Monday, April 03, 2017

PAS Tak Pernah Anggap Umno Musuh Sesama Islam -Nik Abduh.


nik-abduh-umno
SUNGAI SIPUT: Ketua Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, PAS tidak pernah menganggap Umno sebagai musuh sesama Islam walaupun kedua-dua parti berbeza ideologi politik.
“Berbanding dengan Amanah (Parti Amanah Negara) yang sering menganggap Umno adalah musuh sampai akhirat sehinggakan apabila PAS mahu bekerjasama dengan Umno dalam perkara berkaitan agama Islam, Amanah akan marah dan ditolak oleh mereka.
“Saya minta supaya ahli PAS berfikir jauh bahawa perjuangan Islam ini bukan hanya untuk PAS dan Umno tetapi bagaimana kita hendak membawa agama ini diterima oleh masyarakat (berbilang kaum di negara ini),” kata beliau dipetik Bernama.
Terdahulu beliau merasmikan Muktamar Tahunan ke-34 Pemuda PAS Perak, di sini hari ini.
Mengenai hubungan dengan PKR, beliau berkata, masih belum boleh membuat kesimpulan berhubung usul itu kerana terdapat 10 negeri yang belum mengadakan mesyuarat kawasan.
“Ketika ini hanya 4 negeri yang telah selesai mengadakan muktamar dan bakinya akan selesai sebelum kami mengadakan Muktamar PAS Pusat hujung bulan ini,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas.
Dalam pada itu, Bernama melaporkan, PAS Pulau Pinang akan mengemukakan usul untuk memutuskan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan PKR pada Muktamar PAS Ke-63 di Kota Sarang Semut, Kedah.
Pesuruhjaya PAS negeri, Fauzi Mohd Yusof berkata, 13 kawasan PAS Pulau Pinang telah bersetuju membawa usul itu kerana PKR dilihat tidak menghormati PAS sebagai rakan sekutu mereka.
Katanya, 13 kawasan PAS sudah bermesyuarat dan masing-masing sebulat suara mengusulkan memutuskan tahaluf siyasi dengan PKR.
“Ini menunjukkan betapa seriusnya PAS Pulau Pinang menilai segala tindakan yang telah dilakukan sepanjang PAS bersama dengan PKR,” katanya kepada pemberita selepas Muktamar Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang kali ke-37 di Mengkuang Titi, Bukit Mertajam hari ini.
Beliau berkata, usul tersebut akan dihantar ke PAS pusat dan jawatankuasa penapisan usul serta pihaknya berharap ia akan diterima untuk dibahaskan pada muktamar nanti. (FMT)

5 comments:

Anonymous said...

Pelik wal ajaib. Siapa yg selama ini yg mengkafirkan umno hingga berlaku kecelaruan dlm masyarakat. Cnthnya sembahyang 2 imam, arwah ibrahim libya dikatakan syahid kerana terkorban menentang kerajaan Umno gara gara amanat sesat Tuang Guru Hadi kerana dedak 90j Nik abduh boleh bertukar kepada * NIK BUDUH "

Anonymous said...

Kena usaha kuat lagi 10:04 klu nk kaitkan kes memali dgn pas...rasanya dh puas geng korang menulis benda sama mcm ni sblm ni tapi takde org pun org nak caya. Dh brzaman org salahkan mahathir...byk article yg menulis kronologi memali ni...thats why org meluat dgn fitnah korang.

Anonymous said...

AMANAT HADI dah bertukar jd LAHANAT HADI dan PAS.

IrWrWs said...

Pangkor 2 bukti kewujudan lebai tokong sembah DAP!

Anonymous said...

Parti lebai rasuah jual agama 90juta hasil rompakan duit rakyat terbesar di dunia.

Porshe.Audi.Semalaysia 90juta

Takburrr!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails