Thursday, April 06, 2017

Akta 164, Kaji Semula Secara Menyeluruh – Presiden PAS


Hasil carian imej untuk Akta 164, Kaji Semula
Sebagaimana yang  dalam Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat pada hari Selasa 4 April 2017 (D.R.20/2016), pihak Kerajaan adalah dalam proses untuk meneruskan bacaan kali kedua Rang Undang-Undang Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (Pindaan) 2016 yang juga dikenali kini sebagai Akta 164. Akta 164 ini adalah secara langsung berkaitan terhadap hak kekeluargaan orang Islam di Mahkamah Sivil, status agama anak, hak penjagaan, nafkah dan pengagihan harta.
Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berpandangan bahawa implikasi menyeluruh yang bakal timbul daripada Akta 164 ini adalah sangat serius, iaitu terhadap kebebasan umat Islam untuk mengamalkan agama mereka dan mempertahankan aqidah tanpa gangguan daripada mana-mana pihak sebagaimana yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, pencemaran terhadap keutuhan institusi Mahkamah Syariah dan keharmonian masyarakat berbilang kaum, agama dan etnik dalam negara kita.
Oleh yang demikian, PAS mencadangkan agar Akta 164 ini dikaji semula secara mendalam, menerusi pembentukan satu Jawatankuasa Khas untuk merangka dan mengemukakan satu penyelesaian lain yang lebih adil, menyeluruh dan inklusif. Jawatankuasa ini perlu melibatkan semua pihak yang berkepentingan sama ada daripada kalangan penganut Islam dan juga agama-agama lain, mendapatkan pandangan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, pengamal undang-undang syariah dan sivil, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya yang merupakan pihak yang terkesan secara langsung dalam pindaan Akta 164 ini.
“Inilah Penyelesaian Kita”. Demikian dari Abdul Hadi Awang, Presiden PAS.

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

klik di sini....

3 comments:

Anonymous said...

Kita merasa semakin benci terhadap pemimpin-pemimpin parti keris telanjang kerana mereka secara terang-terangan telah mengkhianati agama Islam dan umat Islam apabila pengkhianat-pengkhianat tersebut secara terang-terangan membela hak kafir harbi (minoriti) dan menafikan hak umat Islam (majoriti).

Sebagai contoh, cadangan pindaan Akta 355 tidak melibatkan mana-mana orang bukan Islam kerana Mahkamah Syariah hanya membicarakan orang Islam. Tanpa merasa malu dan segan, pemimpin-pemimpin keris telanjang merujuk 'cadangan pindaan Akta 355' kepada parti-parti kafir harbi yang menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam.

Maka sudah pasti puak kafir harbi akan menolak pindaan Akta 355 secara total kerana mereka akan menentang apa sahaja yang berlabel Islam kerana parti kafir harbi bersikap perkauman dan cauvenis.

Semua orang boleh nampak parti keris telanjang hanya mementingkan survival politik dan tidak mempedulikan kepentingan Islam dan umat Islam.

Parti keris telanjang ini juga sudah tidak bebas membuat keputusan mengenai agama Islam kerana terikat dengan parti kafir harbi, walaupun ia hanya melibatkan umat Islam sahaja.

Nampaknya parti keris telanjang telah menjadi badut parti kafir harbi ! Parti keris telanjang itu sudah lama hilang aspirasi membangunkan umat Islam dan membela agama Islam.

WAHAI UMAT ISLAM MARILAH KITA SEMUA MENGUNDI PARTI ISLAM PAS DAN PRU14 DAN MENOLAK SEMUA PARTI SEKULAR, LIBERAL DAN KAFIR HARBI KERANA MEREKA MENENTANG AGAMA ISLAM DAN MENINDAS UMAT ISLAM.

Anonymous said...

WAHAI UMAT ISLAM MARILAH KITA SEMUA MENGUNDI PARTI ISLAM PAS DALAM PRU14 DAN MENOLAK SEMUA PARTI SEKULAR, LIBERAL DAN KAFIR HARBI KERANA MEREKA MENENTANG AGAMA ISLAM DAN MENINDAS UMAT ISLAM.

Anonymous said...

Selamatkan kerusi presiden PA$ dulu. Sblm ni umat Islam Terengganu dah tendang ketua lebai jd mb sepenggal. Cukup2lah peralatkan agama utk undi yg berkiblatkan demokrasi sekular.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails