Saturday, December 25, 2010

Misteri H/P Ku Yang Hilang..

CATATAN PERJALANAN: INDO 10 SURABAYA-MEDAN
SMS yang meminta mangsa menambah nilai prabayar


HARI ini aku berada di Malaysia. Aku terbaca berita Kosmo! Online bertajuk 'SMS tipu minta tambah prabayar'...

KL- "Tolong belikan ayah 'top up' (tambah nilai) RM50. Ini nombor baru ayah 017*******, ayah ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti ayah telefon, cepat sikit."

Demikian taktik terbaru sindiket penipuan menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) yang giat menipu mangsa.
Seorang penerima SMS tersebut yang hanya mahu dikenali sebagai Zirman, 30, memberitahu, dia terkejut selepas membaca SMS yang menunjukkan seolah-olah bapanya berada dalam kecemasan.
"Mula-mula baca SMS tersebut, saya panik kerana bimbang sesuatu berlaku pada ayah. Saya pun terus ke kedai dan membuat tambah nilai pada nombor diberikan.
"Namun, selepas membuat tambah nilai ayah saya masih tidak telefon seperti dijanjikan," katanya.
Menyedari sesuatu yang pelik, dia akhirnya menghubungi nombor yang diberikan dalam SMS tersebut namun, tidak ada jawapan.
"Saya hubungi pula nombor asal ayah saya, bila saya tanya apa yang berlaku di balai polis tadi, ayah kata tiada apa-apa yang berlaku," katanya.
Begitu kira-kira beritanya..
Hal ini mengingatkan aku mengenai perjalananku dari Surabaya ke Medan, kira-kira hujung bulan lepas. Empat hari, empat malam, melalui bas. Perjalanan melintasi kebun-kebun, ladang, sawah padi, tepi laut, melalui kampung-kampung dan kota. Sesuatu yang menarik.
Gambar-gambar sepanjang perjalalnan


Rupanya ditakdirkan pada suatu malam bas yang ku tumpangi itu rosak. Dari tengah malam sampai ke subuh. Hingga solat subuh di tepi jalan. Buang air di semak-semak. Ada dua kemalangan kecil menimpaku. Satu, telefon bimbit (hp) ku terjatuh dan hilang. Dua aku tertinggal bas. Betapa terduganya aku, apabila tiada telefon, hubunganku terputus beberapa hari dengan kenalan, kawan-kawan dan keluarga.
Belum sampai ke Medan, aku turun di Simpang Kawat singgah di Tanjung Balai. Aku beli telefon baru, hantar e-mail kepada Blog kenalanku 'Warta Shubhi', dialah yang menguruskan, hingga hubunganku menjadi seperti biasa semula. Aku pergi ke Medan dengan menaiki keretapi. Sampai di Medan telefon bimbitku hilang lagi. Aku beli telefon terpakai, kadang-kadang penggunaannya agak terganggu, maklum barang yang pernah rosak.
Al-hamdulillah, semuanya selamat, apa salahnya terduga sedikit puluhan tahun aku guna hp, baru kali ini bermasalah sekali. Kalau ada kawan-kawan yang hilang hubungan denganku, sila dapatkan kembali nombor telefon baru aku.

Gambar di atas: Melihat dari dalam bas.
Di bawah: Gelagat dalam keretapi dari Tanjung Balai Ke Medan..




Demikian gelagat dalam keretapi. Mereka mengutip derma sambil menghibur. Kebanyakannya anak-anak muda. Ada yang menjual makanan, menjunjung, berkilik dan segala macam. Meriah..
Setelah dapat berhubung dengan kawan-kawan seperti biasa, tiba-tiba pembantu Weblog Ibnu Hasyim, saudara Asyok Kumar memberi tahuku melalui telefon, katanya..
"Bang! Setelah aku tak dapat hubungi beberapa hari kerana telefon abang hilang, tiba-tiba aku dapat SMS mengatakan, 'Tolong belikan Pakcik 'top up' (tambah nilai) RM30. Ini nombor baru Pakcik 019*******, Pakcik ada masalah di balai polis. Tak payah dulu telefon, nanti Pakcik telefon, cepat sikit!'
Aku cemas. apa jadi dengan abang... nak tahu segera. Aku telefon mengesahkan. Orang itu mengakui. Aku masukkan 'to up' RM30. Aku telefon balik mengesahkan.. Tapi sudah tak berjawab lagi."
Itu penipuan melalui hp. Apakah penipuan itu tidak mampu dihapuskan oleh pihak berwajib? Atau pihak berkepentingan mengenai bisnes itu yang melaksanakan? Itulah antara kisah misteri hp ku yang hilang untuk catatan perjalanan kali ini.
Wallahu aklam.

Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
24 Dis, 2010

Tanjung Balai Asahan.


Siri catatan perjalanan ini...

Sukan, M'sia Bertemu Indo Esok:. 60% Tak Suka M'sia?

SUKAN

JAKARTA, 25 Dis 10: Ketika Malaysia dan Indonesia bersiap sedia untuk bertarung pada pusingan pertama Piala Suzuki AFF di Kuala Lumpur esok, satu hasil kajian menunjukkan hampir 60 peratus rakyat republik itu tidak suka pada Malaysia disebabkan perkembangan semasa.

Hasil kajian yang menemui 1,000 rakyat Indonesia pada September dan Oktober lalu menyebut 59.2 peratus tidak menyukai Malaysia. Kajian itu dikendalikan ketika situasi tegang ekoran siri demonstrasi di Kedutaan Malaysia di Indonesia tiga bulan lalu.

Ketika itu juga wujud cadangan agar Putrajaya memanggil balik duta Malaysia di Indonesia sekiranya rundingan mengenai jaminan keselamatan Kedutaan Malaysia di Jakarta gagal mencapai kata sepakat. Ketika itu isu “Ganyang Malaysia” dibawa oleh Benteng Demokrasi Rakyat Indonesia (Bendera).

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman ketika itu berkata, isu dibawa Bendera bukan perspektif seluruh pemimpin dan rakyat republik tersebut. Kajian kendalian firma Indonesian Survey Circle (LSI) itu dikeluarkan kelmarin, tiga hari sebelum pasukan kedua-dua negara turun gelanggang pusingan pertama Piala Suzuki AFF.

Malaysia dan Indonesia bertemu di Bukit Jalil malam esok sebelum pertemuan susulan Rabu depan di sini. Laporan Jakarta Globe menyebut, hasil kajian itu mendapati 59.2 peratus responden dari 100 kawasan di seluruh Indonesia tidak menyukai Malaysia — kadar yang lebih tinggi berbanding dengan sentimen negatif dan tidak senang 46.4 peratus terhadap Amerika Syarikat.

Ia juga mendapati 67.5 peratus responden percaya bahawa hubungan bilateral antara Indonesia dan Malaysia sangat buruk, sekali gus menyumbang kepada sentimen negatif. Terdapat sekitar 1.1 juta pekerja asing Indonesia di negara sekarang. Penyelaras kajian itu, Ardian Sopa berkata, sentimen itu berkaitan dengan layanan buruk ke atas pekerja-pekerja asing Indonesia di Malaysia, isu sempadan dan isu warisan budaya seperti batik dan lagu yang dituntut oleh Malaysia.

Beliau juga mengaitkan dengan isu penahanan tiga pegawai maritim Indoneia oleh pihak berkuasa Malaysia di sebalik penahanan nelayan-nelayan Malaysia oleh republik itu beberapa bulan yang lalu. Ardian juga berkata, kira-kira 60 peratus responden juga kecewa dengan komitmen yang ditunjukkan oleh kerajaan Indonesia bagi menyelesaikan isu-isu hubungan dua hala dan 50 peratus responden percaya kerajaan mereka tidak melakukan apa-apa untuk menyelesaikan perkara-perkara berbangkit.

Katanya, sentimen kurang senang itu banyak diperlihatkan oleh responden golongan muda dan mereka memperoleh pendapatan yang agak selesa manakala generasi berusia dan memiliki wang yang sedikit kelihatan kurang bermasalah dengan negara jiran Malaysia. Penemuan signifikan, menurut beliau ialah 63 peratus responden menyatakan kesediaan untuk berperang dengan Malaysia bagi mempertahankan Indonesia. (AK)

Program 100 Hari PR Menurut Nik Aziz, Gangster?


KOTA BARU, 25 Dis 10: Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata Progran 100 Hari yang dikemukakan Pakatan Rakyat pada konvensyen mereka Ahad lepas hanya akan dilaksanakan setelah pakatan pembangkang mengambil alih pentadbiran negara.

“Kita akan laksanakan bila pakatan dapat memerintah negara... tunggulah dulu... jangan nak jadi gengster,” kata Nik Aziz kepada pemberita selepas majlis perkahwinan perdana anjuran kerajaan negeri melibatkan 101 pasangan baru di Pusat Tarbiyah PAS Kelantan di sini hari ini.

Dipetik Bernama, beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyidin Yassin semalam yang mencabar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya melaksanakan kenaikan gaji bagi pegawai-pegawai awam di negeri-negeri yang ditadbir oleh pakatan pembangkang dahulu sekiranya pembangkang benar-benar prihatin dengan nasib penjawat awam.

Malah, Timbalan Perdana Menteri juga menolak dakwaan Anwar bahawa beliau memperlekehkan peranan guru apabila mempertikaikan tawaran pembangkang untuk memperkenalkan imbuhan khas RM500 seorang setiap bulan. Kelmarin Anwar menegaskan negara tidak akan muflis hanya dengan Pakatan membayar RM500 kepada setiap guru.

Sehubungan itu, Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan meminta kerajaan Barisan Nasional (BN) menunggu sehingga pakatan pembangkang menerajui negara untuk melaksanakan resolusi itu. Resolusi itu mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika pakatan pembangkang menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Antaranya mengarahkan..

  • Khazanah Nasional Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilan alih aset lebuh raya oleh kerajaan dengan tujuan menghapuskan tol,
  • merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat,
  • menaikkan imbuhan perguruan RM500 sebulan
  • dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.
  • Nik Aziz berkata apa yang penting dalam mentadbir negara ialah memerintah untuk rakyat dan menjamin kesejahteraan mereka.
  • Beliau juga berkata PAS akan melaksanakan pentadbiran Islam mengikut acuannya seperti yang ditetapkan dalam Islam.
  • Mengenai perkahwinan, beliau menasihatkan pihak keluarga wanita mengenakan hantaran atau mas kahwin yang rendah serta berpatutan kepada pihak lelaki dan bukan membebankan mereka.

“Saya kahwin dulu hantaran RM100 sahaja untuk isteri saya. Malahan siapa nak kahwin anak saya, saya minta RM1,000 saja,” katanya.

Beliau berkata perkahwinan penting bagi mengelakkan gejala sosial buang anak dan zina dalam masyarakat. (AK)

BN Tabur RM100.9 Juta Kepada Peneroka Felda.

Datuk Seri Najib Razak

KL, 25 Dis 10: Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan membayar Bonus Insentif Produktiviti kepada para peneroka di tanah rancangan seluruh negara berjumlah RM100,916,600. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bonus itu adalah bagi menghargai sumbangan peneroka terhadap kemajuan industri sawit dan getah Negara selain sebagai insentif kerana menghantar hasil melalui Felda.

Beliau berkata kadar bayaran bonus yang dibayar pada tahun ini ialah minimum RM400 dan maksimum RM1,200 bergantung kepada penghantaran hasil.

“Pembayaran bonus insentif ini melibatkan seramai 94,281 atau 83.70 peratus daripada 112,635 peneroka Felda seluruh negara.

“Bayaran Bonus Insentif Produktiviti Peneroka 2010 akan dibayar secara tunai di pejabat rancangan pada awal Januari 2011,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Najib (gambar) berkata peneroka yang menghantar hasil melalui pengurusan rancangan dinilai berdasarkan penghantaran hasil dari Januari hingga Oktober tahun ini.

“Bagi peneroka sawit, kelayakan minimum ialah 8.01 tan/hektar manakala ganjaran maksimum ialah mereka yang menghantar hasil melebihi 17 tan/hektar ke atas.

“Bagi peneroka getah, kelayakan minimum ialah 600.01kg/hektar dan ganjaran maksimum diberi kepada yang menghantar hasil melebihi 1,400kg/ hektar,” katanya.

Beliau berkata bilangan peneroka yang terlibat dalam penghantaran hasil sawit dan getah ini adalah seramai 30,611 orang manakala 61,170 yang sedang menanam semula bersama Felda akan menerima bayaran maksimum RM1,200 seorang.

“Pada tahun ini, Felda turut memberikan pertimbangan khas kepada peneroka di beberapa rancangan yang prestasi hasilnya rendah sepanjang masa disebabkan tanaman tidak produktif dan menunggu giliran untuk ditanam semula.

“Ini termasuk juga kawasan kebun peneroka yang diambil bagi tujuan pembangunan. Termasuk juga dalam kategori ini ialah tanaman peneroka yang hasilnya rendah disebabkan serangan musuh penyakit seperti ganoderma, serangan ulat bungkus dan lain-lain,” katanya.

Kira-kira 2,000 peneroka terlibat dalam kategori pertimbangan khas itu dan kadar yang diberi kepada peneroka terlibat adalah sebanyak RM400 seorang, katanya. Najib berkata seramai 18,354 peneroka atau 16.29 peratus pula didapati tidak layak menerima bayaran insentif kerana tidak menghantar hasil kepada Felda dan juga kerana hasil mereka kurang daripada hasil minimum yang telah ditetapkan.

Selain itu, katanya peneroka yang menguruskan sendiri kebun mereka dan tidak menghantar hasil, tidak dibayar bonus insentif ini.

“Kerajaan berharap pemberian bonus ini akan menjadi perangsang kepada peneroka di seluruh negara untuk berusaha lebih gigih bagi meningkatkan produktiviti masing-masing.

“Saya juga ingin mengajak semua peneroka untuk menyertai program bersama dengan Felda selaras usaha berterusan yang dilaksanakan oleh agensi tersebut bagi meningkatkan pendapatan mereka melalui penyelidikan dan khidmat nasihat yang disediakan,” katanya. (Sumber: Bernama)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengapa begitu pentingnya peneroka Felda bagi BN? Teringat kepada ucapan di Muktamar Tahunan ke 55 lalu, perwakilan Kelantan mencadangkan PAS memperuntukkan dana RM1 juta setahun kepada jentera parti itu yang mengendalikan hal ehwal peneroka Felda di bawah pimpinan Mazlan Aliman.

Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah berucap membahaskan ucapan dasar presiden berkata, daripada 68 kawasan parlimen yang PAS tandingi dalam pilihan raya lalu sebahagian besarnya ada kawasan yang mempunyai tanah rancangan Felda.

"Dikawasan-kawasan ini hanya PAS sahaja yang mampu berhadapan dengan Umno dan jentera parti yang membuat kerja khususnya berkaitan hal ehwal kebajikan masyarakat Felda ini perlu diberi peruntukan yang banyak," kata beliau.

Kadang-kadang projek perlu dilawan dengan projek juga?

Jesus Adalah Nabiku, Kalau Beliau Ada Sekarang..


Catatan Santai

JESUS atau Isa dalam bahasa Arab, adalah Rasul kedua terakhir dan Nabi Allah yang telah dikirimkan kepada seluruh Ummat manusia. Beliau dipercayai oleh lebih dari 1.5 milion ummat Muslim di seluruh dunia terutama di negeri Timur. Jesus seperti ramai Nabi sebelumnya, menyeru kepada kaumnya untuk tidak hanya mengatakan mereka beriman pada Tuhan tetapi juga mentaati, menerima hukum, peraturan dan perundangan Pencipta.

Beliau memerintahkan kebaikan dan mencegah kemungkaran sepanjang masa, berdasarkan wahyu dari Tuhannya. Beliau menunjuki kaumnya untuk mencari ridha Pencipta dan tidak hnya mengejar manfaat dan ego masing-masing. Beliau menjadi sebuah model bagi mereka untuk diikuti sebagaimana sebuah contoh bagi mereka yang datang setelahnya.. sampai datangnya utusan terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW.

Jesus berjuang melawan kerosakan masyarakat pada masa hidupnya. Kekejaman hukum buatan manusia, perzinahan, eksploitasi dan lain-lain sebagaimana Ummat Islam pada hari ini berjuang melawan kemunduran masyarakat dimana kita hidup sekarang. Sebagaimana juga alkohol, ubat-ubat terlarang, perjudian, rasuah dan pornografi telah menyeret masyarakat ke jurang kejahatan yang dalam, sama halnya pada masa Jesus yang masyarakatnya cenderung pada semua jenis kejahatan di bawah hegemoni kerajaan Rom.

Akhirnya, Jesus dan pengikutnya menjadi subjek tindakan kekerasan, dizalimi dan sampai beliau diangkat oleh Allah untuk dikembalikan kepada umat manusia pada akhir zaman. Kalau Jesus ada sekarang, sudah tentu beliau akan mempelupuri perjuangan menegakkan keadilan dan kedamaian, samada dalam negara atau luar negara. Beliau akan mendukung Jihad di Afghanistan dan Iraq sebagai lawan terhadap kongkongan kapitalis yang dipimpin oleh AS dan sekutu-sekutunya.

Sudah tentu beliau juga akan menyokong orang-orang Palestin sebagaimana mereka berjuang dan melawan penjajah harian, yakni bangsa terlaknat Israel dan sekutu mereka. Beliau akan menyokong jutaan Muslim Iraq yang telah dibunuh sebagai lawan dari AS dan UK yang bengis ganas. Pengganas-pengganas (AS & UK) itu meneriakkan pembomam keji mereka dengan kempen melawan 'pengganas' yang sebenarnya ditujukan kepada Muslimin di Iraq, Afghanistan, dan penegak keadilan di mana sahaja.

Jesus, jika ada pada masa ini, apakah akan menjadi pelarian Syiria dan Palestin di UK? Akan diasingkan dengan undang-undang baru 'pengganas'? Atau menderita dipenjara Belmarsh di Eropah, diculik oleh agen CIA terbang melalui salah satu penerbangan terkenal, ditangkap dan disiksa seperti banyak Muslim lainnya di teluk Guantanamo? Mengapa boleh jadi begitu?

Kerana Jesus seorang yang menyerah diri (Islam) kepada Allah SWT, menyeru seluruh manusia kepada hukum buatan Tuhan (Al Qur'an) sebagai lawan dari hukum buatan manusia. Beliau juga dilabel sebagai fundamentalis, radikal dan pembangkang. Melawan idea buatan manusia seperti kebebasan yang membawa ke'babas'an, demokrasi-demo mau kerusi dan sekulerisme. Lawan kerajaan yang benci kepada risalahnya.

Walaupun mereka sebuah barisan nasional atau internasional. Penguasa yang perkenalkan anti pengganas, mengISA dan mengasingkan tanpa pengadilan dalam usaha menindas kebenaran dan kalimat Tuhan.

Jesus, datangnya engkau sekali lagi, tanda dunia akan melalui adengan terakhir 'happy ending'.. Inilah peringatan untuk diriku dan kawan-kawan, sempena sahabat-sahabat kita dari kaum Kristian yang menyambut Krismas.

Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
25 Dis, 2010
KL

Zina Bawah Umur, Apakata Menteri Wanita?


KL 25 Dis 10: Gerak hati seorang ibu yang ingin melihat keadaan dua anak gadisnya sebaik terjaga daripada tidur kira-kira jam 3.30 pagi membawa kepada penemuan mengaibkan apabila dua beradik berusia 13 dan 15 tahun itu didapati tidur berpelukan bagai suami isteri bersama teman lelaki masing-masing.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Kampung Sri Gombak Indah, dekat sini, pada awal pagi Rabu lalu dan ia sesuatu yang amat mengejutkan ibu terbabit serta suaminya kerana tidak menduga anak gadis mereka yang masih bersekolah berani bertindak sedemikian. Sedih dan kecewa dengan apa yang dilihatnya, ibu berkenaan lantas memberitahu suaminya dan si ayah turut tergamam melihat kedua-dua anak gadisnya tidur berpelukan dengan lelaki bukan muhrim dalam sebuah bilik.

Selepas dikejutkan daripada tidur, dua beradik itu dan teman lelaki masing-masing yang berusia 17 dan 20 tahun memohon maaf serta merayu supaya dimaafkan, namun si ayah yang terlalu kecewa nekad melaporkan kejadian itu kepada polis. Polis menahan kedua-dua lelaki terbabit sebelum membawa mereka ke Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak untuk disoal siasat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu. Menurutnya, kekasih gadis terbabit yang ditahan polis ketika kejadian kini reman hingga 28 Disember ini bagi membantu siasatan.

“Kes itu diklasifikasikan sebagai rogol kerana kedua-dua gadis terbabit masih di bawah umur dan disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Mereka dijangka dibawa ke Mahkamah Seksyen Shah Alam lusa untuk menghadapi pertuduhan,” katanya. (myMetro)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Itu rogol suka sama suka. Jelasnya berzina bawah umur? Apa kata Menteri, Wanita, Keluarga, Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil? Kalau kahwin bawah umur tentulah melenting?

Mengaku Berzina, Apa Bhg Agama Boleh Buat?

Melacur untuk beli susu anak

KL 25 Dis 10: "Sejak bercerai dua tahun lalu, saya mula melacur dan duit itu saya gunakan untuk beli susu anak dan belanja rumah."

Bukan itu sahaja, malah Nora 30-an (bukan nama sebenar) memberitahu, dia seronok dengan pekerjaan itu kerana mampu memperoleh pendapatan setaraf dengan gaji eksekutif iaitu kira-kira RM3,000 sebulan.

Ibu kepada dua anak berusia di antara tiga dan lima tahun mendakwa dia terjebak dengan aktiviti persundalan selepas bergaul dengan pelacur asing yang turut menjual diri di kaki lima bangunan Wisma Indah, Jalan Pudu di sini.

Wanita yang mempunyai paras sederhana itu memberitahu, dia tidak perlu bersusah payah bekerja mengikut masa seperti di pejabat atau kilang kerana waktu kerja terserah kepadanya. (Kosmo! Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Wanita itu akui berzina.. Kalau dia beragama Islam, apa bahagian Agama Islam kerajaan BN boleh buat untuk selesaikan masalah Islam dan perzinaan di negara ini? Siapa bertanggungjawab? Bagaimana undang-undang syariah, mana lebih berkuasa dari undang sivil?

Jalan selesainya, tolak BN naikkan kumpulan PAS dalam PRU 13 ini..

Blog Penulis Novel Terkenal Sebarkan Syiah -Khusrin


KL 25 Dis 10: Salah satu laman blog yang disiasat adalah milik seorang penulis novel terkenal kerana dikatakan cuba menyebarkan fahaman Syiah menerusi laman blognya.

Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) sedang menyiasat beberapa laman sesawang termasuk laman blog beberapa blogger kerana didapati menyebarkan fahaman bertentangan dengan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah, bertujuan bagi mengekang penularan fahaman bertentangan dengan ajaran Islam,

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi mengesahkan, pihaknya memang membuat pemantauan dan siasatan terhadap beberapa laman yang didapati cuba mengembangkan fahaman tersebut termasuk Syiah. (AK)

Musafir Astro Oasis: Konsep Hiburan Bermatlamat Mendidik.

HALAMAN HIBURAN


Mimbar di Masjid Ban Hoe salah sebuah masjid di Thailand

Pengembaraan Imam Muda Dalam Musafir

BANGKOK: Astro Oasis menerbitkan sebuah lagi program keagamaan Musafir yang mengisahkan pengembaraan dua orang Imam Muda iaitu Hizbur Rahman dan Mohd Taufek Mohd Noh dalam menyusuri kehidupan masyarakat Islam di rantau ini.

Program tersebut yang bakal ke udara pada 12 Januari, pukul 7.30 malam juga akan memaparkan sejarah awal perkembangan Islam di Asia Tenggara. Sebanyak enam buah negara iaitu Malaysia, Brunei, Kemboja, Singapura, Indonesia dan Thailand akan dijelajahi bagi meninjau keunikan seni bina masjid dan budaya masyarakat setempat.


Imam Muda Hizbur dan Taufek

Menurut produser dan penulis skrip, Norhaidatul Azian Tajul Ariffin, program ini mempu memberi kesedaran kepada masyarakat Islam bagaimana kehidupan dan kesusahan yang dialami oleh masyarakat Islam di negara jiran berbanding di Malaysia.

“Pelbagai pengalaman yang kami tempuhi sepanjang penggambaran tersebut. Kami bermalam di sesuatu tempat untuk beberapa hari bagi mengetahui bagaimana budaya dan cara hidup mereka.

Masjid Ban Hoe

“Setiap masjid yang kami lawati mempunyai keunikan tersendiri, malah lebih memberi kesedaran ialah cara pelbagai agama menghormati agama masing-masing,” ujarnya.

Jelasnya, lebih 50 buah masjid akan dipaparkan melalui 13 episod. Setiap masjid mempunyai kisah unik di sebalik sejarah kewujudannya. “Kita mencari masjid yang mempunyai sejarah tersendiri seperti masjid pertama di mana Islam mula bertapak dan keunikan masjid mengikut budaya masyarakat sesebuah kawasan,” katanya.

Tambah Norhaidatul, kerjasama yang diberikan oleh masyarakat setempat turut memudahkan proses penggambaran dilakukan.

“Tiada masalah dari segi proses penggambaran. Kebanyakan masyarakat setempat menyambut baik kedatangan kami. Malah mereka banyak membantu krew produksi jika terdapat masalah seperti bahasa dan makanan,” ujarnya. (mStar Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Konsep hiburan yang mendidik dan bermatlamat jelas untuk kesejahteraan masyarakat. Tahniah Astro Oasis!

Friday, December 24, 2010

Ancak: Semak Semula Kenyataan Mufti Perak -N/Presiden PAS


TEMERLOH, 24 Dis 10: Berhubung isu ancak, Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyeru Majlis Fatwa Kebangsaan untuk campurtangan menyemak semula kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria.

Harussani sebelum ini dilaporkan mempertahankan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir meletakkan ancak sebagai tidak khurafat.

“PAS memohon Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan semakan terhadap kenyataan yang dikeluarkan Mufti Perak bahawa tindakan Menteri Besar Perak melakukan upacara ancak, tepung tawar tiang seri rumah dengan pelbagai upacara tidak bercanggah dengan syarak,” kata Tuan Ibrahim dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Di dalam satu laporan akhbar minggu lepas, Harussani dilihat sebagai terpaksa menghalalkan dengan mengkategorikan tindakan Zambry yang merenjis dan menepung tawar semasa memasang ancak tiang seri baru-baru ini sebagai ‘satu amalan biasa dalam masyarakat Melayu dan tidak bercanggah dengan syarak’.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang juga Adun Pasir Panjang membangkitkan semula perkara itu pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) baru-baru ini. Sebelum ini, Nizar juga mendakwa kenyataan Harussani bukan sahaja boleh mengelirukan umat Islam di negara ini, malah turut mencalarkan kredibiliti ulamak termasuk mufti.

Lebih bahaya menurut Nizar, perbuatan Zambry itu dibuat di dalam kawasan kampung yang sekaligus memberi gambaran amalan itu boleh terus diamalkan dan tidak khurafat. Dalam kenyataan hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang turut membidas tindakan Harussani sambil berkata bahawa PAS khuatir kenyataan Harussani akan menyemarakkan lagi amalan khurafat yang semakin menghakis kini kerana beliau dilihat sebagai seorang mufti yang berpengaruh di negara.

“PAS melihat beliau sebagai seorang mufti yang berpengaruh, beliau sepatutnya menasihati umat Islam agar menjauhi amalan yang tidak mendasari hukum syarak, bukan kenyataan yang tidak membantu memperkukuhkan akidah ummah,” bidas Tuan Ibrahim.

Sementara itu, Dewan Pemuda PAS Perak sedang merancang bertemu dengan ahli majlis fatwa dan ulama, bagi medapatkan penjelasan berhubung isu ancak secara lebih dekat.

Untuk permulaan, mereka telah mengadakan pertemuan dengan salah seorang Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Perak, Haji Abdul Majid Zainal Abidin semalam.

Pertemuan hampir dua jam itu antara lain membincangkan permasalahan ummat Islam yang masih meneruskan amalan khurafat khususnya di Perak. Ketua Pemuda PAS Perak, Zawawi Hassan memaklumkan mereka akan turut mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh agama lain. (AK)

DUN Tenang Akan Bergolak: PRK 30 Jan-P/Calon 22 Jan


PUTRAJAYA, 24 Dis — Suasana akan bergolak, apabila pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di Johor akan diadakan pada 30 Januari dengan penamaan calon 22 Januari.

Pilihan raya kecil ke-14 ini diadakan bagi mengisi kekosongan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Sulaiman Taha (gambar), wakil rakyat Umno-BN, pada 17 Disember lepas.

Ia pilihan raya kecil pertama di Johor sejak Mac 2008. Tarikh pilihan raya kecil ini diumumkan susulan mesyuarat khas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di sini pagi ini. DUN Tenang, salah satu daripada dua kerusi negeri dalam Parlimen Labis.

Sulaiman, 59, meninggal dunia akibat jangkitan kuman dalam darah dan penyakit kencing manis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Kuala Lumpur. Allahyarham Sulaiman mempertahankan kerusi DUN Tenang pada pilihan raya umum ke-12 dengan menewaskan calon PAS, Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi. (AK)

London, Mencari Lelaki Ideal. Bagaimana Sepatutnya?

Wanita ambil masa tiga minit pilih kekasih

LONDON: Satu kajian di Britain mendapati wanita cuma mengambil masa tiga minit untuk membuat keputusan sama ada seorang lelaki itu sesuai untuk mereka, lapor sebuah akhbar semalam. Kajian tersebut yang melibatkan 3,000 orang dewasa dilakukan sempena pelancaran buku terbaru, Instinct yang dihasilkan oleh penulis Britain, Ben Kay.

Menurut kajian itu, seseorang wanita memerhatikan wajah, bentuk tubuh dan gaya berpakaian selain bau dan loghat apabila memilih bakal teman lelaki. Kajian sama menunjukkan golongan wanita jarang mengubah keputusan mereka selepas membuat penilaian awal selama tiga minit itu.

"Kajian ini mengejutkan kerana wanita membuat keputusan mengenai lelaki dengan begitu cepat," kata Kay.

Para penyelidik mendapati wanita tidak akan memilih seorang lelaki yang dianggap mereka terlalu angkuh dan terdesak untuk mendapatkan teman wanita. Golongan wanita juga didapati enggan menerima seorang lelaki yang dilihat tidak mesra dengan orang ramai, tidak kelihatan berduit dan tidak mempunyai persamaan dengan mereka.

Kajian tersebut membuat penemuan bahawa ramai wanita mempercayai rasa hati mereka. Sebanyak 88 peratus wanita percaya pada rasa hati mereka berhubung penilaian terhadap lelaki. Lelaki dan wanita menyatakan bahawa mereka bergantung pada rasa hati masing-masing semasa membuat keputusan mengenai teman hidup. - Agensi

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Begitu cara wanita-wanita barat yang bukan Islam mencari kekasih, pasangan lelaki atau jodoh dalam kehidupan. Begitu singkatnya masa dan pemikiran yang mereka ambil. Tidak matang, seolah-olah ianya tidak penting dalam kehidupan, membuat sistem kekeluargaan mereka tidak teratur dan porak peranda.

Bagaimana sepatutnya dalam mencari jodoh atau kriteria lelaki yang ideal?

Mari kita renung sebuah kata-kata Nabi SAW..

“Dikahwini wanita itu (untuk dijadikan isteri) kerana empat perkara iaitu harta kekayaannya,
keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Maka utamakanlah (dalam pemilihanmu itu) wanita yang kuat beragama, nescaya sejahtera hidupmu” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Itulah secara umumnya, ciri-ciri wanita yang biasanya menarik perhatian lelaki untuk dijadikan calon isteri. Wanita yang kaya, berharta, berdarjat tinggi dan cantik jelita adalah pakej lengkap yang meruntun hati kaum lelaki untuk menyuntingnya. Namun yang lebih penting hadith di atas menyarankan kepada kaum lelaki agar memilih bakal isteri yang memiliki ciri “kuat penghayatan agamanya”. Wanita yang melaksanakan segala ajaran agama akan memberikan pengaruh serta kesan yang besar terhadap kebahagiaan hidup berumahtangga.

Bagaimana pula ciri-ciri lelaki yang baik untuk dijadikan suami? Hadith di atas ini juga memberi panduan wanita dalam memilih bakal suami mereka. Memilih jodoh bukanlah perkara yang boleh dipandang mudah. Ia tidak boleh dilakukan dengan terburu-buru atau tanpa
penilitian yang mendalam. Disebabkan perkahwinan melibatkan soal kehidupan, zuriat, hak, tanggungjawab dan kasih sayang yang bakal dijalani bersama.

Wanita perlu menyelidik terlebih dahulu latar belakang bakal suaminya dari segi akhlak serta penghayatan agamanya. Kerana wanitalah yang paling teruk menerima kesan buruk apabila suami mengabaikan hak isteri, tidak mempergauli isteri dengan baik, curang, tidak melaksanakan tanggungjawab terhadap keluarga dan sebagainya. Ibu bapa disuruh kongsi bersama melalui pengalaman lalunya, memberikan panduan yang baik kepada anak-anak perempuan mereka melalui usaha mencari bakal suami dari kalangan lelaki berakhlak mulia dan taat pada agama.

Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang lelaki datang meminang anak perempuanmu dan kamu redha (berpuas hati) tentang agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia (dengan anak perempuan kamu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, akan berlakulah fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Sesungguhnya sifat-sifat inilah (baik akhlak dan agama) yang mesti dijadikan kriteria utama di dalam memilih bakal suami sebelum dilihat atau dipilih pada sudut harta, pangkat dan kedudukan lelaki tersebut. Lelaki yang sederhana kehidupannnya tetapi berakhlak mulia serta taat melaksanakan segala perintah Allah SWT dan rasul-Nya itulah sebenarnya seorang yang kaya. Sebaliknya lelaki fasik (ingkar kepada suruhan Allah SWT ) walaupun hidup kaya
raya, hakikatnya ia adalah miskin.

Mengapa demikian? Kerana kefasikan hidup akan melesapkan harta kekayaan melalui aktiviti perujudian, minuman keras, berkunjung ke tempattempat maksiat, berfoya-foya dan sebagainya. Hak-hak isteri dengan sendirinya hilang dan terabai. Isteri hidup dalam tekanan perasaan kerana tanggungjawab terhadap keluarga dan anak-anak dilupakan. Inilah yang dimaksudkan oleh Rasulullah SAW dalam hadis di atas sebagai “fitnah di muka bumi dan kerosakan yang besar”.

Suami yang hidup dalam kefasikan bermakna mengundang murka Allah SWT. Jika Allah SWT sudah murka, bagaimanakah rahmat dan keberkatan hidup berumahtangga akan dapat dinikmati? Diriwayatkan dalam sebuah kisah, seorang lelaki datang menemui Hasan bin Ali RA (cucu Rasulullah SAW) untuk meminta nasihat.

“Anak perempuanku dipinang oleh beberapa orang lelaki. Dengan lelaki yang bagaimanakah yang layak dikahwinkan dengan puteriku?” Katanya,

Hasan menjawab, “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang bertakwa kepada Allah, kerana jika ia
menyukai isterinya ia pasti mengasihinya, tetapi jika ia tidak menyukai isterinya pasti ia tidak akan berlaku zalim terhadapnya (tetap menghormati isterinya)”.

Prof. Dr. Miqdad Yaljan dalam bukunya bertajuk “al-Bayt al-Islami Kama Yanbaghi An Yakun” menulis: Soal perkahwinan adalah persoalan hidup keseluruhannya. Lebih-lebih lagi kaum wanita dalam membuat penelitian terhadap bakal suami. Ini kerana kuasa talak terletak di tangan suami mereka.

Menurut beliau lagi, sekiranya perceraian berlaku, ia akan lebih mendatangkan kemudaratan kepada wanita berbanding lelaki sama ada dari sudut sosial, psikologi dan ekonomi. Tambahan lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat kepada wanita bergelar janda menambahkan lagi
tekanan perasaan mereka. Malah perasaan malu akibat perceraian lebih dirasai oleh golongan wanita berbanding lelaki. Rasulullah SAW juga amat benci kepada mana-mana bapa (atau wali)
yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang fasik.

Baginda mengingatkan dalam sabdanya yang bermaksud: “Sesiapa yang menikahkan anak perempuannya dengan lelaki fasiq bererti ia telah memutuskan hubungan silaturrahim dengan anaknya sendiri”.

Lihatlah tegasnya Rasulullah SAW dalam menggesa ibu bapa mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki yang beriman dan menjauhi dari mengahwinkannya dengan lelaki yang fasik. Apakah fitnah atau malapetaka yang lebih besar selain dari menikahkan anak-anak yang berjiwa bersih, berperibadi mulia dan taat menjalankan suruhan agama dengan lelaki yang tidak menghiraukan perintah Allah SWT dan bergelumang pula dengan maksiat?

Berlaku juga, ramai anak-anak perempuan, ketika berada di bawah naungan keluarganya tidak pernah melakukan maksiat, tetapi bila berkahwin dengan lelaki fasik, mereka terus hanyut dalam arus maksiat yang diterajui oleh suami mereka sendiri. Gadis berperibadi mulia, akhirnya terseret jauh oleh kesesatan suaminya. Memakai pakaian yang mendedahkan aurat, tinggalkan solat atau ibadah lainnya. Maka rugilah dia.

Jadi, amat wajarlah Rasulullah SAW menghukum mana-mana bapa atau wali yang mengahwinkan anak perempuan mereka dengan lelaki fasik, seolah-olah dia memutuskan hubungan silatur rahim dengan anak perempuannya sendiri. Perkahwinan bukanlah kontrak perniagaan yang berorientasikan keuntungan material semata-mata. Tetapi merupakan “ikatan sosial”, merangkumi pelbagai aspek kemanusiaan seperti pertalian jiwa, kasihsayang, ketenangan hati, tuntutan biologi, nasab keturunan, hak, tanggungjawab, toleransi dan sebagainya.

Mari kita renung lagi dan hayati firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki mahupun perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan limpah kurniaan-Nya, kerana Allah Maha Luas rahmat-Nya lagi Maha Mengetahui”. (an-Nur: 32).

Sekian, Allah Maha Mengetahui..

Lihat sebelum ini..

Artis 'Goyang Gergaji' Cabar Ulama

HALAMAN HIBURAN
BANJARMASINPOST GROUP/DONNY SOPHANDI
Dewi Perssik saat tampil di hadapan penonton di Banjarmasin, Kalimantan Selatan.

BANJARMASIN:
Meski sudah diperingatkan untuk tidak tampil 'buka-buka'an oleh salah satu ormas keagamaan, tak mengendurkan langkah pendangdut Dewi Perssik untuk tampil heboh menghibur penggemarnya. Bahkan mantan istri pendangdut Saipul Jamil dan bintang sinetron Aldi Taher itu tak memerhatikan lagi siapa yang ada di depannya, termasuk penonton di bawah umur.

Saat mengisi acara Bintang Armada Peduli di Shinta International Restaurant Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Jumat (17/12/2010), DP bahkan tak segan-segan membuka baju di hadapan anak-anak dan tak ragu pula mempertontonkan gerakan "goyang gergaji" yang menjadi ciri khasnya itu.

DP, yang malam itu tampil mengenakan busana serba hitam, bahkan sempat meminta izin kepada undangan untuk melepas jaket yang dikenakannya. Merasa mendapat angin, DP pun langsung melepaskan baju yang dikenakannya.

Nah, saat itulah bagian belahan dada DP pun dibiarkan terlihat jelas. Ia hanya mengenakan bra hitam yang dilapisi tanktop transparan yang juga berwarna hitam.

Gilanya, penonton yang menyaksikan bukan hanya orang dewasa. Tidak sedikit anak di bawah umur juga menikmati goyangan DP dan bahkan merekam adegan sensual tersebut. (Kompas.com)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Artis sanggup cabar ulama, dalam negara yang kononnya 90% beragama Islam. Sungguh memalukan..

Cabar Polis: M'sia Negara Pelacur?


KELIHATAN beberapa pelacur bersidai di kaki lima bangunan Wisma Indah, Cheras untuk mencari pelanggan semalam.

Pelacur asing cabar polis

KL: Masih tidak serik! Walaupun telah banyak kali diserbu, pelacur yang bersidai di kaki lima di bangunan empat tingkat di Wisma Indah Jalan Pudu di sini bukannya berkurang tetapi bertambah rancak.

Mereka yang beraksi manja dan berpakaian seksi terus menjalankan tugas menggoda pelanggan berhidung belang tanpa menghiraukan keadaan sekeliling.

Tinjauan Kosmo! mendapati, beberapa pelacur tempatan, China dan Filipina terus mendominasi kawasan berkenaan sejak empat bulan lalu sejak awal pagi.

Wartawan yang berpura-pura mengeluarkan wang di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebuah bank kemudian terus didekati seorang pelacur yang menawarkan khidmat urutan badan. (Kosmo! Online)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Malaysia negara pelacur? Betulkah Islam agama rasmi sebagai way of life? Atau Islam agama sekular?

Thursday, December 23, 2010

59 Anak Jadi Korban Video Porno Ariel


Ketua KPAI, Hadi Supeno

BANDUNG 23 DIS 10
: Saksi ahli dari Komisi Perlindungan Anak Indonesia (KPAI) Hadi Supeno, menyatakan 59 anak menjadi korban video porno Ariel Peterpan sejak video tersebut merebak di daring.

"Kami memiliki bukti bahwa dari tanggal 14 Juni sampai akhir Juli 2010 ada sekitar 59 anak yang melapor ke kita karena jadi korban video porno," kata Hadi Supeno, sesaat sebelum menjadi saksi di Gedung Pengadilan Negeri (PN) Bandung, Kamis (23/12).

Hadi mengatakan, kurun waktu dari tanggal 14 Juni sampai akhir bulan Juli 2010 merupakan puncak peredaran dari video porno dari Ariel Peterpan, Cut Tari dan Luna Maya.

"Saya tidak bilang korban video porno itu (Ariel), tapi kurun waktu tersebut ialah puncak peredaran video porno tersebut," kata Hadi yang mengenakan batik berwarna hijau.

Ia menyatakan, saat menjadi saksi ahli dalam sidang tersebut dirinya juga akan memaparkan tentang bahaya dan dampak pornografi terhadap anak. Menurutnya, dampak pornografi terhadap anak jauh lebih bahaya jika dibandingkan terhadap orang dewasa dan jauh lebih berbahaya dari narkoba.

"Anak yang kecanduan atau adiktif terhadap pornografi jauh lebih bahaya daripada kecanduan terhadap narkoba," katanya.

Selain itu, anak yang kecanduan pornografi juga terancam menjadi proses akil baliq (tanda-tanda kedewasaan) sebelum waktunya dan menirukannya.

"Ini akan merusak hormonal anak, anak dipaksa untuk menjalani proses akil baliq sebelum waktunya. Selain itu, mereka juga kecenderung akan menirukan apa yang dia lihat," katanya.

Ia menambahkan, sebelum beredar video porno Ariel Peterpan, KPAI paling banyak menerima laporan korban anak karena video porno dalam satu bulan hanya dua atau tiga kasus. Pada sidang ke-7 kasus video porno dengan terdakwa Nazriel Irham, Jaksa Penuntut Umum mendatangkan beberapa saksi ahli seperti Wakil Sekjen MUI Amirsyah Tambunan, KPAI, pakar hukum dari UI dan Mabes Polri. (AK)

UMNO Online: ADUN PAS Selising Berzina? Buktikan!

KL, 23 Dis 10: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Selising, Drs Saipul Bahrin Mohamad mencabar Umno mengemukakan bukti jika ada kononnya beliau pernah ditangkap ‘berzina’ dengan isteri orang dalam koc VIP kereta api ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan.

Beliau membuat cabaran itu ekoran pendedahan Umno Online kelmarin, yang memetik Ketua Pemuda Umno Kelantan, Anuar Safian yang mencabar Saipul Bahrin atau PAS sendiri supaya memberikan penjelasan mengenai dakwaan itu.

“Mengapa nak cabar PAS beri penjelasan, cukup saya sahaja yang beri penjelasan. Kalau ada laporan Majlis Agama Islam sila dedahkan, kalau ada video skandal saya, sila dedahkanlah.

“Ini satu fitnah untuk menjatuhkan saya, sebelum (pilihan raya umum) 2008 lagi Umno buat isu ini untuk fitnah saya, bukan isu yang baru.

“Saya baru balik dari Mekah tiga hari lalu, saya sudah membaca kesemua laporan blog-blog Umno itu... benda-benda ini sebenarnya ditimbulkan sejak 2000 lagi.

“Hanya orang yang fitnah sahaja kata ada laporan, ada video dan ada gambar skandal saya kerana mereka pun tahu saya tak buat, kenapa tidak didakwa di mahkamah (kalau ada bukti),” ujarnya kepada media. Pada 8 Mac 2008, Saipul Bahrin menewaskan calon Umno-BN Hashim Ismail dengan kelebihan 783 undi.

Naib Yang Dipertua PAS kawasan Pasir Puteh itu berkata, iltizam politik Umno memfitnahnya mungkin disebabkan tapak sokongan parti teras Barisan Nasional itu sejak kebelakangan ini kian rapuh apabila ahli dan penyokong mereka menyertai PAS dan menyokong Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu, Ketua Penerangan PAS Kelantan Dr Mohamed Fadzli Hassan turut senada dengan Saipul Bahrin mencabar Umno negeri dan pusat supaya mengemukakan bukti tanpa menyebarkan fitnah.

Kelmarin, Umno Online turut melaporkan pengakuan saksi utama kes skandal tersebut iaitu Saidi Husin yang kini kononnya menjadi isu kontroversi dalam dunia blog, Youtube dan Facebook. Saidi, lapor portal rasmi itu merupakan Ketua Keselamatan PAS Semarak merangkap Ketua Keselamatan Pondok-Pondok Negeri Kelantan sebelum meninggalkan PAS.

Blog itu turut mendesak Saipul Bahrin supaya tidak berdiam diri dan mengambil tanggungjawab menjelaskan isu skandal kontroversi tersebut. Namun, laporan tersebut tidak mendedahkan klip video, gambar atau laporan bertanggungjawab mengenai skandal tersebut. (AK)

WikiLeaks Dedah Menteri M'sia Rogol Amah Indo


KL, 23 Dis 10: Pemimpin sebuah akhbar pro Umno, Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahirudin Atan (gambar), menyiarkan pendedahan WikiLeaks bahawa bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengetahui salah seorang menterinya telah merogol seorang amah warga Indonesianya.

Namun, tidak ada sebarang tindakan undang-undang diambil ke atas menteri berkenaan. Menteri berkenaan bagaimanapun selepas itu digugurkan sebagai menteri apabila perubahan kabinet dibuat. Kini, bekas menteri itu kembali aktif apabila dilantik sebagai seorang pengerusi kepada sebuah badan kerajaan yang baru dibentuk.

Menurut Rocky Bru, beliau telah mendengar cerita rogol oleh menteri kebinet ini sejak tiga tahun lalu tetapi ia tidak dapat disahkan sehinggalah ia didedah oleh WikiLeaks berdasarkan dokumen yang bocor ini. Peristiwa itu berlaku di Kuala Lumpur pada tahun 2007. Pada Julai 2007, mangsa yang ditemuramah di kampungnya dekat Jawa Tengah, Indonesia telah membuat pengakuan itu.

Laporan itu kemudiannya telah dihantar kepada kedutaan Amerika, Indonesia dan juga kepada pejabat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Amah yang mempunyai dua anak dan suami itu telah bekerja di rumah menteri berkenaan lapan tahun ketika peristiwa itu berlaku.

Menurut laporan dari sebuah NGO itu, suami amah itu tahu peristiwa ini namun tidak diketahui oleh anak-anaknya. Namun oleh kerana malu dan takut, usaha untuk mendakwa menteri berkenaan tidak berjaya. (AK)

Kembalikan Kebangkitan Dinar Emas -PUM


Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua PUM

KL, 22 Dis: Persatuan Ulama Malaysia (PUM) dengan rasminya pada hari ini melancarkan Kelab Penyokong Dinar. Pelancaran itu dilakukan oleh Datuk Al-Sheikh Abdul Halim Abdul Kadir, Yang Dipertua PUM sempena Seminar Seminar Minisiri Dinar Emas di Putra World Trade Centre (PWTC).

Menurut Abdul Halim, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan sebahagian daripada usaha PUM memberi kesedaran kepada orang ramai tentang dinar emas.

“Untuk merealisasikan usaha memberi kesedaran dan kefahaman menyeluruh kepada masyarakat awam, mengenai peri pentingnya mengembalikan kebangkitan dinar emas dalam muamalah ummah, dan menggerakkan kesedaran tersebut secara dinamik dan berkesan, maka Kelab Penyokong Dinar ini dilancarkan,” ujarnya semasa menyapaikan ucaptama pada seminar itu.

Seminar sehari ini menampilkan beberapa pembentang iaitu Dr Zahimi Chik (Al-Qafilah International), Khalid Noorshah (Gold Dinar Research Group, Universiti Sains Malaysia),Khairudden Hussin (Muamalah Council), Mazli Alias (Penganalisis Pasaran Ekuiti), Redhuan Oon (Pengasas Adempiere), Abdullah Zaidi Hassan (Penyelidik Perpustakaan Islam Nur Az-Zahrah), Haji Ann Wang Seng (Setiausaha MACMA), Rafidi Hashim (Pendakwah) dan Dr Luqman Abdullah (Pensyarah Kanan Jabatan Fiqh dan Usul, Universiti Malaya).

Isu penggunaan dinar emas ini mula menarik perhatian umum apabila Tun Dr Mahathir yang menjadi Perdana Menteri Malaysia ketika menyebutnya secara tidak langsung pada tahun 2003.

Walaupun beliau ketika itu tidak bermaksud dinar dijadikan sebagai matawang, namun langkah-langkah proaktif telah dimulakan oleh Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pelbagai usaha seperti seminar, forum dan perbincangan telah diadakan. Langkah PAS tersebut mendapat publisiti dan pandangan yang berbeza-beza.

Usaha tersebut tidak terhenti setakat itu, pada 20 September 2006, kerajaan Kelantan telah mencatat sejarah apabila mula menjual kepingan-kepingan dinar dan dirham dan telah digunakan di Pasar Besar Siti Khadijah dan Bazar MPKB, Kota Bharu.

Oleh hal yang demikian, penubuhan Kelab Penyokong Dinar ini merupakan langkah yang wajar disokong agar penggunaan dinar dan dirham kembali diterima dalam masyarakat hari ini, di samping menjadi alternatif kepada sistem matawang kapitalis. (AK)

Misteri, Quran Tulisan Darah Saddam Hussein

MUKA surat al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein

Kitab al-Quran ditulis guna 24 liter darah Saddam Hussein

BAGHDAD - Pemerintah Iraq buntu memikirkan apa yang sepatutnya dibuat berhubung kitab suci al-Quran yang ditulis dengan menggunakan 24 liter darah bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein (gambar di atas), lapor sebuah akhbar semalam.

Kitab al-Quran setebal 650 muka surat itu kini disimpan di sebuah kamar berkunci di sebuah masjid yang dikenali sebagai 'Ibu Segala Peperangan' di sini.

Empat menara masjid berkenaan menyerupai laras raifal AK-47 manakala empat lagi menara mirip peluru berpandu Scud.

Saddam dipercayai memulakan projek al-Quran itu sebagai tanda kesyukuran selepas anak lelakinya, Uday terselamat daripada percubaan untuk membunuhnya.

Ia ditulis oleh seorang ahli kaligrafi, Abbas Shakir Joody al-Baghdaddi yang dilantik oleh Saddam.

Kitab al-Quran itu ditulis dengan menggunakan darah yang didermakan oleh Saddam selama tiga tahun.

Sementara itu, Presiden Majlis Pentadbiran Iraq mahu semua barang yang berkaitan dengan Saddam termasuk kitab suci tersebut dimusnahkan.

Namun, Ali al-Moussawi yang merupakan jurucakap Perdana Menteri, Nouri al-Maliki berkata, al-Quran itu perlu disimpan bagi mengingatkan rakyat mengenai kekejaman Saddam.

Saddam yang memerintah dari tahun 1979 hingga 2003, mati dihukum gantung selepas dia ditangkap askar-askar Amerika Syarikat (AS) yang menceroboh Iraq. Saddam dihukum mati selepas didapati bersalah melakukan jenayah kemanusiaan.- Agensi

Zulkifli, Rakyat M'sia Bersembunyi Di Selatan Filipina

Zulkifli Dipercayai Berada Di Selatan Filipina

KL 23 Dis 10: : Seorang rakyat Malaysia yang dikehendaki Polis Antarabangsa (Interpol) kerana kaitan dengan rangkaian pengganas antarabangsa dipercayai bersembunyi di Selatan Filipina.

Sumber polis berkata Zulkifli Abdhir, 44, melarikan diri ke negara itu sejak tahun 2002 sejurus selepas kejadian pengeboman di Bali yang telah meragut nyawa 110 rakyat Australia. "Zulkifli memang merupakan salah eorang pengganas yang diburu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan dipercayai terlibat dalam pengeboman itu," katanya.

Beliau berkata Zulkifli tidak dapat dikesan sehingga sekarang kerana dipercayai disembunyikan oleh kumpulan pengganas yang berada di sana.

"Kenyataan daripada isteri serta ahli keluarganya juga telah lama diperolehi dan kita masih lagi memburunya," katanya.

Sebuah akhbar melaporkan Zulkifli yang berasal dari Muar, Johor dikehendaki di Amerika Syarikat selepas disyaki terlibat dalam kegiatan subversif termasuk merancang beberapa siri keganasan di lokasi tidak dinyatakan dan waran tangkap ke atasnya dikeluarkan di San Jose, California baru-baru ini. - BERNAMA

Berita lalu... PENGGANAS : RM98.7j nilai 16 kepala

HARIAN METRO – Harga nyawa 16 penjenayah kelahiran Malaysia yang ‘mengukir nama’ di kancah antarabangsa kini persis emas berikutan ganjaran ditawarkan bagi penangkapan mereka sama ada hidup atau mati, mencecah AS$30 juta (RM98.7 juta).

Ganjaran lumayan itu menyebabkan penjenayah ternama warganegara Malaysia terbabit kini menjadi buruan pelbagai pihak termasuk Polis Antarabangsa (Interpol) dan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat, berikutan tahap ancaman mereka didakwa mampu meragut ribuan nyawa.

Malangnya, kelompok kecil warga Malaysia itu pada masa sama turut mencalar nama baik negara selepas memasuki senarai ‘penjenayah amat dikehendaki’ polis antarabangsa.

Jurucakap Interpol di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini berkata, maklumat pergerakan semua penjenayah terbabit terus diberikan perhatian, malah kebanyakan nama mereka masih diletakkan dalam Notis Merah Interpol sebagai individu paling dikehendaki.

“Setakat ini Interpol Malaysia turut bekerjasama dengan pihak berkuasa negara lain bagi memberkas suspek. Kita mempunyai hubungan rapat dengan pasukan keselamatan antarabangsa serta berkongsi maklumat dan berusaha menangkap mereka jika memasuki Malaysia semula,” katanya kepada Harian Metro.

Antara yang menduduki carta teratas penjenayah berbahaya ialah Zulkifli Hir, 42, yang dikehendaki pihak berkuasa AS kerana didakwa antara pengganas paling berbahaya di dunia selain Ramadan Shallah.

Zulkifli yang turut menggunakan nama samaran Marwan dianggap pakar bom yang terbabit dengan puluhan serangan dan letupan di Filipina sejak 2001.

Suspek yang kini dipercayai bersembunyi di Mindanao, selatan Filipina, menghadapi 16 pertuduhan oleh Jabatan kehakiman AS bersama abangnya, Rahman atau Sean Kassim, 43, kerana dipercayai menyokong kegiatan militan di Filipina.

Kerajaan AS menawarkan ganjaran AS$5 juta (RM17 juta) untuk pemberi maklumat sehingga tertangkapnya Zulkifli yang turut disenaraikan dalam laman web www.rewardsforjustice.net sebagai seorang daripada 37 pengganas antarabangsa paling dikehendaki.

Difahamkan, AS mendakwa Zulkifli yang menjalin hubungan dengan Kumpulan Militan Malaysia (KMM) dan Jemaah Islamiyah (JI), pernah mengikut latihan membuat bom untuk kumpulan Abu Sayyaf dan kini berada di Filipina untuk mengadakan kerjasama dengan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF).

Zulkifli melarikan diri dari Malaysia pada Januari 2002 selepas polis menyerbu dan menahan anggota JI di sebuah sekolah agama di Ulu Tiram, Johor.

Malah, ‘nilai badan’ penjenayah terbabit yang juga seorang jurutera yang pernah bertugas di Afghanistan, mencecah RM50,000 menerusi ganjaran ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada sesiapa yang berjaya menangkapnya.

Terbaru, Zulkifli yang pernah mendapat tunjuk ajar membuat bom daripada seorang lagi pengganas warga Malaysia, Dr Azahari dikatakan bertanggungjawab dalam kes penculikan dan tebusan wartawan popular stesen ABS-CBN, Ces Drilon, jurukamera dan profesor universiti, wang tebusan 15 juta peso (RM1.1 juta) pada 11 Jun lalu.

Turut tersenarai ialah Noordin Mat Top yang dikehendaki polis Indonesia selepas didakwa mendalangi beberapa serangan di negara itu, termasuk serangan bom di Bali pada 2002 yang menyebabkan 202 orang mati, serangan ke atas Jakarta pada 2003 dan 2004 yang menyebabkan 21 maut serta serangan di Bali pada 2005 yang mengorbankan 20 nyawa.

Penjenayah bernilai AS$25 juta (RM72.5 juta) berdasarkan tawaran ganjaran polis AS itu didakwa antara pemimpin utama kumpulan JI Asia Tenggara yang dikaitkan dengan kumpulan Al-Qaeda.

Difahamkan, Noordin yang gagal diberkas sehingga kini, mahir membuat bom jangka daripada bahan potasium menyebabkan dia muncul ketua militan paling digeruni di Asia Tenggara.

Suspek yang beberapa kali bolos ketika sarang persembunyiannya diserbu polis, dipercayai melarikan diri dari Indonesia, baru-baru ini,

Seorang lagi penjenayah terkemuka yang terus diburu polis antarabangsa ialah Micheal Soosai, 44, yang turut mendapat jolokan ‘penjahat dari kubur’ berikutan dia pernah memalsukan kematiannya.

Suspek yang dikehendaki bersabit kes bunuh rakyat Malaysia, Subramaniam Nookaiah, 47, di India selain penipuan cek dan pemalsuan dokumen, kini dipercayai terus bersembunyi di India.

Soosai mula diburu polis Malaysia pada 2001 berhubung 16 kes penipuan cek membabitkan nilai RM1.035 juta. Namun, kes terbabit digugurkan dua tahun kemudian selepas dia didakwa mati akibat sakit jantung.

Bagaimanapun, komplot licik itu terbongkar selepas seorang lelaki rakyat tempatan, Subramaniam dipercayai dibunuh penjenayah terbabit di India, pada 12 Disember 2004.

Susulan itu, polis memberkas tiga lelaki termasuk bekas atendan Hospital Kuala Lumpur (HKL), K Subramaniam, 29, peniaga besi lusuh, V Sanjeev Kumar, 29, dan J Kumaresan, 23, yang disyaki memalsukan sijil kematian serta pengebumian untuk Soosai.

Selain itu, polis antarabangsa memburu seorang lagi rakyat Malaysia dikenali sebagai Nyo Ah Hai, 44, kerana mendalangi kegiatan mencuri dan membawa masuk secara besar-besaran kereta curi di Malaysia membabitkan beberapa model seperti BMW, Mercedes Benz, Hummer, Toyota Land Cruiser, Toyota Hilux dan Mitsubishi.

Suspek yang turut diburu polis Singapura dan Polis Republik Indonesia (Polri) didakwa mampu menyeludup sehingga 154 kenderaan ke luar negara dalam sehari menjadikannya perancang utama yang mempunyai jaringan besar pakar mencuri kereta mewah di Malaysia.

Dua lagi dikehendaki ialah Diong Chee Meng, 24, dan Cheong Mun Yau, 27, yang didakwa menyeludup lebih setengah juta pil Ecstasy bernilai lebih RM17 juta (AS$5 juta) ke Indonesia, sejak awal tahun lalu.

Mereka yang diyakini masih bersembunyi di Indonesia, dikesan terbabit secara aktif dalam jaringan pengedaran pil Ecstasy bermutu tinggi antarabangsa ke Indonesia selain merancang mendirikan kilang pil khayal itu di republik berkenaan.

Selain itu, polis antarabangsa memburu seorang lagi suspek dikenali Baptist Nicholas, 34, dan Ng Khien Sin, 29, yang mempunyai lebih tiga waran tangkap berhubung kes penipuan dan pemalsuan di Hammond dan Indiana, AS selain di Singapura sejak beberapa tahun lalu.

Lebih mengejutkan apabila seorang rakyat Malaysia yang dikenali sebagai William Chua, 42, berasal dari Melaka, turut dikehendaki polis Vietnam berhubung beberapa kes jenayah seksual dan rogol di negara berkenaan.

Seorang lagi rakyat Malaysia, Trung Truc Nguyen, 55, turut diburu polis Vietnam kerana pembabitannya dalam kes penipuan.

Sementara itu, enam rakyat Malaysia, Chewwai Chin, 40, Weangen Chiok, 33, K Manogaran, 38, Nadesan Muniyandy, 42, Ng Sai Hoe, 33, dan Al Ramsamy Vijayan, 32, menjadi buruan pihak berkuasa Emiriah Arab Bersatu (UAE) berhubung berpuluh-puluh kes penipuan dan kecurian di negara berkenaan.

Ketua Belia Parti Rusia Bersatu Berbogel


ANNA CHAPMAN tersenyum semasa dia mengambil bahagian dalam satu kongres kumpulan belia Molodaya Gvardiya yang merupakan sayap parti Rusia Bersatu di Moscow semalam.

Bekas perisik berbogel dalam majalah Playboy

NEW YORK 23 DiS 10: Bekas perisik terkenal dari Rusia, Anna Chapman berbogel dalam majalah Playboy untuk isu Januari, lapor sebuah akhbar semalam.

Gambar-gambarnya dalam keadaan bogel itu disiarkan dalam satu artikel yang berjudul My Father the Spy oleh wartawan John H. Richardson di dalam majalah tersebut.

Namun, Anna sebenarnya tidak bergambar untuk Playboy. Gambar bogel itu merupakan milik seorang bekas teman lelakinya. Ia merupakan sebahagian daripada gambar-gambar bogelnya yang disiarkan di Internet pada Julai lalu.

Gambar tersebut menunjukkan Anna berbogel di dalam sebuah tab mandi. Anna merupakan antara perisik Rusia yang terlibat dalam proses pertukaran tahanan selepas dia ditangkap pada awal tahun ini di Amerika Syarikat (AS) kerana mengintip.

Pada Oktober lalu, Anna bergambar seksi untuk majalah Maxim edisi Rusia. Bekas perisik itu kini diberikan tanggungjawab sebagai ketua sayap belia dalam parti Rusia Bersatu yang memerintah negara itu. - Agensi

Telefon Selular Bukan Sebabkan Barah Otak


TIADA bukti menunjukkan penggunaan telefon selular menyebabkan barah otak. - Gambar hiasan

PENGGUNA

KUALA LUMPUR - 23 Dis 10: Frekuensi elektromagnet telefon selular terbukti selamat dan tidak boleh mengakibatkan barah otak, berlainan dengan pendedahan kepada radiasi mengion seperti radiasi nuklear.

Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK), Datuk Joseph Salang berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan kepada kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tahun ini yang memutuskan bahawa tiada kaitan antara risiko barah otak dan penggunaan telefon bimbit.

"Frekuensi elektromagnet telefon selular ini adalah tergolong dalam radiasi tidak mengion atau non ionized radiation iaitu ia tidak mempunyai cukup tenaga untuk menukar molekul-molekul di badan kita," katanya di Dewan Negara semalam bagi menjawab satu soalan Senator Mohd. Khalid Ahmad. (AK)

Tidak Sah Putuskan Perkahwinan Dg Wanita 11 Tahun


Siti Sarnan (depan) bersama anak dan suaminya, Hussin meninggalkan Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu semalam.

Tajuk asal Kosmo Online: Nikahi budak 11 tahun tidak sah

KOTA BHARU 23 DIS 10: Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam memutuskan perkahwinan seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dengan lelaki berusia 41 tahun yang popular dengan panggilan 'Sudin Ajaib' pada 19 Februari lalu adalah tidak sah.

Hakim Abdullah Man berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mahkamah mendapati, tidak ada asas membatalkan perkahwinan antara kanak-kanak terbabit dengan lelaki berkenaan kerana hubungan mereka berlangsung tanpa apa-apa dokumen yang sah mahupun sijil nikah.

Keputusan tersebut disambut dengan linangan air mata oleh ibu kanak-kanak itu, Siti Sarnan Mat Ail, 42, plaintif yang memfailkan tuntutan membatalkan perkahwinan tersebut.

Siti Sarnan dalam samannya memfailkan suaminya, Hussin Salleh, 54, sebagai defendan pertama manakala lelaki yang dikatakan bernikah dengan anaknya, Shamsudin Che Deraman atau 'Sudin Ajaib' sebagai defendan kedua.

Abdullah ketika membaca keputusan itu berkata, pernikahan antara kanak-kanak itu dengan defendan kedua hanya dakwaan pihak plaintif semata-mata kerana ikatan itu tidak disokong dengan dokumen yang lengkap untuk menjelaskan wujudnya pernikahan itu. (Kosmo! Online/AK)

Penduduk M'sia 27.6 Juta, Lelaki Lebih 105: 100


NOR MOHAMED (tengah) menunjukkan buku laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010 sambil disaksikan Wan Ramlah (kanan) dan Ismail di Putrajaya semalam.

PUTRAJAYA 23 DiS 10: Malaysia kini mempunyai 27,565,821 penduduk dengan lelaki melebihi wanita pada nisbah 105:100. Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, statistik itu berdasarkan laporan kiraan permulaan Banci Penduduk dan Perumahan Malaysia 2010.

Katanya, penduduk lelaki kini adalah 14,112,667 orang dan wanita 13,453,154 orang. "Purata kadar pertumbuhan penduduk tahunan dalam tempoh 2000 hingga 2010 ialah 2.17 peratus, menurun berbanding 2.60 peratus dari 1991 hingga 2000," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengumumkan laporan itu pada sidang akhbar di sini semalam. Turut hadir ialah Ketua Pengarah Jabatan Perangkaan, Datuk Wan Ramlah Wan Abdul Raof dan Timbalan Ketua Perangkawan (Program Sosial/Demografi), Ismail Yusoff. (AK)

Wednesday, December 22, 2010

Rumah, Pejabat Peguam Dituduh Bunuh Sosilawati Disita


KUALA LUMPUR, 22 Dis 10: Polis telah mendapat perintah mahkamah untuk menyita rumah dan pejabat peguam N. Pathmanabhan yang dituduh membunuh jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya (gambar) dan tiga yang lain, berkuat kuasa 16 Disember lepas.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam satu kenyataan berkata perintah yang diperoleh oleh Pasukan Petugas Khas Operasi/Anti Keganasan Bukit Aman itu, bagi membolehkan siasatan dibuat berhubung satu laporan polis di Teluk Panglima Garang membabitkan kes pengubahan wang haram.

Menurut kenyataan itu, Timbalan Pendakwa Raya telah memutuskan untuk melaksanakan tindakan penyitaan terhadap satu unit rumah teres dua tingkat dan satu unit bangunan pejabat tiga tingkat, kedua-duanya terletak di Banting, Selangor.

Pada 13 Okt lepas, Pathmanabhan, 41, dan tiga pekerja ladang, T. Thilaiyagan, 19, R. Matan, 20, dan R.Khatavarayan, 30, dituduh membunuh Sosilawati bersama pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, di satu kawasan di Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, pada 30 Ogos lepas.

Kes itu akan didengar semula pada 27 Januari depan. – Bernama

E-Buku IH-1: 'Misteri Hilangnya Jutawan Datuk Sosilawati'

E-Buku IH-1: \

Kos Sidang Wanita Pertama RM4.5 Juta

NONEKL 22 DIS 10: Sidang Kemuncak Wanita Pertama yang diilhamkan dan dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mencatatkan perbelanjaan kerajaan hampir RM4.5 juta. Dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, Menteri Pembangunan Wanita dan Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Jalil mendedahkan perbelanjaan untuk program tiga hari itu sebanyak RM4,498,949.99.

Program melibatkan 15 wanita pertama dariapda seluruh dunia - kebanyakan yang hadir daripada negara-negara Africa - berlangsung di Kuala Lumpur pada Oktober.

Ekoran penjelasan itu, senator Syed Husin Ali daripada PKR membangkitkan persoalan kewajaran Rosmah dianjurkan oleh isteri perdana menteri sedangkan menurutnya dalam negara ini wanita pertama adalah Permaisuri Agong. NONEDalam sidang media hari ini, Syed Husin yang juga bekas timbalan setiausaha agong mempertikaikan asas peruntukan sebanyak itu diberikan sedangkan tiada peranan oleh Permaisuri Agong. (AK).

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails