Saturday, June 10, 2017

SPRM Minta Wang Dari Polis Lindung Pusat Judi Pula Ditahan..


BUKIT MERTAJAM: Polis menahan seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Putrajaya kerana disyaki memeras ugut dan meminta wang daripada pegawai polis.
Lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di sebuah restoran di Machang Bubok, Bukit Mertajam pada 10.15 malam tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Abd Hamid, suspek dipercayai melakukan kegiatan meminta wang daripada pegawai polis yang kononnya untuk melindungi aktiviti pusat perjudian.
Difahamkan lelaki terbabit bertindak mengugut anggota polis berkenaan dengan memintanya membuat bayaran RM3,000 setiap bulan bagi mengelak ditangkap SPRM.
Dalam serbuan itu polis turut merampas beberapa barang milik lelaki terbabit antaranya kad kuasa SPRM, wang tunai RM3,000, kelongsong peluru 9mm jenis SME,sebuah kereta Volkswagen Polo Sedan serta telefon bimbit.
Nik Ros Azhan berkata, suspek akan direman hari ini bagi membantu siasatan.
Kes disiasat dibawah Seksyen 384 Kanun Keseksaan iaitu pemerasan. (semberono.com).
Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails