Thursday, June 08, 2017

Qatar Bayar Tebusan Keluarga Dirajanya RM4.7 Bilion.

 Sebahagian daripada kumpulan pemburu termasuk keluarga diraja Qatar yang ditahan penculik militan di Iran pada Disember 2015.- Agensi



DOHA – Kerajaan Qatar dilaporkan membayar wang tebusan AS$1 bilion (RM4.7 bilion) kepada Iran dan sekutu al-Qaeda di Syria untuk membebaskan tahanan termasuk beberapa orang ahli keluarga diraja.
Portal MailOnline me­laporkan, tindakan membayar pampasan itu mungkin menjadi punca negara Arab Saudi, Mesir, Emiriyah Arab Bersatu, Bahrain, Yemen dan Libya memutuskan hubungan dengan Doha pada Isnin lalu.
Wang tebusan itu bagi membebaskan seramai 26 orang termasuk beberapa ahli keluarga diraja Qatar selepas mereka diculik oleh militan di selatan Iraq ketika menyertai aktiviti memburu menggunakan burung falko pada 16 Disember 2015.
Kumpulan itu diculik ketika mereka memasuki negara itu di wilayah Muthanna, kira-kira 370 kilometer tenggara kota Baghdad, Iraq. Seramai 11 orang daripada mereka merupakan ahli keluarga pemerintah diraja Qatar, Al Thani.
Qatar membayar pampasan itu pada awal tahun ini kepada sekutu al-Qaeda yang berperang di Syria dan pihak keselamatan Iran, kata seorang individu yang terlibat dalam rundingan pampasan pada April lalu.
“Pembayaran tebusan (oleh Qatar) itu mencetuskan reaksi mengejut secara besar-besaran (daripada negara Teluk),” kata seorang pemerhati negara-negara Teluk kepada akhbar Financial Times. – Agensi

Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-48 Per Jam.. Bagaimana?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails