akan dibuat ikut saluran," katanya. – 16 Mei, 2014. (TMI)

Nizar Jamaluddin "very stupid" -Kata Zaharudin Menantu Presiden PAS

Komen Zaharuddin Muhammad dalam status Facebooknya terhadap kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencetuskan kontroversi. - Gambar Facebook. Komen Zaharuddin Muhammad dalam status Facebooknya terhadap kenyataan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang mencetuskan kontroversi. - Gambar Facebook.

 Kemelut Umno di Terengganu mungkin sudah selesai, bagaimanapun kini giliran PAS pula terjebak selepas kritikan "very stupid" menantu Presiden PAS, Zaharudin Muhammad (gambar) kepada bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Menantu Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu menulis komen melalui laman sosial Facebook dengan menyelitkan bersama-sama artikel komen Nizar di satu portal berita.

Nizar dalam artikel tersebut menyeru pimpinan PAS berhati-hati dengan Barisan Nasional (BN) semasa krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu baru-baru ini.

"Menantu Hadi (Zaharuddin) menafikan, sebab dia kata bukan tujukan kepada saya.
"Dia kata kenyataan 'very stupid' itu tidak semestinya ditujukan kepada Datuk Seri Nizar. Kalau bukan kepada saya, tidak tahu kepada siapa dia tujukan," katanya kepada The Malaysian Insider.
Nizar meminta Zaharuddin supaya menjelaskan kenyataan tersebut dan bukan hanya menafikan sahaja.
"Kalau dia kata tidak tujukan kepada saya, saya pun tidak tahu nak kata ditujukan kepada siapa.
"Tanya dia, apa niat dia," soal beliau.

Nizar kemudian berkata, kenyataan Zaharuddin yang juga salah seorang Exco Pemuda PAS mencerminkan imejnya yang sebenar.

"Sekarang ini, dia mencemarkan dirinya, ahli Majlis Syura dan AJK parti sendiri. Mana boleh kita beritahu kepada rakan-rakan macam itu," kata Nizar.

Nizar juga mempertahankan haknya untuk menasihati kepimpinan PAS di Terengganu.

"Saya berhak sebagai bekas menteri besar yang pernah mengalami peristiwa sedemikian," kata Nizar lagi.

Zaharudin sebelum ini semasa pemilihan PAS tahun lepas juga mencetuskan kontroversi, didakwa memainkan peranan besar dalam gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional yang digelar "Erdogan" dalam PAS.

 Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sekadar memberi ingatan kepada PAS Terengganu tidak terjebak dengan peristiwa yang pernah dilaluinya. – Gambar fail The Malaysia Insider, 16 Mei, 2014. Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sekadar memberi ingatan kepada PAS Terengganu tidak terjebak dengan peristiwa yang pernah dilaluinya. – Gambar fail The Malaysia Insider, 16 Mei, 2014.Nama tersebut diambil sempena nama Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan.
Menurut Nizar, nasihat tersebut bertujuan untuk mengelakkan krisis pada 2009 berulang di mana kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Perak tumbang susulan tindakan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) lompat parti.

Baru-baru ini, episod di Perak berulang apabila tiga Adun di Terengganu dikepalai bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said bertindak keluar parti dan mengumumkan menjadi wakil Bebas.

Terdapat khabar angin mengatakan akan ada usaha mewujudkan kerajaan campuran di Terengganu, tetapi perkara tersebut dinafikan oleh PAS Terengganu.
Nizar menggesa agar pemimpin negeri Terengganu supaya berhati-hati. Bagaimanapun situasi tersebut berubah apabila ketiga-tiga Adun tersebut kembali ke pangkuan Umno.

"Sebab pengalaman masa di Perak, Umno buat macam itu dahulu, bila tersepit mereka cari kawan lain.
"Jadi pengalaman itu saya cuba sampaikan supaya tidak termakan," kata Nizar.
Dalam pada itu, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat juga senada dengan Nizar, menyifatkan Umno dan BN sebagai tidak boleh dipercayai.
"Kita sedia maklum sejarah panjang PAS dan Umno.
"Kekalahan pada 2004 pun BN menang dengan tidak adil," kata Satiful kepada The Malaysian Insider.

Satiful berkata PAS tidak akan sama sekali bekerjasama dengan Umno atau BN, bahkan mengganggap Ahmad sebagai tidak berkredibiliti serta "flip-flop".

"Mereka tidak pernah berubah dengan sikap diskriminasi dan tidak adil.
"Umno tidak pernah menunjukkan keikhlasan sikap, jadi macam mana nak perintah bersama...Ahmad Said ini kita pun tahu dia flip flop," katanya.

Satiful juga mengungkit kembali layanan yang diberikan oleh Ahmad kepada PAS sepanjang memerintah Terengganu dan berkata mustahil untuk bekerja dengan individu berperwatakan sedemikian. Di Terengganu, BN memiliki 17 kerusi DUN manakala PR pula 15 daripada 32 kerusi keseluruhan, sebarang kemungkinan boleh berlaku sekiranya salah seorang daripada Adun Umno keluar parti menjadi wakil Bebas.

PAS juga mengintai peluang untuk memerintah di Terengganu, malah awal-awal lagi memberi isyarat akan mengusulkan undi tidak percaya dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) jika kemelut politik dalaman Umno tidak berakhir. – 16 Mei, 2014. (TMI)

Sambut Puasa, Penzina Komersial Mulai Ditertibkan.

PSK di Bekasi banyak wajah baru dan berusia 18 tahun
Pekerja seks komersial. shutterstock

SERAMAI 17 Penzina komersial atau Pekerja Seks Komersial ( PSK ) di Kabupaten Bekasi Indonesia, terjaring dalam sekatan petugas Satuan Polisi Pamong Praja wilayah tempatan , awal hari tadi (semalam) . 

Mereka ditertibkan kerana dianggap meresahkan masyarakat dengan aktivitinya .Ketua Satuan Polisi Pamong Praja , Kabupaten Bekasi , Dikdik Jasmedi menjelaskan , sekatan jalan dilakukan di sejumlah titik di antaranya jalanan , serta warung remang - remang . Namun , saat disekatan ada beberapa yang berjaya melarikan diri .

" Setelah direkodkan , diserahkan kepada Dinas Sosial . 10 dibina di rumah pemulihan di Pasar Rebo Jakarta Timur , dan tujuh yang lain dibawa ke rumah pemulihan di Palimanan , Cirebon , " katanya , 

Khamis ( 15 / 05 ) . Lebih lanjut Dikdik berkata , pelacur komersial yang terjaring adalah kebanyakan wajahwajah baru . Mereka berusia sekitar 18-25 tahun yang berasal dari luar Kabupaten Bekasi seperti Indramayu , Subang , dan daerah di Jawa Barat lainnya .

 " Alasan mereka menjadi PSK (pelacur komersial) kerana keperluan ekonomi , " ujar Dikdik .
Dia berkata , menjelang bulan Ramadan , pihaknya bakal terus membawa perintah para pelacur komersial di wilayah setempat . Mereka akan dibantu anggota polis dari Polresta Bekasi serta Komando Daerah Tentera 0509 Cikarang . 

Sasaran seterusnya , lanjut dia , ialah pelbagai kafe , dan tempat hiburan . Pasalnya , lokasi - lokasi itu disita dijadikan tempat pelacuran terselubung . Dari laporan yang diterima , hotel - hotel kelas Melati yang tak disiplin kerap dijadikan tempat untuk tidur bersama antara PSK dan lelaki hidung belang .(IH)

Calon Bebas Bukit Gelugor Ini Proksi BN?

 
Calon bebas Bukit Gelugor Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Sathar .. Kemana arah perjuangan politiknya? Atau proksi BN? (IH)

Ini, Kempen Haramjadah Burukkan Taliban. Lelong Gambar Wanitanya.

 DUA pekerja menggantung potret Malala sebelum lelongan dibuat di bangunan Seni Kontemporari dan Selepas Perang di New York kelmarin.

Potret wanita cedera ditembak Taliban dilelong RM330,68
 NEW YORK - Satu potret yang menunjukkan wajah seorang gadis Pakistan, Malala Yousatzai yang cedera ditembak anggota Taliban dilelong pada harga AS$102,500 (RM330,689) pada satu lelongan di sini kelmarin.

Lukisan itu dihasilkan oleh pelukis Britain, Jonathan Yeo pada tahun 2013 selepas Malala mula belajar di sebuah sekolah di Birmingham, England.

Malala ditembak semasa berusia 15 tahun ketika dia berjalan untuk menuju ke sekolah di Pakistan.
Hasil lelongan lukisan itu akan disalurkan ke Dana Malala yang ditubuhkan untuk membantu golongan wanita tidak bernasib baik.

Menurut pihak pengurusan dana itu, wang berkenaan akan digunakan untuk membantu wanita di Nigeria dalam bidang pendidikan. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Berapa banyak rakyat Taliban yang dibunuh AS dan kuncu-kuncunya, tetapi tiada satu pun yang ditonjol untuk lelongan.

As-Sisi, Teruskan Projek AS/Israel Jadikan Mesir 'Taliban/Afghan Kedua'.

AL-SISI (kanan) diwawancara seorang wartawan agensi berita Reuters di Kaherah kelmarin.

Al-Sisi minta bantuan AS
KAHERAH - Bekas Ketua Tentera Mesir, Abdel Fattah Al-Sisi yang dijangka akan menjadi Presiden negara ini meminta bantuan Amerika Syarikat (AS) untuk membantu memerangi keganasan yang dilakukan kumpulan-kumpulan militan Islam.

Menurut Al-Sisi, bantuan itu akan mengelakkan sebuah negara seperti Afghanistan yang berdepan masalah dengan pergerakan Taliban wujud di Asia Barat.

Beliau membuat kenyataan itu semasa diwawancara sebuah pertubuhan berita antarabangsa, Reuters kelmarin sebelum pilihan raya Presiden diadakan pada 26 dan 27 Mei ini. Namun, pengundian awal telah bermula di beberapa kedutaan Mesir di luar negara semalam.

Al-Sisi dijangka menang mudah kerana beliau hanya menerima tentangan daripada seorang calon berhaluan kiri, Hamdeen Sabahi. Jika memenangi pilihan raya Presiden, beliau akan menjadi Presiden terbaharu yang mempunyai latar belakang ketenteraan.

Pada 3 Julai tahun lalu, beliau mengetuai tentera untuk merampas kuasa ke atas Presiden Mohamed Morsi yang merupakan orang awam pertama dipilih menerusi pilihan raya untuk menjadi ketua negara.

Morsi kini ditahan dan didakwa melakukan pengintipan dan menyebabkan keganasan berlaku di Mesir. Menyentuh tentang Ikhwanul Muslimin, Al-Sisi menyatakan, pergerakan itu tidak lagi relevan di negara ini.

Menurutnya, keganasan yang dilakukan pergerakan itu ke atas penduduk Mesir menyebabkan ia tidak mendapat simpati dalam kalangan rakyat. Pergerakan itu juga dilabel sebagai pertubuhan penganas di Mesir. Al-Sisi juga menyatakan, situasi ekonomi di Mesir kini mengalami kesukaran sejak tiga tahun lalu.
"Lebih 50 peratus penduduk Mesir hidup dalam kemiskinan. Terdapat banyak pengangguran," katanya.

Menurutnya, demokrasi tidak akan berjaya melainkan terdapat kedudukan ekonomi yang kukuh dan menerusi sokongan kuat ke atas bidang pendidikan.

"Demokrasi bukan sahaja untuk mendidik golongan muda tetapi untuk mewujudkan suasana yang sesuai bagi membolehkan demokrasi berjalan dengan baik," kata- nya. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya bukan mohon bantuan, tetapi..
  • Al-Sisi melaksana tugas jadi barua AS/Israel berselindung di balik umpan 'membantu memerangi keganasan yang dilakukan kumpulan-kumpulan militan Islam'.
  • Menjadikan Mesir sebagai projek Afghanistan/Taliban kedua.
Malaysia berpihak di mana?

Lagi Polis Tahan Pengganas..

ANGGOTA polis mengiringi seorang pengganas warga asing yang ditahan di Kepong, Kuala Lumpur kelmarin.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti keganasan dan sedang merancang untuk menyerang pejabat konsulat asing di Chennai dan Bangalore, India berjaya ditahan polis di negara ini kelmarin.

Suspek yang berusia lewat 40-an itu ditahan dalam satu operasi khas sepasukan polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas Bukit Aman di sebuah kawasan perumahan di Kepong di sini pada pukul 11.55 pagi. Lelaki dari Asia Selatan itu ditangkap susulan pemantauan ke atas aktiviti suspek sejak Disember tahun lalu dan maklumat sama turut disalurkan kepada pihak berkuasa India. (Kosmo!)

Ini, Dyana Sofya Berbikini? 'saya harap ada badan sebegitu'

Dyana Sofya tak gelabah isu 'gambar berbikini'


Walaupun baru saja diura-urakan sebagai calon untuk pilihan raya kecil parlimen Teluk Intan, pemimpin muda Dyana Sofya Mohd Daud terus menjadi sasaran serangan kempen untuk memburuk-burukkannya.

Setiausaha politik pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang itu dikesan menjadi sasaran penulis blog pro-Umno yang menyebarkan gambar seorang wanita berpakaian bikini yang seiras wajahnya.

Dyana, 27, yang baru menyertai DAP dua tahun lalu, bagaimanapun nampaknya tidak tertekan dan tidak memandang serius serangan peribadi seperti itu.

Beliau juga mampu berseloroh apabila para pengikutnya bertanya mengenai gambar tersebut di laman sosial.

"Saya sudah (baca). Sebab itu saya kata saya harap ada badan sebegitu. Perlu lebih kerap ke gimnasium," tulis beliau di Twitter.

Menurutnya lagi, beliau turut menerima panggilan dan pesanan yang bersifat kasar, namun tidak gelabah dengan tekanan seperti itu.

"Beratus panggilan dan mesej kasar yang diterima sejak semalam. Jimatkan kredit anda. Saya tak berganjak. Ini Dyana lah," tulis beliau.

Gambar berkenaan dikesan dimuatkan di blog jomgelakfm.my dan theflyingkick.blogspot.com sejak semalam. Semakan Malaysiakini mendapati gambar berkenaan masih kekal disiarkan di blog berkenaan hari ini.

Gambar itu juga didapati dimuatkan di blog khairulryezal.blogspot.com dan bukti penyiaran gambar tersebut berjaya dirakam oleh pengguna laman sosial semalam.

Gambar wanita seiras wajah Dyana yang berpakaian bikini itu didapati telah dipadamkan hari ini dari blog berkenaan, namun bukti penyiarannya berjaya dirakam pengguna Internet.

Kalangan penulis blog Pakatan Rakyat pula, termasuk darisungaiderhaka.blogspot.com pula menyiarkan beberapa gambar yang menunjukkan bahawa individu dalam gambar tersebut adalah seorang pelakon Filipina, Pauleen Luna dan bukannya Dyana.

Sementara itu, tulisan di blog pro-Umno khairulryezal.blogspot.com turut mempersoalkan pendirian Dyana dan prinsip parti DAP yang didukung peguam muda tersebut dengan mengaitkan kelulusan Dyana dari Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Penulis blog tersebut mengaitkan UiTM sebagai institusi Bumiputera yang diperjuangkan Umno dan kontras dengan DAP.

Blog tersebut juga mendakwa ibu Dyana adalah orang kuat Wanita Umno di Ipoh Barat.

"Tidak tahu di mana silapnya, Diyana Sofea (Dyana Sofya) sekarang merupakan pejuang cauvinis DAP," blog khairulryezal.blogspot.com dipetik.

Blog berkenaan juga memuatkan satu gambar Dyana berpakaian jubah peguam, gambarnya ketika sedang berkempen untuk DAP dan juga gambar merakamkan beliau menerima satu anugerah dari bekas menteri kewangan, Tengku Razaleigh Hamzah. (MK)

PKR: Tarikh Baru Pemilihn & 8 Tindakan Disiplin.























KL: Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR akan mengeluarkan tarikh baru kepada semua cabang bermasalah yang diarah untuk membuat pemilihan semula. Pengerusinya Datuk Johari Abdul berkata, mesyuarat biro politik parti itu semalam bersetuju memberi ruang yang lebih kepada cabang-cabang terbabit untuk membuat persiapan.

Menurutnya, ia termasuk persiapan logistik, mengenalpasti premis tempat pemilihan yang lebih kondusif, serta penyediaan jumlah pengawas dan petugas yang lebih ramai bagi memastikan proses pemilihan berjalan dengan lebih lancar.

"Tumpuan dan penelitian yang lebih juga akan diberikan kepada cabang-cabang yang mempunyai jumlah anggota yang ramai," katanya dalam satu kenyataan.
"Untuk itu, JPP akan mengeluarkan satu tarikh baru untuk semua pemilihan semula yang melibatkan Cabang-Cabang di Sabah, Sarawak dan Semenanjung," ujarnya lagi sambil berharap ianya dilaksanakan dalam kadar yang munasabah.

Sementara itu, lapan ahli PKR telah diberikan surat tunjuk sebab dan digantung keahlian sehingga siasatan selesai kerana terbabit dalam insiden ugutan, mengkritik jawatankuasa pemilihan parti dan melakukan kekecohan sepanjang kempen pemilihan parti itu berlangsung. Pengerusi Lembaga Disiplin PKR, Datuk Dr Tan Kee Kwong dalam satu kenyataan media berkata, pihaknya telah meneliti beberapa kes berkaitan tatatertib dan disiplin anggota.

Kes-kes tersebut, ujarnya telah dibentangkan dalam mesyuarat biro politik parti itu pada 14 Mei lalu.
Mesyuarat yang dipengerusikan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali itu turut dihadiri Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim,  Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan anggota biro politik.

Berikut adalah keputusan-keputusan yang dicadangkan Lembaga ini dan dipersetujui biro politik parti:

1) MUSTAPHA MOHD TALIB (Cabang Kuala Selangor)
Beliau selaku Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor melalui satu perbualan telefon telah membuat ugutan terhadap Puan Faridah, pembantu khas Penyelaras Dun Bukit Melawati, iaitu untuk menamatkan khidmat S Manikavasagam sebagai Penyelaras Dun Bukit Melawati.
Mustapha akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

2) S MANIKAVASAGAM (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media yang mendakwa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah melakukan politik wang bagi pemilihan Cabang Kuala Selangor. Kenyataan ini telah disiar dalam berita TV1 dan Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2014, dan dalam m/s 6 akhbar Utusan Malaysia pada 12 Mei 2014. Ini merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."
S Manikavasagam akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

3) BOBINATH A/L VELLO (Cabang Kuala Selangor)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam Buletin Utama TV3 pada 11 Mei 2104.
Bobinath akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

4) MONNIZA @ SARIMAH ABDUL GHANI (Cabang Kampar)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam akhbar Berita Harian, m/s 7 bertarikh 12 Mei 2014, bertajuk "Proses undi kotor, tak telus".
Monniza akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

5) MD YUSOP KAMARUDDIN (Cabang Pasir Salak)
Beliau telah membuat kenyataan media mengkritik JPP dan parti secara terbuka di laman facebook beliau, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum."

Md Yusop akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

6) K GUNASEKARAN A/L KUPPAN (Cabang Hulu Selangor)
Beliau bersama beberapa orang penyokong telah bertindak agresif dengan merempuh pintu masuk dewan pengundian Cabang Hulu Selangor dan menghentikan proses kiraan kertas undi pada 11 Mei 2014. Tindakan ini melanggar Perkara B.6 Tataetika Pemilihan iaitu "mana-mana calon atau penyokongnya adalah dilarang dari mengganggu sebarang proses dan acara pemilihan parti."
K Gunasekaran akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

7) NOOR AZMAN SAMSURI (Cabang Tanjung Karang)
Beliau telah terlibat dalam menipu tandatangan pencadang, Basri bin Kasnon bagi pencalonan beliau sebagai Ketua Cabang Tanjung Karang.
Noor Azman akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai.

8) AHMAD JUFLIZ DATO' FAIZA (Cabang Setiawangsa)
Beliau telah membuat kenyataan media pada 14 Mei 2014 yang mengkritik Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) dan Parti secara terbuka, yang merupakan pelanggaran Perkara B.7 Tataetika Pemilihan iaitu "Sebarang perselisihan berkaitan dengan Pemilihan Parti dilarang sama sekali dibawa kepada media atau dihebahkan kepada umum." Kenyataan ini telah disiarkan dalam rencana di laman The Malaysian Insider bertajuk "50 ahli PKR akan lapor RoS jika keputusan pemilihan tidak dibatalkan" pada 14 Mei 2014.
Ahmad Jufliz akan diberi surat tunjuk sebab dan digantung keanggotaan parti serta-merta sehingga siasatan selesai. (sumber HD)

Delima Artis: Emma Maembong Nak Berhijrah, Tetapi..


HALAMAN HIBURAN
SEJAK akhir-akhir ini, pelakon sensasi, Fatimah Rohani Ismail, 22, atau dikenali umum sebagai Emma Maembong terkenal melalui drama Projek Memikat Suami itu, telah dikatakan berubah apabila menolak untuk memakai baju yang mendedahkan sosok tubuhnya.

Kosmo!Online bertanya, benarkah Emma menolak untuk berpakaian seksi seperti dahulu?

"Saya kini lebih suka berpakaian lebih sopan memandangkan saya rasa sudah sampai masanya untuk melakukan perubahan dalam diri saya. Saya ikhlas untuk melakukan perubahan ini dan tidak salah untuk saya berubah ke arah kebaikan. Jadi saya kini sedang berusaha perlahan-lahan ke arah kebaikan. " Jelas Emma Maembong seperti disiarkan oleh Kosmo!Online.

Seperti biasa di kalangan selebriti atau artis, tiap perubahan mereka sering dikaitkan dengan teman baik atau kekasih, walaupun kadang-kadang tiada kaitan langsung persaudaraan atau muhrim. "Adakah perubahan anda disebabkan kekasih anda, Zizan Razak?" Tanya Kosmo! lagi.

"Dia (Zizan Razak) tidak pernah terlibat dalam perubahan ini. Saya sendiri berniat untuk melakukan perubahan kepada diri saya. Sebelum ini, dia tidak pernah melarang saya mengenai bab pemakaian. Dia juga pernah pesan kepada saya, jika hendak berubah, biarlah ia lahir daripada hati yang ikhlas. Dia juga sentiasa menyokong dalam setiap apa yang saya lakukan." Jawab Emma.

Kosmo!: Adakah anda tidak takut tawaran lakonan yang diterima akan berkurangan sekiranya melakukan perubahan terhadap diri anda?

Emma: Saya rasa ia tidak menjadi permasalahan kerana buat masa sekarang, semua pihak memberi kerjasama yang amat memberangsangkan, malah pereka fesyen juga memahami kehendak saya dan mereka tahu apa yang saya mahukan.

Kosmo!: Apakah pandangan keluarga dan kekasih apabila anda bertindak untuk berubah?

Emma: Alhamdulillah, mereka merupakan orang yang sentiasa berada di sisi saya dan menyokong setiap apa yang dilakukan. Saya sangat bersyukur, malah mereka sangat memahami terutamanya ayah saya, Ismail Embong.

Kosmo!: Adakah anda akan mengubah perwatakan sama seperti anda mengubah imej sebelum ini?

Emma: Saya tetap akan berperwatakan seperti biasa kerana itulah diri saya. Saya cuba untuk menjadi diri sendiri tetapi pada masa yang sama, saya akan melakukan perubahan sedikit demi sedikit untuk kebaikan saya dan semua orang di sekeliling saya.

Kosmo!: Apakah perkembangan terbaharu anda?

Emma: Kini saya baharu sahaja selesai daripada penggambaran telemovie Bintang Hati bersama Shaarnaz Ahmad. Bagaimanapuni ia masih belum mempunyai tarikh siaran.

Kosmo!: Adakah anda akan berhijab pada masa akan datang?

Emma: Ya, Saya juga ada perancangan untuk berhijab pada masa akan datang, tetapi buat masa sekarang, saya masih lagi dalam proses untuk ke arah itu. Saya juga teringin untuk berubah apabila melihat teman-teman artis lain yang banyak berhijrah ke arah kebaikan.

Begitulah carafikir seorang artis yang baru mula berminat ke arah hijrah gelap menjadi terang. Berniat berbuat baik sudah diberi ganjaran oleh Allah SWT. Apalagi buat betul-betul secara keseluruhannya.

Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis
E-Buku IH-87: Cara Fikir Salah Artis

Thursday, May 15, 2014

Hudud Bentang Di Parlimen September Ini. -TMB K'tan


Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu tidak pernah ditangguhkan, sebaliknya menunggu tarikh yang sesuai untuk dibentangkan. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014.  
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu tidak pernah ditangguhkan, sebaliknya menunggu tarikh yang sesuai untuk dibentangkan. – Gambar The Malaysian Insider, 15 Mei, 2014. 

Rang undang-undang persendirian hudud kerajaan negeri Kelantan akan dibentangkan di Parlimen pada September ini selepas beberapa isu berkaitan dapat diselesaikan, kata Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Timbalan menteri besar Kelantan itu berkata hasrat untuk membentangkan rang undang-undang itu tidak pernah ditangguhkan, sebaliknya menunggu tarikh yang sesuai untuk dibentangkan.

"Kita tidak boleh tergesa-gesa kerana perlu melihat hasil perbincangan jawatankuasa kebangsaan. Keputusan akhir berhubung isu ini akan dibuat oleh mereka.
"Kami menunggu kerajaan persekutuan memaklumkan bilangan mereka yang akan terlibat dalam jawatankuasa itu," katanya seperti dilaporkan akhbar milik MCA, The Star.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan rang undang-undang hudud kerajaan negeri Kelantan tidak akan dibentangkan pada Jun. Katanya, penangguhan itu bagi memberikan masa yang cukup kepada jawatankuasa teknikal hudud yang dianggotai kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi mengkaji pelaksanaan undang-undang itu di negeri Kelantan.

Mohd Amar berkata pembentangan rang undang-undang itu pada September perlu mendapat sokongan menteri dan kerana itulah ia dibincangkan secara terperinci di peringkat kebangsaan.
"Seorang menteri perlu mengusulkan untuk membentangkan rang undang-undang itu dan ia mesti disokong oleh 15 ahli Parlimen," katanya seperti dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times.

Sementara itu, pengerusi biro keharmonian dan agama MCA Datuk Ti Lian Ker berkata jawatankuasa teknikal yang dibentuk kerajaan itu perlu disertai daripada pelbagai latar belakang kaum, akademik dan perundangan, lapor The Star.

Katanya, Umno tidak seharusnya terjerat dalam permainan politik PAS yang mungkin akan menggadaikan prinsip keadilan dan saling hormat-menghormati seperti yang dianjurkan dalam Islam. – 15 Mei, 2014. (TMI)

Hari Nakbah: Mengingati 65 Tahun Kekejaman Zionis

Oleh
MOHD AZMI ABDUL HAMID
 MAJLIS Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim)  mendesak Setiausaha Agung PBB, Ban Ki Moon bertindak tegas mengimplementasikan Resolusi 194 (III) yang diputuskan oleh PBB untuk memungkinkan pelarian Palestin kembali ke tanah air mereka.

Resolusi PBB 194 (III) itu mencatatkan “pelarian yang ingin kembali ke tempat asal (rumah mereka) dan hidup secara aman dengan jiran tetangga mereka perlu dibenarkan pada masa yang paling cepat dan yang praktikal, dan pampasan perlu dibayar ke atas harta mereka yang memilih tidak mahu pulang dan kehilangan atau kemusnahan hartabenda, di bawah prinsip-prinsip undang-undang antarabangsa atau kesaksamaan, perlu disempurna oleh kerajaan atau pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

(the refugees wishing to return to their homes and live at peace with their neighbours should be permitted to do so at the earliest practicable date, and that compensation should be paid for the property of those choosing not to return and for loss of or damage to property which, under principles of international law or in equity, should be made good by the Governments or authorities responsible.)

Sempena Hari Peringatan Nakbah Palestin tahun ke-65, pada 15 Mei 2013, Mapim  menegaskan, PBB tidak boleh lagi berdalih untuk membiarkan Israel terus berdegil tidak mengendahkan resolusi ini. Pada hal setiap negara yang menganggotai PBB berjanji untuk patuh kepada semua resolusi yang diluluskan.

Pada 15 Mei 2013 ini tersebut genaplah 65 tahun penderitaan ratusan ribu rakyat Palestin yang terbunuh, rumah dan kebun yang dimusnah, tanah dirampas, dan hampir 6  juta telah menjadi pelarian.

Pada 15hb Mei 1948, lebih 700,000 orang rakyat Palestin diusir dan lebih 500 perkampungan orang dimusnah dan dirampas. Peristiwa itu tidak mungkin dapat dilupa oleh dunia kerana ia adalah permulaan kepada keganasan Yahudi Zionis yang tidak kunjung selesai sehingga hari ini.

Mala petaka yang diistilah sebagai  "Nakbah" oleh rakyat Palestin, pada 65 tahun yang lalu itu, pada hakikatnya tidak reda sehingga hari ini. Kesengsaraan rakyat Palestin sedemikian lama masih tidak mendapat pembelaan daripada masyarakat dunia kerana sehingga hari ini nasib mereka tidak berubah.

Kezaliman Yahudi Zionis yang mencipta negara Israel yang didokong oleh British dan US tidak ada tandingannya sehingga ke saat ini. Sebuah negara berdaulat Palestin dilenyapnya ddaripada peta dunia.

Kami mengingatkan bahawa sehingga sekarang PBB, terutama Majlis Keselamatan PBB, lebih berperanan untuk tunduk kepada hegemoni kuasa besar dunia terutama US dan UK yang mengizinkan Israel terus bermaharajalela menindas rakyat Palestin.

Kami percaya kedamaian tidak boleh dicapai dengan "perundingan". Hal ini kerana, yang kononnya disebut "perundingan keamanan" hanyalah muslihat Israel dan US untuk menguasai negara-negara Arab di rantau Asia Barat dengan mengukuhkan kedudukan Israel.

Kedamaian sebenar hanya boleh dicapai dengan mengembalikan semua hak rakyat Palestin iaitu:
  1. Hak untuk kembali ke tanah air mereka, iaitu bumi Palestin,
  2. Tanah mereka yang dirampas, dipulangkan semula,
  3. Segala pampasan atas kemusnahan harta mereka di bayar sepenuhnya,
  4. Semua pendudukan Israel hendaklah keluar dari tanah yang dicerobohi sejak 1967,
  5. Al-Quds hendaklah kembali berada di bawah kuasa kaum Muslimin Palestin sepenuhnya,
  6. Penjenayah Zionis Yahudi dibicara di Mahkamah Jenayah Antarabngsa atas segala perlakuan jenayah kemanusian dan pelanggaran undang-undang antarabangsa,
  7. Palestin diisytihar sebagai negara berdaulat.

Semua hak rakyat Palestin ini tidak boleh dirundingkan, malah perlu dilaksanakan tanpa syarat.

Jika Israel masih terus berdegil dan tidak mahu tunduk melaksanakan Resolusi 194 (III) maka kami mengusulkan supaya keanggotaan Israel di PBB digantung, sekatan ekonomi dan ketenteraan dikuatkuasakan ke atas Israel dan diheret mereka ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa atas segala jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin di Tebing Barat, Tebing Gaza dan Timur Jurusalem.

Mohd Azmi Abdul Hamid ialah Presiden Mapim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails