Friday, May 10, 2013

PRU 13: Kerjasama Muslimat & Non Muslimat Terjalin -Zailah.


Siti Zailah menyampaikan cenderahati kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz.

Wang banyak tidak mampu beli hati rakyat
OTA BHARU: Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kepimpinan Datuk Seri Najib Razak tidak mampu menguasai hati rakyat khususnya pada Pilihan Raya Umum ke-13, 5 Mei baru-baru ini.

Ini kerana menerusi PRU13 itu Umno BN gagal memperolehi 2/3 majoriti di Parlimen. Zailah yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang berkata, ini membuktikan bahawa kepimpinan Najib tidak mampu menguasai hati rakyat dan pengundi walau pun beliau menabur banyak wang menjelang PRU13 termasuk BR1M.

Katanya, wang yang banyak tidak mampu membeli undi dan hati rakyat.

“Kita tengok pada mood perubahan rakyat dan kita tengok pada ‘undi popular’ diperolehi Pakatan Rakyat (PR), kita melihat pada PRU13 itu berlaku gelombang perubahan besar di kalangan rakyat.
“Justeru saya yakin, insya Allah, gelombang besar akan berlaku pada PRU14 nanti, memihak kepada PR, insya Allah,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Badan Perhubungan PAS Kelantan di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10, Kg Sireh dekat sini hari ini.

Mengulas kerjasama dalam PR terutama di kalangan pimpinan wanita non-muslim termasuk Wanita DAP, beliau mengalu-alukan kerjasama yang terjalin khususnya dalam menangani PRU13.

“Pada PRU13 baru-baru ini, kita tengok sokongan kepada calon-calon Muslimat, bukan saja daripada kaum Melayu, bahkan sokongan dari kaum Cina dan India.

Ini, katanya menunjukkan bahawa Muslimat mendapat sokongan daripada pelbagai kaum.

“Oleh demikian, insya Allah saya yakin pada PRU14 nanti, kita akan buat kejutan yang lebih besar, bahawa suara Muslimat akan lebih ramai diterima oleh pelbagai lapisan masyarakat,” ujarnya. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails