Monday, June 05, 2017

AMGGRC & Agenda Israel Kristian, Ancam Keharmonian Agama.


Penganjuran Jerusalem's Jubilee Satu Provokasi - PAS

MELAKA – Penganjuran All Malaysia-Golden Gate Revival Convocation (AMGGRC) di sini disifatkan sebagai ancaman keharmonian agama dan keluhuran perlembagaan serta kedaulatan Malaysia.

Ketua Dewan Pemuda PAS Melaka (DPPM), Ahmad Bilal Rahudin berkata, AMGGRC jelas mengandungi unsur doktrin gerakan Kristian untuk menakluk dan membangun Malaysia sebagai pemangkin Kristian.
Ia secara terang-terangan bermatlamat dengan menjadikan acara di Calvari Live Assembly Chinese itu sebagai “Revival Catalyst Nations Golden Gate” kepada agama tersebut sendiri.
“Malah, ia melibatkan kecenderungan kepada agenda dan pembangunan Israel yang dimaklumi adalah negara haram dan negara pengganas dunia, serta langsung tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Malaysia.
“Selain itu, program ini melibatkan penggunaan, pergerakan, pertemuan dan dana terbuka yang boleh disifatkan mempengaruhi awam,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Dalam pada itu ujar Ahmad Bilal, program terbabit yang bakal diadakan pada pertengahan Jun ini boleh ditafsirkan sebagai cubaan mencabar dan menentang Perlembagaan Negara serta Yang Di-Pertuan Agong.
“Ia juga boleh menimbulkan gugatan atas ketenteraman awam dan kedaulatan negara khususnya melibatkan sentimen agama. Sehubungan itu, kami memohon siasatan polis.
“Ini berasaskan prinsip dan pemeliharaan undang-undang ke atas seluruh penganjuran, perancangan dan rangkaiannya termasuk penglibatan tokoh-tokoh terbabit,” katanya.

AMGGRC: 33 NGO Bantah Penganjur Fitnah Dapat Izin
Kerajaan Melaka Tolak Keras Jerusalem's Jubilee
Sementara itu, sebanyak 33 badan bukan kerajaan (NGO) di Melaka berhimpun aman membantah tindakan sebuah organisasi Kristian mengadakan sambutan besar-besaran Jubli Jerusalem di sini.
Kesemua NGO terbabit masing-masing membuat laporan di Balai Polis Ayer Keroh di sini mulai pukul 1 petang bagi memprotes himpunan pada 15 hingga 18 Jun itu yang tidak mendapat kebenaran atau kelulusan kerajaan negeri.

Di Kuala Lumpur pula berikutan penganjuran program Jerusalem Jubilee di Melaka pada 15 hingga 18 Jun depan, Pemuda UMNO Bahagian Bukit Katil tampil membuat laporan polis. (IH)


Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

2 comments:

Anonymous said...

Keadaan dah teruk baru sekarang nak menggelabah.

Dulu siapa yang beriya2 sangat bagi evangelis guna kalimah Allah untuk trinity?

Sape yang beriya2 sangat pertahankan Joseph Lim macam dia pemimpin Muslim?

Sape yang dulu sanggup langkah mayat untuk pertahankan Karpal?

Mantan Nazir Masjid Ar-Rahman said...

Program Peace TV tentang Islam, anjuran Dr. Zakir Naik dibantah tapi program kristian yahudi senyap pula.

Mana patriot Malaysia?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails