Saturday, April 08, 2017

RUU 355: Haram Sokong PH -Ahli Sunnah Wal Jamaah


RUU 355: Aswaja Kata Haram Sokong Pakatan Harapan

KUALA LUMPUR – Haram untuk umat Islam menyokong ahli politik bukan Islam yang menentang Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Parlimen kelmarin kerana mereka terbukti tergolong dalam kalangan kafir harbi.

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah Malaysia (Aswaja), Ustaz Dr. Zamihan Mat Zin al-Ghari berkata, ahli politik beragama Islam yang turut membantah usaha memartabatkan undang-undang Islam itu kelmarin juga haram disokong oleh umat Islam.
“Pemimpin beragama Islam tetapi tidak menyokong agenda Islam dalam memartabatkan undang-undang Islam, malah menentang pelaksanaannya, maka haram bagi umat Islam menyokong, memberi undi dan berkompromi dengan pemimpin dan parti sebegini.
“Aswaja tidak mempunyai kepentingan politik mahupun peribadi, sebaliknya seruan ini ditegaskan demi menjaga dan mempertahankan kepentingan akidah dan syariat Islam di Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Presiden PAS kelmarin membentangkan RUU 355 di Parlimen yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.
Perbahasan RUU 355 yang sepatutnya diadakan selepas pembentangan itu terpaksa ditangguhkan pada sesi akan datang oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia ekoran provokasi melampau Ahli Parlimen Pakatan Harapan dalam membantah RUU 355.
Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggotanya, Parti Keadilan Rakyat (PKR) serta Parti Amanah Negara (PAN) menentang hebat usaha tersebut sejak tahun lalu.
DAP pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.
PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin turut mengkritik RUU dengan berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad baru-baru ini mengumumkan akan menyertai Pakatan Harapan.
“Aswaja seru umat Islam tidak menyokong dan mengundi parti serta pemimpin yang menolak RUU 355 pada Pilihan Raya Umum Ke-14. DAP adalah sebuah parti yang jelas menentang undang-undang Islam.
“Terdapat juga beberapa pemimpin bukan Islam dari PKR dan PAN yang bersekongkol dengan DAP dalam usaha menentang agenda Islam. Umat Islam perlu berwaspada dan tidak sesekali menyokong mereka yang jelas menentang Islam,”katanya. 
Lapor Mynewshub.cc

UNICEF Dakwa Kahwin Bawah 18 Tahun Langgar Syarak.. Biadap?



KUALA LUMPUR – Biadap! Biadapkah, apabila Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) mengingatkan Malaysia bahawa perkahwinan di bawah usia 18 tahun adalah salah kerana melanggar asas hak asasi manusia?

Tambah lagi, UNICEF dalam satu kenyataan berkata, perkahwinan dalam kalangan remaja berusia 18 tahun ke bawah menafikan hak mereka kerana pendidikan terganggu selain berhadapan risiko keganasan dan kesihatan.

Justeru, UNICEF menyokong penuh kenyataan sebilangan pihak di Malaysia yang menentang perkahwinan dalam kalangan mereka berusia bawah 18 tahun di negara ini.

Bukan sebahagian dari syariah atau ibadah (Islam)?
“Perkahwinan kanak-kanak tidak lebih daripada satu budaya. Ia bukan sebahagian daripada syariah atau ibadah (Islam). Ia menjurus kepada impak yang bertentangan,” kata kenyataan itu semalam.
Kenyataan itu dipercayai dikeluarkan berikutan perbahasan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya tentang isu perkahwinan antara mangsa rogol bawah umur dengan perogol berdasarkan pengalaman beliau sebagai Hakim Mahkamah Syariah.
Dalam perbahasannya, beliau mengulas ada antara kes rogol remaja perempuan bawah umur sebenarnya melibatkan hubungan seks suka sama suka remaja perempuan itu dengan teman lelakinya.
Justeru, jika ada keizinan wali dan kebenaran Mahkamah Syariah, gadis yang dikategorikan dirogol dalam aspek undang-undang kerana mengadakan hubungan seks di bawah umur dengan teman lelaki boleh dikahwinkan kerana maslahat yang dipertimbangkan kedua-dua pihak.
Maka, tidak timbul isu mangsa rogol akan berkahwin dengan orang yang ditakuti kerana Mahkamah Syariah akan menyiasat dan mempertimbangkannya sebelum kebenaran dikeluarkan sekiranya ada permintaan dan keizinan daripada wali untuk mengahwinkan kedua-dua mereka.
Malah besar kemungkinan perogol itu ialah teman lelaki yang saling menyayangi dan terlanjur melakukan persetubuhan tanpa menghiraukan umur gadis itu yang belum mencapai 16 tahun.
Dilaporkan, Pakatan Harapan yang diketuai DAP bagaimanapun mengambil kesempatan daripada perbahasan itu kononnya pemimpin UMNO menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.
Pakatan Harapan sejak sekian lama mendesak kerajaan mengharamkan perkahwinan di bawah usia 18 tahun termasuk dalam kalangan umat Islam kerana menganggap ia sebagai satu perbuatan masyarakat kuno. Juga kenyataan biadap yang menghina agama, kalau betul laporan itu.

Menikahi Wanita di Bawah Umur Dalam Islam..

Berikut beberapa catatan ringkas berkaitan menikahi wanita di bawah umur,

Pertama:

Majoriti ulama berpendapat, berkahwin dengan wanita di bawah umur hukumnya boleh. Bahkan ada ulama yang mengatakan bahawa semua ulama sepakat tentang bolehnya berkahwin dengan wanita di bawah umur.

Diantara dalil yang menunjukkan hal ini adalah:

1. Allah berfriman di surat Ath-Thalaq, ketika menjelaskan butiran masa iddah bagi wanita yang diceraikan itu:
واللائي يئسن من المحيض من نسائكم إن ارتبتم فعدتهن ثلاثة أشهر واللائي لم يحضن

  • "Para wanita yang sudah tidak lagi haid (menapaus) diantara isteri kalian, jika kalian ragu (tentang masa iddahnya) maka masa iddahnya adalah 3 bulan. Demikian pula para wanita yang belum mengalami haid. "(QS. At-Thalaq: 4)

Pada ayat di atas, Allah menjelaskan masa iddah wanita yang belum mengalami haid, iaitu selama 3 bulan. Sementara tidak mungkin wanita menjalani masa iddah sebelum dia berkahwin. Ini merupakan dalil yang sangat tegas, yang menunjukkan bolehnya menikahi wanita yang belum baligh.

Al-Baghawi berkata,
واللائي لم يحضن يعني: الصغار اللائي لم يحضن, فعدتهن أيضا: ثلاثة أشهر.

  • "Para wanita yang belum mengalami haid" maknanya adalah gadis kecil yang belum mengalami haid (belum baligh). Masa iddahnya (jika dia dicerai) juga tiga bulan. "(Tafsir al-Baghawi, 8: 152).

2. Hadis dari Aisyah RA bahawa Nabi SAW menikahi Aisyah ketika beliau berusia 6 tahun. Dan Nabi SAW kumpul dengan Aisyah, ketika beliau berusia 9 tahun. Dan Aisyah tinggal bersama Nabi SAW selama 9 tahun. (HR.Bukhari 4840 dan Muslim 1422)

3. Keterangan ijma (kesepakatan) ulama.
Beberapa ulama bahkan menegaskan bahawa berkahwin dengan wanita di bawah umur hukumnya boleh. Berikut keterangan Ibnu Hajar,
والبكر الصغيرة يزوجها أبوها اتفاقا, إلا من شذ

  • "Gadis kecil, dinikahkan oleh bapanya dengan sepakat ulama. Tidak ada yang menyelisihi, kecuali pendapat yang asing. "(Fathul Bari, 9: 239).

Walaupun ada juga ulama yang berpendapat, ayah tidak boleh menikahkan anak perempuannya yang masih kecil, kecuali setelah baligh dan dia bersedia. Diantara ulama yang berpendapat demikian adalah Ibnu Syubrumah. Ibnu hazm menikil keterangan Ibnu Syubrumah, yang mengatakan,
لا يجوز انكاح الاب ابنته الصغيرة الا حتى تبلغ وتأذن

  • "Tidak boleh seorang ayah menikahkan putrinya yang masih kecil, sehingga dia baligh dan dia bersedia." (Al-Muhalla, 9: 459).

Hanya saja, perlu kita catat tebal bahawa Ibnu Syubrumah tidak melarang perkahwinan di bawah umur, namun yang beliau anggap tidak boleh adalah sikap seorang bapa yang memaksa anaknya di bawah umur untuk berkahwin tanpa izin puterinya. Allahu a'lam.

Kedua:

Beda berkahwin dengan hubungan badan. Bahagian ini penting untuk kita ingat, kerana bolehnya berkahwin di bawah umur tidak sama dengan bolehnya melakukan hubungan badan dengan gadis di bawah umur. Kerana tidak semua perkahwinan, boleh disambung dengan hubungan badan. 

Untuk itulah, kita mengenal dalam kajian fiqih keluarga, ada istilah, wanita yang dicerai sebelum berkaitan, di mana dia berhak mendapat separuh mahar, jika mahar tersebut sudah disebutkan ketika akad nikah.

Hal yang sama juga berlaku untuk perkahwinan di bawah umur. Gadis kecil yang dinikahi, tidak langsung diberikan kepada sang suami, sehingga dia mampu untuk melakukan hubungan badan.

An-Nawawi mengatakan,
قال مالك والشافعي وأبو حنيفة: حد ذلك أن تطيق الجماع, ويختلف ذلك باختلافهن, ولا يضبط بسن, وهذا هو الصحيح, وليس في حديث عائشة تحديد, ولا المنع من ذلك فيمن أطاقته قبل تسع, ولا الإذن فيمن لم تطقه وقد بلغت تسعا,

  • "Imam Malik, Imam Syafii, dan Imam Abu Hanifah berpendapat, batasan bolehnya berhubungan badan dengan isteri di bawah umur adalah apabila dia sudah mampu hubungan badan. Dan itu berbeza-beza antara satu wanita dengan yang lain. Tidak boleh dihadkan berdasarkan usia. Inilah pendapat yang benar. Sementara dalam hadis aisyah tidaklah menunjukkan batasan usia. Juga tidak dilarang untuk melakukan hubungan, bagi wanita yang sudah mampu sebelum usia 9 tahun. Demikian pula, tidak ada izin untuk melakukan hubungan dengan isteri di bawah umur, meskipun dia sudah mencapai 9 tahun. " (Syarhul Muslim, 9: 206).

Selanjutnya, an-Nawawi menyebutkan keterangan ad-Dawudi tentang keistimewaan Aisyah,
وكانت عائشة قد شبت شبابا حسنا رضي الله عنها

  • Aisyah tumbuh menjadi gadis yang sangat indah (badannya subur), radhiyallahu 'anha.

Ketiga:

Antara izin syariah dan peraturan negara. Kerana itulah Negara Islam wajib ditegakkan dan Islam adalah rahmatan lil 'alamin, membawa kebaikan untuk seluruh manusia jika bukan Islam mahu, bukan hanya untuk manusia Muslim sahaja. Berikah kebebasan orang Islam melaksanakan amalan Islam di negaranya sendiri, seperti juga komunis di negaranya dan barat dengan peraturan negarnya.

Oleh itu dalam PRU akan datang, orang Islam Malaysia wajib UNDI PAS, Parti Islam Se Malaysia. Wllahu 'aklam. (IH)

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Ke Korea, Jangan Ditipu Agensi Ini.. Benarkah?


Impian Ke Korea Terbantut, Ditipu Agensi ‘Jom Travel’

TOLONG jangan jadi mangsa seterusnya!’ – Demikian amaran seorang wanita meminta orang ramai berhati-hati dengan pakej promosi ke Korea Selatan oleh sebuah agensi menerusi media sosial.

Ini kerana, wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Eina Zarina itu mendakwa dia bersama-sama lebih 90 orang lagi telah ditipu oleh sebuah agensi pelancongan dikenali sebagai ‘Jom Travel!’.

Penipuan itu sekali gus menjadikan jumlah kerugian yang dialami mangsa-mangsa mencecah puluhan ribu ringgit.
Menurut Eina, agensi pelancongan itu bukan sahaja tidak mahu menanggung kerugian yang dialami mangsa malah, gagal dihubungi.
Lebih menyakitkan hati, Eina mendakwa agensi itu turut menyekat mereka daripada memberi sebarang komen dalam page laman sosial agensi terbabit.
Jelas Eina, dia sudah pun membayar sebanyak RM18,760.78 untuk melancong ke Korea Selatan bersama-sama sembilan lagi individu, yang sepatutnya dijadualkan berlepas ke negara itu hari ini.
Bagaimanapun mereka langsung tidak menerima sebarang khabar daripada pihak Jom Travel!.
Susulan itu, Eina telah pun membuat laporan polis terhadap agensi pelancongan itu di Balai Polis Sungai Nibong, Pulau Pinang. – MYNEWSHUB.CC


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

PAS Johor Mewah, Bukti Terima 1MDB? Si Bengong Mana Kata Begitu..


Hasil carian imej untuk Suhaizan Kayat

KUALA LUMPUR – Setiausaha Organisasi Parti Amanah Negara (PAN), Suhaizan Kayat mendakwa PAS Johor kini mewah dengan wang ringgit.

Dakwa beliau, perkara itu diakui oleh pemimpin PAS kawasan di Johor bahawa parti PAS kini mewah tidak seperti dulu.
“Ada pimpinan PAS kawasan di Johor menyatakan sekarang tidak macam dulu-dulu. Cari duit mudah. Dalam akaun PAS kawasan ada RM11,000,” dakwanya dalam satu kenyataan di akaun Facebook beliau hari ini.
Beliau mengulas dakwaan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli mempunyai bukti terdapat individu yang rapat dengan PAS menerima dana daripada 1MDB.
Ironinya, Rafizi membuat dakwaan itu sejurus Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selamat membentangkan Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 (RUU 355) di Dewan Rakyat walaupun cuba digagalkan dengan celahan dan provokasi Ahli Parlimen Pakatan Harapan semalam.
Presiden PAS membentangkan RUU 355 yang bertujuan meminda akta bagi memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah termasuk meningkatkan kadar hukuman yang boleh dikenakan ke atas umat Islam yang berzina dan minum arak.
Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP bersama anggota partinya PKR serta PAN bagaimanapun menentang hebat usaha tersebut sejak tahun lalu.
DAP pernah mendakwa RUU 355 merupakan strategi halus PAS untuk melaksanakan hukum Islam hudud yang zalim, kuno dan tidak bertamadun di negara ini.
PKR dan PAN pula mendakwa RUU 355 tidak boleh dibenarkan kerana ia mengelirukan dan menimbulkan keresahan umat bukan Islam.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin membantah RUU dengan berhujah Islam melarang menangkap dan menghukum umatnya yang berzina selagi zina itu dilakukan secara sembunyi-sembunyi seperti dalam bilik atau rumah yang berkunci.
Seorang pengguna Facebook bagaimana pun mengeluarkan satu komen berikut di akaun Facebook Suhaizan:
YB Rafizi Hero Tulen atau Tukang Pemfitnah?
1. Tidak cukup dengan fitnah 90 juta oleh Sarawak Report, kini YB Rafizi muncul dengan fitnah terbaru iaitu PAS dapat dana 1MDB pula. Kononnya wang disalur melalui akaun peribadi PM Najib kepada seorang tokoh yang rapat dengan PAS.
2. Cuba lihat taktik modus operandi mereka tetap sama iaitu:
a) lemparkan tuduhan secara samar tanpa bukti.
b) cabar si mangsa yang dituduh untuk kemuka bukti tidak bersalah dan saman mereka yang menuduh.
c) taktik ini tidak susah pun hendak dibaca. Buat tuduhan berulangkali agar orang awam percaya dan imej PAS tercalar teruk.
3. Sehingga ke hari ini pun Sarawak Report tidak pernah mendedahkan bukti PAS terima dana 90 juta. Dalam dakwaan YB Rafizi pula, dia menuduh seorang tokoh yang rapat dengan PAS mendapat dana 1MDB lalu dana itu disalur kepada PAS.
4. Oleh kerana YB Rafizi ni amat terkenal sebagai Hero Pendedah Maklumat, maka PAS sememangnya sedia dan terbuka menanti bukti tuduhan sebegini. PAS sedia disiasat oleh SPRM. Dalam kes 90 juta, SPRM sendiri telah mengesahkan tuduhan yang dilemparkan itu tidak ada bukti. Mudah bukan.? Tuduh sahaja..
5. PAS tidak pernah lupa dengan Episod Drama Langkah Kajang yang kejang dan gagal itu. Bukankah arkiteknya si YB Rafizi ni.? Bukankah akhirnya terbukti di mahkamah bahawa cereka 90mukasurat tuduhan terhadap Tan Sri Khalid itu adalah fitnah dan PKR meminta maaf.
6. YB Rafizi merupakan Naib Presiden PKR. Jadi,tuduhan terhadap PAS ini seolah-olah memberi mesej PKR mahu ‘berperang’ dengan PAS. Semalam di Parlimen pun, Ahli Parlimen PKR antara yang bangun menghalang Tuan Guru Presiden PAS daripada membentangkan RUU 355. Maka, kesemua ini boleh dijadikan asas penilaian dalam membuat keputusan hubungan antara PAS dan PKR di Muktamar PAS pada hujung April nanti. 
Lapor MYNEWSHUB.CC

Mengapa PAS Tolak BERSIH Yang Kononnya Demokrasi Bebasi?

Banyak Negara Islam Hancur Atas Dakyah Demokrasi


KUALA LUMPUR – “PAS menarik diri daripada gerakan bernama Bersih apabila tercium daripada beberapa sirinya bau–bau yang tidak bersih,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, PAS tidak lupa dengan peristiwa kebangkitan rakyat Arab Spring menentang kerajaan di benua Arab kononnya bagi mendesak demokrasi bebas dan menentang kezaliman.
Menurut beliau, gerakan itu mendapat sokongan negara Barat atas alasan demokrasi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Islam tersebut hingga hari ini.
“Banyak negara yang dilanda Arab Spring tidak menghasilkan buah yang masak politiknya, malah menjadi lebih parah sehingga mencetuskan keganasan dan peperangan yang tidak berkesudahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi berkata, PAS juga mengetahui bahawa Israel dan sekutunya adalah negara yang mempunyai paling banyak senjata merbahaya disamping menguasai media dan kuasa kewangan untuk mempengaruhi politik negara lain.
Justeru, katanya, PAS telah melakukan muhasabah melalui politik matang dan sejahtera di peringkat antarabangsa dengan menapis dan berhati-hati dalam menerima berita.
Bersih merupakan sebuah gerakan anti-kerajaan yang mendakwa kononnya mereka memperjuangkan kebebasan dan pilihan raya yang adil untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.
Malangnya, setiap penganjuran perhimpunan, acara, program atau majlis anjuran Bersih menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan dan turut disertai pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas meninggalkan UMNO dan bersengkongkol dengan DAP turut menyertai perhimpunan Bersih pada tahun lalu.
Mahathir berpaling tadah daripada parti kaum Melayu dan menyertai pakatan sekular gara-gara kecewa dengan keengganan kerajaan Persekutuan memenuhi kepentingan perniagaan kroni-kroninya. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


Dakwaan Harta Luar Biasa, Azmin Sedia Disiasat Semula.


Hasil carian imej untuk azmin ali
SABAK BERNAM – Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata beliau sedia disiasat semula berhubung dakwaan harta luar biasa yang dimilikinya sewaktu menjadi Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, 22 tahun lalu.
Beliau sentiasa terbuka dan akan memberikan kerjasama penuh kepada mana-mana pihak termasuk Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung pemilikan harta itu.
“Terpulang kepada mereka (sekiranya mahu menyiasat semula). Ia bukan benda baharu, sebelum ini pun SPRM telah melakukan siasatan terhadap pentadbiran kerajaan negeri dan kepimpinan (kerajaan negeri),” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kewangan kepada pesawah padi Parit 10 Sungai Besar, di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengarah SPRM Selangor, Datuk Wan Ramli Wan Abdullah semalam bahawa kes itu akan dibuka semula sekiranya terdapat bukti baharu walaupun ia telah ditutup oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) pada 1997.
Baru-baru ini pelbagai pihak termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menggesa SPRM membuka semula kertas siasatan kes pemilikan harta luar biasa Mohamed Azmin yang didakwa ditutup oleh BPR tanpa alasan munasabah. – BERNAMA


Paksa Isteri Bersetubuh Dg Bangla. Siapa Perogol?




PETALING JAYA: Seorang wanita mengandung tidak dapat menanggung derita selepas suaminya berulang kali memaksanya mengadakan hubungan seks dengan seorang pekerja Bangladesh untuk memenuhi nafsu seksualnya.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad pada Selasa berkata wanita berusia 27 tahun itu melarikan diri dari rumah selepas menerima panggilan daripada suaminya yang berusia 34 tahun kira-kira pukul 10.30 malam Ahad yang memberitahunya bahawa dia akan membawa pulang seorang lelaki Bangladesh untuk tidur dengannya.

"Takut dengan permintaan suaminya, wanita itu meninggalkan rumah dan meminta bantuan daripada pihak polis.
"Ini bukan kali pertama suaminya memaksa dia mengadakan hubungan seks dengan pekerja Bangladesh berusia 26 tahun itu yang hanya dikenali sebagai Nizam.
"Sebelum ini dia dipaksa mengadakan hubungan seks dengan Nizam sebanyak dua hingga tiga kali.

"Dia sedang mengandung tujuh bulan apabila suaminya meminta dia tidur dengan lelaki itu pada bulan Julai," katanya.

Wanita itu mendakwa suaminya akan terangsang dengan melihat mereka melakukan seks dan kemudiannya akan mengadakan hubungan seks dengannya.

Dia juga berkata Nizam tidak dikenakan sebarang bayaran untuk tidur dengannya. 
Dia telah dihantar ke Hospital Selayang untuk penilaian perubatan, menurut laporan.

"Kami menahan Nizam di kedai mainan di Chow Kit pada hari Isnin, manakala suami wanita itu ditahan di rumah pasangan itu di Taman Daya Kepong.

"Kedua-dua lelaki itu ditahan selama seminggu bagi membantu siasatan," kata Ali.

Kes ini diklasifikasikan sebagai rogol di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Siapa perogol, s
uami jenis apa begini? (IH)
Awek kena rogol dalam Lift ??? Siapa Buat? Bangla ? tak Nampak muka

Friday, April 07, 2017

Bukan Diculik Tapi Nak Kahwin. Lari Ke Songkla.



JOHOR BAHRU – Kes kehilangan seorang jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini yang menjadi viral dalam laman sosial selepas didakwa diculik oleh bekas tunangnya sejak minggu lalu akhirnya terjawab apabila kedua-dua mereka sudah berkahwin di Songkhla, Thailand.
Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan ­Ahmad Najmuddin Mohd. berkata, berita perkahwinan itu terbongkar selepas polis menahan mereka di Pendang, Kedah kelmarin.
Beliau berkata, mangsa yang berusia 30-an dan lelaki berusia 40 tahun itu ditahan dengan kerjasama anggota Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar, Kedah.
Menurutnya, kedua-dua mereka ditahan selepas polis bertindak atas laporan yang dibuat oleh bapa jururawat itu hujung bulan lalu.
“Hasil temu bual yang dijalankan, ­mangsa mengaku telah keluar dari rumah bersama suspek secara rela hati tanpa paksaan untuk berkahwin di Thailand.
“Mangsa turut menyatakan bahawa tiada kejadian culik dan ugutan bunuh sepanjang bersama dengan lelaki itu,” katanya dalam satu kenyataan akhbar di sini semalam. (IH)

Selingan: 
Gambar Perjalanan Ibnu Hasyim Ke Songkla baru-baru ini..

Ibnu Hasyim di Songkla City, pinggir laut Thailand.
 Perjalanan jalanraya dari Hatyai menuju Songkla.
Ibnu Hasyim di depan sebuah masjid di Songkla, tempat yang sering dilakukan upacara perkahwinan terutama dari calon luar negara Thai. Ramai pasangan dari Malaysia berkahwin di sini. Terutama oleh lelaki yang ingin berpoligami, mengapa tidak di Malaysia?

Siapa yang ke sini tahu rahsianya.. Tapi saya ke sini bukan kerana itu. (IH)


Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Tukang Kecoh Gagal Tuduh PAS Ditipu UMNO. -Nik Abduh.


KUALA LUMPUR, 10 Rejab 1438H, Jumaat – Tindakan Ahli Parlimen yang membuat kecoh selepas Speaker Dewan Rakyat membenarkan pembentangan RUU 355, memperlihatkan mereka gagal membuktikan tuduhan ke atas PAS selama ini.
Ketua Pemuda PAS, Ustaz Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata, mereka yang membuat bantahan itu sebenarnya bukanlah kecewa dan marahkan speaker menangguhkan sidang.
“Hakikatnya mereka kecewa tuan speaker membenarkan usul persendirian dibentangkan oleh Presiden PAS.
“Dengannya, mereka gagal memenangkan tuduhan mereka bahawa PAS ditipu UMNO. Hukum Tuhan, orang menipu akhirnya mendapati merekalah yang menipu diri sendiri. Bersandarlah pada Allah. Dia-lah pemilik makar dan tipu daya,” kata beliau di Facebooknya, hari ini.
Semalam, sidang Dewan Rakyat menjadi kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen pembangkang cuba untuk mempertikaikan keperluan pembentangan daripada Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.
Rata-rata Ahli Parlimen pembangkang menjeritkan perkataan ‘takut, takut’ kepada Tan Sri Pandikar Amin Mulia, sebelum beliau beredar dari kerusi Speaker Dewan Rakyat.
Meskipun perbahasannya terpaksa ditangguh, Nik Abduh memuji tindakan Pandikar Amin membenarkan ia dibentangkan.
Katanya, keberanian Pandikar patut dipuji.
“Jika tindakan Tan Sri menangguhkan sidang ‘dikira’ sebagai satu kesilapan, ia hanyalah kurang 10 peratus berbanding 100 peratus ketepatan tindakannya membenarkan usul tersebut dibentangkan.
“Semoga Allah memberi ganjaran tertinggi kepada Tan Sri Speaker Dewan Rakyat di atas ketulusan, keberanian dan kecekalannya berhadapan kesukaran membenarkan usul persendirian Marang dibentangkan,” katanya. (ismaweb.net)

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

"Saya Diliwat" Bongkar, Ketika Di Rumah Kebajikan, Melaka. Syabas!




MELAKA: Pemimpin sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini mendakwa diliwat ketika mendiami sebuah rumah kebajikan yang menempatkan penghuni di kalangan budak lelaki di Durian Daun di sini.
Presiden Pertubuhan Kebajikan dan Sosial (Perbak), Muhammad Khairul Hafiz berkata, dia juga dipaksa berpakaian umpama jururawat sebelum didera secara seksual.
Beliau berkata, kejadian melibatkan petugas rumah kebajikan itu berlaku antara 1999 dan 2004.
"Saya tidak malu untuk menyatakan mengenai kejadian diliwat itu, malah tiga yang lain turut menerima nasib sama," katanya dalam temubual di sini, Khamis.
Muhammad Khairul mendakwa, seorang mangsa yang dikenali sebagai Anbarasu kini berubah menjadi pondan dan menetap di Ipoh.
Katanya, berdasarkan pengalaman pahit yang dilaluinya, beliau mahu memperjuangkan hak bekas penghuni dan mereka yang menetap di rumah kebajikan itu.
"Penghuni yang menjadi mangsa terpaksa mendiamkan diri selepas aduan kepada pengurusan rumah kebajikan itu tidak dapat mengambil sebarang tindakan susulan kekurangan bukti, kecuali beberap kes yang mendapat perhatian," katanya.
Menurutnya, selepas lima tahun mengumpul bukti beliau dapat merujuk kejadian itu kepada seseorang yang berkuasa di Putrajaya yang mahu mendengar masalahnya.
Kata Muhammad Khairul, beliau akan membuat laporan polis di Putrajaya pada Jumaat.
Katanya, pengarah Jabatan Kebajikan Melaka, Burhanuddin Bachik telah menunjukkan keprihatinannya terhadap apa yang dilaluinya.
Pada 2012, Muhammad Khairul telah membuat laporan polis mendakwa beberapa pekerja di rumah kebajikan itu terlibat meliwat dan melakukan penderaan seksual terhadap 150 penghuni sejak 2004.
The Star pada 14 Mac melaporkan, dua penghuni rumah kebajikan itu yang berusia 13 dan 16 tahun dimasukkan ke Hospital Melaka selepas dilaporkan diserang warden premis itu. (mStar)

Syabas Muhammad Khairul Hafiz dan mStar!

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

Rafizi 'meroyan' Tak Faham 'ditangguhkan' Dg 'disekat'. 'khadam DAP'..


Hasil carian imej untuk rafizi


Harap simpati, berakhir 'tragedi'... Facebook Rafizi dihujani kecaman netizen
Nah ambil kau... kuasa rakyat yang dipuja-puja PKR nampaknya kena batang hitung pemimpin mereka sendiri.
Ini selepas facebook Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang juga Ahli Parlimen Pandan dihujani kecaman dan kritikan terhadap tindak tanduknya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Asalnya, Rafizi nak luah ketidakpuasan hati dengan melahirkan rasa kecewa 'kononnya' tidak diberi peluang untuk berbahas Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 pada Khamis, menerima kecaman negatif pelayar laman sosial itu.
Rafizi seolah-olah tidak faham dengan penggunaan ayat yang digunakan oleh Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa sesi perbahasan RUU355 akan 'ditangguhkan' pada sesi mesyuarat sidang Dewan Rakyat pada Julai nanti. Bukan 'disekat' seperti didakwa oleh Rafizi dilaman Facebooknya.
"Saya dan beberapa ahli parlimen pembangkang yang tidak di beri peluang untuk berbahas di Sidang Parlimen hari ini selepas pembentangan Pindaan Akta 355 akan menyambung perbincangan tentang topik ini dalam suatu Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan pada hari isnin, 10 April nanti.
"Walaupun suara kami telah disekat di parlimen, saya pasti rakyat-rakyat Malaysia yang telah meletakkan kepercayaan kepada kami ingin mendengar pendapat ahli-ahli parlimen mereka tentang pindaan Akta 355 ini.
"Oleh itu, Sila saksikan Sidang Parlimen Khas Pakatan Harapan Akta 355 ini secara langsung dari laman Facebook page saya jam 8.30 malam pada 10hb April 2017," katanya menerusi status Facebooknya selepas sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan.
Status yang dimuatnaik Rafizi itu menerima kecaman hebat netizen yang merasakan beliau 'meroyan' setelah sesi perbahasan RUU355 ditangguhkan sedangkan peluang untuk membahaskan akta tersebut boleh dilakukan pada sesi sidang Dewan Rakyat akan datang.
"Aik...ditangguh kata disekat? YB tak faham bahasa, ke tak boleh nak beza sekat dengan ditangguhkan? YB ada dalam dewan tadi? YB tak tengok ke berapa ramai geng-geng YB diberi laluan untuk mengacau Ahli Parlimen Marang buat pembentangan sehingga lewat hampir 1 jam. Kalau suara YB dan geng-geng disekat, jangan harap speaker nak bagi laluan. Ke YB tidur sebelum pembentangan bermula tadi," kata pengguna Facebook Mohd. Luqman.
"Kau (Rafizi) ni memang pemikiran liberal. Semua benda nak dipolitikkan. RUU355 ini untuk umat Islam, tak boleh ke kau sokong? Ke kau ni Islam hanya pada nama? Tak ade pegang hukum hakam Quran. Aku lebih hormat Ahli Parlimen UMNO dalam hal ini berbanding kau yang hanya khadam (kuli) abadi DAP. Dasar pondan tak ade telur," kata pengguna Facebook Wan Hafizie Wan Harun.
"Dulu masa kerajaan (Pusat) tak jadi ambil alih (RUU355), macai Nuar (Anuar Ibrahim) bertepuk tangan, kabo (beritahu) PAS dah kena 'kencing' (tipu) dengan kerajaan, Barisan Nasional (BN) pengecut. Sekarang kerajaan dah buktikan siapa sebenarnya yang takut dengan RUU355 ini," kata pengguna Facebook Mohd Aznin Fazli.
"Kalau nak bahas dan sokong RUU355,its okay Encik Rafizi. Tapi kalau nak persoalkan kenapa undang-undang Islam dilaksanakan, rasanya Encik. Rafizi tak layak jadi wakil rakyat beragama Islam lagi. RUU355 bukan pasal politik, itu hal agama. Kalau rasa diri itu Islam, mesti wajib sokong apa yang Islam laksanakan, kalau (Rafizi) masih rasa diri itu masih Islam. #ruu355bukanhalpolitik," kata pengguna Facebook Idham Aries.
Pada hari terakhir mesyuarat pertama sidang Dewan Rakyat,  keputusan penangguhan yang dibuat kira-kira jam 4 petang  selepas mendengar ucapan sokongan daripada Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) itu telah mendapat bantahan daripada beberapa anggota Parlimen pembangkang kerana tidak diberi peluang membahaskan usul berkenaan.
Ahli-ahli Parlimen pembangkang bertindak bangun dan melaungkan 'ini tidak adil', 'pengecut' namun Pandikar tidak mengendahkannya lalu bangun meninggalkan sidang.
Selepas itu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman membacakan penangguhan sidang berkenaan.
Rafizi bersama beberapa ahli parlimen pembangkang yang lain bertindak 'menyerbu' ruang sidang media di Parlimen untuk meluahkan ketidakpuasanhati terhadap keputusan Pandikar, sehingga hilang hormat terhadap Speaker Dewan Rakyat itu.
"Selama ini, kami menghormati segala keputusan yang dibuat oleh beliau (Pandikar). Tapi kali ini (keputusan tangguh) telah membuatkan kami hilang hormat kepada beliau," kata Rafizi.
Antara ahli parlimen yang turut hadir pada sidang media itu ialah, Khalid Samad (PAN-Shah Alam), Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) dan Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (PAN - Kuala Terengganu).
Sebagai umat Islam, Rafizi perlu malu apabila beberapa Ahli Parlimen daripada DAP dan PKR seolah-olah cuba menghalang pindaan RUU355 dibentangkan di Dewan Rakyat dengan cubaan membangkitkan beberapa perkara kepada Pandikar sebaik sahaja RUU mahu dibacakan.
Tindakan ahli-ahli Parlimen berkenaan telah melengahkan masa kira-kira 35 minit sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (PAS-Marang) yang juga Presiden PAS dapat membentangkan usul berkenaan atas sifat rang undang-undang persendirian.
‘Gangguan’ itu dimulakan Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) yang mempersoalkan cadangan usul rang undang-undang yang beliau failkan sebelum ini mengenai penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) telah ditolak Dewan Rakyat.
Gangguan tersebut berterusan apabila Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) pula bangun membangkitkan bahawa terdapat tuntutan mahkamah untuk menyekat usul persendirian Ahli Parlimen Marang itu.
Turut bangun ialah Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) mencelah dan mempersoalkan mengapa usul Abdul Hadi diberi keutamaan berbanding usul pembangkang lain.
Kit Siang yang juga Penasihat DAP sekali lagi bangun membangkitkan mengenai keputusan Kabinet berhubung RUU 355 yang tidak mendapat persetujuan MCA dan MIC.
Tuduhan Kit Siang itu menimbulkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) antaranya Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Ba­ling) yang menyatakan ahli-ahli Parlimen terlibat sengaja membangkitkan pelbagai perkara bagi melengahkan masa untuk menggagalkan pembentangan RUU 355.
Pandikar Amin kemudiannya menegur sikap Kit Siang supaya tidak membuat provokasi dan beliau berhak mengarahkan mana-mana Ahli Parlimen yang tidak mendengar arahannya untuk keluar Dewan.
“Hal berkaitan politik bawalah di luar sana, bukan dalam Dewan ini kerana kita mempunyai Peraturan Mesyuarat. Siapa yang berdiri lagi, saya berhak arah keluar,” katanya.-7/4/2017 (AD)

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails