Tuesday, March 12, 2013

N/Aziz Sederhana, Ikut Gaya Khalifah Rasyidin..

TG Nik Aziz menerima dompet dari Tuan Ibrahim yang dihadiahkan oleh seorang aktivis PAS. Gambar kecil  TG Nik Aziz menggunakan sampul surat sebagai tempat menyimpan duitnya

KUALA LUMPUR: Selepas melihat sekeping gambar Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik yang hanya menggunakan sampul surat sebagai dompet, seorang ahli parti membuat keputusan untuk membuat satu hadiah istimewa buat Tuan Guru kesayangannya.

Dompet itu dibuat khas untuk TG Nik Aziz oleh orang seorang aktivis PAS untuk Menteri Besar Kelantan itu. Dompet berlambang bulan logo PAS itu kemudiannya diserahkan Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man untuk diserahkan kepada TG Nik Aziz.

Menjelang mesyuarat Majlis Syura baru-baru ini, Tuan Ibrahim bersama Setiausaha Majlis Syura, Datuk Nik Zawawi Mohd Salleh menyerahkan dompet itu kepada TG Nik Aziz.Dompet tersebut dibuat tangan, berwarna hijau dan mempunyai logo PAS.

Nik Aziz berkata beliau hanya pernah membeli dompet dua kali sahaja dalam hidup beliau.Sekali sebelum bertolak untuk belajar di luar negara berpuluh tahun lalu dan sekali lagi semasa kepulangan beliau dari sana. TG Nik Aziz belajar di India dan Universiti Al Azhar, Mesir.(Hrkh)


Komen Weblog Ibnu Hasyi:m: Itulah contoh pemimpin Islam masakini yang hidup gaya sederhana, mencontohi Khalifah Umar Al-Khattab, Khalifah Ar-Rasyidin. Ade ke pemimpin-pemimpin BN begini?

Begitu juga dengan Sultan Kelantan ini.. sila klik


Sebak dan terharu dengan cerita dan gambar ini ...?
Sederhana dan tawadhu' ...?
(IH)

2 comments:

Hamdan Rukun said...

HE!HE!HE!

WAYANG TAHAP RENDAH. MERC DUA TIGA BIJIK. UMRAH PAKEJ MEWAH, ANAK MENANTU KAYA RAYA.

ELOKLAH HANG SAMAKAN DIA DENGAN GUAN ENG...

Anonymous said...

he he.. Khulafak Arrasyidin pi potong kek harijadi di rumah abu lahab?
Khulafak Arrasyidin doa bala sesama islam?
Kalau sekadar sifat zuhud mcm tu, ada beratus ulamak dlm Tabligh yang tebih tawadduk...
kalau tawadduk betul2, tentu tiada dlm gambar dan semua org dpt lihat...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails