Saturday, December 21, 2019

Sukan SEA Manila, Tahniah! Tapi Nampak Gagal?


SUKAN

BERAKHIRNYA Sukan SEA Manila 2019 yang telah berlangsung pada 30 November hingga 11 Disember baru-baru ini mencatatkan pelbagai kisah suka dan duka dengan pencapaian yang masih boleh dianggap baik dengan 55 Emas, 58 Perak dan 71 Gangsa. 

Secara perkiraan angkanya menampakkan kegagalan kontinjen Malaysia pada kali ini kerana tidak berjaya mencapai sasaran 70 pingat Emas yang menjadi buruan semua atlit di Manila, Filipina. 

Namun demikian, sekalung penghargaan dan setinggi-tinggi ucapan tahniah wajar diberikan kepada Ketua Kontinjen, barisan pengurus, jurulatih dan atlit keseluruhannya setelah mempamerkan aksi berjuang membawa nama Malaysia. 

Di sebalik kekecewaan peminat bola sepak negara yang gagal menyinar malah tidak dapat mengulangi pencapaian dua tahun lalu ke perlawanan akhir di Kuala Lumpur menggusarkan kita semua. 

Sudah pasti pelbagai tindakan pembetulan dan langkah penambahbaikan mesti diambil dan bukannya sekadar menamatkan kontrak dan khidmat jurulatih, Ong Kim Swee yang juga berjasa kepada negara, tetapi aspek pembangunan mesti diperkemaskan. 

Apa yang menarik perhatian Jabatan Seni, Budaya dan Sukan (DACS) Malaysia adalah pencapaian membanggakan atlit muda negara dalam acara lain khususnya olahraga termasuklah Raja Pecut Asia Tenggara yang baharu, Muhammad Haiqal Hanafi, 20. 

Semangat dan kesungguhannya wajar menjadi inspirasi buat anak muda walaupun sekadar menjadi atlit kategori B yang mana pada awalnya tidak disebut namanya sebagai harapan untuk menggapai pingat Emas. 

Kejayaan Haiqal dapat membuktikan semangat juang anak muda sangat tinggi jika diberikan peluang dan ruang sebaiknya untuk bertanding di pentas antarabangsa. 

Malah ketika ditemubual RTM, Haiqal terus menyebutkan sasarannya selepas ini untuk beraksi dan mencapai kejayaan di Sukan Olimpik pula yang sudah pasti prestijnya pada kelas yang tersendiri. 

Beliau pada asalnya seorang pemain bola sepak telah menerima saranan seorang ustaznya agar memberi penumpuan dalam sukan olahraga yang lebih berpotensi buatnya dan kini membuahkan hasilnya. 

Begitu juga bagi seorang lagi atlit muda olahraga, Muhammad Irfan Shamshuddin, 24 memenangi pingat Emas bagi acara lempar cakera dikhabarkan membayar elaun salah seorang jurulatih menggunakan duitnya sendiri. 

Di samping itu, tahniah juga buat anak muda, Mohammad Rifdean Masdor, 17 memenangi pingat Emas acara Muay Thai dan pemain-pemain boling padang negara yang membawa pulang 3 Emas dan 2 Gangsa yang diwakili majoritinya anak muda. 

Justeru, DACS Malaysia mencadangkan agar penumpuan mesti diberikan kepada sukan tumpu yang banyak diceburi anak muda khususnya melalui bakat sekolah sukan dan universiti. 

Kesungguhan dan kegigihan anak muda sewajarnya mestilah dihargai setimpal dengan usaha mereka khususnya melibatkan peluang beraksi di persada yang lebih tinggi dan kebajikan atlit selengkapnya. 

Bersama-samalah kita majukan sukan negara. Teruskan memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Wira Malaysia. 

“Fit Is Sunnah
“Sukan Satukan Kita”

HAFEZ SABRI 
Ketua Pengarah 
DACS Malaysia – HARAKAHDAILY 21/12/2019

PH Mahu Jadikan P Pangkor Bebas Cukai Arak?


IPOH: PAS menyelar tindakan Kerajaan Negeri Perak kerana mempertimbangkan minuman keras sebagai item bebas cukai untuk dijual di Pulau Pangkor yang bakal diisytiharkan sebagai Pulau Bebas Cukai menjelang Januari 2020 ini. 

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, PAS menentang keras jika Kerajaan Negeri Perak bersetuju menjadikan arak sebagai barangan bebas cukai kerana minuman keras itu merupakan ‘ibu’ kepada segala maksiat. 

“Masyarakat Melayu sebagai kaum majoriti di Pulau Pangkor kebanyakannya terdiri daripada nelayan. Dengan kemasukkan free duty arak mahupun rokok pasti akan menjejaskan dan meningkatkan masalah sosial terutama di kalangan muda belia,” terangnya. 

Menurut beliau, isu ini telah sekian lama dibangkitkan, malah ianya juga telahpun dibahaskan di dalam Sidang Dun Perak semasa sesi perbentangan Belanjawan Negeri Perak oleh Menteri Besar Perak, Dato’ Seri Ahmad Faizal Dato’ Azumu. 

Di dalam sesi pergulungan perbahasan baru-baru ini, Ahmad Faizal telah mengesahkan bahawa Kerajaan Negeri itu akan menambah bilangan lesen pusat hiburan dan lesen penjualan arak pada tahun hadapan. 

“Apakah relevennya sebuah negeri yang diterajui oleh pemimpin Melayu Islam, namun masih gagal mempertahankan kedaulatan Islam di Perak ini? Sebagai pemimpin Islam, mereka sewajarnya membimbing Kerajaan Perak untuk mencari jalan lain bagi menambah pendapatan Kerajaan Negeri,” terangnya. 

Tegas Razman, kemudahan secara terbuka dalam membeli dan meminum minuman keras akan mengakibatkan berlaku lambakan gejala sosial dan masyarakat akan terhibur dengan penuh kelekaan. 

Ulasnya lanjut, arak bukan sahaja melalaikan kehidupan manusia, malah ia telah terbukti mengancam nyawa orang ramai terutamanya pengguna jalan raya yang saban hari kita lihat pelbagai kes kemalangan berpunca daripada pemandu mabuk. 

Oleh hal sedemikian, PAS mendesak suara dan tindakan pimpinan Melayu Islam di dalam korum Kerajaan Negeri Perak agar dapat meneliti isu ini dengan baik bagi memastikan keharmonian negeri Perak dipelihara sebaiknya. – HARAKAHDAILY 21/12/2019

Kongres Dong Zong Boleh Cetus Kekacauan - Tun M


Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bercakap kepada wartawan selepas melawat pusat media pada Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). - NSTP/Asyraf Hamzah


KUALA LUMPUR: Kerajaan mengingatkan bahawa penganjuran satu kongres oleh Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) bagi membantah pengenalan pembelajaran jawi di sekolah vernakular boleh mencetuskan kekacauan.
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, bimbang tindakan Dong Zong itu akan menyebabkan pihak tertentu bertindak balas.
“Jika mereka mahu buat sesuatu yang sangat Cina, tindak balas orang Melayu akan sangat Melayu, (termasuk) meminta sekolah-sekolah Cina ini ditutup.
“Kamu melakukan perkara seumpama itu dan kamu akan mendapat reaksinya,” katanya ditemui media selepas mengadakan lawatan ke Pusat Media sempena Sidang Kemuncak Kuala Lumpur 2019 di sini, hari ini.
Dr Mahathir berkata, terserah kepada Dong Zong jika mereka mahu keadaan seumpama itu terjadi kepada negara.
“Jika kamu mahu Malaysia menjadi seperti itu, teruskan. (Jika keadaan itu berterusan) semua orang akan menjadi miskin dan kita akan melihat ramai rakyat berhijrah ke negara lain,” katanya.
Katanya, biarpun undang-undang memberi hak mana-mana pihak bersuara, ia mesti diteliti kesesuaiannya, malah kesan dan akibatnya jika tindakan itu diteruskan.
“Ini adalah negara bebas, kami membenarkan kebebasan bersuara, tetapi kita juga perlu peka terhadap kaum lain yang tinggal di negara ini,” katanya ketika ditanya penganjuran kongres itu kelak, yang dijangka dihadiri banyak pertubuhan Cina.
Semalam, Dong Jiao Zong dilaporkan menggesa pertubuhan Cina lain mendaftar untuk menghadiri kongres berkenaan, bagi menyuarakan bantahan terhadap pengenalan pelajaran jawi di sekolah vernakular.
Kongres itu dijadual berlangsung di Kolej New Era di Kajang pada 28 Disember ini, dengan matlamat kononnya untuk menjaga kedaulatan pihak lembaga sekolah vernakular.
Isu pembelajaran jawi sebelum ini mencetuskan perbalahan pelbagai pihak sehingga mengheret ke kancah perkauman. (BH)

Cinta Pemuda Itu, Tapi Tidak Direstui Ayah.

CATATAN SANTAI
Laut Sri Lanka yang tenang tetapi bergelombang..

ALHAMDULILLAH, hari ini agak lapang sikit. Saya buka e-mail, dan seseorang mengadu kepada saya, '
..tuan boleh membantu saya dengan memberikan pandangan mengenai dilema yang saya hadapi.'

Saya membacanya, saya rasa elok juga saya beri pandangan, kerana problem ini adalah problem remaja Islam keseluruhannya masa kini. Begini antara pengaduannya...

"... Saya (di sini disebut 'R') berumur 26 tahun dan telah berkenalan dengan seorang lelaki berasal dari Sri Lanka (27 tahun), kami berkenalan pada 1 Ramadan tahun lepas. Perhubungan cinta kami terjaga, saya bekerja sebagai seorang guru di (negeri yang jauh dari KL .............) dan (nama lelaki itu nama Islam, di sini disebut MA), menjual alat aksesories (Gems and Jewelleries) di Kuala Lumpur. Sekarang, kami berhubung melalui telefon dan email. Baru-baru ini, MA ada menyatakan bahawa dia ingin menjadikan saya sebagai isterinya.

Bagi saya, MA mempunyai personaliti yang mantap, yang mampu membimbing saya sebagai seorang muslimah. Apabila saya mengajukan hal ini kepada keluarga saya, ayah saya tidak bersetuju dengan saya. Persoalannya, saya mencintai MA tetapi dalam masa yang sama saya tidak ingin mengecewakan keluarga saya. Oleh sebab itu, saya memohon agar tuan memberikan nasihat, pandangan dan teguran untuk masalah yang saya hadapi ini.
" Begitu kira-kira e-mailnya.


Saya jawab....
Alhamdulillah, kita pilih pakej Islam, Islam itu selamat, jadi kita kena ikut pakej itu semuanya kalau mahu selamat. Nabi orang Islam Muhammad SAW berkata [Hadis sahih riwayat Abu Daud],
"Tidak ada nikah kecuali dengan wali." Ertinya, tidak sah tanpa izin wali. Disokong juga oleh hadis "Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (Nabi mengulanginya tiga kali)." [Hadis sahih riwayat Abu Daud]. Itu untuk calon perempuan.

Untuk calon lelaki, ‘Abd Allah ibn ‘Umar RA berkata
[Hadis sahih riwayat Abu Daud]: "Aku pernah memiliki seorang isteri yang sangat aku cintai tetapi ‘Umar (bin al-Khaththab, yakni ayahnya) tidak suka dan menyuruh aku ceraikan. Aku enggan. Maka ‘Umar membawa kes ini kepada Nabi SAW dan menceritakan segalanya. Jawab Nabi (kepada ‘Abd Allah ibn ‘Umar), “Ceraiklah dia!

Dalam sebuah kes lain, Abu Darda’ RA berkata
[Hadis sahih riwayat At-Tarmizi], bahawa seorang lelaki datang bertanya, “Aku ada seorang isteri, tetapi ibu aku menyuruhku mencerainya.” Abu Darda jawab, “Aku mendengar Rasulullah SAW kata, ibubapa adalah pintu syurga paling tengah. Terserah kamu (seorang anak), samada untuk mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”

Okey Cik R. Mari kita kupas 4 hadis di atas dari 2 sudut pandang.

Sudut I:

Ini membuktikan betapa besar kedudukan dan peranan ibubapa terhadap anak-anak sehingga menyentuh persoalan pasangan hidup. Memang, ibubapa tidak boleh memaksa kamu sebagai anak dewasa, berkahwin dengan pasangan yang kamu tidak suka. Tetapi, apabila kamu telah berkahwin, punyai anak, dan anak kamu sudah sebesar kamu sekarang ini.. Tiba-tiba anak kamu memaksa kamu menerima menantu yang kamu tidak suka.. Apa rasa kamu?

Oleh itu, anak dan ibubapa tidak boleh saling memaksa, bahkan perlu sama-sama suka dan redha, meredhai. Tetapi ada juga tanya, kan yang nak kahwin itu anak, apa perlu minta izin ayahnya? Jawabnya, lihat 3 perkara ini...

Satu:
Ibubapa adalah orang dewasa yang telah merasai pahit maung kehidupan berumahtangga. Mereka memiliki pengetahuan luas. Sama ada melalui pengalaman sendiri atau rakan-rakan, tentang apa yang dapat menjamin kebahagiaan rumahtangga dan apa yang tidak. Berbeza dengan anaknya, yang dikenali hanyalah cinta.

Cinta buta dari melihat keseluruhan baikburuk, yang nampak hanya salutan putih melitupi hitamnya sahaja. Lazimnya keputusan untuk berkahwin tidak didirikan atas penilaian yang matang. Maka izin dan redha ibubapa adalah penting, kerana ia dapat membantu membimbing remaja membina rumahtangga yang berjaya.

Dua:
Perkahwinan bukan sesuatu yang melibatkan pasangan satu suami, dan satu isteri sahaja. Tetapi melibatkan rangkuman dua buah keluarga dari kedua-dua pihak. Justeru izin dan redha ibubapa memainkan peranan penting dalam menjamin kebahagiaan dan kesinambungan hidup berumahtangga masa depan.

Tiga:
Mendapatkan izin dan redha ibubapa termasuk dalam sabda Rasulullah SAW
[Hadis sahih riwayat At-Tarmizi], "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa." Maka binalah rumahtangga yang diredhai Allah SWT dengan cara memperoleh keredhaan ibubapa terlebih dahulu. Ini penting sangat untuk menghindari kemurkaan Allah.

Sudut II:

Dari sudut hukum fiqh. Maka hadis-hadis di atas perlu dibaca bersama hadis-hadis yang melarang ketaatan dalam perkara maksiat. Ini kerana: “Sesungguhnya ketaatan tidak lain hanya dalam perkara ma’ruf (Ertinya, kebaikan yang selari dengan syari‘at Islam).
[Hadis sahih riwayat At-Tarmizi].

Oleh itu pemahaman dan pelaksanaan hadis-hadis di atas boleh dibahagikan kepada 3 keadaan.

Satu:
Keadaan, apabila ibubapa enggan menerima calon pilihan anaknya, berdasarkan alasan yang dibenarkan syari‘at. Contohnya ialah calon yang bukan beragama Islam yang ditegah agama dan dia memang tidak bercadang untuk memeluk Islam. Maka dalam kes ini ibubapa layak menegah anaknya berkahwin dengan calon tersebut dan anak wajib mematuhinya.

Dua:

Apabila ibubapa enggan menerima calon pilihan anaknya disebabkan alasan yang menyelisihi syari‘at. Contohnya apabila ibubapa enggan menerima calon isteri pilihan anaknya, semata-mata kerana dia berpakaian menutup aurat, atau enggan menerima calon lelaki pilihan anaknya semata-mata kerana dia sering pergi solat berjamaah. Maka dalam kes ini ibubapa tidak boleh menegah anaknya dari memilih calon tersebut.

Tetapi ini tidaklah bererti anaknya boleh 'kahwin lari'. Sebaliknya hendaklah memilih jalan berbincang dengan sopan dan hikmah bersama ibubapa, agar mereka akhirnya bersetuju dengan calon pilihan anaknya.

Tiga
:
Anak dan ibubapa saling berselisih, dan masing-masing memiliki alasan yang harus di sisi syari‘at. Dua contoh yang lazim berlaku ialah...

(i) Anak ingin berkahwin tetapi masih menuntut. Ibubapa tidak membenarkan sehingga tamat pengajian terlebih dahulu.
(ii) Calon lelaki pilihan anaknya, tidak memiliki pekerjaan yang mampu menyara hidup.

Walaupun bagi kedua-dua contoh di atas tidak sepatutnya berlaku dalam negara Islam, yakni belajar atau masalah rezeki sebagai penghalang perkahwinan, atau apa-apa yang seumpamanya, tetapi pihak anak hendaklah berbincang dengan ibubapa untuk mencari jalan selesai. Kalau tak berhasil juga, pihak anak hendaklah mengalah atau beralah menuruti ibubapanya. Apa yang ada di sisi Allah SWT adalah jauh lebih baik dari kekasih yang menempek di hati anda, wahai anak!

Kes di atas...Dalam kes R dan MA di atas seperti yang ditanyakan, belum jelas mengapa ayahnya tidak setuju dengan pemuda Sri Langka itu. Hal itu yang perlu diketahui dan dirundingkan, terutama oleh pemuda bakal menantu itu.

Baik... Masih merujuk kepada hadis-hadis di atas, terdapat beberapa perkara penting...

Satu:
Banyak berlaku kes 'kahwin lari' dengan menggunakan 'wali sendiri'. Perlu diingatkan bahawa 'wali' yang dimaksudkan dalam dua hadis pertama di atas adalah ayah kepada pasangan perempuan. Seorang anak perempuan tidak boleh memilih wali yang lain kecuali jika dia memiliki alasan yang dibenarkan syari‘at.

Contohnya, ayahnya sudah tiada, atau ayahnya jelas-jelas fasiq atau tidak siuman.
..'jelas-jelas fasik' di sini, maksudnya benar-benar menenggelamkan dirinya dalam perbuatan yang dilarang seperti selalu mabuk, selalu berjudi dan mengamuk apabila marah, suka memukul ahli keluarga dan sebagainya. Jika ayahnya berbuat salah sekadar menghisap rokok, solat berjamaah sekali-sekala, memakai seluar pendek dan sebagainya, dia tidak termasuk dalam kategori fasiq yang dimaksudkan di atas.


Pun begitu, hak wali beralih kepada yang terdekat iaitu datuknya. Jika tidak ada yang layak mengganti, maka ia diwakilkan kepada seorang hakim yang adil lagi amanah. Pernikahan tanpa keizinan wali, yakni seorang 'ayah kepada pasangan perempuan', adalah tidak sah dan batal. Rasulullah SAW menegaskan, maksudnya, “Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal (Nabi mengulanginya tiga kali).”[
Hadis sahih riwayat Abu Daud].Ulasan Tambahan:
Terdapat perbezaan pendapat di kalangan ahli fiqh tentang hukum wali dalam perkahwinan dan ia dapat diringkaskan kepada tiga pendapat:

(i) Wali adalah tidak wajib. Ini adalah pendapat yang lemah berdasarkan hadis yang bermaksud: “Tidak ada nikah kecuali dengan wali.” [Sahih riwayat Abu Daud]

(ii) Wali adalah wajib dan yang berhak menjadi wali adalah sesiapa sahaja yang layak. Ini kerana perkataan 'Wali' dalam hadis “Tidak ada nikah kecuali dengan wali” itu, bersifat umum sehingga siapa sahaja yang layak, maka dia termasuk dalam ke'umum'an wali tersebut.

(iii) Wali adalah wajib dan yang berhak menjadi wali adalah ayah. Keumuman hadis “Tidak ada nikah kecuali dengan wali” dikhususkan oleh hadis berikutnya: “Mana-mana wanita yang bernikah tanpa izin walinya maka pernikahan tersebut adalah batal.” Nabi kata '…tanpa izin walinya…' menunjukkan wujudnya faktor keizinan dan tiada siapa yang memiliki peranan dalam faktor keizinan melainkan seorang ayah.

Pendapat terakhir dikatakan, adalah terkuat dan paling mendekati kebenaran. Hal ini bukan sahaja disebabkan gandingan antara kedua-dua hadis berkenaan wali, tetapi juga dijelaskan dalam seluruh dalil Al-Qur’an dan Al-Sunnah berkenaan hak ibubapa terhadap anak-anak. Mungkin ada yang merasa berat untuk menerima pendapat ini, kerana budaya kita telah sekian lama terselesa dan terlena dengan pendapat yang menyatakan tidak boleh memaksa anak menerima calon perkahwinan pilihan ibubapa.

Malah lebih teruk lagi, ada segelintir yang tergelincir berlebih-lebihan dalam rangka membela hak wanita melalui jaringan aliran feminism atau Islam Liberal yang menyesatkan umat Islam masa kini. Mereka menganggap anak, khasnya anak perempuan, memiliki hak mutlak dalam menentukan calon perkahwinannya, bahkan sampai berhak menjadi imam solat kepada lelaki.

Yang penting adalah, ibubapa tidak boleh memaksa anaknya berkahwin dengan pasangan yang tidak disukainya, seperti juga anak juga tidak boleh memaksa ibubapanya menerima menantu yang tidak disukai mereka.
Tanggungjawab untuk mendapatkan izin ayah pasangan perempuan terletak di bahu pasangan lelaki. Kerana dia adalah pemimpin kepada rumahtangga yang bakal didirikannya.

Rasulullah SAW berkata,"Setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoalkan apa yang dipimpinnya. Seorang amir adalah pemimpin (kepada rakyatnya), seorang lelaki adalah pemimpin ke atas ahli keluarganya dan seorang wanita adalah pemimpin ke atas rumah suaminya dan anak-anaknya. Maka setiap daripada kamu adalah pemimpin dan setiap daripada kamu akan dipersoal apa yang dipimpinnya.[
Al-Bukhari dalam Shahihnya – hadis no: 5200 (Kitab Al-Nikah, Bab seorang wanita adalah pemimpin di rumah suaminya].

Pada masa yang sama, pasangan lelaki juga wajib mendapatkan izin dan redha ibubapanya sendiri, bukan bakal mertuanya saja.. Ini kerana lambat-laun ibubapanya tetap akan tahu juga, kalau anaknya “kahwin lari”. Jika mereka tidak setuju, mereka ada hak untuk menyuruh anak tersebut menceraikan pasangannya. Demikian juga, jika sampai kepada pengetahuan ibubapa pasangan perempuan bahawa anak mereka telah “kahwin lari”, mereka juga memiliki hak untuk menceraikan perkahwinan tersebut jika mereka tidak setuju.

Oleh itu jika hendak berkahwin, perhatikan betul-ketul. Kalau sudah terlanjur bertaubatlah. Sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Pengampun kepada hamba-Nya. Rendahkan diri kepada ibubapa masing-masing. Bercakap, berbincang dan carilah keredhaan mereka dan mohonlah maaf, kerana.. “…ibubapa adalah pintu syurga yang paling tengah. Terserah kepada kamu (seorang anak) sama ada mensia-siakan pintu itu atau memeliharanya.”[
Hadis sahih riwayat At-Tarmizi]

Dua:

Rasulullah SAW bersabda, "Seorang wanita dinikahi kerana 4 sebab: hartanya, keluarganya, kecantikannya dan agamanya. Maka pilihlah kerana agamanya, jika tidak kamu akan rugi." [
Al-Bukhari dalam Shahihnyahadis no: 5090 (Kitab al-Nikah, Bab yang paling sesuai adalah pada agamanya.]

Adakalanya seorang anak membuat pilihan calon sendiri berdasarkan petunjuk hadis di atas. Namun calon yang dipilih tidak dipersetujui oleh ibubapa mereka. Berdasarkan anggapan mereka berada di pihak yang benar, anak tersebut sanggup meninggikan suara terhadap ibubapanya kerana menyangka dia berada di pihak yang betul. Hadis di atas adalah benar, tetapi tidak boleh beramal dengan satu hadis dan meninggalkan hadis-hadis yang lain.

Justeru kalau ibubapa bersifat terbuka kepada apa sahaja kriteria yang dipilih oleh anak mereka, maka memang tepat jika anak tersebut memilih calonnya berdasarkan hadis di atas. Tetapi jika ibubapa calon itu semata-mata kerana kebaikan menurutnya, maka penolakan ibubapa itu bukanlah alasan yang dibenarkan oleh syari‘at.

Pun begitu, anak tidak boleh sewenang-wenangnya meninggikan suara di hadapan ibubapanya. Hendaklah dia berbincang kepada mereka dengan perbincangan penuh rendah diri, sopan dan sabar. Tidaklah bijak untuk mengejar satu kebaikan dengan meninggalkan banyak kebaikan yang lain. Kebijaksanaan, terletak kepada mengejar semua kebaikan mengikut keutamaannya. (Fiqh al-Awlawiyat: فقه الأولويات).

Inilah, kira-kira pandangan yang saya berikan dalam bentuk membuka pemikiran ke arah kebaikan bersama kepada si R yang bertanya itu, dan yang sepertinya.. Suruh juga kepada si MA dan yang sepertinya membaca tulisan ini juga. Dan kepada ibubapa, teringat saya kepada kisah ulama zaman lalu...

Pernah ulama itu terserempak melihat kemaluan anak remaja lelakinya yang tegang mengeras waktu pagi baru bangun tidur, menyebabkan fikirannya murung ligat memikirkan bagaimana untuk mengahwinkan puteranya secepat mungkin. Bahaya kalau dibiarkan lama. Bagaimana pula anakperempuan? Perlu ada dalam pengetahuann ibubapa, semuanya!

Itulah pakej Islam yang bebas kita memilihnya, tetapi bila sudah pilih kena ikut semua peraturannya, kalau mahu berjaya dan bahagia.


Wallahu aklam.


Ibnu Hasyim Catatan Santai
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL 1 Sept 2010.

Perhatian:
Kerana ada seseorang bertanya masalah ini, maka tulisan lama ini diangkat kembali untuk penanya tersebut, walaupun tulisan ini agak lama, tapi masih 'ever green', insya Allah. Sekian, terima kasih. -editor. 13/3/2016

Uyghur: KL Summit Perlu Bantah China. Apa Pendirian PH?




POKOK SENA: KL Summit 2019 didesak mengeluarkan satu bantahan keras terhadap Kerajaan Komunis China yang bertindak kejam ke atas Muslim Uyghur.
Desakan itu dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Kedah, Ustaz Nurul Amin Abdul Hamid dalam demontrasi aman di sini, petang tadi.
Demontrasi itu diadakan selepas solat Jumaat di Masjid Nurul Ihsan, Pekan Langgar, dekat sini.
Turut berucap di dalam acara itu termasuk Ahli Parlimen Pendang, Awang Salahudin, Ahli Parlimen Sik, Ustaz Tarmizi Sulaiman, Adun Bukit Lada, Ustaz Salim Mahmood di hadapan pimpinan serta ahli-ahli di semua peringkat.
Difahamkan perhimpunan seumpama itu diadakan serentak di setiap negeri seluruh negara.
Ustaz Nurul Amin juga menggesa umat Islam bersatu dan menyebarkan mesej Kempen Save Uyghur di semua lapangan media.
“Kami juga menggesa mufti-mufti seluruh Malaysia bangkit menyatakan bantahan secara jelas atas nama agama dan kemanusiaan.
“Menggesa Kerajaan PH membuang segala unsur Komunis dalam negara yang kini dilihat cuba dihidupkan semula.
“Mendesak Kerajaan PH menyatakan pendirian jelas terhadap apa yang berlaku di Uyghur,” ujarnya.
Pemuda PAS juga mendesak kerajaan melihat dan mengkaji semula kerjasama China-Malaysia bagi memastikan Malaysia sebagai negara Islam, dalam usaha membantah penindasan terhadap Uyghur. – HARAKAHDAILY 20/12/2019

Nikmati 'Mi celup' Walaupun Kaki Berendam Banjir, Rantau Panjang.



PELANGGAN di sebuah kedai makan masih menikmati hidangan mi celup biarpun dalam keadaan berendam kaki di dalam banjir dengan air separas 0.4 meter melimpahi kedai makan terbabit.
Tinjauan mendapati beberapa kedai makan masih dibuka dan beroperasi walaupun dilimpahi air berikutan pekan Rantau Panjang masih boleh dilalui kenderaan berat selain dipenuhi pengunjung yang bersantai dengan berjalan kaki meredah banjir.
Peniaga, Raubi Asyikin Ramli, 32, berkata, dia mengambil peluang membuka kedai mi celup memandangkan masih ramai orang datang ke pekan bermain air selain berasakan keadaan selamat untuk berniaga.

Katanya, kebanyakan pengunjung singgah ke kedainya untuk makan dan minum selepas penat meredah air dan tidak kisah terpaksa berendam kaki dalam banjir.
“Saya pula akan berniaga selagi masih ada stok bahan untuk memasak yang memang dibeli dari awal. Tiada masalah untuk saya menyediakan makanan biarpun dalam air kerana tempat memasak yang tinggi.
“Sebenarnya keadaan ini lebih menyeronokkan, malah pengunjung memang mahu menikmati suasana makan dalam persekitaran banjir. Bahkan mereka tidak melepas peluang mengambil gambar atau merakam video sebagai kenangan.
“Bagaimanapun, saya tetap mementingkan aspek kebersihan. Lagipun air yang memasuki kedai saya ini adalah arus yang deras tetapi cetek bukannya
air bertakung seperti di sesetengah kawasan,” katanya ketika ditemui di pekan Rantau Panjang di sini, kelmarin.
Raubi memaklumkan kedainya terus dibuka jika paras air masih sama dan akan menutup kedai sekiranya paras air meningkat sehingga membahayakan keselamatan.
Sementara itu, pengunjung, Aqila Syahira Baharudin, 21, mengakui teruja kerana dapat merasai pengalaman makan dalam air yang tidak pernah dirasai sebelum ini.
“Saya berasal dari Pasir Mas yang mana kawasan rumah tidak terjejas banjir. Pada awalnya saya hanya datang untuk bermain banjir namun tidak menyangka ada kedai makan yang dibuka dan yang menariknya apabila meja dan kerusi semuanya di dalam air.
“Lagipun umum mengetahui makanan di pekan ini terutama mi celup memang popular di sini. Jadi saya ambil peluang untuk makan selain dapat berkongsi memori ini di laman sosial seperti Facebook dan Instagram.
“Ini adalah satu keunikan ketika banjir di sini dan saya rasa ia satu idea yang baik selagi keadaan masih selamat serta kebersihan dijaga dengan baik,” katanya. (MyMetro)

PRK Kimanis, Apakah UMNO/BN Pulih, Apa Lagi Disokong PAS Saperti Tg Piai?

 Anifah Aman
Menunggu isyarat PRK Kimanis

PILIHAN Raya Kecil (PRK) Parlimen Kimanis tidak lama lagi adalah yang kedua diadakan di Sabah selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). 


Yang pertama di sekitar Sandakan, satu kawasan bandar yang penuh dengan pengundi bukan Melayu pelik jika dimenangi oleh kerabat Muafakat Nasional. Tidak pelik jika calon Pakatan Harapan (PH) yang pengaruh DAP adalah tebal memenanginya.
Tetapi Kimanis adalah luar bandar yang sebelumnya pengaruh Melayu dan Bumiputera adalah kuat. Dalam PRU14 dulu, parti baru yang berpengaruh di Sabah iaitu Warisan tidak berjaya merampas Kimanis. Sekalipun Sabah dirampas Warisan, tetapi tidak Kimanis.
Apakah Umno/BN yang dikira mulai pulih di Semenanjung tidak banyak masalah lagi di Sabah khususnya Kimanis. BN menang di Kimanis tetapi YBnya Anifah Aman meninggalkan Umno. Bagaimanapun Anifah tidak dapat mengekalkan kawasan itu bila kemenangannya dibatal mahkamah.
Maka bagaimana politik Sabah khususnya Kimanis selepas hampir dua tahun di bawah PH. Di Semenanjung boleh dikira dengan kemenangan besar BN dalam PRK Tanjung Piai pada 16 November lalu BN yang disokong PAS ia sudah pulih. Kemenangan berturut-turut BN dalam PRK Cameron Highlands, Semenyih, Rantau dan Tanjung Piai boleh diagak PH mulai jauh ditinggalkan. 
Isyarat yang diberinya ialah berkemungkinan andaian PH kerajaan sepenggal mungkin betul. Sekalipun perkembangan itu belum pasti Putrajaya jatuh semula kepada BN/Muafakat Nasional dalam PRU15 nanti, tetapi mulai memberi harapan kecil kepada Pakatan Harapan. Mulai ramai yang mengagak mana-mana PRK di kawasan majoriti Melayu dan marginal Melayu, Muafakat Nasionallah yang menang.
Perubahan pengundi Cina Tanjung Piai baru-baru ini menjadikan Muafakat Nasional bertambah sedap. Tetapi PRK itu tidak sentiasa di Semenanjung. Ia beralih ke Sabah pula. Apakah isyarat yang Kimanis akan beri dalam PRK ini? Adakah perubahan kerajaan di Sabah dari BN kepada Warisan mempengaruhi politik di negeri itu? Dan apakah keputusan empat PRK berturut-urut di Semenanjung mempengaruhi pengundi Kimanis.
PH mungkin sudah kurang harapan mempertahankan kuasa di Semenanjung. Maka harapannya bergantung pada Sabah dan Sarawak. Maka setiap komponen PH yang kurang sokongan akar umbi akan bertumpu ke Kiimanis pada PRK ini. Isyarat yang akan diberi oleh PRK Kimanis nanti akan menentukan tali hayatnya.
Muafakat Nasional sendiri sedang menunggu isyarat PRK Kimanis itu. Sekalipun ia sudah sedap di Semenanjung tetapi Kimanis boleh menentukan ia sudah benar-benr sedap atau banyak lagi yang mesti dibuat. Muafakat Nasional mulai tidak bimbang dengan pengundi Melayu baik muda mahupun dewasa. Dengan puaka perkauman yang melonjak sekali ganda lepas kemenangan PH menyebabkan Malaysia diancam masa depan poilitik dan keamanan yang jerebu.
Bukan ia setakat menggerunkan orang Melayu, bahkan ia mencemas bukan Melayu. Jika pengundi Cina di Tanjung Piai mencermin perubahan, memang ia satu isyarat yang sihat. Isyarat dari empat PRK yang dapat dimengerti oleh pengundi Kimanis, nescaya andaian PH kerajaan sepenggal memang berasas.
Jika Kimanis tidak menjadi isyarat kelima berturut-turut, tidak bererti ia sedap bagi PH. Cuma ia payah meramalkan PH berkuasa lagi atau tidak selepas PRU15 ini. Apa jua isyarat dari Kimanis, Tun Mahathir tidak akan bertanding lagi di Langkawi. – HARAKAHDAILY 20/12/2019

Friday, December 20, 2019

Kampung Janda Di Toksin, China Pula, Mengapa?


Pemohon Zhang Heping memegang protes T-Shirt yang mengatakan "Keracunan rakyat dengan kelalaian pemerintah" saat berdiri di desanya di pinggiran Zhuzhou Photo: Qilai Shen

Oleh Tom Phillips, Zhuzhou9: 55PM GMT 16 Feb 2015  


POTRET hitam dan putih itu menonjol dari dinding ruang duduk: suami, bapa dan anak lelaki merampas dari tempat yang mereka panggil Village of Widows.


Keluarga-keluarga yang tinggal di sini, di kawasan pedalaman pertanian di mana Pengerusi Mao dilahirkan dan dibesarkan, menyalahkan karsinogen di udara mereka, tanah mereka dan akhirnya makanan mereka untuk kanser yang merompak isi rumah selepas isi rumah lelaki mereka.


 48 tahun Liu Manzhen, yang telah didiagnosis dengan kanser kolon dan hati peringkat akhir (Qilai Shen)

"Itu pasti pencemaran udara," kata Liu Yuanling, 66, yang kehilangan suaminya berusia 50 tahun untuk kanser paru-paru dan merupakan salah satu daripada puluhan janda yang meminjamkan nama samaran itu.


"Ketika saya merawatnya di hospital saya memberitahunya:" Anda menghirup gas beracun terlalu banyak. "

Houwanggezhuang: Communist Party Congress: inside the Chinese village 'shrouded in the shadow of cancer'  
China: pencemaran kita menyebabkan 'kampung kanser' 22 Feb 2013
Skor kampung kanser 'China jarang menang atas pencemar 28 Ogos 2014
Penduduk China bergelut dengan Ibu Bumi yang 'sakit' 23 Feb 2013
Linfen: bagaimana Chernobyl China bertukar sudut 24 Okt 2012

Kisah-kisah sedemikian berulang kali di kampung, yang terletak di sebelah kawasan perindustrian di pinggir Zhuzhou, sebuah bandar kecil di wilayah Hunan di China. 

Wu Feiyue berkata beliau percaya logam berat terperangkap di tanah kampung - dan akibatnya sayurannya - menyebabkan kanser pankreas yang membunuh bapanya. 

"Tanah meracunnya," kata lelaki berusia 45 tahun tersebut.

"Kami hanya mahu membantu untuk keluar tetapi kerajaan hanya mengabaikan kami," kata Cheng Jiahui, seorang janda berusia 73 tahun, yang menggantungkan gambar suaminya lewat di sebuah kuil kecil yang mengandungi patung kecil Pengerusi Mao.


Penduduk kampung tidak mempunyai bukti saintifik kuat menghubungkan pencemaran dan penyakit yang menuntut kehidupan ramai orang setempat. Tetapi mereka yakin bahawa dekad perindustrian yang tidak terkawal adalah untuk menyalahkan .. Terdapat beratus-ratus "kampung kanser" sedemikian di seluruh China, kata para pengiklan, tetapi tidak ada kajian rasmi mereka yang pernah dibebaskan.


Tugas memperbaiki keadaan itu kini jatuh ke akademik berpendidikan Inggeris bernama Chen Jining yang belajar di Imperial College, London dan menerajui Tsinghua, salah satu universiti terkemuka di negara itu.


Bulan depan, Profesor Chen dijangka akan menganggap apa yang mesti menjadi pangkat sebagai salah satu pekerjaan paling sukar di bumi: menteri China untuk perlindungan alam sekitar.


Zhou Shengxian, menteri luar, telah dikritik secara meluas kerana menjalankan kementerian tanpa berfikir yang gagal mengekang pencemar dan dia sendiri menggambarkan sebagai "memalukan".


Misi pertama penggantinya ialah membantu Beijing "menghadapi krisis alam sekitar berskala besar," kata Dialog China, blog alam sekitar.


Tidak ada yang melarikan diri dari krisis di Kampung Widow, yang dihiasi di kedua belah pihak oleh cerobong asap dan cerobong tumbuhan kimia dan kilang-kilang peleburan yang menghasilkan zink dan memimpin di Zon Perindustrian Qingshuitang.


Ahli-ahli wartawan mengalu-alukan komuniti 500 orang yang tidak dengan cawan teh atau tawaran makan tengahari tetapi berkas dokumen, memperincikan kematian dan diagnosis kanser. Sebuah kereta polis terus mengawasi pintu masuk kampung. 


"Ini kerana mereka takut kami akan membantah atau wartawan seperti anda akan datang dan bercakap dengan kami," kata seorang penduduk.


Senarai mangsa kanser tempatan mengandungi 54 nama, yang mana 43 telah mati. Daripada si mati, 38 lelaki dan 5 wanita, ketidakseimbangan jantina disebabkan oleh fakta bahawa lelaki itu umumnya dilahirkan di kampung dan telah terdedah kepada persekitaran toksiknya lebih lama, sementara banyak wanita berkahwin dengan masyarakat dan dibesarkan di tempat lain.


Penurunan kampung dari kawasan pedalaman ke padang gurun toksik bermula pada awal 1950-an, ketika kilang-kilang pertama mula bergerak di sebelah dan mula mencemarkan tanah, air dan udara di kawasan itu.


"Pembuat dasar sekali memuja cerobong tinggi: lebih banyak cerobong, lebih baik," kata Mao Tengfei, Datuk Bandar Zhuzhou, baru-baru ini menurut media negara China.


Mula-mula cacing itu hilang dari tanah yang kaya dahulu; maka burung-burung dari langit, ingat Peng Zhenkun, seorang penduduk kampung berusia 62 tahun.


"Sekiranya manusia tidak dapat menahan pencemaran itu, apakah peluang untuk bertahan hidup terhadap haiwan dan serangga kecil?" Keadaan ini semakin merosot pada tahun 1980-an, memandangkan ekonomi China berlepas dan rantau ini menjadi hab utama bagi pengeluaran bukan ferus logam.


Pokok dan tumbuhan layu dan mati kerana semakin banyak kilang datang. Radishes yang ditanam di taman sayur-sayuran yang tercemar di kampung menjadi hitam, memanggil Liu Yuanling. "Malah ayam tidak akan memakannya."


Kajian akademik menggambarkan kawasan itu sebagai salah satu yang paling tercemar. Bercakap bulan lepas, Datuk Bandar Zhuzhou mendakwa bandarnya telah "berubah" dalam beberapa tahun kebelakangan ini sebagai sebahagian daripada program "detoksifikasi perindustrian" selama sedekad.


Tetapi penduduk kampung mengejek cadangan itu dan menuntut satu ancaman baru sejak dibesarkan kepalanya, dengan ketibaan, pada 2013, projek peleburan plumbum. Kira-kira jam 8 malam setiap malam, kilang yang kurang daripada 2,000 kaki, dari rumah batu bata yang sederhana mereka, mula menghamburkan "gas beracun" ...bahawa penduduk kampung menyalahkan paras paras bahaya yang tinggi, dikesan dalam darah anak-anak mereka.


"Anda perlu menutup muka dan hidung dengan tuala basah," kata Cheng Jiahui, salah seorang janda. "Kami tidak tahan lagi."

Kilang-kilang di pinggir bandar Zhuzhou (Qilai Shen)

Pada tahun lalu penduduk kampung menyekat dua hala - satu-satunya penghalang di antara rumah dan smelter - dalam protes enam kali. Mereka memakai kemeja-T yang dibintangi dengan huruf hitam tebal berbunyi:
"Racun membahayakan rakyat. Kerajaan telah mengabaikan tugasnya. "


Seorang pegawai dari Zhuzhou Smelter Group Company Limited, firma yang menjalankan smelter kontroversi, enggan mengulas, mendakwa dia tidak mempunyai kebenaran untuk bercakap dengan media asing.


Huang Liangbin, seorang pegawai propaganda dari jabatan perlindungan alam sekitar wilayah Hunan berkata pihak berkuasa mengakui kawasan itu mengalami masalah pencemaran yang lama, mereka cuba selesaikan.


Pencemaran alam sekitar adalah "masalah di seluruh dunia," katanya. Mengalihkan penduduk dari bahaya adalah prosedur "rumit" dan mahal yang tidak merayu kepada semua orang.


Sementara itu, senarai janda tumbuh lebih lama.


Liu Difan, seorang lelaki yang mengalami kanser paru-paru peringkat akhir dan doktor memberikan hanya beberapa bulan lagi untuk hidup, duduk di luar rumahnya di sebuah kampung di pinggir Zhuzhou (Qilai Shen)

Su Jianhui berkata Liu Difan, suaminya berusia 63 tahun yang kurus, telah dimasukkan ke hospital enam kali tahun lepas. Semasa satu operasi doktor mengukir dua pertiga daripada paru-paru kanan tumornya. Ditanya apa ramalan itu, dia menjawab: "Kami berusaha sebaik mungkin untuk merawat penyakit ini. Sukar untuk mengatakan jika mereka boleh menyembuhkannya. "

Zhang Heping, jiran mereka, memberikan ramalan yang jelas. "Para doktor telah berkata dia mungkin tidak akan melewati akhir cuti Tahun Baru Cina."
Pelaporan tambahan oleh Tang Ailin

(https://www.telegraph.co.uk/news/worldnews/asia/china/11416830/Inside-Chinas-toxic-Village-of-Widows.html)

Lihat ini..
E-Buku IH-126: Kampung Janda Di Dunia..
E-Buku IH-126: Kampung Janda Di Dunia..

Main Sampai Jadi Jutawan YouTube, Walau Baru Umur 8 Tahun.

Umur baru lapan, YouTube laman permainan,  Ryan kini jutawan
Ryan Toys Review sekarang dikenali sebagai Ryans World; wujud sebagai saluran kanak-kanak dengan 23 juta pelanggan. - Youtube / @Ryan's World


ANDA mungkin ada pengikut tegar di media sosial tetapi adakah perhatian yang diberi kepada anda mampu menjana pendapatan?

Ryan Kaji – anak pasangan ibu berbangsa Vietnam dan bapa Jepun dari Cypress, Texas, Amerika; baru berumur lapan tahun tetapi kini dinobat individu paling tinggi pendapatan di saluran YouTube bagi tahun 2019.

Tanpa membanting tulang atau memeras kepala, Ryan terkenal dengan aksi video membuka pakej berisi permainan.

Saluran YouTube yang diberi nama Ryan Toys Review diwujudkan oleh ibunya Loan Kaji – nama sebenar Nguyen Thi Kieu-Loan, bekas guru sains pada 2015.

Pada awal kewujudan, Ryan Toys Review hanya memaparkan aksi Ryan membuka kotak mainan, dilengkapkan dengan komen berserta latar belakang muzik.

Amat menakjubkan, memandangkan ada video Ryan Toys Review yang menarik satu billion tontonan.
Ryan Toys Review sekarang dikenali sebagai Ryan’s World; wujud sebagai saluran kanak-kanak dengan 23 juta pelanggan.

Pengaruh Ryan menarik perhatian Badan Perdagangan Amerika (US Federal Trade Commission – FTC) ekoran pengakuan ada jenama yang membayar untuk muncul di Ryan Toys Review.

Setakat ini belum ada laporan FTC sudah mengambil tindakan ekoran aduan yang dibuat badan pengawasan pengguna Truth in Advertising.

Badan pengawasan itu mendesak agar pengunjung saluran berkenaan perlu diberi kesedaran bahawa barangan permainan yang dimuatkan dalam saluran Ryan Toys Review itu adalah kandungan berbayar.

Ini memandangkan pengunjung laman Youtube Ryan itu kebanyakannya dalam kalangan kanak-kanak berumur bawah lima tahun.

Pengikut yang ramai dimanfaatkan sepenuhnya oleh ibu bapa Ryan yang kini menggunakan populariti anak mereka untuk mewujudkan produk dan jenama sampingan (spin-off).

Ini termasuk usaha penerbitan, permainan sampingan makanan segera, video pendidikan, kelengkapan bilik tidur kanak kanak dan tidak ketinggalan – permainan video kanak-kanak.

Majalah Forbes menganggarkan keluarga Ryan meraih hampir AS$22 juta setahun melalui usaha penjenamaan dan pemasaran hasil populariti Ryan’s World. (AA)

Palsu Permit Kerja Dan Pelacuran Diserbu Di 3 Lokasi Ini..



Paksa melacur selesai hutang 


DULU mereka adalah pekerja dan memasuki negara ini melalui saluran sah namun selepas beberapa tahun, mereka pula menjadi ‘pedagang’ dengan ‘mengimport’ bangsa sendiri secara haram dengan dilindungi sindiket tempatan.
Nama seperti Rasel, Mutalab, Nil Chan dan Maasom sudah biasa didengar dan paling popular dalam kalagan warga Bangladesh terutama di lokasi Jalan Silang, Kota Raya dan Lebuh Pasar yang menjadi tumpuan kegiatan warga Bangladesh di negara ini.
Tiga lokasi ini menjadi hab pelbagai kegiatan termasuk pemalsuan dokumen permit kerja dan pusat pelacuran serta pernah diserbu pihak berkuasa tetapi ia akan terus beroperasi 48 jam kemudian.
Isu warga Bangladesh ini bukan baharu dan ia sudah bermula pada tahun 2000 serta berlarutan hingga kini seolah-olah tiada kesudahan.
Malah warga Bangladesh ini kini pula semakin menguasai ekonomi tempatan dengan menjalankan perniagaan kecil-kecilan hingga ada yang menjadi kontraktor serta mendapat kontrak besar daripada kontraktor tempatan yang mengalibabakan kontrak yang diberikan kerajaan.
Sumber Harian Metro berkata, kegiatan sindiket pemerdagangan orang dalam kalangan warga Bangladesh di Jalan Silang, Kota Raya dan Lebuh Pasar masih berlaku.
“Bukit Aman pernah menyerbu lima atau enam premis di kawasan berkenaan dalam dua serbuan pertengahan 2019 namun mereka kembali melakukan kegiatan itu kurang 48 jam selepas diserbu. Premis yang disita juga digunakan mereka sehingga menimbulkan kehairanan bagaimana situasi itu boleh berlaku,” katanya.
Menurutnya, mereka yang menjadi dalang atau tauke pemerdagangan manusia ini dikuasai warga Bangladesh sepenuhnya.
“Ada dalam kalangan tauke ini menyewa premis untuk dijadikan pusat pelacuran dengan menjadikan lelaki warga Bangladesh yang bekerja di sekitar ibu kota sebagai pelanggan.
“Sindiket ini menggunakan modus operandi kerja bergaji lumayan sebagai umpan untuk menjerat wanita warga Bangladesh di negara mereka untuk datang ke negara ini.
“Jika tiada wang, sindiket sanggup menanggung dengan syarat apabila sudah bekerja, perlu membayar semula hutang itu.
“Namun sebaik tiba di Malaysia melalui saluran sah yang diuruskan ejen di negara asal, mereka dipaksa melacur bagi menyelesaikan hutang. Mahu atau tidak, mangsa dipaksa melacurkan diri kepada rakan senegara,” katanya.
Katanya, sindiket juga akan menjaga mangsa termasuk tempat tinggal dan menguruskan penghantaran daripada rumah ke pusat pelacuran. (MyMetro)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails