Monday, November 12, 2012

Penjelasan Isu Kebebasan Beragama Nurul Izzah..



UTUSAN  Malaysia ataupun Lidah Rasmi UMNO berhempas pulas memutarbelitkan kenyataan Nurul Izzah Anwar.

Akhbar yang telah berpuluh kali disaman kerana memfitnah itu hanya menyiarkan kenyataan Izzah yang diputarbelit, tetapi menyembunyikan latarbelakang bagaimana kenyataan itu terbit dan apa maksud sebenarnya.

Ia berdasarkan soalan yang diajukan oleh Siti Kasim, seorang yang dilaporlan penganut Kristian berketurunan Orang Asli berhubung ayat suci Al Quran, Surah Al-Baqarah, ayat 256 berhubung konsep ‘Tidak ada paksaan dalam agama (Islam)….’

Question: "When you speak about freedom of religion, are you actually applying to the Malays as well? Thanks."

Nurul Izzah : When you ask me, there is no compulsion in religion. Even Dr Farouk quoted that verse in the Quran. How can you ask me, or anyone… How can anyone really say, "Sorry, this only applies to non-Malays". It has to apply equally. That is the basis.

In the Quran, there is no specific term for the Malays. This is how it should be. So I'm tied, of course, you know, to the prevailing views, but I will say that what you want is, of course, is in terms of quality. You believe so strongly in your faith that even me, being schooled in Assunta, with a large cross in the hall, and an active singing Catholic nuns, Catholic society will not deter you. Thank you
.

Jawapan yang diberi oleh Nurul Izzah memang tepat sekali iaitu tiada paksaan dalam agama bukan hanya untuk bukan Islam sahaja tetapi juga untuk orang Melayu yang sinonim dengan Islamnya. Maksudnya, bukan orang bukan Islam sahaja yang tidak boleh dipaksa mengganut Islam atau mengamalkan ajaran Islam tetapi orang Melayu/Islam juga tidak boleh dipaksa untuk menganut ajaran bukan Islam. Jadi, di mana salahnya kenyataan Izzah itu?

Baiklah, kalaulah kenyataan asal beliau tidak jelas atau terdedah untuk membawa kepada beberapa maksud maka perkara terbaik untuk dilakukan ialah merujuk balik kepada kepada orang yang mengeluarkan kenyataan maksud sebenarnya.

Setelah dirujuk kepada Izzah ternyata ia tidak bermaksud seperti yang diputarbelitkan oleh Utusan Malaysia.

“Saya berpegang pada pendirian umum sedia ada, iaitu setelah memeluk Islam, seorang Muslim tertakluk dengan Syariat Islam; sebagaimana seorang warganegara tertakluk dengan Perlembagaan Persekutuan.

“Saya kesal kerana ada percubaan memutarbelitkan kenyataan saya seolah-olah saya meremehkan soal aqidah atau mudah menerima orang Islam yang memilih untuk murtad,” tegas Nurul Izzah.

Jelasa beliau tidak bermaksud seperti yang difitnah oleh Utusan Malaysia maka mengapa beriya-iya sangat puak tertentu nak terus mengaitkan Izzah dengan dakwaan tersebut. Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama itu adalah satu tindakan bodoh dan melampau.

Beliau berkata orang Islam tidak boleh menukar agama sesuka hati, dan orang bukan Islam mempunyai hak untuk mengamalkan agama masing-masing tanpa ada sebarang paksaan daripada mana-mana pihak.

"Tak tau lah (Nurul Izzah) yang mahukan kebebasan dan berpolitik sampai tiada had. Kita orang Islam mana boleh tukar agama sesuka hati, tapi orang lain nak tukar mereka punya hal lah.

"Dalam Perlembagaan, masing-masing boleh amalkan agama mereka tanpa ada sekatan. Orang Islam dengan cara orang Islam dan kaum lain dengan agama masing-masing," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) 2012 di Dewan Mahsuri, Padang Mat Sirat hari ini.

Jika Nurul Izzah dianggap bertindak bodoh dan melampau bagaimana pula dengan Pak Lah ini?


Pada July 2007, Pak Lah yang merupakan Perdana Menteri Malaysia dan juga Presiden UMNO pada ketika itu dilaporkan telah berkata "Allow Muslims to convert if they choose to"..

Dalam Bahasa Malaysia ianya bermaksud benarkan orang-orang Islam murtad jika itu pilihan mereka..

Tidakkah tindakan Pak Lah itu akan mengalakkan orang-orang Islam untuk murtad sebagaimana dakwa kebanyakkan pencacai UMNO bila Utusan melaporkan Nurul Izzah buka peluang murtad?

Kenyataan Pak Lah ini tidak disiarkan oleh media-media yang ditunggan oleh UMNO/BN tetapi beberapa media cetak dan on-line luar negara

Laporan di atas juga disiarkan oleh Channel News Asia di ( SINI )
Apakah bila ianya disuarakan oleh pemimpin UMNO sendiri maka ianya tidak
memudaratkan Islam?


(IH/http://darisungaiderhaka.blogspot.com,)

6 comments:

Abdullah said...

Agenda perlembagan persekutuan Artikel 121 (1A) tetap diteruskan secara tersembunyi.

Nurul Izzah bukan lulusan agama, mengapa beliau menyertai forum tersebut ?

Anonymous said...

udah udah la tu.

nurul izzah bercakap dalam forum di gereja yang di hos kan oleh missionary missionary kristian. nak spin ke mana pon apa yang nurul izzah luahkan adalah sebab dia nak undi. sanggup JUAL AGAMA demi undi.

Anonymous said...

Bkn slh satu lngkah dkwah ke tu?? Dkwah kn berbagai.. Hangpa yg jual agama sbenrnya

Anonymous said...

mengapa pihak gereja menganjurkan forum berkaitan islam ?

kamu dengan agama kamu, kami dengan agama kami.

Anonymous said...

makna nyer le bile2 mase pun boleh murtad & keluar masuk islam...
nak baik masuk islam.. nak buat maksiat murtad... mcmtu yer...

Anonymous said...

ataupun maksudnyer.. bila lahir jer seorang bayi melayu yang ibubapanyer islam.. jgn letak agama dia dulu...terpulang pada dia nak amalkan ape yang dia suke...

lain kali nak bercakap... fikir dulu.. awak tu islam...

klu nk cari glamour jadi artis jer...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails