Thursday, June 08, 2017

Terbongkar Seorang Lagi Tokoh Pemfitnah PAS?


MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

MAIS Gesa Tarik Balik Dakwaan, Chegubard Akur

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menggesa aktivis politik, Badrul Hisham Saharin menarik balik dakwaan yang mengatakan sebuah surau digunakan untuk acara politik.

Pengerusi MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa berkata, dakwaan Badrul atau lebih dikenali sebagai Chegubard itu tidak berasas dan berbaur fitnah.
Badrul diberi tempoh 24 jam oleh MAIS untuk berbuat demikian sebelum tindakan yang selanjutnya diambil.
“Kegagalan penulis blog berkenaan berbuat demikian boleh diambil tindakan di bawah Akta Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia atau didakwa di bawah Akta Fitnah 1957,” katanya dalam kenyataan media.
Badrul dalam artikel yang ditulis pada blognya bertajuk “Pertanyaan Terbuka Buat Istana Selangor” yang disiarkan pada 6 Jun lalu mendakwa PAS kawasan Kota Raja menyalahgunakan Surau Al-Falah di Jalan Kebun untuk program program pemukiman PRU akan datang.
PAS bagaimanapun menafikan dakwaan itu dan menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah.
Mohammad Adzib berkata, hasil pemeriksaan mendapati surau berkenaan ditutup selepas Masjid Al-Falah beroperasi sejak 30 Mac 2017.
“Bangunan itu ditukar fungsi sebagai pusat ilmu dan kegiatan masyarakat dengan kebenaran Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Ia turut dibuka untuk sewaan bagi program-program untuk menampung kos operasi masjid. Ini jelas menunjukkan penulis blog tidak menyemak terlebih dahulu tentang fakta yang ditulisnya,” ujarnya.
Sehubungan itu MAIS menasihati umat Islam di Selangor menyemak kesahihan sesuatu fakta sebelum menyebarkannya di laman sosial, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan yang mulia ini.
Sementara itu, Chegubard dalam satu kenyataan media memohon maaf  dan menarik balik sebahagian daripada tulisannya dalam artikel berkenaan.
Menurutnya, gambar yang tersebar itu disahkan merupakan sebuah ruang solat surau yang tidak digunakan lagi sejak Mac 2017.
“Setelah mendapat respon dan diperiksa dengan penduduk setempat disahkan bahawa gambar tersebut merupakan ruang solat sebuah surau yang tidak digunakan lagi sebagai surau sejak Mac 2017 setelah Masjid Al-Falah Jalan Kebun yang terletak berdekatan mula beroperasi.
“Sehubungan dengan itu saya menarik sebahagian dari tulisan tersebut yang salah fakta dan memohon maaf kepada pihak berkenaan. Saya memohon maaf juga kepada Istana Selangor berkenaan kesilapan fakta dalam persoalan yang dibangkitkan,”katanya. 
Lapor MYNEWSHUB.CC. 
Maka terbongkar seorang lagi tokoh pemfitnah PAS?

4 comments:

Anonymous said...

Di negara ini puak kafir harbi dan puak munafik liberal bebas menghina dan memfitnah agama Islam, umat Islam, ulama Islam dan parti Islam.

Apabila penghinaan dan fitnah tersebut menjadi viral, puak kafir harbi dan puak munafik liberal berpura-pura mohon maaf.

Selepas itu puak kafir harbi dan puak munafik liberal menghina dan memfitnah agama Islam, umat Islam, ulama Islam dan parti Islam.

Mohon maaf lagi...selepas puak kafir harbi dan puak munafik liberal itu menghina dan memfitnah agama Islam, umat Islam, ulama Islam dan parti Islam.

Mohon maaf lagi...selepas itu menghina dan memfitnah agama Islam, umat Islam, ulama Islam dan parti Islam.

Kera-jaan Beban Negara seolah-olah telah menjadi lembu dicucuk hidung takut nak bertindak ke atas puak kafir harbi dan puak munafik liberal !

Anonymous said...

ale utoh.. raziman byr nizar sbb nk bg duit raya ya

An Anonymous said...

Razman boleh bayar.. bukan macam ada org lain yg mintak maaf kerana takut nak kena bayar setelah keluarkan fitnah 91 mukasurat..

Anonymous said...

Banglo 2 juta dia boleh buat, kalau setakat banyak tu dia boleh bayar la... cuma nak lawan dan tunjuk kebenaran PAS... hidup Razman.... takbirrr....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails