Saturday, September 12, 2020

Pusat Hiburan Pusat Maksiat, Disalahgunakan. Baik Tutup!

 Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi tadi. - Foto Bernama Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur, melakukan serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi tadi. - Foto Bernama

183 dicekup leka berhibur

KUALA LUMPUR: Polis menahan 183 individu kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di sebuah pusat hiburan dekat pusat beli-belah mewah di Jalan Bukit Bintang, di sini, awal pagi tadi.

Dalam serbuan Ops Noda dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPK) hampir dua jam berakhir jam 3 pagi, pelanggan yang leka berhibur dengan muzik kuat tidak menyedari kehadiran polis.

Timbalan Ketua JSJ (Risikan/Operasi) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner, Rohan Shah Ahmad, berkata tahanan itu termasuk 75 wanita berusia antara 21 hingga 40 tahun.

"Polis juga tangkap 12 pekerja premis berkenaan termasuk enam warga asing dipercayai tidak mempunyai permit kerja sah.

"Selain itu, barangan seperti pembesar suara, telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM2,000 disita bagi membantu siasatan.

"Semakan awal mendapati, premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah," katanya ketika ditemui pemberita selepas serbuan itu, di sini, awal pagi tadi.

Semua suspek dibawa ke Balai Polis Dang Wangi untuk disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-PeraturanPencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:
(i) Pusat hiburan jadi pusat ingkar Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
(ii) Pekerja premis termasuk warga asing tiada permit kerja sah.
(iii) Premis berkenaan beroperasi tanpa lesen sah.
(iv) Disiasat juga mengikut Peraturan 39(b) Peraturan Imigresen 1993, Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Berjangkit) 2020 dan Seksyen 4(1) Akta Hiburan 1952.
(v) Pusat hiburan kini sudah jadi pusat maksiat, disalahgunakan. 
(vi) Kaji balik, perbetulkan atau baik tutup saja.

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

Bijaknya orang dulu-dulu berpolitik. -Dr Kamarul Zaman.

 

DALAM PRU 1969, PAS gagal mendapat sebarang kerusi di Dewan-Dewan Undangan Negeri di luar Kelantan, Terengganu dan Kedah melainkan 1 kerusi di Perlis (melalui Hussain Abdul Rahman di S8 Arau) dan 1 kerusi di Perak (melalui Mahmud Zainal Abidin di S18 Kampong Gajah).

Begitupun, setelah PAS menyertai BN, dalam PRU 1974, di peringkat Dewan Undangan Negeri, PAS telah diberikan 3 kerusi di Perak, 2 kerusi di Perlis, 1 kerusi di Pulau Pinang, 1 kerusi di Pahang, 1 kerusi di Selangor, 1 kerusi di Negeri Sembilan dan 1 kerusi di Melaka.

Di Perak, tiga ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Baharuddin Abdul Latif di N8 Gunong Semanggol, Mohamed Junid di N16 Lubok Kerbau dan Abdul Latif Mat Lajin di N28 Bota.

Di Perlis, dua ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Hussain Abdul Rahman di N10 Bandar Arau dan Ahmad Long di N12 Sanglang.

Di Pulau Pinang, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Zabidi Ali di N7 Sungai Dua.

Di Pahang, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Mohd Rushdie Arif di N27 Bukit Ibam.

Di Selangor, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Hamdan Bakri di N4 Sungai Panjang.

Di Negeri Sembilan, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Azhari Hamzah di N19 Pasir Panjang.

Di Melaka, ADUN PAS yang diberi peluang bertanding dan menang ini ialah Mohd Nor Noordin di N11 Tanjong Minyak.

Bukan setakat itu, malah Mohamed Junid telah turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Perak, Ahmad Long telah turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Perlis dan Zabidi Ali telah turut dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Pulau Pinang.

Begitulah bijaknya orang dulu-dulu berpolitik.

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 11/9/2020

Hajiji Noor bakal Ketua Menteri Sabah -Bayangan PM.

 Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika berkumpul sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran hari ini. Turut hadir calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (kanan). - fotoBERNAMA Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan ketika berkumpul sebelum proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah di Pejabat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Tuaran hari ini. Turut hadir calon Perikatan Nasional bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor (kanan). - fotoBERNAMA

PRN Sabah: PM beri bayangan Hajiji bakal Ketua Menteri.

TUARAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi bayangan kemungkinan Ketua Badan Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Sabah, Datuk Hajiji Noor, dilantik sebagai Ketua Menteri jika gabungan Perikatan Nasional (PN) dan rakannya menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Perdana Menteri memberi bayangan itu ketika berucap di Pejabat BERSATU Tuaran untuk memberi semangat kepada Hajiji sebelum mengemukakan pencalonan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman di Dewan Seri Sulaman, hari ini.

"Kerja untuk bantu calon kita ini manalah tahu kalau rakan-rakan kita dalam PN, Barisan Nasional (BN) dan yang lain pun bersetuju, ...Hajiji adalah yang terbaik kita nak tawarkan sebagai calon memimpin negeri Sabah," katanya.

Atas sebab itu, katanya, Hajiji perlu diberikan sokongan untuk memenangi kerusi DUN Sulaman.

"Kita semua berdoa dengan izin Allah Hajiji nanti selesai pilihan raya ini akan terpilih menjadi wakil rakyat di sini," katanya.

Sebelum itu, dalam ucapannya, Muhyiddin mengumumkan kerjasama PN, BN dan Parti Bersatu Sabah (PBS) akan dikenali sebagai Gabungan Rakyat Sabah apabila memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 26 September ini.

Sementara itu, mengulas mengenai kemungkinan beliau dilantik Ketua Menteri jika PN, BN dan PBS menang, Hajiji berkata, isu itu akan dibincangkan apabila tiba masanya.

"Saya tidak dimaklumkan secara khusus mengenai perkara ini tapi apapun kita dengan parti rakan BN dan PBS akan selesaikan isu ini bila tiba masanya," katanya sambil menambah apa yang lebih penting ketika ini adalah menang PRN ini.

Berkaitan Gabungan Rakyat Sabah yang diumumkan Perdana Menteri, Hajiji berkata, nama itu dipilih kerana ia dilihat sangat baik untuk ditawarkan kepada rakyat selepas WARISAN.

"Kita guna gabungan ini untuk memastikan masa depan Sabah dan rakyatnya terus dibela dan dibangunkan," katanya.

Anifah (kiri), Daud, Mohd Azree dan Ag Syairin selepas disahkan bertanding kerusi DUN Bongawan - Foto NSTP/Juwan Riduan Anifah (kiri), Daud, Mohd Azree dan Ag Syairin selepas disahkan bertanding kerusi DUN Bongawan - Foto NSTP/Juwan Riduan

Hibur Hibur Sikit

Air S'gor, Memorandum Kepada PM.

Isu air Selangor: NGO desak tubuh RCI

PUTRAJAYA: Persatuan Perpaduan Sejahtera Kebangsaan hari ini menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta agar beliau dan Kerajaan Persekutuan campur tangan dalam isu gangguan bekalan air di Selangor yang berlarutan sejak sekian lama.

Antara kandungan memorandum itu ialah gesaan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk menyiasat secara terperinci punca sebenar kerajaan Selangor gagal menangani masalah gangguan air di negeri itu.

Memorandum itu diserahkan oleh Presiden persatuan M. Selventhiran kepada Pegawai Perhubungan Awam Kanan Unit Komunikasi Korporat Jabatan Perdana Menteri Helmy Hamid di perkarangan Perdana Putra di sini.

Bercakap kepada media selepas penyerahan memorandum itu, Selventhiran berkata cara terbaik untuk menyelesaikan isu air di Selangor ialah menubuhkan RCI bagi membuat siasatan terperinci.
“Satu pelan tindakan juga harus dirancang bagi memastikan gangguan bekalan air tidak kerap berlaku di Selangor,” katanya.

Selventhiran selaku anak jati Selangor mendakwa sejak 2008, gangguan bekalan air berlaku di Selangor secara  purata 20 kali setahun selain turut mengambil masa yang lama untuk kembali pulih. – BERNAMA

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

'Geran', rangkul anugerah cemerlang filem di AS. MB Kedah bangga.

 

HALAMAN HIBURAN

Kejayaan Sutradara Areel amat membanggakan – MB

ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor, merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Sutradara filem Geran, Areel Abu Bakar yang berjaya merangkul anugerah Kecemerlangan filem aksi di Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Tambah membanggakan lagi katanya, Areel merupakan anak Kedah kelahiran Alor Setar dan kini menetap di Kulim.

“Syabas  dan tahniah kepada beliau dengan semua krew produksi Layar Pictures Sdn Bhd atas kejayaan berkenaan,” kata beliau dalam satu ulasannya malam tadi mengenai kejayaan anak jati Kedah itu.

Filem aksi yang memenangi ‘Daniel A.Craft Award’ di Festival Filem Asia New York (NYAFF) ke-19 itu pengambarannya banyak menggunakan latar belakang negeri Jelapang Padi itu.

Kejayaan itu kata Muhammad Sanusi, amat membanggakan negeri ini kerana filem itu membuktikan keupayaan karyawan tempatan berada di landasan yang betul  (Road to Oscars) yang menjadi halatuju Perbadanan Filem Nasional (FINAS).

“Semoga kejayaan ini akan membarakan lagi semangat penggiat seni tempatan terutama daripada kalangan anak Kedah,” tambahnya lagi.- HARAKAHDAILY 12/9/2020

Komen Weblog Ibnu HasyimGeran merupakan filem drama aksi silat Malaysia 2019. Filem ini mempamerkan pencak silat, dan mengisahkan satu keluarga pesilat yang perlu pertahankan nama dan tanah rumah mereka daripada tergadai setelah adik mereka lari dengan geran tanah. Ia ditayangkan pada 10 Oktober 2019 di Malaysia dan Brunei. 

GERAN Watch Party - bersama Pengarah Areel Abu Bakar - YouTube

Hibur Hibur Sikit

Langgar Hak Asasi Manusia Myanmar &Laut China Selatan.

 Myanma Economic Holdings PLC Dinyatakan Membiayai Pelanggaran Hak Asasi Manusia di Myanmar

1. Myanma Economic Holdings PLC Biayai Pelanggaran Hak Asasi Manusia Myanmar

Laporan Amnesty International mendedahkan bahawa pegangan Myanma Economic Holdings PLC (MEHL), yang diasaskan oleh tentera di Myanmar pada tahun 1990, membiayai pelanggaran hak asasi manusia di negara itu.

Amnesty International menerbitkan laporan yang didokumentasikan yang mengungkapkan struktur pembayaran dividen dan penyertaan oleh MEHL kepada banyak anggota dewan dan pemegang saham tentera, beberapa di antaranya disetujui oleh Amerika Syarikat (AS), Kanada dan Kesatuan Eropah (EU).

Dalam dokumen yang MEHL berdaftar dengan Direktorat Pelaburan Myanmar dan Pengurusan Syarikat pada Januari 2020, dilihat bahawa pegangan tersebut mempunyai 381,636 pemegang saham swasta, termasuk anggota tentera yang aktif dan yang sudah bersara.

Dokumen-dokumen tersebut menunjukkan bahawa tentera berpangkat tinggi berada dalam posisi pengurusan utama di MEHL, sementara ada yang berada dalam senarai sekatan Jabatan Perbendaharaan AS dan pemerintah lain kerana "pembersihan etnik di negara Arakan, pelanggaran hak asasi manusia di negara-negara Kachin dan Shan".

Organisasi ini meminta syarikat dan pemerintah yang telah bekerjasama dengan MEHL untuk memutuskan hubungan mereka dengan pegangan ini, kerana mereka dapat membiayai kegiatan yang melanggar hak asasi manusia, termasuk penganiayaan terhadap umat Islam Arakan.

Dua askar tentera Myanmar mengaku membunuh orang Islam Arakan, menguburkan mereka di kubur besar dan memperkosa wanita.


2. Laut China Selatan: China Tuduh AS Pencetus Ketenteraan.

China Menuduh AS Sebagai Pencetus Ketenteraan di Laut China Selatan

China menuduh Amerika Syarikat sebagai pencetus ketenteraan di Laut China Selatan.

Menteri Luar Negeri China Wang Yi mengkritik sikap AS dalam konflik di Laut China Selatan dan kegiatan ketenteraannya di rantau ini, dalam ucapannya pada Mesyuarat Menteri Luar Negeri ke-53 Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) melalui sidang video.

Dengan menyatakan bahawa pentadbiran Washington berusaha meningkatkan pengaruhnya di rantau ini dengan menjadi pihak dalam masalah kedaulatan di perairan yang dipertikaikan, Menteri mengatakan bahawa ini melemahkan usaha negara-negara ASEAN untuk menyelesaikan masalah dengan berunding sesama mereka.

Yi berpendapat bahawa AS meningkatkan kehadiran ketenteraannya di Laut China Selatan dan bahawa sikap ini menjadi pencetus penempatan tentera multilateral di rantau ini.

Menekankan bahawa menjaga keamanan dan kestabilan di Laut China Selatan adalah kepentingan strategik China, Yi berkata, 

"China berharap negara-negara di luar kawasan, termasuk AS, menghormati keinginan dan harapan negara-negara di kawasan daripada menciptakan ketegangan dengan antisipasi kepentingan." menggunakan ungkapan tersebut.

Setiausaha Negara AS Mike Pompeo, yang turut serta dalam pertemuan ASEAN sebagai "rakan dialog" seperti Menteri Luar China Yi, meminta tindakan dan menentang kegiatan China di Laut China Selatan.

Dengan menyatakan bahawa penempatan tentera China di perairan yang dipertikaikan harus ditanggapi tidak hanya dengan kata-kata, tetapi dengan tindakan, Menteri Pompeo berkata kepada negara-negara di rantau ini, "Amerika akan bersama Anda." (IH) 

Hibur Hibur Sikit

Bangunkan Muslimat Akifi, Hindari Cinta Dunia.. -Ustazah Nuridah

KUALA LUMPUR: Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menyeru muslimat PAS untuk terus konsisten memperkasakan jati diri pejuang Islam menerusi agenda membangunkan muslimat akifi.

Tindakan itu demi menyahut cabaran menjadi jentera parti 12K sehingga menjadi qudwan dalam dakwah dan siasah hasil tarbiah berterusan yang disediakan parti.

Menurut Ketuanya, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh menjelaskan bahawa beratnya amanah setelah meraih kemenangan menjadi kerajaan.

Malah katanya, perkara tersebut telah menjadi kebimbangan baginda Rasulullah SAW kepada umatnya sepanjang hayat berkenaan ujian kemenangan dalam bentuk kebendaan dan keselesaan hidup.

Justeru itu, beliau menasihati agar muslimat PAS sentiasa berhati-hati dan menghindari sifat cintakan dunia setelah berkuasa dan sentiasa mengingati mati.

“Perlulah sentiasa kita hindari dan menjauhi segala sifat hubb ad-dunia (cintakan dunia) apabila sudah berkuasa dan lupakan serta takutkan kematian yang akan datang pada bila-bila masa sahaja yang ditetapkan Allah SWT.

“Sehubungan dengan itu, jati diri pejuang Islam mesti diperkasakan menerusi agenda membangunkan muslimat akifi , menyahut cabaran menjadi jentera parti 12K, sehingga menjadi qudwah dalam dakwah dan siyasah hasil tarbiyah yang berterusan yang disediakan oleh parti,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Perasmian Muktamar Tahunan Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) kali ke-60 di Hotel Premiera, Menara MARA Kuala Lumpur, di sini, hari ini. – HARAKAHDAILY 11/9/2020

Sekitar Muktamar Dewan Muslimat PAS Malaysia ke-60 yang diadakan pada 11-12 September 2020.

 

 Kelihatan rakan Muafakat Nasional, Wanita UMNO memasuki dewan muktamar untuk perasmian. Wanita daripada Dewan Himpunan Penyokong PAS juga hadir memeriahkan sidang muktamar ini.

 Muktamar DMPM dijadualkan bermula jam 8.00 malam ini dengan ucaptama Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Saleh.
(IH)

Friday, September 11, 2020

Dasar pemutihan kilang haram tidak betul – PAS S'gor

  Foto Facebook Air Selangor

KUALA LUMPUR: PAS Negeri Selangor mempersoal dasar kerajaan negeri terhadap program pemutihan bagi kilang haram yang dilihat tiada kesudahan sehingga mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai.

Pesuruhjayanya, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata program pemutihan kilang haram ini dilaksanakan sejak dari Julai 2006 hingga 31 Disember 2015, namun telah dilanjutkan sebanyak enam kali.

“Kini dikenali sebagai program Smart Kilang Tanpa Kebenaran 2.0. Hanya 630 kilang telah dilegalkan sehingga 2016.

“Walau bagaimanapun, masih ada 1000 lagi kilang yang masih berstatus ‘haram’ selepas tamat tempoh yang diberikan. Ini merujuk kepada kenyataan exco pada November 2018,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, pada September 2019, kerajaan negeri sekali lagi menggumumkan tempoh lanjutan selama setahun kepada pemilik kilang haram untuk menjalankan operasi secara sah melalui proses pemutihan yang ditawarkan bermula 1 Oktober 2019 sehingga 30 September 2020.

“Kini apabila isu pencemaran air Sungai Selangor memuncak, dimaklumkan masih ada 308 kilang haram di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Selayang (MPS).

“(Bahkan) Kilang penyelenggaraan jentera yang dikaitkan dengan pencemaran juga beroperasi secara haram,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sijangkang mempersoalkan sampai bila kerajaan atau exco yang bertanggungjawab akan bertegas dengan program pemutihan ini.

Ini jelas katanya, operator kilang haram ini akan mengambil kesempatan di atas tempoh lanjutan yang dibuat oleh pihak kerajaan.

Dalam pada itu, Ahmad Yunus turut menyatakan sokongan terhadap titah Sultan Selangor yang menggesa kerajaan bertindak merobohkan kilang haram ini tanpa kompromi, di samping tiada campur tangan politik berlaku.

Semalam, Sultan Sharafuddin Idris Shah dilaporkan telah mengutuskan sepucuk surat kepada Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Amirudin Shari berhubung masalah air yang berlaku baru-baru ini.

Antara intipati surat itu, baginda menitahkan tindakan penguatkuasaan lebih tegas bagi memastikan rumah dan kilang haram, terutama berhampiran tebing sungai dirobohkan kerana berpotensi mencemarkan sungai di Selangor.

Selain, tiadanya unsur campur tangan politik dalam penguatkuasaan isu-isu berkaitan alam sekitar dan pencemaran air sungai.

Sultan Sharafuddin juga mahu undang-undang yang lebih tegas dilaksanakan dengan segera kepada pelaku yang menyebabkan pencemaran sungai.- HARAKAHDAILY 9/9/2020

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

PRN Sabah: PAS beri laluan muafakat, Tak Jadi Harap 6-10 Kerusi.

 Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto NSTP/Fathil Asri  Datuk Seri Abdul Hadi Awang. - Foto NSTP/Fathil Asri

KUALA TERENGGANU: PAS memberi laluan kepada rakan-rakan dalam Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bagi memastikan pertandingan dua penjuru demi kemenangan besar gabungan berkenaan.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam PRN Sabah selepas usaha rundingan dimuktamadkan.

PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan dalam PN demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik pada masa depan selain mahu memberi fokus pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

"Keutamaan PAS adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat selain komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional (MN) dan PN.

"Sokongan jentera dan ahli-ahli PAS dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, PAS berharap dapat bertanding di enam hingga 10 kerusi pada PRN Sabah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebelum ini dilaporkan berkata, parti itu sudah menyerahkan senarai calonnya kepada MN dan PN untuk keputusan akhir. (BH)

Hibur Hibur Sikit

Lupus tanah kerajaan pulak.. Tambah 2 lagi Tuduhan LGE..

 Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.

BUTTERWORTH: Bekas Menteri Kewangan, Lim Guan Eng sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik kerajaan negeri Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri itu.

Guan Eng, 60, yang juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Ahmad Azhari Abdul Hamid.

"Tidak bersalah tuan," kata Guan Eng yang hadir ke mahkamah memakai sut lengkap hitam dengan ditemani isteri, Betty Chew Gek Cheng dan bapanya, Lim Kit Siang.

Mengikut pertuduhan pertama, Guan Eng didakwa menyebabkan Pendaftar Tanah Pulau Pinang melupuskan harta milik kerajaan negeri Pulau Pinang iaitu, Lot Tanah No. H.S.(D) 18801, No. PT Lot 702 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, Pulau Pinang, bernilai RM135,086,094 kepada Syarikat Ewein Zenith Sdn Bhd.

Ahli Parlimen Bagan itu juga dituduh menyebabkan Pendaftar Hakmilik Tanah Pulau Pinang melupuskan Lot Tanah No.H.S.(D) 19318, No. PT Lot 10012 Seksyen 1, Bandar Tanjong Pinang, Daerah Timor Laut, bernilai RM73,668,986 kepada Syarikat Zenith Urban Development Sdn Bhd.

Guan Eng didakwa melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, KOMTAR di sini, pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Pendakwaan terhadap Guan Eng dikemukakan mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum enam bulan dan maksimum lima tahun dan sebatan serta denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan permohonan pihak pendakwaan untuk mengguna pakai ikat jamin RM1 juta serta dua penjamin terhadap Guan Eng seperti yang ditetapkan dalam kesnya sebelum ini selain membenarkan permohonan pendakwaan untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur bagi dibicarakan bersama tiga pertuduhan lain yang dihadapi Setiausaha Agung DAP itu.

Ahmad Azhari turut menetapkan 12 Oktober depan untuk sebutan kedua-dua kes itu di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Wan Shaharuddin Wan Ladin dan Francine Cheryl Rajendram, sementara Guan Eng diwakili peguam Gobind Singh Deo, Ramkarpal Singh, RSN Rayer dan A. Sivanesan.

Terdahulu, Wan Shaharuddin dalam hujahnya untuk memohon memindahkan kes berkenaan ke Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, berkata kesemua kes tersebut berkait rapat dan berlaku dalam satu transaksi yang sama.

Untuk perbicaraan kedua-dua pertuduhan ini, pihak siasatan adalah berpusat di ibu pejabat SPRM di Putrajaya dan oleh kerana ini adalah perbicaraan melibatkan kesalahan komersial (kesalahan rasuah), kebanyakan eksibit yang akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan adalah dalam bentuk dokumentari serta kesemua dokumen tersebut berada dalam simpanan pihak siasatan.

"Oleh demikian, untuk keselamatan pengendalian eksibit-eksibit tersebut serta faktor logistik dan demi kepentingan keadilan, justeru perbicaraan perlu dijalankan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur," katanya menambah saksi-saksi utama pihak pendakwaan turut bermastautin di kawasan Lembah Klang dan kawasan sekitarnya.

Gobind Singh bagaimanapun membantah permohonan itu atas alasan kedua-dua pertuduhan jelas menyebut lokasi tempat kesalahan didakwa dilakukan serta lokasi kedua-dua lot tanah terbabit terletak di Pulau Pinang dan pihak pendakwaan tiada alasan kukuh untuk memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur.

Ini adalah pertuduhan terakhir terhadap Guan Eng yang berkaitan dengan kontroversi projek terowong dasar laut yang menjadi perhatian, sejak beberapa tahun lalu.

Pada 7 Ogos lalu, Guan Eng dituduh di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan telah secara rasuah meminta bagi dirinya suatu suapan, iaitu balasan berupa 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli.

Ia sebagai upah bagi membantu syarikat milik Zarul dilantik untuk melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang.

Zarul Ahmad adalah Pengarah Consortium Zenith Construction Sdn Bhd.

Guan Eng didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.

Pada 10 Ogos lalu pula, Guan Eng mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Butterworth atas pertuduhan telah menggunakan kedudukan beliau semasa menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima suapan bagi dirinya wang berjumlah RM3.3 juta sebagai tindakan membantu syarikat milik Zarul Ahmad, yang dilantik bagi melaksanakan projek itu yang bernilai RM6.3 bilion.

Guan Eng dituduh melakukan kesalahan itu di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, Komtar, Georgetown, Pulau Pinang antara Januari 2011 dan Ogos 2017.

Beliau sekali lagi dihadapkan ke mahkamah sama pada 11 Ogos atas pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC), untuk suapan wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya, Betty Chew Gek Cheng melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd. - BERNAMA

Hibur Hibur Sikit
Baik didengar oleh perasuah-perasuah!!

PN, rakan sekutu dijangka bertembung di 11 kerusi. Tunggu Penclonan Esok.

 Penyokong parti Perikatan Nasional (PN) memasang bendera parti selepas Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) Sabah di Pejabat BERSATU Negeri Sabah. - Foto BERNAMA Penyokong parti Perikatan Nasional (PN) memasang bendera parti selepas Majlis Pengumuman Calon Perikatan Nasional (PN) Sabah di Pejabat BERSATU Negeri Sabah. - Foto BERNAMA

KOTA KINABALU: Berdasarkan kepada nama-nama calon yang diumumkan, Perikatan Nasional (PN) dan rakan sekutunya Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dijangka akan bertembung antara satu sama lain di sekurang-kurangnya 11 kerusi dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kerusi-kerusi terbabit adalah Bengkoka (UMNO/PBS), Telupid (UMNO/ PBS), Matunggong (PBS/PBRS), Kadamaian (PBS/PBRS), Tandek (PBS/PBRS), Tulid (PN/PBRS), Sook (PN/PBRS), Kapayan (MCA/PBS), Karamunting (MCA/PBS), Paginatan (UMNO/PN) dan Tanjung Aru (UMNO/PBS).

Secara keseluruhannya, PN yang terdiri daripada Bersatu, STAR dan SAPP, akan bertanding 29 kerusi, PBS 15 kerusi, manakala BN yang terdiri daripada UMNO, MCA dan PBRS pula 40 kerusi.

PRN Sabah mempunyai 73 kerusi untuk ditandingi dengan hari pencalonan telah ditetapkan esok, manakala hari mengundi pada 26 September.

PN, BN dan PBS, akan menggunakan simbol masing-masing pada PRN ini.

Sementara itu, WARISAN Plus yang terdiri daripada WARISAN, DAP dan Amanah, akan bertanding di 54 kerusi dan UPKO (14), menjadikan jumlah keseluruhan 68 kerusi.

PKR masih belum mengumumkan kerusi yang akan mereka tandingi.

Warisan, UPKO dan PKR juga akan menggunakan logo masing-masing dalam PRN ini. - BERNAMA

Hibur Hibur Sikit

Arak Dan PM M'sia..

 Padah minum arak berkumpulan | Harian Metro Arak, kencing syaitan. Bagaimana hukum menyukai dan berkawan dengan orang minum arak?

Tanggungjawab halang umat Islam dekati arak

SEMASA menyampaikan ucapannya dalam Konvensyen Setengah Tahun Pentadbiran Perikatan Nasional baru-baru ini Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengulas secara bersahaja salah satu industri maksiat yang masih dilarang beroperasi sepanjang tempoh PKPP ini iaitu perniagaan kelab-kelab malam dan pub

Kata beliau: 

“Yang tak buka hanyalah kelab-kelab malam, pub, itu menurut saya kalau tak buka selama-lamanya pun tak apa (gurau). Kerana (di tempat itu) susah nak mengamalkan penjarakan sosial” 

Sejak mensyaratkan Perintah Kawalan Pergerakan ke atas rakyat Malaysia enam bulan lalu, pelbagai aktiviti perniagaan dan industri dikenakan pelbagai larangan dan kawalan demi membendung wabak COVID-19 yang sedang menular. 

Kini setelah pelbagai peringkat PPK diperkenalkan hampir semua perniagaan dan industri yang sebelum ini dilarang beroperasi telah kembali menjalankan operasi masing-masing dengan mengamalkan normal baru kecuali kelab-kelab malam dan pub

Kelab-kelab malam dan pub adalah premis perniagaan di mana pengunjungnya boleh menikmati minuman keras selain berhibur. Ianya jenis perniagaan yang dilesenkan oleh pihak berkuasa tempatan selain perlu memperolehi lesen menyimpan dan menjual minuman keras dari agensi-agensi tertentu.

Cuma di negeri-negeri yang diperintah oleh PAS khasnya Kelantan dan Terengganu sahaja premis-premis perniagaan seumpama ini sama ada dilarang atau dikenakan syarat yang ketat. Berkebetulan Perdana Menteri (PM) menyentuh perniagaan ini dan ia kini hangat diperbahaskan di pelbagai peringkat khasnya di media sosial.

Boleh dikatakan rata-rata umat Islam dalam negara menyokong kenyataan PM itu walaupun dengan lenggok bersahaja manakala sesetengah pihak yang lain termasuklah para pengusahanya menyelar dan mengkritik.

Mungkin sudah tiba masanya Kerajaan Persekutuan yang ada pada hari ini yang didukung oleh parti-parti Melayu Islam terbesar dalam negara menyemak semua status perniagaan seumpama ini dan membuat kajian serta memperkenalkan kawalan-kawalan baru demi memelihara kebajikan dan kepentingan semua pihak.

Arak dan sebarang minuman serta bahan yang memabukkan diharamkan oleh Islam dan hampir keseluruhan agama lain kerana kesan buruknya ke atas masyarakat apabila peminum tadi mabuk sehingga boleh menggugat keselamatan dan ketenteraman pihak lain. Memandu secara mabuk umpamanya baru sahaja dicadangkan pindaan undang-undangnya agar hukuman yang lebih berat dikenakan ke atas mereka ini.

Namun demikian ada agama dan kepercayaan yang tidak melarang malah bagi sesetengah budaya masyarakat berbilang kaum dan agama seperti Malaysia ianya terus dibenar dan diamalkan. Kerana itu mereka menganggap sebarang larangan sesungguhnya menafikan hak dan kebebasan mereka.

Kerana itu Kerajaan Negeri Kelantan contohnya tidak melarang masyarakat bukan-Islam dari membeli atau meminum minuman jenis ini namun dengan beberapa syarat. Restoran-restoran yang menjual makanan tidak halal umpamanya terus dibenarkan menjual minuman jenis ini.

Demi memberikan keadilan buat semua adalah disyorkan agar arak dan premis yang menjualnya seperti kelab-kelab malam dan pub ini terus diizinkan oleh kerajaan di pelbagai peringkat. Namun syarat yang ketat perlu diperkenalkan dengan berani.

Dalam suasana normal baru ini kelab-kelab malam dan pub yang mampu melaksanakan SOP PKPP ini bolehlah diizinkan beroperasi akan tetapi dengan pemantauan yang ketat. Hampir keseluruhan negeri-negeri di Malaysia, terdapat Enakmen Jenayah Syariah yang bukan hanya melarang umat Islam meminum minuman memabukkan ini malah melarang umat Islam dari terlibat dalam pembuatan, penjualan, mempamerkan untuk jualan, menyimpan atau membeli apa-apa arak atau minuman yang memabukkan.

Justeru melalui politik baru yang mahu dibawa oleh kerajaan yang ada hari ini, selain memberi kebebasan kepada masyarakat bukan-Islam untuk berhibur dan meminum minuman jenis ini dengan syarat-syarat tertentu, lebih penting lagi kerajaan juga perlu menitikberatkan nasib dan kebajikan umat Islam yang merupakan majoriti penduduk dalam negara.

Umat Islam tidak boleh terlibat dalam aktiviti berkenaan arak ini lantas kerajaan perlu menyekat dan melarangnya termasuklah menganggap sebagai satu kesalahan besar bagi umat Islam yang menjual atau terlibat apa cara sekalipun dalam apa sahaja jenis aktiviti yang berkaitan dengannya.

Moga kerajaan boleh memikirkan langkah-langkah bagaimana umat Islam tidak lagi terlibat dalam industri ini sama ada sebagai pemilik premis, pemegang lesen, pekerja, jurujual dan model iklan dan seumpamanya.

Muhyiddin dalam ucapannya juga menyebut:

“Dari mula saya menjawat jawatan Perdana Menteri, saya bertawakal kepada Allah. Bagi saya, kedudukan saya tidaklah penting, tetapi bagaimana saya menjalankan amanah kepimpinan itu lah yang paling utama. Amanah kepimpinan ini adalah satu ujian buat saya dan saya mesti melakukan perkara yang betul. Saya tidak boleh sekali-kali berkompromi pada hal prinsip.”

Oleh itu dengan kesungguhan PM dan Kabinetnya mahu menjadi pemimpin yang baik di samping menyerah diri kepada Allah S.W.T maka tepat sangatlah kiranya langkah-langkah proaktif yang segera diambil agar anak-anak Melayu dan umat Islam tidak lagi terbabit dalam industri yang mengundang murka Allah S.W.T ini.

Kita bukan minta arak diharamkan kerana sedar masyarakat bukan-Islam mungkin punya keperluan padanya, tetapi arak jelas diharamkan buat umat Islam, maka kerajaan ini bertanggungjawab memastikan larangan Allah S.W.T ini dipatuhi dan dijunjung.

Bagi masyarakat bukan-Islam kita berkompromi kerana ia dibenarkan agama dan budaya mereka namun kita terus mendidik mereka akan mudharatnya tetapi bagi umat Islam, kerajaan bertanggungjawab menyekatnya tanpa kompromi.

Muhyiddin turut menyatakan dalam ucapannya:

“Sebagai seorang Muslim saya berpegang teguh kepada Hadis Rasulullah S.A.W – setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap pemimpin bertanggungjawab ke atas orang-orang yang dipimpinnya.”

Biar Muhyiddin dan anggota Kabinet kerajaan ini kelak bangkit di hadapan Allah S.W.T dengan penuh yakin mengakui bahawa kuasa yang Allah pinjamkan kepada mereka dahulu di dunia telah dipergunakan sebaiknya dalam kerja-kerja amar makruf dan nahi mungkar.

ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR – HARAKAHDAILY 11/9/2020

Hibur Hibur Sikit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails