Thursday, May 09, 2013

Husam Adalah Calon PM Bagi PAS


Oleh TKOOffline

Saya tak ambil 'endah' sangat pasal perlantikan MB baru serta barisan exconya. Pasal Husam pun saya tak pusing, hanya saya berpendapat Husam adalah calon PM bagi PAS, jika bukan Anwar Ibrahim sebab, kalau kita kenal rapat dengan "Ayah Chik" dia tak minat kepada perkara ini.

Jawapan seleroh "Jadi Nelayan" itu sebenar adalah jawapan dari hati nuraninya. Tambah pula kesihatan beliau yang tak beberapa baik sudah banyak tahun.

Husam adalah kepimpinan PAS yang ada 'karisma'.. Tak banyak dalam PAS yang ada karisma. Dulu saya berpendapat dia mampu menebusi pengaruh Cg Pa (yang ada krisma juga.. tapi sekarang..). Walaupun saya tak 'suka sangat' kepada Husam kerana ada sedikit 'keegoan' oerganasasi... tapi itu pendapat peribadi.

Saya sebenarnya malas nak tulis pasal perkara ini, tapi bila terbaca tulisan Mohd Sayuti Omar, rasa nak tulis juga. (ruj. di sini)

Sayuti ini adalah penulis lama, tak ramai yang hidup tinggal sedikit sahaja lagi.  Mujur ada dia, boleh kita berperang idea pasal politik tanah air. Ada banyak penulis dan penganalisis politik lain yang baik tapi penulis ini bukan penulis blog.

Bila Sayuti menulis pasal Husam diketepikan. Saya rasa macam ada tak kena sahaja. Saya rasa Sayuti tak payah panaskan isu Kelantan. Tulisan Sayuti pasal Husam sebelum ini berjela-jela sudah bercanggah pula. Ramai orang komen bila kita berkawan, kita tak payah lah tulis berjela-jela pasal kawan kita.... Nanti tak ada orang nak berkawan dengan kita. Masa kita berkawan kita kata 'kentutnya wangi' tapi bila kita benci habis satu dunia tahu pasal kita 'kebel' (heboh) keburukan kawan kita itu.

Begitu juga tulisan Sayuti pasal calon parlimen di Perlis, Sayuti banyak menulis dan menyerang PAS Perlis. Ulama juga menjadi mangsa. Blogger Pakatan Rakyat terikut-ikut dan wujud polimik dikalangan blogger PR. Ini semua kerja tak bagus kalau kita sedang berperang dengan musuh.


PAS Perlis ada maklumat tentang penderian sebenar Dr Jaunda.. keraguan PAS Perlis terhadap calon cadangan PKR terbukti. Tapi PAS tak menjawab pada tulisan-tulisan dan tuduhan itu menjaga kehormanian dan suasana pada masa itu pula suasana hampir PRU. Jangan ingat PAS bodoh!!

Saya rasa pelik orang PAS berfikiran seolah-olah PAS satu organasasi bodoh dan lemah... tak ada apa-apa sekadar pak lebai di surau dan masjid.

Presiden PAS banyak kali penglibatan PAS kawasan pertikaian adalah demi menyelamatkan Pakatan Rakyat itu sendiri... Kalau tak nak dengar cakap Presiden PAS takkan nak dengar cakap Presiden UMNO!!!

Yang saya pelik, orang PAS sendiri, puluhan tahun jiwa dalam PAS tapi masih anggap PAS tak ada kajian, tak ada gerak saraf atau "intelligent" tak ada kajian... itu sebab kalau ada kajian luar, nak 'sembah' kajian luar tersebut. Presiden PAS terkena terpias ini. Maaf saya tak kata kepada Sayuti pasal dia bukan ahli PAS.

Bukan sahaja Sayuti bercakap pasal Kelantan, ada juga blogger yang pernah dimarahi oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz membangkit pasal perkara ini. Kaitkan pula dengan "Geng Perpaduang".


Dulu saya ingat orang UMNO sahaja yang suka bangkit perkara lama yang sudah berkubur. Misalnya pasal solat dua iman, pasal tak makan sembelihan UMNO. Pasal itu di Terengganu gambar Lim Kit Siang Peluk TGHH masih menjadi bahan kempen UMNO Terengganu.

Rupanya dalam blogger pakatan ada juga pemikiran UMNO. Baju aje blogger Pakatan Rakyat tapi hidup dan cara berfikir tak saling tumpah macam UMNO.
Husam cool aje dalam hal ini, walaupun ada sedikit terasa..

Husam telah membuat kenyataan media meminta isu beliau tidak dikekalkan sebagai Exco kerajaan negeri tidak dikaitkan dengan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V.

Hanya macam biasa ada sedikit Husam tak puas kerana dia tidak diberitahu dan tidak dimaklumkan dalam hal ini. Mengikut Husam sepatut adakan mesyuarat dulu di peringkat Perhubungan PAS Negeri untuk memutuskan pertukaran Menteri Besar dan pembentukan kerajaan baharu.

Yang lain-lain tak payah nak tambah "COLOUR" dan jangan babit kumpulan itu kumpulan ini seolah-olah ada konspirasi besar nak jatuhkan Husam... NI MESTI ADA UG KELANTAN KE!!!

Tak hairanlah satu kajian post-mortem PAS sebelum ini (2008) ada menyebut 5% punca kekalahan PAS melibatkan individu tertentu adalah disebabkan persepsi buruk blogger pakatan rakyat sendiri.

Saya tak tahu berapa peratuskan peranan blogger Pakatan Rakyat menyumbang kepada kekalahan PAS Kedah.. Kalau kita anggap PAS Kedah itu ISLAM DAN PERJUANGAN Islam adakah kita rasa kita tak bertanggungjawab disisi Allah dalam hal ini??

Melainkan kita anggap PAS KEDAH di bawah Ustaz Azizan tu SAMA MACAM UMNO.. kita berkewajipan menjatuhkannya. Sedar atau tak sedar semua kita akan dihitung setaip perbuatan kita. Kita boleh menegur tapi bukan menjadi kewajipan kita untuk menaik dan menjatuhkan seseorang.

Berikanlah Kelantan bergerak dulu dengan kepimpinan baru.. jangan kita rosakknya sebelum dia mula melangkah tapak!! (TKO)


Ada kaitan...

7 comments:

Anda Sendiri Fikir said...

Satu buah fikiran yang terbaik buat tuan IH dan memang realitinya ada musang berbulu ayam dan perkara ini telah lama gua bangkitkan. Ada yang baru beberapa tahun bersama PAS telah menunjukkan sikap egois dengan memberi pendapat yang kononnya pandangannya itu maha hebat tetapi bagi gua ianya layak dipanggil sampah. Perjuangan tetap akan diteruskan, kemenangan untuk Islam bukan perkara mudah kerana kita mendidik orang yang baka/keturunan Islam kalau bukan Islam senang sikit.

Anonymous said...

Itu la pasal...

Bila aku tengok blogger-blogger pro pr yang popular mula serang Ustaz Azizan macam sengaja dicari-cari lepas satu kes muncul pulak satu lagi kes yang lain...

Lepas tu depa mula merendah-rendahkan PAS kununnya ada agen UMNO (yang peliknya pulak UMNO tuduh dalam PAS ada agen Anwar la ada agen DAP la dan macam-macam lagi jenis agen - wah hebat bukan main lagi PAS ni, dicemburui oleh rakan dan lawan)...

Isu UG yang sudah ditutup pun masih diungkit-ungkit macamlah idea UG tu setaraf najis mughallazah...

Aku pun mula rasa sangsi...

Depa ni sebenarnya agen UMNO kah?

Sebab gaya serangan mereka itu bukannya ditujukan semata-mata kepada Ustaz Azizan sebaliknya ditujukan kepada seluruh batang tubuh PAS itu sendiri.

Wallaahu a'lam bissawaab.

PasirPekanGreenClub said...

kah kah kah!
Pemergian TGNA diterima dengan rela oleh penyokong PAS Kelantan. Mereka juga dengan besar hati menerima ust. Mad sebagai pengganti. Namun ketenangan tersentak bila ada penyokong PAS sendiri terhasut budaya hodoh UMNO.
Tuduhan dilempar ke atas TGNA, ust Mad dan Nik Ammar merupakan kudis buta kepada ahli PAS.
TGNA tidak hadir angkat sumpah terhasil dari perancangan hitam, Ust Mad cuba menyekat Husam dan Nik Ammar merampas hak Husam.
Siapakah Husam sehingga penyokongnya sanggup berarak untuk memalukan MB dan TGNA.
Kenapakah penyokong Husam tidak berarak ketika Husam pertama kali dilantik menjadi exco kerajaan Kelantan?.
Sebagai orang yang memahami budaya hodoh politik UMNO, perbuatan berarak menikam parti sendiri tidak akan tergamak dilakukan. Bahkan semestinya kita berfikir bahawa jawatan dalam PAS bukan hak mutlak dan pusaka dari datuk nenek Husam Musa.
Adakah semua ini ujian dari Allah untuk mendedahkan bahawa budaya UMNO dalam PAS seperti pernah didakwa memang wujud.

Anonymous said...

Salam bro kita masih dalam keadaan terkejut lepas pru diharap semua pihak tak payahlah nak usul siapa jadi pm atau mb biar pimpinan yang tentukan. Aku secara peribadi sukakan Husam walaupun aku bukan orang Kelantan tapi aku rasa para blogger tak perlu menghangatkan suasana dengan membuat spekulasi, sekarang ni kita perlu merapatkan saf dan susun semula gerak kerja untuk hadapi umno bukannya sibuk usul itu usul ini. Korang ahli PAs KALAU CAKAP GILA KUASA KORANG MARAH TAPI NAMPAKNYA MACAM TULAH.

Anonymous said...

Politik cantas ada juga di Kelantan. ingatkan di kalangan UMNO saja. PRU 14 akan datang Pas Kelantan akan tumbang. orang cerdik pandai dan berpotensi telah di cantas. tinggal lah barisan exco Kelantan terdiri dari watak wak dogol mcm dlm wayang kulit nk urus negeri dengan keadaan yang daif. Malang bagi rakyat Kelantan!!!

Anonymous said...

Puak2 yang dah dapat apa yang diidamkan., tentulah bole buat 'muka sardin' jer. Berbuih2 bercakap tentang ketentuan Allah dan sebagainya.; sedangkan pada masa yang sama telah amat2 berpuas hati kerana kerja2 desakan nafsu 7 syaitan untuk memegang kuasa telah tercapai dengan pelbagai helah dan tipudaya.

Nak tanya:

Kalau dah Husam itu di 'reserve' untuk menjawat jawatan PM andai PR berkuasa di Parlimen..(yang akhirnya belum diperkenankan Allah), kenapa pulak Husam dilihat sebagai TIDAK LAYAK untuk memegang tampuk Timbalan Menteri Besar Kelantan? Walhal, Nik Amar yang dah bertahun2 memegang jawatan Exco Kelantan, tidak menampakkan impak besar kepada rakyat Kelantan..

Ini semua konspirasi jer, senang cakap..

Anonymous said...

aku lihat dengan mata kepala mmg nik amar lebih sesuai dari husam..kerana husam suka pakai songkok..manakala nik amar pakai kopiah mmg terserlah sbg tmb serambi mekah..
tp us nasharudin lg hebat..dia pakai serban.kenapa plk amar yg diatas.
lgpun husam menyerlah dimalaysia dan amar terkenal di kelantan tp org rantau pjg pun tak kenal sgt dia ni.
tubek2 tmb.wah hebat org2 politik ni.
mcm umno jgk main cah keting.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails