Saturday, December 23, 2017

Artikel Malaysiakini Melampau Pro-Israel?


SEMALAM Malaysiakini portal terkenal propembangkang secara biadab berani menyiarkan satu artikel “Pro-Israel” dalam portal mereka.

Di saat rakyat Malaysia dan antarabangsa mengecam tindakan Amerika Syarikat (AS) untuk memindahkan pejabat kedutaannya ke Baitulmaqdis, tiba-tiba Malaysiakinibersikap pro-Israel.
Di saat semua anggota Majlis Keselamatan PBB (kecuali AS) mengundi kecam tindakan AS, tiba-tiba Malaysiakini mahu menyalahgunakan kebebasan media untuk menyakitkan hati rakyat Malaysia.
Ini termasuk perhimpunan solidariti di Putrajaya hari ini bersama Perdana Menteri untuk membantah tindakan Presiden Donald Trump itu.
Artikel itu bukan sahaja mengecam tindakan Najib, Malaysia dan dan Turki yang dianggap bodoh tetapi membuat provokasi melampau dengan mengatakan Jerusalem telah menjadi ibu negara Jewish sejak 3,000 tahun lalu.
Bahkan masyarakat Yahudi kononnya adalah majoriti sehingga ke tahun 1800 semasa pemerintahan Kerajaan Uthmaniah.
Bukan itu sahaja, si penulis menggunakan hujah, bahawa dalam Al Quran hanya menyatakan Jerusalem kota suci ketiga kepada umat Islam berbanding Judaismmenyatakan ia adalah kota paling suci untuk orang Yahudi.
Hakikatnya orang Palestin adalah majoriti di Baitulmaqdis sehinggalah ke tahun 1900-an apabila penjajah British menggalakkan perpindahan haram penduduk Yahudi ke kawasan berkenaan.
Apakah rakyat Malaysia yang berhimpun hari ini adalah bodoh? Malaysiakini memang melampau. – MYNEWSHUB.CC
Mohd Puad Zarkashi,
MT UMNO
22.12.17
Lihat sebelum ini..

10 comments:

Anonymous said...

Dah baca dan semak balik ke artikel tu... cuba jadi wartawan yang bertanggungjawab. Mana link artikel tu, Hj?

Kluangman said...

Puad????

Anonymous said...

Mesiakini mengaku menerima bantuan kewangan dari NED (NGO Yahudi Zionis) yang menjadi proksi rejim Amerika dan rejim pengganas IsraHell. Ini bererti Mesiakini telah dibayar untuk menjadi barua Yahudi Zionis untuk menggulingkan kerajaan pimpinan Melayu Islam dan membentuk kerajaan liberal yang pro-IsraHel. Maka kita tidak merasa hairan melihat pengkhianat ini menyokong rejim pengganas IsraHell. Kepala bapak Yahudi Zionis berkata "We pay you to do the dirty job for us!".

Anonymous said...

Kluangay???? Barua dedak cap roket?????

Anonymous said...

Mesiakini sengaja membiarkan puak rasis menghina agama Islam dan umat Islam dalam Mesiakini. Ini jelas menunjukkan Mesiakini bersikap perkauman yang melampau.

Anonymous said...

Wah talibarut IsraHell sedang membela media perkauman.

Anonymous said...

askm,, saya org neutral, atas pagar, membaca hampir semua blog politik,, saya tercari2 artikel tersebut tapi tidak jumpa, mohon pihak tuan sertakan link utk rujukan saya, terima kasih, jazakalah,,

Anonymous said...

Tak tahu cari, jangan tuduh orang tak bertanggung jawab..

Anonymous said...

Admin bagi le link..jangan berbelit

Anonymous said...

Artikel dalam mynewshub. Jangan pula mengharapkan website tersebut datang sendiri kepada kamu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails