Rafizi Ramli
Rafizi Ramli
Sementara itu di Kuala Lumpur kenyataan bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam kelmarin bahawa negara tidak akan muflis jikapun Pakatan Rakyat (PR) memerintah sebenarnya satu 'testimoni' yang dasar perikatan itu adalah realistik, kata Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.

Menurut Rafizi, manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 PR boleh diguna pakai dan tidak menunjukkan akan berdepan masalah negara boleh bankrap atau muflis jika ia dinilai secara objektif dan jujur. Malah kata beliau, jika manifesto PR diteliti sepertimana yang dinilai oleh Musa, yang juga bekas Timbalan Presiden Umno, ia tidak menunjukkan negara akan muflis.(IH)