Friday, December 20, 2019

ASB: Lagi Kegagalan&Derita Rakyat Sejak PH Berkuasa



AKHBAR The Star muka depan hari ini membawa tajuk “Blow-up over ASB payout“. Ia mengulas ketidakpuasan hati lebih 10 juta pelabur ASB kerana cuma mendapat pulangan dividen dan bonus sebanyak 5.5 sen seunit iaitu yang terendah dalam sejarah Skim Amanah Saham yang dikhaskan untuk Bumiputera ini. 

Selain Tabung Haji inilah skim simpanan dan pelaburan yang menjadi tumpuan golongan Bumiputera, skim simpanan untuk masa tua, menabung untuk masa depan. 

Malangnya sebagaimana diulas Dato’ Muhammad Hasan akibat kegagalan Kerajaan PH mentadbir dan mengurus ekonomi negara dengan baik kesannya terkena kepada semua termasuklah dalam hal ini para pelabur ASB. 

Apa lagi yang bakal ditanggung rakyat angkara kegagalan PH ini? 

Dahlah kos hidup terus membebankan, harga barang dan perkhidmatan naik melambung, harga komoditi dan hasil tani tidak berubah, gaji dan upah tidak berganjak. Malah ada industri yang sudah mula memberhentikan pekerjanya. Janji-janji Manifesto PH tinggal janji. 

Dan kini pelaburan di ASB pun seakan tiada jaminan. 

Inilah nasib dan derita rakyat sejak PH berkuasa. Jika terus merosot dan gagal begini langkah terbaik adalah untuk kerajaan ini dibubarkan dan mandat diserah kembali kepada rakyat. Biar rakyat yang tentukan nasib dan masa depan mereka. – HARAKAHDAILY 19/12/2019


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails