Tuesday, November 13, 2012

Ini Tarian Kuda Pula, Serang Melalui Laman Sosial




AFP AKSI salah seorang peserta yang menari tarian kuda. 
AFP SERAMAI 5,000 orang menari tarian kuda di Dataran Piazza Del Popolo, Rom kelmarin. 
HALAMAN HIBURAN
 5,000 menari tarian kuda di Rom
ROM: Seramai 5,000 orang menari tarian kuda yang pernah dipopularkan penyanyi rap Korea Selatan, Psy di sini kelmarin. Mereka menari di Dataran Piazza Del Popolo dan melakukan pergerakan tarian kuda ketika lagu Gangnam Style nyanyian Psy diperdengarkan.


Penganjur perhimpunan itu menggunakan rangkaian laman sosial dan pemberitahuan secara lisan untuk menghimpunkan peserta tersebut. Kebanyakan peserta itu ialah golongan remaja. Perhimpunan itu bermula pada pukul 4.45 petang waktu tempatan. Para peserta memakai pakaian baju-T berwarna putih yang mempunyai imej wajah Psy. Klip muzik video Gangnam Style nyanyian Psy itu telah ditonton lebih 670 juta kali di laman YouTube sejak ia dimuat naik pada 15 Julai lalu. - Agensi

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails