Wednesday, June 07, 2017

Dulu DAP Tak Tentang Hudud, Sekarang Tentang, Mengapa?



Hari ini KiniTV menyiarkan kenyataan Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang, mempersoalkan kehadirannya di majlis berbuka puasa menjadi masalah sedangkan sebelum ini tidak menjadi masalah.

Dia seolah-olah tidak memahami kenapa? Katanya mungkin tahun ini hampir PRU.

Lim Guan Eng betul-betul tak tahu atau memang dia sengaja nak sembunyikan apa sebenarnya yang berlaku. 

HADIR BERBUKA PUASA BAGI BUKAN ISLAM TAK ADA MASALAH PUN itu semua orang faham tapi kalau datang berbuka dengan tujuan lain sedangkan ANTI-ISLAM itu orang Islam marah.

Apa Sikap DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini?

Lebai mengajak pembaca sorok 8 tahun lalu kenapa orang tak kisah pun Lim Guan Eng datang berbuka malah masyarakat Islam mengalu-alukan kedatangnya.


27 Jun 2012 Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng 'dihujani' pelbagai persoalan berkaitan pendirian dan sikap parti itu terhadap isu hudud yang menjadi perjuangan parti rakannya PAS dalam Pakatan Rakyat pada Majlis Wacana II "Benarkan Dasar DAP Mengacam Islam"anjuran akhbar web berbahasa Melayu DAP Roketkini 

Dalam program wacana itu, sesi soal-jawab menjadi panas apabila peserta Melayu yang rata-rata muda bangkit bertanyakan isu hudud kepadanya. 

"PAS ada pendirian, DAP ada pendirian. Tetapi ia tidak menghalang kerjasama dalam isu yang lebih besar," katanya. Jawapan DAP pada masa itu tidak menentang pun usaha PAS atas dasar muafakat.

Memang kita tahu dasar DAP tidak setuju denan hudud dan PAS salah satu agendanya ialah hudud. Tapi masing-masing DAP dan PAS boleh bertolak-ansur dalam isu Hudud.

Malah pada 29 April 2013 DAP dalam kenyataan bersamanya dengan PAS Pulau Pinang dengan sebelum PRU 2013 sangat jelas tidak menolak Hudud yang dibawa oleh PAS.



"Kita berdasarkan kerjasama atau prinsip musyawarah. Kalau kita bersetuju, mari kita cari kata putus. (Perkara) yang tidak boleh bersetuju, kita terima pandangan yang berbeza," katanya. 

Kenyataan ini juga menunjukkan DAP boleh bersikap tolak ansur atas dasar muafakat dan PAS juga menerima bahawa DAP tidak sokong HUDUD kerana itu polisi parti mereka.

Sikap ini membuat penyokong PAS dan masyarakat Islam boleh terima jika ada pimpinan DAP untuk berbuka puasa di majlis berbuka puasa anjuran PAS yang biasanya di surau dan masjid.

Sikap Ahli dan Penyokong DAP Terhadap Hudud Sebelum Ini

Cina DAP (lebai fokus kepada masyarakat Cina yang sokong DAP) pada masa itu itu tidak kisah tentang hudud yang dibawa oleh PAS kerana hudud adalah untuk orang Islam dan untuk menghukum mereka yang jahat sahaja. Biasanya yang jahat, yang mencuri dan merompak harta rakyat adalah pimpinan UMNO dan Barisan Nasional.

INi bukan omong kosong bahawa Cina DAP tak kisah pun. Lihat keadaan pada masa itu. Gambar tidak berbohong. Ini adalah bukti yang nyata bagi mereka yang berfikir menggunakan akal.


Cina DAP bangga tampal stiker sokong hudud dibaju dan tubuh mereka yang ini jarang penyokong PAS buat!


Laman Helen Ang seorang penulis berbangsa Cina pro BN ada memetik petikan di atas yang mengulas sokongan Cina DAP kepada Hudud bagi membenteras salahlaku BN terutamanya rompak wang rakyat.

Apa Sikap Pimpinan DAP lain terhadap Hudud yang diperjuangkan oleh PAS?

Malah pada masa itu ada Cina DAP mahukan Hudud untuk membenteras kemungkaran yang UMNO lakukan. Semasa Bersih 2.0 pun ada kempen untuk hudud oleh Cina DAP termasuk Anthony Loke Siew Fook.



Jika kita tinjau pandangan Ahli-Ahli Parlimen DAP pada masa itu mereka tidak menolak dan menetang hudud. Mereka pernah menyokong hudud, Ong Kian Ming (YB Serdang) dan Thomas Su (YB Ipoh Timor), terang-terang menyokong dan boleh dibaca di Twitter mereka.
Kelab Penyokong PAS terdiri daripada orang Cina juga menyokong hudud. Mereka pernah membuat kenyataan terbuka dalam hal ini. Ketua Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hu Pang Chaw yang kini AJK pasti AMANAH (PAN) tidak menentang Hudud seperti sekarang. Dia buat kenyataan akhbar kenapa Bukan Islam takut dengan Hudud yang tak ada kaitan dengan mereka.
Bukan itu sahaja anda dikalangan Cina DAP berkempen untuk hudud. Mereka pula lebih daripada PAS berkempen dengan mengedar risalah kepada masyarakat bukan Islam berkenaan hudud.

Kita tahu Hannah Yeoh yang ada agenda kristianisasi pun menunjukkan sikap terbuka tidak menetang hudud, malah dia, Hannah Yeoh membenarkan usul hudud dibahaskan dengan bebas di DUN Selangor dalam satu kenyataannya semasa itu. Dia kata "I'm speaker for all parties" Kenyataan ini masih ada pada Youtube. Tapi sekarang maaf speaker ini tidak lagi terbuka dengan Islam, kenapa? Kerana ada orang Islam memberi "taring" kepada dia!! 




Mengejutkan ada juga Cina DAP buat kempen "Hudud In Penang 2020".
Mereka tak takut pun kepada Hudud.


Anthony Loke juga mempertahankan Islam yang diperjuangkan oleh PAS. Mereka tak rasa Islam itu mengacam mereka.


Siapa Mengubah Sokong Cin DAP terhadap Islam dan Hudud? Siapa sebenar PENGKHIANAT ISLAM?

Sikap Cina DAP berubah bila dan kenapa? Lebai mengajak pembaca memahami dan menghayati supaya kita sedar siapa sebenar mengkhianati perjuangan menegakkan Islam di Malaysia ini?

Cubaan mengambil alih kepimpinan PAS daripada Ulama
Wujud pengeseran pendekatan dalam PAS, ada yang ingin ke Putrajaya dengan cepat menolak pendekatan menjulang syariat Islam. Mereka berkata dapat Putrajaya dulu baru kita laksanakan syariat Islam (hudud). Ramai orang miskin, basmi rasuah itu lebih penting daripada hudud.

Maka mereka mendekati DAP dan PKR membawa slogan kebajikan lebih utama daripada hudud dengan tujuan menyingkir kefahaman dan golongan ulama dalam PAS yang berfokuskan syariat Islam sehingga jurang perbezaan dalam PAS makin besar kerana pengeseran kecil dibesarkan oelh akhbar pro-pembangkan g seperti Malaysiakini dan The Malaysian Insider (sebelum mati). Orang-orang seperti Dr. Zul dan Zul Solong dibelakang TMI memainkan peranan dalam isu ini.

DAP lebih suka kumpulan (GHB) ini kerana mereka juga tidak mahu hudud sebagai dasar perjuangan mereka. Kumpulan ini GHB (sekarang parti AMANAH) telah membuka ruang untuk orang bukan Islam mendapat manafaat. Sikap DAP makin berubah kerana mereka menyangka kumpulan ini akan menguasai PAS pada masa itu kerana hampir 2/3 ahli majlis tertinggi PAS terdiri daripada kumpulan ini.

Untuk mendominasi PAS, DAP mengambil sikap menyokong kumpulan ini untuk menjatuhkan Presiden PAS Abdul Hadi Awang. 


Majlis berbuka puasa di rumah Kamarudin Jaafar (dulu Setiausaha Agung PAS Pusat) dihadiri oleh pimpinan DAP dan PKR bagi merancang menguasai PAS.

Mereka mencari seseoarng untuk di'perkuda'kan untuk melawan Abdul Hadi yang bersifat ulama, maka Ahmad Awang dicalonkan bertanding melawan Abdul Hadi merebut jawatan Presiden.  Tapi Apabila parti AMANAH (PAN) tertubuh Ahmad Awang tidak dilantik pun menjadi Presiden, hanya sekadar "tukang baca doa" dalam majlis parti AMANAH (PAN)

Bila pemilihan Muktamar PAS Pusat 2015, DAP dan sebahagian PKR terang-terang menyokong kumpulan yang ingin menjatuhkan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang. 



Malaysiakini akhbar pro kumpulan ini telah membuat kajian bohong macam kajian Rafizi dengan data-datanya mengatakan bahawa sokongan menjatuhkan Abdul Hadi Awang sangat besar dalam PAS. Orang yang bodoh selalu tertipu dengan fakta-fakta kajian rekaan ini.

Keputusan akhirnya terbalik, tak sampai 20% ahli PAS sokong kumpulan pengkhianat ini. Ramai pimpinan pengkhianat disingkirkan oleh ahli PAS dalam pemilihan tersebut.

Mereka tubuh parti baru diberi nama AMANAH (PAN).  


Kemudian DAP serang PAS hampir setiap hari. Mereka cuba singkirkan PAS dalam PAKATAN RAKYAT.










Dulu ahli PAS bersabar kerana PAS masih dalam PR tapi bila tak bersama, mereka fikir mereka boleh tahan dengan serang PAS.... tunggu

Itu saham yang dilaburkan oleh parti AMANAH (PAN) dan ahli-ahlinya. Merekalah yang menyebabkan sikap Cina DAP makin keras dengan hudud. Mereka yakni Islam AMANAH (PAN) sendiri merasakan hudud belum sesuai lagi kerana keutamaan 'fiqh alawiyyat' kononnya.

Kesimpulannya...
Puak-puak AMANAH (PAN) lah yang memberikan TARING kepada DAP untuk mengigit umat Islam. Inilah pengkhianatan terhadap perjuangan menegakkan Islam di bumi Malaysia. Mereka yang menjadi 'mastermind' adalah IRC, JIM dan kini dikenali sebagai IKRAM. Duri dalam daging kepada Jamaah Islam PAS.

5 comments:

Anonymous said...

Satu kupasan yg sangat baik drpd lebai omar. Pan,,,,parti anak didik dap....amanah konon,,pengkgianat yg nyata...

Anonymous said...

Sudahlah! Ayat je lebih puak pas ni. Kelantan pun x mampu nak memartabatkan hukum syariah. Bukan ada Dap pun?
Asyik petik DAP shj. MCA ? Gerakan? MIC? Bahkan umngok sendiri mcmana?
Ini yang ramai anggap dasar pas tidak konsistan. Umpama menjual agama!
Jangan marah ya.
Satu lagi tuan blogger ibnuhashim jangan cerita sangat pasal Islam di Malaysia. Kau tu Indon. Betulkan dulu Islam di Indon. Masalah kahwin campur kat Indon pun x boleh settle ckp je umat Islam terbesar dunia...puiiii

An Anonymous said...

Jgn tunjuk bodoh sangat.. terengganu pun dah ada hukum syariah tapi terhalang akibat tak selari dgn perlembagan persekutuan.. inilah sebab utamanya kita nak RUU 355. Jika lulus boleh laksanakan sebhg hukum syariah yg tidak bertentangan dgn undang2 persekutuan spt jenayah bunuh dan rogol..

Anonymous said...

RUU 355 apa? Bab mana yg kata akan martabatkan syariah.
Tau pun perlembagaan persekutuan, yg kecoh2 apa hal!

An Anonymous said...

Sebab taulah wujudnya usul RUU 355.. kalau macam parti lain yg dia tahu hendak memuaskan hati si kafir iaitu cuba ganggu pembentangan usul tersebut..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails