Laporan terbaharu yang di­ke­luarkan oleh The Sun Online mendedahkan teknologi itu ber­tin­dak sebagai ‘tukang pengintip’ yang memantau segala pergerakan pengguna.

Pengarah Eksekutif pertubuhan berkenaan, Jim Killock berkata, selain itu peranti tersebut boleh mengesan setiap aktiviti pengguna di telefon seperti lokasi, gambar, video dan tarikh sesuatu laman web itu dilayari menerusi Protokol Internet (IP) yang didaftar.

Kajian yang dilakukan oleh para penyelidik dari Universiti Teknologi Braunschweig, Jerman mendapati ultrasonik yang terdapat dalam peranti itu juga ditemukan dalam 234 aplikasi Andriod yang lain.

Selain mengintip pergerakan, peranti itu juga dapat mengesan latar belakang pengguna tanpa disedari mereka. Kumpulan penyelidik itu mem­­beritahu, aplikasi itu sebenarnya dibangunkan untuk diguna pakai oleh syarikat besar seperti McDonald’s dan Krispy Kreme.

Laporan terbabit didedahkan hanya selepas beberapa minggu Google mengharamkan aplikasi Android yang menggunakan beacon untuk mengintip pengguna.
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?