Thursday, April 06, 2017

Parlimen 'ribut' Sebelum Bentang RUU 355 Kit Siang Berdiri Persoalkan.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat hari ini.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika membentangkan RUU 355 di Dewan Rakyat hari ini. 

Tempoh kira-kira 30 minit sebelum Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) membentangkan Rang Undang-undang (RUU) 355 menyaksikan sidang Dewan Rakyat dilanda 'ribut' apabila berlaku pertikaman lidah antara ahli parlimen kerajaan dan pembangkang. 

Terdahulu, berlaku perdebatan antara Gobind Singh Deo (DAP-Puchong) Datuk Takiyuddin Hassan (Pas-Kota Bharu) berhubung isu penyerahan notis dan saman pemula kepada Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia oleh anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Dr Ismail Abd Rahman semalam.

Bagaimananapun, beberapa ahli parlimen BN kemudiannya bangkit menjerit termasuk mengeluarkan maki hamun ketika Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah) turut berdiri mempersoalkan RUU Hadi. 

"Bisinglah. Duduklah. Ini provokasi hanya mahu kelirukan rakyat," jerit Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) manakala Datuk Othman Abdul (BN-Pendang) turut beberapa kali bangun memekik antaranya, "Makin tua, makin gila." 

Kit Siang antara lain mempersoal sejauh mana pembentangan RUU 355 hari ini turut dipersetujui parti komponen BN lain. 

"Ini permintaan kerajaan. Presiden MCA, Gerakan adakah setuju?" soalnya lagi diikuti sorakan bantahan berterusan daripada ahli parlimen kerajaan. Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia kemudiannya mengingatkan ahli parlimen duduk supaya Abdul Hadi dapat membentangkan RUU 355 yang tertangguh sejak tahun lalu. 

"Ahli-ahli Berhomrat yang lain, politik itu bawa di luar sana. Jangan buat (gaduh) di sini," sebelum membenarkan Abdul Hadi meneruskan pembentangan pada pukul 11.38 pagi tadi. RUU Hadi untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) dengan meningkatkan had hukuman penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan.

(Diangkat dari 
http://gigitankerengga.blogspot.my)

5 comments:

Anonymous said...

Kita umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya mengucapkan syabas dan tahniah pada Tuan Guru Haji Hadi kerana berjaya membentangkan pindaan RUU355 di Parlimen untuk memperkasakan mahkamah Syariah dan undang-undang Islam supaya mahkamah Syariah dan undang-undang Islam boleh berfungsi dengan cekap dan berkesan untuk mencegah kemungkaran dan kesesatan dinegara ini.

Kita juga mengucapkan syabas dan tahniah pada ahli parlimen PAS dan UMNO kerana mempertahankan pindaan RUU355 dan menentang puak kafir harbi yang berusaha menghalang pindaan RUU355 walaupun pindaan RUU355 tidak berkaitan dengan puak kafir di negara ini.

Ahli parlimen kafir harbi yang dipimpin oleh pemimpin kafir harbi roket telah mendedahkan sikap perkauman, permusuhan dan cauvanis mereka terhadap agama Islam dan umat Islam di Parlimen apabila mereka cuba menghalang pindaan RUU355 dalam Parlimen.

Malngnya terdapat sebilangan puak munafik liberal yang mendakwa diri mereka beragama 'Islam' telah mengkhianati agama Islam dan umat Islam apabila mereka bersekutu, bekerjasama dan bersekongkol dengan puak kafir harbi menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

Sesungguhnya, puak munafik ini adalah pengkhianat yang amat berbahaya kerana mereka adalah musang berbulu ayam, gunting dalam lipatan dan musuh dalam selimut yang menjadi penjilat kafir harbi !

Wahai umat Islam, marilah kita semua menyokong dan mengundi parti Islam PAS dalam PRU14 dan menolak semua parti sekular, liberal dan kafir harbi kerana mereka menentang Islam.

Anonymous said...

Tahniah TGHA . Naik berkicap ketiak menunggu 3 kali sidang ,baru dapat peluang bentang usul. Agak agak bila boleh bahas dan lulus. Nak tunggu sampai kelengkang pula ber sos tiram.

IrWrWs said...

Kalau kamu Muslim sepatutnya bersujud syukur atau sekurang2nya ucapkan alhamdulillah dgn pembentangan RUU 355 ini..

Anonymous said...

Knp GST lebih senang diluluskan parlimen tanpa dibahas atau diundi berbanding akta sekular ruu355 yg dibawa oleh ketua lebai hancing?

Anonymous said...

bodoh komen masalah bila bab islam byk halangan dr golongan yg munafik.kalau ruu355 sekular dh lama lulus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails