Thursday, May 15, 2014

Khidmat Seks Kepada Pelancong. Khidmat??


SEBAHAGIAN pelacur warga asing dan penjaga pusat urutan badan yang tahan dalam serbuan di Taman Rimbunan, Kepong semalam.
KUALA LUMPUR – Empat buah premis yang berselindung di sebalik perniagaan urutan badan di Jalan Rimbunan 1, Taman Rimbunan, Kepong di sini untuk menawarkan khidmat seks terbongkar semalam.

Pegawai Turus D7 Bukit Aman, Deputi Superintendan Kamal Khan Mohd. Shariff berkata, rahsia mengenai kegiatan empat buah premis itu terbongkar selepas pasukan polis Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman melakukan serbuan pada pukul 4.40 petang. (Kosmo!)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Masih anggap aktiviti najis zina itu 'khidmat'?  Menganggap yang haram (zina) itu sebagai halal dan baik (khidmat) dalam negara yang kononnya Islam (?). Kalau betul seseorang berfikiran begitu, tandanya ia tidak berfikir Islamik.. Dijajah oleh carafikir luar Islam.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails