KOTA BHARU: Majlis Syura Ulama PAS sentiasa memantau perjalanan parti itu agar tidak lari dari landasan perjuangan sebenar.
Timbalan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Dr Haron Din berkata, ianya termasuklah berkaitan tahaluf siyasi. "Majlis
 Syura Ulama sentiasa berbincang dan melihat hala tuju PAS berada dalam 
landasan yang betul," kata beliau di Muktamar Tahunan PAS kali Ke-58 di 
Putik hari ini.
Beliau juga berkata, setiap perkara yang 
dibangkitkan dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama dibincangkan dengan 
teliti sehingga semua ahli berpuas hati dan bersetuju dnegan keputusan 
yang dibuat. Namun katanya, adalah sesuatu yang menghairankan 
apabila ada sesetengah ahli yang mengeluarkan kenyataan kepada media 
seolah-olah tidak bersetuju dengan keputusan mesyuarat.
"Dalam 
mesyuarat seperti tak ada pertelingkahan tapi dalam sidang media ada 
terdengar suara-suara yang seolah-olah tak setuju dengan keputusan 
Majlis Syura.
"Tetapi orang-orang seperti ini tak pernah beri pandangan begitu dalam mesyuarat tapi di luar mesyuarat perkara itu timbul.
"Pandangan-pandangan
 individu kadang-kadang terbawa-bawa di luar mesyuaratdan mungkin ada 
sedikit perbezaan pendapat yang tidak perlu diperbesar," katanya.
Beliau
 berkata demikian sewaktu menjawab soalan Perwakilan Kalabakan,  Kasman 
Karate dalam pembentangan laporan tahunan PAS petang ini. Kasman 
dalam soalannya berkata, terdapat perkara yang sudah diputuskan oleh 
Majlis Syura tetapi ada ahli Majlis Syura sendiri yang seakan-akan tidak
 bersetuju dengan keputusan mesyuarat. (Hrkh)

No comments:
Post a Comment