Thursday, November 15, 2012

Pemimpin PAS Isytihar Harta -M/Sabu


Mohamad Sabu berucap merasmikan Muktamar Pemuda

KOTA BHARU: Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu memberikan komitmen beliau dan pemimpin PAS untuk mengisytihar harta masing-masing menjelang pilihan raya umum akan datang.

Dalam ucapan perasmiannya sempena muktamar Dewan Pemuda PAS di hadapan kira-kira 1000 perwakilan dan pemerhati di Dewan Jubli Perak dekat sini, Mohd Sabu beriltizam mahu mengisytihar hartanya sebagai satu contoh perubahan yang harus dimulakan beliau selaku timbalan presiden.

Dalam ucapan itu, Mohamad Sabu mengambil pendirian agar agenda PAS dan Pakatan Rakyat ke Putrajaya dalam ambang kuasa harus dimulakan dengan satu perubahan yang berani. Perubahan itu, kata beliau, bermula dengan perubahan oleh penggerak PAS termasuk mereka yang akan menjadi wakil rakyat dan ahli majlis.

Sebelum ini, Dewan Pemuda PAS telah mengumumkan akan membuat pengistiharan harta menjelang pilihan raya umum akan datang datang. Keputusan rasmi dan mekanismanya akan ditentukan dalam muktamarnya yang bermula malam ini sehingga esok.

Cadangan pemuda ini disokong oleh Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Ketua Penerangan, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Osman. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails