Saturday, December 23, 2017

Bongkar Lagi! K/Siang Bisu, Takut Israel Sekat Dana Pada DAP?


AIDCNews -22/12/17 –Pemimpin supremo DAP, Lim Kit Siang dilihat mengunci mulut isu Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel. Malah tinjauan di laman rasmi Ketua Ahli Parlimen DAP, blog.limkitsiang.com juga menunjukkan Penasihat DAP itu tidak membuat apa-apa ulasan mengenai isu tersebut.
“Dengar cerita Lim Kit Siang tak pergi perhimpunan Solidariti Baitulmaqdis hari ni..Maklum la dia takut tak dapat dana dari Israel untuk PRU14 ni.., ” ulas Mikhail Ivanovich dalam Facebook.
15 April lalu, Tan Khai Beng meminta pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sejauh manakah kebenaran maklumat diterimanya mendakwa Kit Siang mengetuai rombongan DAP melawat Israel.
“Baru-baru ini pemimpin DAP telah pergi ke Jordan dan Israel yang diketuai oleh Lim Kit Siang … Bolehkah PDRM siasat perkara ini?,” soalnya.
Khai Beng berkata pendedahan-pendedahan PAS berkenaan hubungan DAP dengan kuasa asing perlu diberi perhatian kerana PAS pernah bersama DAP dalam Pakatan Rakyat (PR) yang menjustifikasikan maklumat parti Islam itu adalah relevan.
“Pihak berkuasa yang berkaitan harus bertanyakan PAS dan DAP mengenai dakwaan ini.
“PAS telah bersama-sama dengan DAP selama lebih dari 6 tahun. PAS mempunyai lebih banyak maklumat mengenai pengkhianatan DAP ketika berkolaborasi dengan negara asing untuk campur tangan dalam politik Malaysia,”katanya.
Kenyataan Khai Beng itu merujuk kepada pendedahan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mendakwa DAP telah mengundang Amerika Syarikat dan negara-negara asing lain untuk campur tangan dalam urusan politik Malaysia.
Khai Beng turut melampirkan satu poster pendedahan Mohamed Razali Abd Rahman, bekas pegawai Khas Lim Guan Eng, berkaitan hubungan DAP dengan Israel.
Pendedahan Mohamed Razali yang dibuat sebelum PRU 13 itu dibangkitkan semula oleh Pengarah Pusat Penyelidikan PAS, Dr Mohd Zuhdi Marzuki pada 29 Disember 2015.
Marah dengan pendedahan itu, Kit Siang berikrar untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap tokoh yang tidak dinamakan itu.
“Kita akan ambil tindakan undang-undang, ‘beliau’ perlu membayar harga yang tinggi kerana dakwaan tidak berasas dan melulu itu, di mahkamah,”kata Kit Siang dengan penuh semangat dalam satu Majlis Makan Malam Parti Amanah Negara Kelantan di Dewan Sivik Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ), Selangor pada 1 Jan 2016.
Kit Siang tidak menamakan ‘beliau’ yang dimaksudkan itu tetapi portal pro DAP, Malaysiakini menamakan individu itu adalah Dr Mohd Zuhdi dan bukannya Mohamed Razali.
“Beliau (Kit Siang) menjangkakan peguam-peguam DAP akan memulakan tindakan undang-undang dalam tempoh sehari dua lagi,”lapor portal pro DAP itu.
Namun, sehingga ke hari ini tiada sebarang tindakan undang-undang diambil oleh Kit Siang terhadap Dr Mohd Zuhdi ataupun Mohamed Razali.
“Menurut pendedahan saudara Razali, bekas setiausaha DAP yang keluar parti, Tony Pua ni adalah ketua kepada think-tank DAP yang mempunyai keahlian utama seramai 7 orang. 5 Cina, satu Melayu satu India.
“Think-tank ni dapat latihan secara langsung daripada Mossad, badan perisikan Israel.
“Bukan saya yang kata, saudara Razali yang kata. Lim Kit Siang ada kata nak saman dulu, sampai sekarang senyap sahaja. Ikut kaedah PAN dan DAP, kalau tak saman kira betul lah. Mereka sendiri yang kata,” sindir Ezzat Shukri.
Lihat sebelum ini..

20 Ditahan Disyaki Terlibat Kumpulan Pengganas



KUALA LUMPUR - Seorang bekas guru di sebuah sekolah rendah di Kuching, Sarawak antara 20 individu yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan kumpulan pengganas menerusi operasi yang dijalankan dari 30 November hingga 15 Disember lalu di Johor, Selangor, Kuala Lumpur dan Sabah.


Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata lelaki berusia 46 tahun itu ditahan Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas Bukit Aman di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, Selangor pada 1 Disember lepas.

“Suspek adalah ahli kumpulan WhatsApp ‘The Rise Of Jundullah’ yang terlibat dalam rancangan serangan ke atas ‘The Better Beer Festival 2017’. Suspek juga turut merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas yang beroperasi di situ,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata sehari sebelum itu, (30 November) polis menahan seorang lelaki warga Indonesia di Pontian, Johor yang dipercayai terlibat dalam insiden pengeboman di Bandung pada Julai lepas sebelum menyusup masuk ke Malaysia bagi mengelak ditangkap pihak berkuasa Indonesia.

Katanya suspek berusia 24 tahun itu merupakan seorang pemimpin kanan kumpulan Jamaah Ansharut Daulah yang merancang mengumpul dana di Malaysia sebelum berlepas ke Syria untuk menyertai kumpulan Daesh.

Mohamad Fuzi berkata tangkapan seterusnya dibuat pada 4 Disember lepas di Sandakan, Sabah dengan kerjasama Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (Esscom) melibatkan empat lelaki warga Indonesia berusia 31 hingga 38 tahun.

Beliau berkata kesemua suspek memasuki Malaysia secara haram menerusi Tarakan dan Nunukan, Indonesia serta merancang untuk menyusup masuk ke selatan Filipina bagi menyertai kumpulan pengganas di situ.

Katanya pada 6 Disember, seorang lelaki warga Filipina berusia 50 tahun ditahan di ibu negara kerana dipercayai mempunyai hubungan persaudaraan dengan pemimpin tertinggi kumpulan pengganas Abu Sayyaf Group (ASG).
Suspek disyaki merekrut warga Filipina di sekitar Kepong di sini untuk menyertai kumpulan ASG di selatan Filipina.

Pada 10 Disember lalu, polis menahan enam lelaki tempatan dan lima lelaki Filipina berusia 16 hingga 47 tahun di Sandakan, Sabah kerana dipercayai merancang menyertai kumpulan pengganas di selatan Filipina.

Katanya pada hari sama, polis menahan seorang lelaki warga Filipina di Masai, Johor kerana disenaraikan sebagai orang yang dikehendaki pihak berkuasa Filipina berikutan disyaki terlibat dalam aktiviti keganasan di negara berkenaan.

Tangkapan terakhir katanya melibatkan seorang lelaki berusia 31 tahun dari sebuah negara di utara Afrika di KLIA pada 15 Disember lepas kerana dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas Daesh di Iraq dan Syria.

“Kesemua suspek yang ditangkap disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA – Kesalahan Berkaitan dengan Keganasan, Kanun Keseksaan dan akan disiasat mengikut prosedur di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747),” katanya. – BERNAMA

Lihat sebelum ini..


PH Lebih Sibuk Rebut Calon PM Dari Menegakkan Islam... -Abd Hadi


PAS menempelak tindakan pihak tertentu yang lebih mengutamakan calon Perdana Menteri, selain pembentukan Kabinet bayangan jika mereka konon menang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, berkata tindakan pelik kumpulan tersebut adalah bercanggah dengan adab yang dibawa oleh Rasulullah SAW sendiri.
Beliau berkata, adab Islam menyaksikan Nabi Muhammad SAW tidak berjuang kerana mengejar jawatan, sebaliknya menegakkan Islam berkonsepkan mendahulukan pembangunan insan yang beriman, berilmu dan berakhlak.
“Ia juga bukannya sekadar ekonomi sahaja atau melahirkan tokoh tanpa iman, ilmu dan akhlak. Maka, PAS tidak mendahulukan pembentukan Kabinet atau lantik siapa bakal Perdana Menteri, yang bakal menjadi bangkai sahaja.
“Inilah adab diajar Rasulullah SAW apabila Ketua Kabilah Bani Amir yang ditawarkan kemenangan Islam tanya siapa ketua negaranya, lantas sabda Baginda SAW: ‘Urusan Allah menentukan dengan kehendakNya’,” kata Abdul Hadi.
Ahli Parlimen Marang itu berkata demikian dalam kenyataan pada Jumaat dipercayai merujuk kepada tindakan gabungan pakatan pembangkang diterajui DAP, yang akan sekali lagi menamakan calon Perdana Menteri mereka.
Blok pembangkang belum lagi sah didaftarkan itu pada bulan depan dijangka membincangkan siapakah yang layak bagi menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana masih menjalani hukuman penjara akibat kes liwat kali kedua.
Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, dilaporkan media tempatan berkata bahawa konon pakatan pembangkang itu sudah mempunyai calon lain sebagai perdana menteri jika gabungan pelik tersebut memenangi PRU kelak.
Dalam pada itu, Abdul Hadi berkata, PAS menafsirkan Perlembagaan Persekutuan, yang meletakkan Islam menjadi agama negara, bukan sekadar simbol dan ia mestilah ditadbir dengan berdasarkan negara berkonsepkan Islam.
Ini termasuk perihal urusan pelantikan ketua negara dan ketua kerajaan daripada penganut beragama Islam dan golongan Bumiputera Melayu yang beriman dalam melaksanakan Islam secara menyeluruh.
“Bukan semestinya PAS menjadi ketua kerajaan, bahkan PAS boleh terus menjadi pembangkang yang menasihat dan ta’awun dengan ketua negara yang boleh menerima Islam, sama ada kerajaan parti atau kerajaan teknokrat.
“Ini boleh diatur perubahannya ke arah lebih positif, bukannya perubahan dan pindaan Perlembagaan yang pernah dilaksanakan sebelum ini seperti tikus membaiki labu,” kata Abdul Hadi lagi.
Beliau berkata, Rasulullah turut menerima mereka yang berbaiah dan setia menunaikan baiahnya bersama Islam diperjuangkan dengan istiqamah dan menunggu pertolongan Allah selepas memenuhi syarat yang diperintahkan.
“Begitulah PAS boleh menerima sesiapa sahaja, termasuk DAP jika menerima Islam yang sempurna, akidah, syariat, akhlak dan nizam serta menunggu kemenangan dijanjikan kepada Islam dengan berjuang memenuhi syaratnya.
“Persoalannya, mengapa Islam dihalang daripada kemenangan dan dijatuhkan selepas menang? Ini bukan kerana salah dan sesatnya, tetapi kerana dengki yang berterusan daripada musuh Islam yang sentiasa mencari alasan.
“Juga berbohong yang dicipta dan putar belit ajaran Islam hingga keliru,”katanya. PAS tetap berterus-terang dan istiqamah bersama Islam tanpa sembunyi dan berdolak-dalih semata-mata raih simpati sokongan semua pihak.
Beliau berkata, konsep PAS tidak memisahkan antara dakwah dan politik supaya seramai mungkin manusia menerima Islam dengan ikrar dan keyakinan hatinya yang ikhlas, sehingga menganut Islam tanpa paksaan.
Atau mereka tidak perlu menganut Islam tetapi bersedia bernaung di bawah pemerintahan Islam yang lebih baik, sekali gus menegakkan Islam menjadi pemerintah dan pemimpin secara terbuka.
“Dalam aspek politik, Islam tegas mewajibkan kepemimpinan utama yang jaga dasar dan konsep daripada penganut Islam dan menerima bukan Islam dalam aspek kepakaran dan pengurusan, bukannya perkara dasar dan konsep.
“Maka, Islam menerima kedudukan bukan Islam melalui pilihan raya atau konsep kerajaan teknokrat. PAS yang menegaskan kedudukan Islam dalam perlembagaannya menerima kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.
“Ini juga menerima konsep Raja Berperlembagaan yang menjadi tonggaknya, menerima juga kaum bukan Islam menjadi warga negara berkonsepkan saudara kemanusiaan, walaupun dibawa masuk oleh penjajah terdahulu.
“Namun, PAS tetap menolak konsep sekular warisan penjajah kerana bercanggah dengan Islam yang diletakkan dalam Perlembagaan negara kita yang sudah merdeka,” kata Abdul Hadi. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA
Lihat sebelum ini..


Kisah 'Anakku Sazali' Dalam Dunia Pendidikan..

Pengajaran Kisah Anakku Sazali Dalam Pendidikan
HALAMAN HIBURAN


Pengajaran kisah Anakku Sazali.
Sebelum P. Ramlee pergi meninggalkan kita, rupanya dia telah tinggalkan pesanan dan kisah tauladan buat generasi kita menerusi filem yang telah beliau hasilkan, iaitu Filem Anakku Sazali.
Sazali merupakan anak tunggal kepada Hassan, kepercayaan Hasan kepada Sazali sangat tinggi, beliau juga menyayangi Sazali lebih dari segalanya. Apa yang Sazali mahukan semua akan dituruti.
Sazali merupakan ketua gengstar, mempunyai pengikut yang ramai di singapura. Pelbagai jenayah yang sazali buat, merompak, memeras ugut dan juga merogol.
Sazali juga telah mencabul kehormatan Rokiah, anak Bapa Saudaranya, namun tidak mahu bertanggungjawab atas kesalahannya. Di bawah ini merupakan dialog yang cukup popular sehingga ke hari ini.
Apa pengajaran dari kisah Anakku Sazali ini? Banyak pengajaran sebenarnya yang boleh kita ambil, secara ringkasnya adalah:
  • Didikan anak bukanlah dengan memberikan harta benda semata-mata.
  • Sayang anak bukanlah memenuhi segala permintaan.
  • Anak kita mungkin baik di depan kita, namun berkelakuan berbeza di belakang kita.
  • Didikan yang baik adalah bermula dari rumah.
  • Awasi pergaulan anak, kenali dengan siapa dia berkawan, apa yang mereka buat, kemana mereka pergi.
  • Perkara yang paling penting adalah didikan agama, ada agama InsyaAllah apa yang baik dan buruk dapat dibezakan, yang mana pahala, yang mana dosa dapat dielakkan.
  • Ingat melentur buluh biarlah dari rebungnya, bukan bila dah besar panjang baru nak bagi penampar, bagi rotan, ketika itu hati sudah keras, jiwa sudah bernafsu.
Ini pula versi kelate, untuk selingan kita yang tengah stress..
Cerita sebegini budak-budak sekarang bukan suka tengok, jadi kalau ada masa, boleh tayang sikit sedutan dari filem ini. Kemudian terangkan pengajaran dan tauladan yang boleh diambil.
(https://www.pendidik2u.my)

Lihat sebelum ini..


Masih Buka Premis Judi Simulator, P/Berkuasa Dicabar?




SHAH ALAM: Polis Selangor menggempur premis mesin judi simulator di sebuah pusat beli-belah di Bukit Jelutong, Shah Alam, malam tadi.
Premis itu adalah yang terbesar diserbu selepas operasi banteras judi besar-besaran pada September lalu.
Serbuan dilakukan sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor diketuai Pegawai Turus Deputi Superintendan Norhizam Bahaman.
Premis yang beroperasi di sebalik pusat hiburan keluarga (PHK) bagi mengelirukan pihak berkuasa itu menawarkan 12 mesin simulator pelbagai jenis permainan seperti 'wukong', BMW dan Bola Nombor untuk pelanggannya.
Menurut sumber, ketika serbuan dilakukan kira-kira 50 pemain sedang leka berjudi di premis berkenaan.
"Premis terbabit dilengkapi dengan kamera litar tertutup (CCTV) dan pintu keselamatan.
"Tindakan segelintir pihak yang masih membuka premis perjudian itu dianggap mencabar pihak berkuasa selepas arahan penutupan premis haram itu dikeluarkan September lalu," katanya.
Sumber berkata, semua suspek yang ditahan dibawa ke Balai Polis Shah Alam untuk diambil keterangan. (BH)
Lihat sebelum ini..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails