Monday, November 12, 2012

Dr Mujahid Layak Bertanding Di DUN Sg Aceh


Dr Mujahid
KL: Kalau PAS Nibung Tebal yakin Pakatan Rakyat dapat menawan DUN Sungai Acheh pada  PRU 13 nanti berdasarkan sokongan golongan muda  sejak belakangan ini, maka calon yang layak bertanding di sana ialah Dr Mujahid Yusuf Rawa.
Demikian kata Dr Hj Mohd Hasyim editor Weblog Ibnu Hasyim yang juga bekas pimpinan PAS Pulalu Pinang dan bekas YDP PAS Balik Pulau satu ketika dulu.

Pandangan ini dikemukan bila merujuk kepada kata-kata YDP Nibung Tebal Haji Abdul Rahman Ramjan seperti yang disiarkan Harakah sebentar tadi. Menurut Haji Abdul Rahman Ramjan sokongan golongan muda bertambah meningkat setelah banyak kampung yang dikuasai Umno berjaya ditembusi.
"Saya berpendapat demikan ialah kerana...
Pertama Dr Mujahid anak jati Pulau Pinang, dan disegani juga kerana kebetuan jasa ayahnya pernah menjadi Presiden PAS ke 5.
Kedua Sudah dikenali di Pulau Pinang dan kawasan sekitar, di mana beliau sentiasa turun kepada masyarkat sebagai tokoh ilmuan agama Islam, menjadi rujukan, beberapa gereja dan masyarkat bukan Islam
Ketiga: Dengan keilmuan dan ketokohan belaiu dalam bidang kepelbagaian agama, bahasa dan memegang beberapa jawatan peringkat Kebangsaan, Asia dan Antarabangsa, maka amat layak beliau dimasukkan dalam pentadbiran Negeri Pulau Pinang yang bermasyarakat majmuk, melalui pencalunan menjadi ADUN dalam PRU 13 nanti.
Dr Mujahid (ahli penal) No4 ari kiri  dan Ibnu Hasyim (moderattor) No2 dari kanan, semasa bersama-sama dalan majlis Dailog Percanangan Kewaspadaan Beragama  di Medan Indonesia.

"Itu pandangan ringkas saya, yang tidak merujuk kepada mana-mana pihak berkaitan." Jelas Dr Hj Mohd Hasyim yang juga pernah bertanding dalam beberapa PRU di Pulau Pinang beberapa tahu lalu. (IH)

Lihat berkaitan...
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama
E-Buku IH-41: Kerukunan Umat Beragama 
 E-Buku IH-44: Perjalanan Ke Tanah Batak
  E-Buku IH-44: Perjalanan Ke Tanah Batak

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails