Saturday, May 04, 2013

Kempen UM-porNO Makin Meluas, Libatkan DAP Pula..


Hari ini Calon DAP Likaz Junz Wong telah difitnah berpoya-poya dengan ramai gadis dan menyebab ada yang mengandung. Rupanya bukan sahaja PKR dan PAS terkena sebarang bahan lucah, DAP pun tak terkecuali...

Calon DAP Likas Junz Wong pada mulanya enggan mempedulikan penyebaran gambar yang diubahsuai dengan mamaparkannya sebagai kaki perempuan di kalangan pengundi muda sekitar Kota Kinabalu melalui media sosial dan aplikasi mesej Whatsapp.

Tetapi apabila orang ramai mula bertanya sama ada beliau membayar dan kemudiannya meninggalkan gadis itu dalam keadaan mengandung, Wong memutuskan untuk bersuara.

"Tidak benar. Orang yang mendakwa melalui akaun Facebook tidak dikenali itu harus tampil ke depan jika betul, saya boleh bertanggungjawab tetapi ia tidak benar," katanya.

"Orang ramai kata saya bintang yang sedang meningkat naik dalam politik tetapi itu tidak menjadikan saya Romeo," katanya dalam sidang media semalam.

Gambaran grafik yang disebarkan memaparkan Wong, 33, dengan pelbagai wanita yang berbeza. Beliau mendakwa ia dipotong daripada gambarnya bersama sekumpulan rakan di Facebook. 


Oleh TKOOffline

E-Buku IH-72: PRU13 (3), Mengundi & Selepas..



E-Buku IH-72: PRU13 (3), Mengundi; Selepas..
Bab 1
BAB 2
Bab 3
Bab 4
Bab 5
Dan seterusnya..

Sebelum ini lihat !00 artikel bermula pembubaran parlimen.., 100 artikel sekitar penamaan calon.. dan seterusnya..


E-Buku IH-66: PRU 13 (1), Bermulalah..

E-Buku IH-66: PRU 13 (1), Bermulalah.. 
E-Buku IH-70: PRU13 (2), Penamaan Calon.
E-Buku IH-70: PRU13 (2), Penamaan Calon.

PRU 13: Ini Buah Tembikai Ajaib!

JOM KREATIF

Saya Banyak Suka Chef ni lol
Oleh TKOOffline


Demam IniKaliLah dan ubah merebak di serata Malaysia, tak kira tua atau muda. Tak kira apa pekerjaan. Paling cantik chef ini buat kepada tembikai....

各 位大马朋友请注意!!请告诫身边的公公婆婆,无知的妇孺,尤其是那些没接触互联网而只看电视媒体的报导,报章上非事实的新闻传播的亲朋戚友!!千万别被一 些只会用钱收买人心,无中生有,扭曲事实,用权势气压人民的一群给蒙蔽 !!也请大家提醒他们,他们得到的,原本就是属于自己的,不需要感恩某某团体而做错了选择!!!你们应该让他们知道及打开互联网的信息让他们看真实的一 面!!!那么那些被蒙蔽的一群,才会为这次的大选投下公平,公正的一票!!

请各位把这条信息传发出去!!并第一时间让那群被蒙蔽的一群知道真相!!!请别忽视自己的力量!!大马人!!请勇敢的站起来!!只有团结才是最大的力量!!!PLS SHARE
 

Ahli rakan-rakan Malaysia Sila ambil perhatian! ! , 

Amaran sekitar bapa mertua ibu mertua, kejahilan wanita dan kanak-kanak, terutamanya mereka yang tidak akses kepada Internet dan melihat laporan media televisyen, surat khabar, bukan fakta berita penyebaran kawan dan saudara-mara! ! 

Jangan hanya menggunakan wang untuk membeli orang daripada apa-apa, memesongkan kebenaran, ditutup mata dengan kumpulan tekanan yang kuat daripada rakyat! ! Sila mengingatkan mereka bahawa mereka dapat, asal mereka sendiri, anda tidak perlu Kesyukuran kumpulan tertentu dan pilihan yang salah! ! ! 

Anda harus membiarkan mereka tahu dan membuka Internet supaya mereka boleh melihat bahagian sebenar! ! ! Maka orang-orang yang buta oleh kumpulan, akan dibuang ini pilihan raya yang adil dan hanya satu undi! !

Sila letakkan pas maklumat yang dihantar keluar! ! Dan kali pertama kumpulan kumpulan itu buta untuk mengetahui kebenaran! ! ! Jangan abaikan kekuatan mereka sendiri! ! Rakyat Malaysia! ! Sila berani dan berdiri! ! Hanya perpaduan adalah kekuatan yang paling besar! ! ! PLS SAHAM) 


Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Chef ini menyampaikan mesej politiknya melalui kegiatan harian yang ada padanya. Mudah dan kena sasarannya. Menyampaikan nesej melalui buah tembikai yang di belah, ditulis berseni dan berkreatif. Berlambangkan bendera PAS bertulis, 

"Ini kali la ubah chef" (IH)

Lihat sebelum ini... 
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

Yang Penting Mesej. Benarkah Ini Suara P Ramlee Kutuk UMNO?

Video: Lagu P Ramle Kutuk UMNO? 

Lihat sebelum ini: Kenangan Bersama P.Ramlee  -Ibnu Hasyim

Tawaran Durian Runtuh Hanya Pada 5 Mei Ini!!



Antara tawaran tersebut termasuk menurunkan harga minyak, menurunkan tarif elektrik dan air, menghapuskan tol, menghapuskan monopoli serta menurunkan harga kereta.






Oleh TKOOffline
Sila ke http://tranungkiteoffline.blogspot.com jika TKO mengalami gangguan

Ibu Dato Husam Musa Kembali ke Rahmatullah.. Takziah, Al-Fatihah..

Innalillahi wa inna ilaihi Raaji'uun.. Adalah dimaklumkan bahawa bonda Dato Husam Musa, Hajah Salma Haji Idris baru sahaja kembali ke rahmatullah sebentar tadi. . Semoga Allah merahmati ruhnya.. 
Solat jenazah selepas solat Asar di Masjid Kota, Salor. 

Sama-sama kita doakan Allahyarhamah ditempatkan di kalangan para anbiya dan orang2 yg beriman. Dan semoga Dato' Husam sekeluarga terus tabah mengharungi perjuangan membela rakyat dan negara. 
Al-Fatihah. (IH)

Lihat, Selambak IC " orang mati " Berterabur Di Sini..

Oleh Albanjari



Hakikatnya apa yang kalian lihat di blog atau di FB sekarang, tak akan dapat ditatap melalui saluran tv kerajaan atau media massa milik UMNO. Contoh mudah lambakan IC yang terbarai dari seguni IC untuk siapa?

Walau apa taktik yang BN dan UMNO guna, ini kali aku tetap yakin, "i dont think BN will get its 2/3 majority -"

Perbezaan capaian media UMNO dan PR..berikutan kekangan haramjadah UMNO kepada PR utk mendapat ruang media , PR menumpukan kepada Media alternatif... semua peringkat/ lapisan org org PR mengikuti sumber Internet. You tube, Bloggers, facebook, Tweeter... akhirnya sumber PR lebih hebat, lebih terkini dan telus... akhirnya org org UMNO berhujah menggunakan sumber berita TV1, 2 dan TV3 suku....yg paling moden sumber mereka di cyber pun telah di pornokan oleh UMNO... sekarang lihat hasilnya., - MAAB

(*)Maaf tajuk agak keterlaluan, pemilihan elemen "orang mati" dan kubur, difikirkan tepat dalam konteks BN yang akan dikuburkan rakyat selepas 5 mei ini. mengapa "IC orang mati" pula dipilih? Kemungkinan ramai yang terpaksa sakit jantung... kioookkk mati, melihat BN tidak lagi berkuasa....! aduyaiiii...apa macam ?



Foto diatas ni, nak putaq lagu mana pulak haa? Harap sungguh gambaq ni sekadar foto yang rubbish, foto yg telah diphotoshopkan oleh penjahat2 siber - tetapi jika betul..banglayu2 ini pasti tidak akan berani nak tunjuk muka esok kat tempat undi, nak mampusss hangpa mai laaa...aku jumpa memang aku rodok petualang bangsat semua ni, bukan saja bangla - KEMBOJA pun sama...puihhhh !!

"Jika kita mengejar AKHIRAT, DUNIA akan datang bersujud kepada kita, dan biarlah nampak miskin tapi berharta dan tidak berhutang, daripada nampak hebat tapi tidak berharta dan banyak hutang"

Sumber: albanjarionline.blogspot.com

PRU 13: Rakyat Gua Musang Perlu Tolak Penderhaka Sultan

 
Tengku Razaleigh Hamzah yang perah mempertikai kedudukan Sultan Kelantan dari segi undang-undang, sedangkan kedudukan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V telahpun diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
ada 5 Dis 2010, Istana Kelantan mengesahkan penarikan balik dua darjah kebesaran itu yang dikurniakan kepada Tengku Razaleigh. Ini berikutan kenyataannya sebelum itu yang disiarkan akhbar berbahasa Cina dan menyinggung perasaan Sultan Kelantan.
Akibat daripada itu Ku Li mengeluarkan kenyataan itu dia ditarik balik dua anugerah kebesaran negeri, Darjah Kerabat Yang Amat Dihormati (DK) (Al-Yunusi) dan tauliah pelantikan Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK) (Al-Muhammadi I).

Tuanku Muhammad Faris Petra Tuanku Ismail Petra dimasyhurkan sebagai Sultan Kelantan pada 13 September lalu. Tengku Razaleigh, 73, yang juga Ketua Umno Gua Musang adalah datuk saudara kepada Sultan Muhammad V sebelah bondanya, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Video di bawah ini, kerabat Sultan telah membuat kempen untuk memperkenalkan penderhaka Sultan Kelantan. Adakah Ku Li mampu mempertahan kerusi Gua Musang??

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Rakyat Kelantan termasuk Gua Musang perlu tolak penderhaka Sultan dan pengkhianat negara, dengan mengundi PAS.Ikutilah jejak lima orang kuat Tengku Razaleigh Hamzah yang mengisytiharkan diri mereka menyertai PAS. Kelima-lima mereka telah menyerahkan borang kepada calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
Mereka adalah.. 
1.Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Gua Musang Abdul Karim Mat Diah,   
2.Ketua Pemuda Umno Cawangan Batu Papan Zulhelmi Zulkifli,   
3.Ketua Umno Cawangan Limau Kasturi Nawang Ismail, 
4.Ketua Pemuda Umno Cawangan Lepan Jaya Rozali Rodin dan 
5. Ketua Pemuda Umno Cawangan Kuala Betis Ibrahim Hassan.

UNDILAH PAS 

Calon PAS bagi Parlimen Gua Musang Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah

Video: Sultan Kelantan Murka Kepada Penderhaka Di Gua Musang 

Rakaman pengisytiharan Siapa Penderhaka Di Gua Musang di dalam Majlis Ramah Mesra Ke Bawah Duli yang Maha Mulia Sultan Muhammad V Bersama Rakyat di Pusat Sivik Gua Musang, Kelantan.(IH)

Pilih!! Bajet PR atau Bajet BN..



 

Gambar Penyokong PKR Dibelasah Teruk Oleh Penyokong BN


 
Dapat rakaman gambar seorang penyokong PKR telah dibelasah dengan teruk oleh sekumpulan penyokong BN di Restoran DeHappy, Jalan MacAlister, Pulau Pinang.
IANYA dikatakan berpunca apabila sekumpulan remaja berpakaian biru pekat berlogo 1M'sia dan BN telah buat hiruk pikuk provakasi menggangu kacau di restoran tersebut.

Seorang lelaki berpakaian logo PKR yang kebetulan berada di restoran tersebut telah mohon secara baik kepada kumpulan anak-anak muda itu agar bertenang...Dengan tidak semena-mena mereka secara beramai-ramai terus menyerang beliau dengan kerusi dan meja.

Selepas menyerang mereka semua terus melarikan diri.

Satu laporan polis telah pun dibuat.(Dari Omak Kau!!!!)

PRU 13: BN Raih 140 - 155 Kerusi Parlimen -Najib.

Najib Yakin BN Raih 140 Hingga 155 Kerusi Parlimen Pada PRU-13

KUALA LUMPUR: Dengan sokongan yang terus meningkat daripada semua lapisan rakyat Malaysia dan faktor-faktor positif yang lain, Barisan Nasional (BN) yakin kembali memerintah dengan majoriti dua pertiga pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13).

Ketika membuat penilaiannya kira-kira 48 jam sebelum pusat pengundian dibuka di seluruh negara Ahad ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata tidak mustahil untuk mendapat majoriti dua pertiga jika diiringi dengan sedikit usaha keras.

"Sebenarnya, saya akan terkejut jika kita tidak mendapat majoriti dua pertiga," kata Najib penuh yakin semasa bertemu beberapa ketua pengarang media menjelang pengundian di sini, Jumaat.

Najib, yang menerajui BN buat kali pertama sejak menjadi perdana menteri pada 2009, berkata perkembangan di lapangan menunjukkan BN mendapat antara 140 dan 155 kerusi Parlimen pada pilihan raya umum yang amat dinanti-nantikan itu.

BN perlu mendapatkan 112 daripada 222 kerusi Parlimen bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah sementara majoriti dua pertiga memerlukan ia mendapat 148 kawasan Parlimen. Semasa Parlimen dibubarkan pada 3 April, BN menguasai 137 kerusi Parlimen. Dalam perbincangan dengan para pengamal media, Najib, yang juga Pengerusi BN Selangor, agak optimis BN menguasai kembali Selangor daripada pakatan rakyat.

Peluang menguasai kembali Kelantan daripada pemerintahan PAS selama 23 tahun semakin bertambah baik, katanya dan menjangka satu perubahan haluan yang menyebelahi BN di Pulau Pinang yang dikuasai DAP.
Dengan menyediakan penilaian mengenai peluang BN mengekalkan pusat pentadbiran persekutuan Putrajaya yang ditandingi BN dan PAS, Najib melahirkan keyakinan bahawa para pengundi yang kebanyakannya terdiri daripada penjawat awam akan mengundi menyebelahi BN.

Katanya sokongan masyarakat Cina dan India kepada BN sedang meningkat berdasarkan sambutan positif yang boleh dirasai semasa berkempen selain respons menggalakkan bagi inisiatif mesra rakyat bagi meningkatkan taraf hidup rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan. Najib menjelaskan bahawa kerajaan BN telah melaksanakan pelbagai inisiatif yang memberi manfaat kepada masyarakat Cina dan kerana ini, beliau tidak nampak sebarang sebab bagi mereka untuk enggan memberi sokongan kepada BN.

"Dengan kedudukan ekonomi yang kukuh, pasaran saham yang pada setiap masa berada pada kedudukan yang tinggi, projek-projek besar seperti kereta api berkelajuan tinggi, semua ini telah memberi manfaat kepada masyarakat Cina.
"Malah BRIM (Bantuan Rakyat 1Malaysia), mereka juga mendapat manfaat daripadanya kerana penerima bantuan itu membelanjakan wang mereka di kedai-kedai yang dikendali orang Cina," katanya.

Najib menganggap bahwa perhatian yang diberikan terhadap pendidikan Cina seperti pembinaan lebih banyak sekolah-sekolah Cina, telah meletakkan BN pada kedudukan yang baik pada pandangan masyarakat itu. Menyentuh mengenai tahap sokongan daripada masyarakat India, Najib berkata:

"mereka kini bersama BN sekarang, malah Hindraf (Barisan Bertindak Hak Penganut Hindu) kini bersama kita sekarang."

Mengenai pengundi muda, Perdana Menteri berkata majoriti golongan itu bersama dengan BN yang telah bertungkus lumus menangani kebimbangan mereka dengan cara melaksanakan program-program yang mesra golongan muda. Najib juga menggesa pengundi supaya tidak terpengaruh dengan cara jahat DAP dalam usaha mendapat kuasa.

Beliau menyelar pakatan rakyat kerana memainkan isu perkauman dan mengeluarkan kenyataan menghasut yang boleh membawa kepada polarisasi kaum yang serius di negara ini, apatah lagi kesan buruk terhadap kestabilan dan persekitaran perniagaan. Sambil mengingatkan pengundi supaya berfikir dengan bijak sebelum memangkah kertas undi Ahad ini,

Najib berkata begitu banyak yang dipertaruhkan dalam pilihan raya dan jika tersilap memilih parti yang salah untuk mentadbir negara, segala usaha penah lelah yang dibuat BN bagi membangunkan negara ini akan menjadi sia-sia. Beliau berkata satu undi untuk BN bermakna satu undi untuk dasar yang adil bagi semua kaum dan ini tidak akan berlaku jika rakyat mengundi pakatan rakyat.

Menurut Najib, pasaran yang sudahpun berada pada trend menaik sejak kebelakangan ini sudah pasti akan terus memuncak jika BN mendapat mandat besar daripada para pengundi. Sentimen terhadap Bursa Malaysia terus mendapat keyakinan sejak minggu lalu berikutan usaha belian yang kukuh daripada pelabur asing dan institusi dengan indeks mencatat bacaan baharu yang tinggi sepanjang masa iaitu 1,717.65 mata pada Selasa.

Para pelabur menjangkakan pasaran akan terus mendapat sokongan jika kerajaan BN yang menyokong perniagaan mendapat mandat baharu bagi tempoh lima tahun lagi. Para peniaga berkata para pelabur asing begitu yakin bahawa BN akan kembali berkuasa dan ini akan memastikan kesinambungan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang sedang dalam proses meningkatkan aktiviti perniagaan di semua sektor, yang memperkuat ekonomi dengan asas yang kukuh.

Sesi Najib bersama ketua pengarang media dihadiri Pengarah Eksekutif Berita dan Operasi Editorial Media Prima Datuk Ahmad A. Talib, Pengarang Urusan Kumpulan NSTP Datuk Abdul Jalil Hamid dan pengarah eksekutif Star Publications dan ketua pengarang kumpulan Datuk Seri Wong Chun Wai.

Mereka turut disertai pengarang kumpulan Berita Harian Datuk Mior Kamarul Shahid, ketua pengarang kumpulan Utusan Melayu Datuk Abdul Aziz Ishak, pengarang kumpulan Harian Metro Datuk Mustapa Omar dan Ketua Pengarang BERNAMA Datuk Zulkefli Salleh.-BERNAMA

Video: Amanat Kpd Pengundi: Nik Aziz & Abd. Hadi



Sebelum ini...
E-Buku IH-49: Selingan..
E-Buku IH-49: Selingan..

Mejar Zaidi Ditukar Serta-merta. SPR, Dari Menipu Kpd Penzalim.

Laporan polis yang dibuat oleh Mejar Zaidi, isteri dan rakan-rakannya tersebar merata. Kerana membuat laporan polis beliau dipersalahkan dan ditukar serta merta

PULAU PINANG: Pegawai Pemerintah Skuadron No 12 Pengkalan Udara DiRaja Malaysia (TUDM)  Butterworth, Mejar Zaidi Ahmad ditukarkan serta merta ke Kuala Lumpur bermula hari ini kerana membuat laporan polis isu dakwat kekal yang tidak kekal.

Bagaimanapun beliau memohon perpindahan itu ditangguhkan sehingga hari Isnin 6 Mei minggu depan  ekoran beliau sedang disiasat oleh Lembaga Siasatan TUDM di sini.


"Surat arahan telah dikeluarkan oleh TUDM di mana saya ditukarkan ke Kuala Lumpur hari ini. Tetapi saya minta tangguh ke Isnin kerana di sini pun sedang diadakan satu Lembaga Siasatan berhubung kes saya, " beritahunya kepada Harakahdaily.

Kata Zaidi lagi, bukan sahaja pertukaran dibuat akibat arahan tersebut malahan secara rasminya telah dilucutkan dari jawatan Pegawai Pemerintah No 12 Skuadron Pengkalan Udara Butterworth dan terlepas peluang dinaikan pangkat ke Leftenan Kolonel TUDM.

Dua hari lepas Zaidi, isterinya Shafinah Abdul Hamid dan Juruteknik TUDM, Jamal Ibrahim membuat lapuran polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara di Kepala Batas.

Laporan itu dibuat kerana dakwat kekal yang dicalit di jari telunjuk tangan kirinya semasa pembuangan undi awal luntur apabila di basuh dengan sabun dan pencuci tangan.

Mereka antara pengundi awal yang menyangkal kenyataan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) kononnya dakwat yang digunakan boleh bertahan seminggu. (Hrkh)

PRU 13: 2 Pemikiran Ganjil UMNO/BN, Benarkah?


 
PRU 13, Hebuh Diperkatakan 2 pemikiran ganjil UMNO/BN.

SATU:

Tolak Islam, seperti gambar di atas.. Memanglah, kerana dia bukan Islam. 
Tolak Islam, seperti gambar di bawah. UMNO dan Najib, bagaimana?


 
Menurut kitab 'Mustika Hadith' keluaran Jabatan Perdana Menteri Malaysia, hukum menolak Islam itu adalah......
(eh! cari sendiri...la!)  
Kesian!!

DUA:

Lihat ini.. 

TU DIA... Ni la KEAJAIBAN pemikiran Be End [Tengok laa...]

Keajaiban pemikiran penyokong BN yang semakin kita fikir semakin kita tidak faham...
Dari 

http://shalehudin.blogspot.com,
Mari sama-sama kita fikirkan..
(IH)

Lihat sebelum ini..

Friday, May 03, 2013

Muslimat From Egypt."Aku Balik Mengundi Datuk Husam Musa".

Subhanallah...
Sebak Tengok Gambar Ini... Kenapa..?

Sebak tengok gambar ini... sanggup pulang beribu batu demi untuk mengundi calon yang dianggap
layak untuk memegang amanah Allah... kerana apa..?? Kerana muslimat ini tahu akan ganjaran yang Allah berikan apabila kita melakukan amanah Allah bagi melantik hambanya yang mahu meninggikan kalimah Allah...
Takbirrrr...
Jadi orang yang tinggal dalam negara apa tunggu lagii... Pastikan anda pulang dan mengundi calon PR...

InsyaAllah ini kali lah... ~ PakKaramu

Apa Ertinya Replika Kapal Selam Ini, Sindir Siapa?


 

 JOM KREATIF

REPLIKA kapal selam dengan bendera BN di Jerlun, Kedah. Replika biasa dibuat atas sesuatu isu atau tema. Misalnya replika dacing atau wau bulan melambangkan parti. Manakala kapal selam menjadi paling top untuk PRU13 kali ini kerana isu penyelewengan dan rasuah pembelian kapal selam oleh DS Najib.

Apakah replika di atas satu 'pengkhianatan'? BN Jerlun sindir siapa? Kem Mahathir sindiir kem Najib?


Ini Replika PAS pula..



(IH)
Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)
E-Buku IH-68: Kisah-kisah Jom Kreatif (3)

PRU 13: Allah Tunjuk 2 Jenis Manusia, 1 Pemaaf & 1 Bebal. Pilih Mana?

Siti Mariah Mahmud
Dr Siti Mariah binti Mahmud calon PAS/PR Parlimen P111 Kota Raja

DALAM PRU 13 ini, Allah SWT tunjukkan banyak gelagat-gelagat manusia, antaranya  manusia pemaaf dan manusia bebal.


SATU: 

Undilah Dr Siti Mariah Yang Pemaaf.. Mengapa?



MASIHKAH ingat mamat ni (gambar disebelah) yang fitnah Dr Siti Mariah dan beberapa YB dari PR kononnya mempersendakan Raja-raja Melayu?...

Seperti biasalah sama ada bertaraf facebooker maupun blogger asalkan berjiwa dan berdarah UMNO hebat mencabar supaya disaman, apabila disaman terus melutut minta maaf..

Ini adalah kenyataan Dr Siti Mariah binti Mahmud calon PAS/PR Parlimen P111 Kota Raja mengenai permohonan maaf pemfitnah bergelar doktor berjiwa pekat UMNO.
 

Alhamdulillah, kes saman malu saya ke atas Dr Kadir Rahman selesai di Mahkamah Tinggi KL pada 30hb April 2013.

Saya tak sempat nak masukkan ke FB ni kerana sibok dengan pgm kempen PRU13 di Parlimen Kota Raja. Syukur nama saya sudah dibersihkan daripada fitnah seperti yang tertulis di dalam blog beliau bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" pada 11hb April 2012.

Saya telah mengemukakan saman malu terhadap beliau melalui Tetuan Abdul Aziz & Yazmin pada 20 hb September 2012. Kes ini saya kira selesai dengan permohonan maaf defenden yang direkodkan di Mahkamah Tinggi KL 30/4/2013 seperti berikut:

[Saya menyatakan bahawa Nota tulisan bertajuk "APABILA RAJA DIJADIKAN JENAKA" yang disiarkan dan/atau diterbitkan di dalam akaun Facebook pada 11/4/2012 yang telah menamakan DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD adalah tidak diniatkan atau dimaksudkan ke atas DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD. Sekiranya DR SITI MARIAH BINTI MAHMUD merasakan beliau telah dimalukan, maka Defenden memohon maaf.]


Saya harap beliau belajar dari kesilapan beliau. Dalam ghairah menulis dalam FB, jangan sampai mengaibkan dan memfitnah orang. Saya mengambil langkah menyaman beliau kerana tindakan beliau telah menyebabkan tulisan beliau dipetik oleh blogger dan juga Utusan Malaysia selama beberapa hari tanpa usul periksa. Saya harap tiada lagi ulang siar berita sebegini mengenai diri saya. 

 
Blogger2 dan Facebookers yang memanjangkan tulisan beliau dan juga mengutuk saya, saya maafkan kali ini. Saya mengambil contoh dari Tok Guru Nik Aziz yang memaafkan sesiapa yang memfitnah beliau supaya di hari akhirat nanti saya tak perlu tunggu terlalu lama di dalam proses pengadilan. Insyaallah.


Saya mengucapkan terima kasih kepada Tetuan Abdul Aziz & Yazmin kerana berjaya mendapat permohonan maaf ini dan membersihkan nama saya sebelum Hari Mengundi pada 5hb Mei 2013 ini.

 
Dr Siti Mariah binti Mahmud
(Diangkat dari omakkau.blogspot )

DUA:

Tengku Adnan Buat Lawak Bodoh!!
oleh WTKO

Muhammad Khairul Hafiz Abdullah (kiri) bersama calon Barisan Nasional (BN) Parlimen P125 Putrajaya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ...menunjukkan salinan laporan polis dan gambar menunjukkan bendera, manifesto dan wang 
...setelah sekumpulan pihak yang tidak dikenali datang ke rumahnya untuk memujuk beliau supaya membenarkan jarinya dicalit dengan dakwat 
...atas alasan untuk memudahkan proses pengundian, Ahad ini ketika di Presint 9 di sini hari ini.

Tengku Adnan kalau nak menipu pun biarlah pakai kepala hotak!! Kalau aku kata bodoh nanti kata aku berkasar dengan puak-puak UMNO pulak. Tapi memang Tun Mahathir kata yang tinggal dalam UMNO semua bodoh tonggong!!

Kenapalah polis ambil repot "ORANG GILA" ni!!
Buat habis beras aje...

1. Ayat dalam report polis "sekumpulan yang tidak dikenali" tapi kumpulan itu bagi bendera PAS.

2. Boleh ambil gambar semuanya, tapi tak boleh ambil gambar sekumpulan yang tak kenali.

3. Nak calit buat apa bagi manifesto dan bendera?? Nak suruh pasang atas kepala Tengku Adnan ke?? KAH KAH KAH

LAWAK PALING BODOH
OLEH ORANG YANG MENGELABAH
KERANA TAKUT KALAH!!!!


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebenarnya Tengku Adnan tidak bodoh dan tidak gila. Cuma melihat sikap di atas, ada orang kata,lembu agak cerdik sikit dari dia, dari beberapa sudut. Mungkin beliau cuma bebal dan panas baran sahaja. Penyakit orang-orang mewah di koa-kota.

Bebal dan panas baran itulah yang melahirkan sikap di atas kerana seperti kata pantun Melayu..

Melukut di tepi gantang
Buka sanggul cari kutu,
Sebab takut akal pun hilang
Tunggul disangka hantu.

Takut apa? Klik e-buku ini..
 E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya.
  E-Buku IH-69: PAS (PR) Bebaskan Putrajya. 

Jadi, dalam PRU 13 ini, Allah SWT telah menunjukkan sikap-sikap manusia antaranya pemaaf dan bebal.  Pilih jangan tak pilih! Kalau mahu pemimpin pemaaf seperti yang pertama di atas...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails