Friday, May 10, 2013

Azmin Ali Nafi Akan Letak Jawatan & Keluar PKR

 
YB Azmin Ali meminta maaf kerana lewat memulakan sidang media kerana telah melakukan perjumpaan dengan kepimpinan PKR. Dalam pertemuan tersebut beliau menyatakan bahawa bukan berkata Azmin mahukan jawatan Menteri Besar.

Beliau turut mendakwa bahawa khabar-khabar angin beliau akan keluar daripada parti dimulakan oleh UMNO dan Barisan Nasional.
Ada juga khabar angin yang tersebar bahawa bilau tamakkan jawatan Menteri Besar Selangor. Jika benar dakwaan tersebut, beliau telah memegang jawatan itu sejak tahun 2008 lagi.

 
Selepas PRK Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim ada memberitahu beliau supaya bersedia untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim (sebagai MB) Tetapi saya katakan 'Tidak'.
Azmin Ali berkata rakyat Selangor telah memberi mandat kepada Pakatan Rakyat. Lebih banyak kerusi dimenangi dalam negeri ini kerana usaha kolektif. 
 

Lantaran itu Selangor memerlukan seorang Menteri Besar yang berkaliber. Seorang MB yang akan membuka pintu kepada rakyatnya. Rakyat Selangor menuntut kepimpinan yang responsif. Perlu ada satu proses untuk perlantikan MB Selangor. Bukan melalui nepotisme. Seseorang yang dilantik sebagai MB Selangor mesti mempunyai keberanian untuk membuat keputusan secara bebas.

 
Apa yang nyata Azmin Ali berkata "merupakan satu pembohongan apabila mengatakan saya akan menyertai UMNO. Mereka yang menyebarkan khabar angin ini boleh terus bermimpi bahawa dia akan meletakkan semua jawatan dalam parti, Ahli Parlimen dan ADUN."

 
Sempena hari Jumaat yang mulia ini, beliau berikrar akan meneruskan perjuangan.
Ketika ditanya wartawan siapakah YB daripada PKR yang akan dicalonkan sebagai Menteri Besar Selangor, Azmin berkata tiada mana-mana YB dipanggil dan belum mengetahui siapakah yang akan tercalon.

 
Sumber dari SINI dan 15 minit sebelum sidang media diadakan sila lihat di SINI

3 comments:

Popov said...

Alhamdulillah, ini lah yang dikatakan pejuang Reformasi yang sebenar. Ingat anda masih muda teruskan berjuang. Allah swt yang menentukan, Jangan lupa pada Allah.

Anonymous said...

bagusla.. jgn jd mcc zul nordin..ezam..zahrin dll yg akhirnya berucap didepan kerusi..
ingatlah rakyat yg bijak mengundi bukan kerana pr ..bukan kerana anwar..tp kerana mencari kebenaran yg tulen..
bagusla jika azmin nk bersuara..sekurang2ny tidaklah nmpk sgt yg beliau naik kerana dibawah ketiak anwar..kerana ramai lg pejuang2 tulen yg wibawa dan berintegriti tinggi dipantau oleh rakyat untuk dinaikkan.
jadilah pejuang tulen.

Tembakau Jawa said...

Azmin tamak dan gila kuasa kecewa kerana gagal menjadi MB Selangor, sekarang semua dah nampak belang dia. Kalau Datuk seri Anwar Ibrahim masih sayangkan mamat ni alamatnya lingkuplah PKR,Pakatan Rakyat dan negeri Selangor.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails