Saturday, April 08, 2017

Mengapa PAS Tolak BERSIH Yang Kononnya Demokrasi Bebasi?

Banyak Negara Islam Hancur Atas Dakyah Demokrasi


KUALA LUMPUR – “PAS menarik diri daripada gerakan bernama Bersih apabila tercium daripada beberapa sirinya bau–bau yang tidak bersih,” kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Kata beliau, PAS tidak lupa dengan peristiwa kebangkitan rakyat Arab Spring menentang kerajaan di benua Arab kononnya bagi mendesak demokrasi bebas dan menentang kezaliman.
Menurut beliau, gerakan itu mendapat sokongan negara Barat atas alasan demokrasi tetapi pada akhirnya memusnahkan negara Islam tersebut hingga hari ini.
“Banyak negara yang dilanda Arab Spring tidak menghasilkan buah yang masak politiknya, malah menjadi lebih parah sehingga mencetuskan keganasan dan peperangan yang tidak berkesudahan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abdul Hadi berkata, PAS juga mengetahui bahawa Israel dan sekutunya adalah negara yang mempunyai paling banyak senjata merbahaya disamping menguasai media dan kuasa kewangan untuk mempengaruhi politik negara lain.
Justeru, katanya, PAS telah melakukan muhasabah melalui politik matang dan sejahtera di peringkat antarabangsa dengan menapis dan berhati-hati dalam menerima berita.
Bersih merupakan sebuah gerakan anti-kerajaan yang mendakwa kononnya mereka memperjuangkan kebebasan dan pilihan raya yang adil untuk seluruh rakyat Malaysia tanpa memihak kepada mana-mana parti politik.
Malangnya, setiap penganjuran perhimpunan, acara, program atau majlis anjuran Bersih menghasut orang ramai supaya membenci kerajaan dan turut disertai pemimpin Pakatan Harapan yang diketuai parti sekular DAP.
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas meninggalkan UMNO dan bersengkongkol dengan DAP turut menyertai perhimpunan Bersih pada tahun lalu.
Mahathir berpaling tadah daripada parti kaum Melayu dan menyertai pakatan sekular gara-gara kecewa dengan keengganan kerajaan Persekutuan memenuhi kepentingan perniagaan kroni-kroninya. 
Lapor MYNEWSHUB.CC


5 comments:

Anonymous said...

Perhimpuan KOTOR hanya disertai oleh kafir harbi, munafik liberal dan puak LGBT yang menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam! Bilangan peserta Perhimpuan KOTOR semakin berkurangan setiap tahun bererti bilangan penyokong PaKATUN HAPRAK yang dipimpin oleh taukeh babi roket semakin berkurangan!

Selepas PRU14, PaKATUN HAPRAK yang dipimpin oleh taukeh babi roket akan masuk ke dalam muzium !

Anonymous said...

PAS tak sertai BERSIH sbb parti jual agama dah kotor ambik rasuah haram 90juta hasil songlap duit rakyat Msia.

An Anonymous said...

Parti Aliran Najis belaan DAP! Menuduh pula arwah nak masuk PAN jika masih hidup.. dia ingat arwah sanggup jadi barua DAP macam mereka! Phuiiiii..

Mana ulamak tokong Pangkor 2? Bersama barua yg lain kah?

Anonymous said...

Bila ketua lebai pondan nak buat sidang akhbar penafian ada ambik duit rasuah haram 90juta. Ada atau Tidak? Diam menikus maknanya ye le tu..barua lebai kesipuan.

Parti Ajaran Syaitan perosak ajaran Islam yg mulia.

Anonymous said...

Terbaik lah pas alhamdulillah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails