Wednesday, May 08, 2013

Benarkah Ada Bantahan Sokong Husam Seperti Berita Bernama Ini?

 KOTA BAHARU - Kira-kira 200 penyokong Datuk Husam Musa hari ini berkumpul secara aman membantah 'penyingkiran' beliau dari barisan exco kerajaan negeri Kelantan yang baharu.

Mereka berkumpul sejak pukul 9 pagi di perkarangan Kota Darul Naim sambil membawa pelbagai sepanduk, tetapi beredar sejam kemudian setelah diarahkan pihak polis.

Mereka juga membantah tindakan tidak menyenarai Ketua Pemuda Pas Kelantan, Abdul Latif Abdul Rahman sebagai exco, di samping menolak pelantikan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Panchor, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah sebagai timbalan menteri besar.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Husam yang merupakan Naib Presiden Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Salor, tetapi kalah di kerusi Parlimen Putrajaya.

Dua hari lalu, Adun Pasir Pekan, Datuk Ahmad Yakob mengangkat sumpah sebagai menteri besar Kelantan yang baharu menggantikan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Ketiadaan Husam dalam senarai exco kerajaan negeri mencetuskan polemik politik di Kelantan serta mengejutkan ramai pihak.

Ahmad menjelaskan ketiadaan Husam yang sebelum ini merupakan pengerusi jawatankuasa perancangan ekonomi dan kebajikan negeri, kerana nama beliau tidak mendapat perkenan istana Kelantan.

Husam pula menempelak barisan exco baharu itu yang dikatakannya diluluskan tanpa mengikut prosedur. - Bernama
 

3 comments:

Anonymous said...

petanda awal kegilaan kuasa dan bakal kehilangan PAS kelantan pada PRU14 nanti, percayalah kebodohan sebegini seperti kedah, baso jenih dok serik2 puak2 nie,,TGNA tolong campur tangan

Anonymous said...

titik permulaan kejatuhan pas di kelantan. gila kuasa adalah permainan syaitan.

kruzz said...

Pakat2 pikir: Saya difahamkan:
1. Husam telah dijemput utk hadir mesyuarat tapi dia tak hadir.
2. Mesyuarat diadakan di rumah TGNA (Mursyidul Am PAS yang juga MB Kelantan).
3. Mesyuarat telah memutuskan sekian.. sekian...
4. Mesyuarat bermakna perbincangan ramai2 dan keputusan dibuat. Kalau seorang yg buat keputusan tu namanya bukan mesyuarat.
5. Keputusan mesyuarat hendaklah diterima walaupun kita tak suka. Kena belajar ADAB BERJAMAAH.
6. Kalau nak dikirakan, Husam tak perlu diberitahu keputusan mesyuarat. Takkanlah semua kena repot ke dia. Tapi budi bicara diperlukan di sini, hati juga kena jaga, patutnya royatlah sepatah ko dia. Tapi kalau tak royat pun tak salah. Cuma adalah terlebih manis kalau royat.
7. Tamak atau gila kuasa tu adalah tuduhan dan tohmahan yg amat tak patut ditujukan kpd Exco2 baru kerana ia adalah keputusan mesyuarat.
8. Saya juga difahamkan TGNA hanya melantik Ust Mat sebagai MB manakala exco adalah keputusan mesyuarat.

Saranan saya:
1. Harap barisan baru exco terutamanya dan juga semua penyokong jamaah belajar, fahami dan amalkan adab2 berjamaah suapaya perkara camni tak timbul lagi.
2. Sebarang ketidakpuasan hati atau apa2 saja janganlah keluar statement di media... tolonglah ikut saluran jamaah.. dah banyak kali pemimpin lakukan kesilapan ini. JAGA jamaah anda! Percayalah statement media merosakkan jamaah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails