Wednesday, June 07, 2017

Beli Barang Koperasi, Jual Balik Pada Pembekal. 4 'Datuk' Ditahan SPRM


Hasil carian imej untuk 4 'Datuk' Ditahan SPRM
PETALING JAYA: Enam individu termasuk empat bergelar 'Datuk' ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Selasa kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah dan salah guna kuasa Koperasi Telekom Malaysia (TM).

Kesemua yang ditahan itu adalah mereka yang menjawat jawatan pengerusi, setiausaha, bendahari, ahli lembaga, kakitangan syarikat pembekal dan juga isteri salah seorang ahli lembaga koperasi tersebut.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan SPRM, kesemua yang ditahan dipercayai terlibat dalam dua kes iaitu berpakat dengan sebuah syarikat pembekal barang-barang keperluan penggguna dan kemudian koperasi itu menjual semula kepada pembekal yang sama.

"Akibat perbuatan mereka itu, ahli-ahli koperasi telah terpedaya dan kesemua suspek dikatakan meraih keuntungan peribadi yang lumayan," kata kenyataan tersebut.

SPRM berkata, transaksi tersebut hanya dilakukan di atas kertas.

"Apabila ahli koperasi mahu membeli barangan berkenaan, mereka akan membuat pinjaman koperasi dan syarikat pembekal akan menjual barangan kepada ahli berkenaan.
"Kemudian pihak pembekal akan mengeluarkan invois tuntutan bayaran kepada koperasi berkenaan," katanya.

Menurut SPRM, wujud unsur rasuah dalam kes itu kerana pihak pembekal menjual pada harga tinggi kepada koperasi dan pembekal menggunakan sebahagian keuntungan untuk dibayar kepada ahli-ahli lembaga koperasi yang terlibat.

Selain itu, SPRM berkata, ahli-ahli lembaga koperasi itu juga disyaki menyalahgunakan kuasa dengan mendaftar peminjam-peminjam koperasi dibawah naungan mereka di dalam sebuah syarikat jualan langsung (MLM).
Kesemua suspek disyaki memperdayakan seramai 450 ahli koperasi yang menghasilkan komisyen ratusan ribu ringgit ke atas ahli-ahli lembaga berkenaan.

"Ahli-ahli koperasi tidak mengetahui mereka yang meminjam dan kemudian melabur di dalam syarikat MLM itu telah didaftarkan dibawah naungan ahli-ahli lembaga berkenaan," katanya.

Susulan penangkapan itu, SPRM akan memohon perintah reman ke atas semua suspek pada Rabu. (mStar)



Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails