Monday, March 11, 2013

PAS Akan Bertanding Di DUN S/Acheh. Dr Mujahid?


 
PULAU PINANG: Ekoran keputusan untuk  bertanding di DUN Sg Aceh,  PAS kawasan Nibung Tebal disaran melipat gandakan aktiviti untuk memastikan Dun itu dapat ditawan daripada Umno dan Barisan Nasional (BN).

Dengan itu juga, ia dapat membantu jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kekal di Sungai Bakap dan merampas Dun Jawi.

Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man (gambar) memberitahu, pada pilihanraya umum ke 12 lalu PAS tidak bertanding ketiga-tiga Dun di Parlimen Nibung Tebal sebaliknya memberikan laluan kepada PKR untuk menguburkan UMNO dan BN.

"Saya tahu jentera kita telah lama digerakan malahan sehingga tahap maksima. Oleh itu, lipat gandakan lagi supaya Pakatan Rakyat capai kemenangan yang mutlak, " ujarnya.

Beliau yakin PAS dapat bergerak bersama PKR dan DAP kerana tanpa kerjasama yang erat apa kerja pun tidak akan menjadi. Beliau difahamkan PAS Nibung Tebal berjaya menambah beberapa cawangan baru sejak kebelakangan ini termasuk cawangan di kubu kuat Umno. Maka, dengan ini satu lonjakan telah berlaku di mana masyarakat telah lama menunggu masa untuk mengubah pentadbiran yang diamggap longgar dan terlalu banyak penyelewengan.

"Inilah masa yang paling sesuai untuk rakyat mengubah segala-galanya terutamanya memastikan kita ke Putrajaya, " terangnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Dun) Permatang Pasir.

Sementara itu, Dr Hj Mohd Hasyim editor Weblog Ibnu Hasyim yang juga bekas pimpinan PAS Pulalu Pinang dan bekas YDP PAS Balik Pulau satu ketika dulu pernah mencadangkan di mana calon yang layak bertanding di sana ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa (gambar). (Lihat Dr Mujahid Layak Bertanding Di DUN Sg Aceh)

"Saya berpendapat demikan ialah kerana...
Pertama Dr Mujahid anak jati Pulau Pinang, dan disegani juga kerana kebetuan jasa ayahnya pernah menjadi Presiden PAS ke 5.
Kedua Sudah dikenali di Pulau Pinang dan kawasan sekitar, di mana beliau sentiasa turun kepada masyarkat sebagai tokoh ilmuan agama Islam, menjadi rujukan, beberapa gereja dan masyarkat bukan Islam
Ketiga: Dengan keilmuan dan ketokohan belaiu dalam bidang kepelbagaian agama, bahasa dan memegang beberapa jawatan peringkat Kebangsaan, Asia dan Antarabangsa, maka amat layak beliau dimasukkan dalam pentadbiran Negeri Pulau Pinang yang bermasyarakat majmuk, melalui pencalunan menjadi ADUN dalam PRU 13 nanti.

"Itu pandangan ringkas saya, yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak berkaitan, wlaupun begitu Pesuruhjaya PAS Negeri lebih layak menentuknnya. ." Jelas Dr Hj Mohd Hasyim.(IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails