Wednesday, May 08, 2013

PAS Layak Dilantik MB Selangor. Siapa?





CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

ALHAMDULILLAH selesai sudah PRU 13. PAKATAN (PR) terus mempertahankan negeri-negeri yang dikuasainya, iaitu Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan dengan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) majoriti 2/3.

  • Selangor - Pakatan 44, BN 12
  • Pulau Pinang - Pakatan 30, BN 10
  • Kelantan - Pakatan 33, BN 12
Di SELANGOR pula, BN 12, dan  PR 44.
PR terdiri dari:
  • PAS 15, 
  • DAP 15, 
  • PKR 14. 
Ertinya PAS sudah layak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor. Kalau  DAP tidak mungkin direstui Sultan Selangor kerana bukan Melayu. Sedangkan PKR kerusi yang didapatinya kurang dari PAS. Jadi, PAS sudah layak dan wajar dilantik sebgai MB Selangor.

Kalau ya, Siapa? Sedangkan seorang Tok Guru boleh pimpin dan makmurkan negara miskin seperti Kelantan?  Masalah kilang arak di Shah Alam perlu ditangani, dan banyak lagi yang perlukan pemimpin yang hebat dan berani. Itu hanya suatu cadangan, yang boleh difikirkan dan dipertimbangkan dengan saksama.

Wallahu'aklam.


Catatan Santai Ibnu Hasyim  
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com     
 
5 Mei 2013. KL

Sila lihat..
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012
E-Buku IH-59: C/Santai (Minda) IH Mulai Jun 2012

96 comments:

Anonymous said...

Bg saya Tn Hj Saari Sungip lebih layak

Anonymous said...

tak payah lah nk jadi bodoh. Khalid seorg pemimpin yg berwibawa. jgn nak jadi mcm Kedah plak. dah menang kalah plak sbb MB dari PAS. asyik bergaduh aje sesama sendiri.ckp org x nak dgr. degil. rakyat selangor dah suka dgn Khalid.cukup lah PAS dgn tamaknye.

Anonymous said...

Menyesal Hasan Ali keluar PAS kalau tak dia la yg angkat tangan untuk jadi MB, walaumacamanapun kekalkan sahaja Khalid tu dia mmg cemerlang cuma tambah exco untuk PAS tak yah gaduh2

Anonymous said...

Saya penyokong PAS tetapi saya lebih suka TS Khalid terus menjadi MB...bukan PAS. Kalau PAS, alamat akan kalah di PRU14...ini saya yakin. So PR..pse let TS Khalid continue as MB and NOT PAS!!

Anonymous said...

lepas tu bagi kat bn macam buat kat kedah

Anonymous said...

pas ke pkr ke dua-dua penipu.tak bawak ape2 kt selangor pun.khalid gagap yang bodoh pegi balik tido.

baretta said...

Saya juga setuju Dato' Khalid dikekalkan sebagai MB. Apa salahnya PAS mengalah macam DAP mengalah di Perak dulu? Tak de ruginya, yang penting PAS sama-sama dalam PR memerintah Selangor. Dah terbukti Dato' Khalid cemerlang. Bukan tak percaya PAS boleh jadi MB tapi ini dari sudut strategi politik dan kewibawaan Dato' Khalid yang dah terbukti.

akupun blog said...

buang mase je bagi org pas jadi mb neh...kang jadi cam azizan of kedah..konon amalkan dasar berbaik dgn bn, last2, hambek ko kene terkangkang..pas ni apapun tak leh la, baik bagi kat dap lagi bagus!

Anonymous said...

inilah perangai PAS... tamak haloba dan perasan bagus.

WOOOI...dulu kedah tu MB nya PAS, la ni apa jadi?

PAS banyak menang ke peingkat nasional?

Baru menang 1 kerusi tied dgn DAP dan perasaan nak kerusi MB. Muhasabah lah kenapa Kedah boleh terlepas. Hebat sangat ke Azizan tu?

(memang aku tak berkenan langsung dengan benda-benda perasan ni- memualkan)

Anonymous said...

enrty ni memang menambahkan sakit hati aku.

Blogger ni faham situasi semasa atau tidak.

Mcm Abdul Wahib (cerita 3 Abdul) pulak, sudah mula nak berebut kerusi walaupun baru terlepas 1 kerusi MB.

Anonymous said...

TS kalid lebih layak, PAS kena muasabah diri. Kami rakyat Sgor mahu TS Kalid yg sudah terbukti memimpin dgn cemerlang!!

haji said...

memang banggang puak pas ni...

Anonymous said...

Jgnlah terlalu emosional..memang mood tengah kecewa kita akan kutuk pasukan sendiri bila kalah..mcm main bola lah..Biar pimpinan selangor buat penilaian siapa lebih berkaliber di kalangan pemimpin Melayu yg menang. Aku setuju DS Khalid terus teraju Selangor kerana telah terbukti kejayaannya..

Anonymous said...

Aku penyokong PAS ,bab MB selangor ni aku rasa YB khalid yang paling layak (PKR )

Anonymous said...

Ibn hasyim ni memang bangang

Dalam suasana penyokong pakatan tengah berduka, hasyim kemaruk seks ni nak bukak topik yg boleh menambahkan lagi pecah belah dikalangan penyokong pakatan. Apa hina sangat ka tan sri khalid & pkr yg hanya kurang 1 kerusi di selangor?

Kalau tak kerana harun din al badigol yg suka gatal mulut bagi bola tanggung pada umno bn, pakatan barangkali akan mendapat keputusan yg lebih baik.

Harun din & harun taib - dua pemimpin pas yg cukup bersyahwat meratib hudud patut ny dikenakan tindakan disiplin oleh pas kerana cukup suka bekerjasama dgn media2 arus perdana yg umum semua maklum suka memutar belitkan keadaan. Ulama yg benar2 ulama harusnya cerdik. Harus ny bijak. Ini kalau kata bangang tau marah.

Hadi pun satu. Tengok apa jadi. Itu lah dia, org dah bagitau jangan tamak. Org tamak selalu rugi. Kerusi yg dah dipersetujui pkr bertanding boleh dibiarkan pas pulak letak calon. Lepas tu buat statement yg langgar adab kesepakatan. Aib kan calon pkr, konon jual pill kuda, julang karl marx lah.

Umno bn sedar kelemahan pakatan yg tak sepakat soal siapa jadi PM. Hal ini digunakan semaksimal mungkin oleh umno bn. Kempen2 bn sendiri tertumpu soal kepimpinan yg jelas - i love pm.

Tapi pas buat2 bodoh soal ni. Sepatutnya kalau pas bijak isu siapa jadi pm ni seboleh2nya di kunci mati sebelum pilihanraya lagi. Apa salahnya istihar setuju anwar jadi pm sebelum keputusan pilihanraya keluar? Tak ada salahnya sama sekali malah memang itu yg diharapkan oleh rakyat & majoriti penyokong pakatan.

Kegagalan pas memahami sentimen rakyat soal pemilihan siapa jadi pm ini akhirnya dijadikan senjata oleh musuh utk mrnyerang pakatan. Cuba rujuk statement tun daim bila di serang pakatan. Isu yg dibawak oleh Daim dua jer - 1) isu hudud 2) pertelagahan pembangkang soal siapa jadi pm

Dua isu ni tercetus kerana kelemahan pas yg gagal menutup ruang utk musuh menyerang. Soal siapa
jadi pm ini akhirnya membiakkan pelbagai fitnah.

Cuba ingat2 balik, bila ada saja tanda lonjakan besar sokongan rakyat kepada pakatan mula menampakkan tandanya, siapa yg suka potong stim?

Sehari selepas kejayaan besar perhimpunan kebangkitan rakyat di stadium merdeka, siapa yg buat taik, buat statement yg mengelirukan penyokong pakatan?

Bila suasana kempen & strategi pakatan mula menunjukkan keberhasilan, siapa yg bukak balik topik hudud & buat statement yg bernada angkuh & melanggar adab & kesepakatan antara rakan2 pimpinan dalam pakatan rakyat?

Skrg ibnu hasyim seks nak cadang pas rebut kerusi selangor pula?

maie1958 said...

selangor akan jadi macam kota damansara pada pru14 nanti...nasib kau lah!!!!

UMNOLOVEBLACKGOAT said...

kalau dh kalah mcm2 la ahli2 PR kutuk kepimpinan....apakata kalau menang....so semua kena senyap x payah mengeruhkan keadaan lg

Anonymous said...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Yang Maha Pengasih.
Assalamuallaikum...

Mari kita fikir sejenak.. apakah Islam & Melayu menang? Ya ... buat masa ini. Dan mungkin berubah sekiranya kita masih fikir dan bertindak mengikut emosi.

Adakah PAS berjaya dalam Pakatan Rakyat ? Dah tentu tidak sama sekali.. kemenangan PAS jatuh merudum.

Siapa yang berjaya dalam PR? Dah tentu DAP....

Adakah BN tidak di sokong lagi? Ya dan tidak... Ya BN merosot...tapi hanya kepercayaan CINA pada BN merosot. Kepercayaan melayu pada BN bertambah. BN menang sebab UMNO...Dan UMNO itu melayu dan Islam.... Sebab tu PAS jatuh merudum sebab melayu sudah lari ke UMNO.

Jadi, sekarang bukan masa untuk bertelagah siapa yang lebih Islam atau siapa yang lebih melayu!!! Buat apa kita beria-ria mengatakan BN kalah tapi kita juga gugur. Yang menangnya DAP dan orang cina!! Cina dah menunjukkan bahawa mereka hanya pentingkan DAP, bukannya UMNO atau PAS..Mereka ini menentang Islam secara jelas.

Nik Aziz and Haji Hadi serta Ulama PAS...berfikirlah secara ISLAM!. Inilah masanya untuk orang PAS dan orang UMNO berfikir secara ISLAM... kepentingan Umat Islam dan melayu. Letak ketepi semua dendam kesumat demi Islam.

Kita semua mesti ingat... PAS belum layak memerintah. Walaupun PAS menang semua pon tak boleh memerintah, apatah lagi sekarang. Analyze lah keputusan pilihanraya 2013 dengan sedalam-dalamnya. Buka lah mata...

Percayalah... jika kita masih berfikiran ke partian... ISLAM akan gugur di bumi Malaysia tercinta ini.

JANGANLAH SATU MASA NANTI ANAK-ANAK KITA MENJADI NASRANI DAN MAJUSI DI SEBABKAN KITA !!! ANAK-ANAK KITA YANG MASIH ISLAM.. MELUDAH PUSARA KITA SEBAB KEANGKUHAN KITA.

Tepuk Dada Tanya Iman.

Wassalam...

Anonymous said...

Penulis yg diatas ni pastinya saki baki cybertrooper umno yg sedang bertugas utk memecah belahkan masyarakat. Tak ada sebab melayu jadi nasrani hanya kerana DAP menang lebih sedikit kerusi daripada rakan2 pkr & pas.

Anonymous said...

UMNO/BN tu bangla,nepal,pakistanlah......UMNO/BN tu kaki penipu,pembunuh,penzina.....cumer melayu nie jer tak nak berubah...asyik redha ditipu dan pijak oleh parti yg menjadi sarang penjenayah nie......

Anonymous said...

blogger ni dah cuba nak pecah perpadan PKR DAP PAS. Agen BN agaknya.Projek 5 tahun ke PRU 14 untuk BN

Rahmat said...

Admin jangan nak jadi batu api...x boleh bertolak ansur sesama pakatan... khalid telah menunjuk prestasi yg membrangsangkan...jgn sbb ketamakan PAS...pakatan akan hilang segala

Anonymous said...

"Ertinya PAS sudah layak dipilih sebagai Menteri Besar Selangor. Kalau DAP tidak mungkin direstui Sultan Selangor kerana bukan Melayu. Sedangkan PKR kerusi yang didapatinya kurang dari PAS. Jadi, PAS sudah layak dan wajar dilantik sebgai MB Selangor"

----> Nak tergelak baca petikan ni.. selamat la ada Sultan.. kalau x????? dah tentu DAP yg jd MB... itu pon masih xsedar.... MELAYU OOoOoO MELAYU!!!!!

kruzz said...

Biarlah YB Khalid teruskan agendanya untuk Selangor. Rakyat dah selesa dengan Khalid. Jgn dok berebut kursi plak kang lain jadinya. Khalid dah mengurus Selangor dengan baik penggal yg lalu. Mengalah tak bererti kalah. Malah PAS akan lebih dihormati nanti. Fikir-fikirkan lah.

Anonymous said...

Khalid dah best dah jangan buat sesuatu yang akan menjatuhkan PR..jangan bercakaran sesama sendiri.. mesti ingat apa jadi pada Kedah PRU 13..juga negeri Perak yang berebut dibeberapa kerusi sebelah utara perak. Akhirnya kita jua yang rugi.. Ingat..jangan jadi ejen pemecah dari dalam. Ikut panduan ulama dalam hal agama. Dalam teknikal biar yang berwibawa menguruskannya dalam sandaran agama islam. Maaf .Saya karat hijau pun.

Anonymous said...

Salam. Saya penyokong tegar PAS. Untuk jawatan MB Selangor, sila kekalkan TS Khalid. Beliau terbukti berjaya mentadbir selangor dengan baik. PAS perlu muhasabah diri dulu selepas PRU13. Saya meletakkan kesalahan pada PAS diatas kegagalan menawan Terengganu. Tiga pertindihan dgn PKR sehingga mereka terpaksa menarik diri, MEMBUKTIKAN, PAS seperti orang gila kuasa dan tidak menghormati rakan. Semangar PR belum benar-benar wujud dalam PAS Terengganu. Akhir sekali TS Khalid sebagai MB Selangor. Wassalam.

Anonymous said...

dah mula iblis menghasut. Inilah org islam tak kira pas atau umno. saya ni penyokong kuat pas dan saya rasa sesiapa yang membawa fikiran pas layak menjadi mb adalah manusia islam yang sudah ditunggangi hawa nafsu syaitan

Anonymous said...

tak payah le bagi pas jadi mb selangor.punah ranah selangor macam kedah.khalid yg terbaik

Anonymous said...

Saya ahli pas. Sy sokong khalid ibrahim jd MB selangor Masih belum ade lagi org pas yg setanding dgn beliau.
Kalau ade, pas kena kemukakanlah sape org tu.

Anonymous said...

He he he.? Inilah masalah pr lebih lajak drpd laju. Belajar menghormati pandangan dan redha dgn ketentuan. Menyalahkan seseorang setelah sesuatu itu berlaku tanda ada masalah keimanan kpd Allah. Semua yg berlaku ada hikmah yg perlu di cari. Jgn disebabkan ingin menang hingga kita semua berlagak nak jadi tuhan tahu segala2. Berhati hati dgn perkatan "KALAU" kerana ianya membuka ruang kpd syaitan. Berdoa semoga Allah beri hidayah kpd PR utk mentadbir dgn baik.

Anonymous said...

Saya ada juga sokong sikit pendapat ibnu hasyim. Kita perlu pemipin wibawa untuk menselesaikan masalah Islam di Selangor. Bukan cari duit saja.Selangor memeng mudah cari duit.

Masalah kilang arak, contohnya. Dah sepenggal pegang, Sama saja PR perintah dg UMNO. Bagaimana nak membetulkan masyarakat yang hancur sosial agamanya. Pusat hiburan, pelacuran, apa usaha selesai? Dan banyak lagi.

Kaya, akhirnya jadi macam UMNO, kalau tidak islamik.

Harap maaf. Cuba fikir sikit.

Anonymous said...

nak tukar buat apa, kan TS Khalid tu bagus dah. Pas menang pun bukan semuanya undi orang2 pas, ada juga undi orang2 pkr & dap. jadi jgn nak keruhkan keadaan. TS Khalid boleh teruskan dan rakyat selangor dah buktikan yg mereka sokong PR di bawah khlid di selangor. jgn jadi macam kedah di bawah azizan.

liamsihaisa said...

saya ahli pas. saya mahu ts. khalid kekal mb selangor. exco terdiri dari tiap-tiap parti seperti yang pembahagian yang lepas . pkr 3 termasuk jawatan mb, dap 4 dan pas 4. ts khalid cemerlang sebagai mb di selangor. mohon pucuk pimpinan bagi ketiga-tiga parti ini bertolak ansur untuk memajukan lagi selangor di bawah PR untuk manafaat rakyat selangor keseluruhannya.

bunbinban said...

kilang arak jadi isu...? c'mon la bro...sepenggal baru je...Kelantan sampai skang pun x laksana hudud bro...sbb apa? Mesti ada alasan kan?Dah brape puluh tahun perintah kelantan?. Khalid Ibrahim dah buat yg terbaik. Bkn semua perkara yg mungkar boleh di selesaikan secara drastik dlm keadaan sistem pemerintahan kapitalis. Bkn senang utk menerangkan kepada bkn Islam tentang Islam. Even PAS dah wujud di Malaysia ni sejak merdeka pun masih berhempas pulas utk menerangkan islam kepada bkn islam.
rasional la sikit bro. Islam tidak mengajar kita bertindak gopoh, tamak dan ego. Sori, gua x nampak dlm PAS Selangor yg layak jadi MB buat masa sekarang. Jgn terpedaya dgn bisikan syaitan yg di kenali...ok...? fahamkan maksud gua.... hahaha

Anonymous said...

Bagi semua jawatan pada PAS yg tamak haloba ni.. salah 1 factor PRU13 kalah kerana PAS - 4 mahluk yg tamak haloba Azian, Hadi, Harun Din, Harun Taib. Ni muka2 ni kalau ada lagi dalam PR alamatlah PRU 14 lengkup semua. Sepatutnya keempat mahluk ini patut dibuang terus. Nampak aja ada peluang nak rebut jawatn. Dah baik2 MB Khalid jadi MB sampai kemenangan PRU13 lebihan kerusi dari PRU12 dah sibuk PAS nak kudita MB Selangor. Sedar dirilah, PAS Kelantan bertahan pun kerana TGNA, sampai bila TGNA menongkat dunia, kalau ditakdirkan TGNA tiada PAS diKelantan pun akan bungus. PAS berjaya menyerlah kerana Anuar, sebelum 1999 kes Anuar, PAS hidup segan mati tak mau...

Anonymous said...

setuju betul kalau 4 ulamak pil kude (UPK) ini dikuarkan dr pas...siap warning warning lagi dgn anwar..4 upk ni pengorbananya pun tak de la sgt cam nuar ...4 upk ni celupar mulut tak tau nak bersasiah mulia dgn kawan...sbb 4 upk ni calon mentri keraaajaaan perpaduan kot...

Anonymous said...

ye la kan kalu 4 upk ni berjiwa besar tentu boleh jage negara...cam neee...jage menantu pun tak buleh..

Anonymous said...

okeylah....cukup...cukup sudah.....ini semua pandangan kita...kita serahkan kpd pimpinan atas kita.....jgn kita bergaduh sesama kita.....kita perlu perkuatkan ikatan kita bermula dari hari ini......dan kita berharap pimpinan atasan berfikir dan bersetuju akan pandangan majoriti kita disini.....bila kita bergaduh disini...nampak sgt pecacai syaitan dikenali cuber menghasut antara kiter.....okey jom kuatkan ikatan antara kita.....

Anonymous said...

Mahu TS Khalid Ibrahim kekal sebagai MB, kekalahan pru banyak disebabkan pemimpin PAS tak jaga mulut dan tamak kerusi, PAS kena buat perubahan kalau tak lagi banyak kerusi hilang.

Anonymous said...

tak ingin aku...kalau PAS jadi menteri besar alamat jadi mcm kedah dan terenganu lah jawabnya...

agak agak kalau MB pas boleh tahan ker asakan dari SYABAS nanti?

apasal timbulkan isu mcm ni eh? aku ingat sebelum pilihanraya jer bodoh...rupanya lepas pilihanraya pon nak bodoh lagi. Ish ish UG sungguh!





Anonymous said...

KAH KAH KAH PAS MELUKUT LAGI,JADI NASI TAMBAH JELAH.MUKA TAK AMLU

Anonymous said...

Assalamualaikum.

Saya terpanggil utk memberi komen di sini apabila melihat tajuk yg tertera. Bagi saya YB Khalid telah menunjukkan prestasi baik dalam memimpin pucuk pimpinan Selangor lima tahun yg lalu. Walau bagaimanapun exco di selangor dr PAS hendaklah dilebihkan. Isu kilang arak yang dijadikan modal untuk pertukaran MB bukanlah satu alasan yang munasabah kerana semua keputusan diambil dalam mesyuarat EXco yg anggotanya dr ketiga-tiga komponen, bukannya keputusan MB. Jika tiada halangan birokrasi saya rasa dah lama tindakan di ambil, dari dahulu lagi. Apa yang perlu sekarang ialah kita mengorak langkah ke hadapan, bersatu hati serta berlapang dada. Jika Penang ketuanya DAP, Kelantan PAS apa salahnya Selangor diberi kepada PKR. Tunjukkan akhlak seorang Islam yang mulia yang mencerminkan keilhkasan dalam berdakwah bukannya semata-mata kuasa yang dikejar dan menjadi idola kepada semua bangsa di Malaysia.

Anonymous said...

Aiseyman lu orang cakap itu HUDUD untuk orang Islam saje ma.

Anonymous said...

Tolak khalid, dia tolak hudud, cam umno gak....

Anonymous said...

Yang dah ada iaitu Tan Seri Khalid dah bagus. Beliau berjaya menjadikan Selangor sebuah negeri makmur dam maju.

PAS jangan lah tunjuk sikap TAMAK lagi. Udah lah di Sg Aceh mereka cuba berentap dng PKR, last2 dua2 rugi.

Tumpukan pada negeri Kedah yg kalah yg telah memalukan PAS itu sendiri. Buangkan sikap bercakaran dan ego sesama sendiri.

Bagi aku statement yg keluar dpd mulut pemimpin atasan PAS iaitu "PAS BOLEH KELUAR BILA2 MASA DPD PAKATAN" menunjukkan sikap ego pemimpin.

Rakyat tidak suka pemimpin yg ego. Bila rakyat benci...itulah jadinya di KEDAH.


Anonymous said...

Aku tengok kepimpinan atasan PAS terutamanya dpd Terengganu umpama macam Yaser Arafat di Palastin. Masa muda dulu bukan main berperang dgn Yahudi, tapi, bila dah berumur/tua, boleh pulak berkawan dgn musuh. Macam tu lah jugak group kumpulan UG ni.
Boleh pulak ada hati nak berkawan dgn UMNO????

Aku rasa kena ada perubahan drastik dgn memberi peluang orang muda menerajui kepimpinan PAS yg ada.

Anonymous said...

majoriti pengomen di atas sebenarnya dari UMNO, menyamar..jadi batu ai pulak, mengadu domba .sore loser, padan muka.

Zul Nordin berkali-kali cakap 110% menag, dah tak tau sebut insyaAllah...PADAN MUKA,,,amek kau, UMNO Selangor

Anonymous said...

UMNO Shah Alam lagilah Malukut tepi gantang...ha,,ha,,,ha,,,tak ada teloq, duduk bawak ketiak katak zul

Anonymous said...

UMNO Sha Alam dari dulu lagi kena tipu tak sedar-sedar...dulu Aziz pendek, sekarang Zul katak....AMEK KAU, sokong lagi Najib tu!

Anonymous said...

betul...bubar saja UMNO Sha Alam tu...dungu, banguna bukab main besar, tapi ahli dungu-dungu belaka

Anonymous said...

jauh lebih baik khalid gagap dari khir Toyol dan kuncu2nya sebelum tu....perompak harta rakyat.

Anonymous said...

Ir Saari Sungip, TS Khalid Ibrahim dua-dua layak jadi MB...beritegriti dan berwibawa...

Anonymous said...

Apa2pun Khalid is the best.....
Pemikiran dan hala tuju beliau utk negeri selangor adalah lebih matang dan bijak dlm berpolitik

Anonymous said...

aku ahli pas kadang-kadang aku menyampah dengan perangai orang pas,baru menang 15 kerusi dah perasan boleh dapat jawatan mb,apa dia lupa ke PKR 14 dan DAP 15 Jumlah 29,kalau PAS nak sangat jawatan MB pergi join umno la,Apa masalahnya kalau Tan Sri khalid terus jadi MB.

Anonymous said...

Walaupun PAS ada 14 kerusi, tapi masih tak cukup jika dibandingkan dgn gabungan PKR + DAP = 26 kerusi.
Aku pasti DAp lebih mahukan PKR.
So, kalau diikutkan semangat setiakawan, yg majoriti yg dibenarkan oleh negeri Selangor lah yg layak jdi MB. So, PKR still menang/ So, aku rasa biarlah apa yg ada di kekalkan. dgn Tan Seri Khalid menjadi MB.

INGAT....TAMAK DAN HALOBA AKAN MERUGIKAN SEMUA.

Anonymous said...

ZUL KULUM SOMBONG DGN WARTAWAN...ITULAH JADINYA....
KEH..KEH..KEH...
101% AKAN MENANG.....!!!
MALUNYE.....

Anonymous said...

PI KUTIP KATAK YG DITENDANG JD CAKUN BUAT APA? MEMANG CARI NAHAS LA....
DAH TAK ADA ORG UMNO SHAH ALAM YG BERKELAYAKKAN DAN BAIK KE???

Anonymous said...

Kah kah kah...hang ni dengki sebenornye,jgn le marah..aku tk kisah bn menang semua negeri pun tk pe janji selangor pr menang..sayangilah selangor..kah kah kah..noh oh noh

Anonymous said...

Kalau duduk kutuk pakatan berlebih-lebihan, mencarut, maki hamun, tiada krtik yang membina, itu UMNO le. Konon menyamar jadi PKR atau PAS.

Menyusup macam setan..

Kalau ku punya blog akau dah tapis lama dah.

Anonymous said...

dah nama pun pakatan apa mau kira kerusi pulak.dulu kat perah pas paling sikit kerusi leh jadi mb sebab pakatan.kalau dah khalid tu bagus bagi ja kat dia.walaupun aku orang pas tapi bab berebut2 ni aku nyampah.

Anonymous said...

jangan gaduh2....blogger boleh tulis apa je....tapi pimpinan tertinggi lebih tau.....ramai batu api kat sini sebenarnya....
jangan risau....target Pas masih lagi negeri belah2 atas, kelantan, terengganu, kedah, Perlis....
negeri2 ni lebih sesuai untuk laksana hudud untuk dijadikan contoh keindahan hukum yang Allah ciptakan untuk umat manusia seluruh dunia....Pas tak pernah kalah sebab setiap usaha ke arah Islam akan diberikan ganjaran oleh Allah....

Anonymous said...

Khalid Ibrahim for Menteri Besar Selangor

Anonymous said...

tak payah nanti nanti sekarang pun dah ramai anak cucu kita dh menjurus ke jalan kesesatan..klu pas joint umno,amno akan menarik nafas lega kerana undi akan bertambah harta pun akan bertambah..dh tk perlu risau bab agama dh sbb dh ada kambing hitam..bukan setakat anak cucu meludah ,kencing dan berak lagi dh tp siap beromen kat pusara kita..hangpa boleh terfikir nk joint amno..pemimpin2 pr semua ok..yg tk ok sebahagian pengikutnye..betul la apa yg telah diberitahu dlm pr baik pas pkr mahupun dap mmg tetdapat talibarut amno yg d bayar(tk akn free punya) utk memporak perandakan pr..dh tetbukti pun maklumat tersebut..jd teruskan le tugas anda utk pecah belahkan pr..

Anonymous said...

Sesuatu yang baik hendaklah dikekalkan takde sebab TS Khalid Ibrahim perlu ditukar, saya nak tanya Pak Ibnu Hasyim adakah anda cuba buat provokasi atau ada agenda tersendiri. Diharap PAS tidak cuba menimbulkan kekecohan untuk menuntut jawatan MB dalam keadaan sekarang. Waktu ini kita semua penyokong Pakatan Rakyat hendaklah bersatu hati kerana pru 13 masih belum boleh dianggap selesai banyak perkara yang akan berbangkit selepas ini. Kalau kita dah bergaduh kerana berebut jawatan yang untung UMNO. Oleh itu mari kita bersatu hati untuk menghadapi cabaran dari umno.

Anonymous said...

Saya penyokong tegar PAS tetapi pentadbiran sebuah Negeri seperti Selangor memerlukan pakar ekonomi seperti TS Khalid Ibrahim. Tetapi PAS mesti pantau dan pastikan hal-hal agama Islam negeri Islam (mesti dapat persetujuan daripada PKR dari mula perbentukan kerajaan negeri) mestilah mengikut keputusan PAS. Nak buat hukum hudud, PAS tak dapat kerusi penuh tetapi PAS mesti pastikan perkara berikut mesti dibuat di Selangor 1) Ambil alih sekolah agama, pastikan tulisan jawi diperkenalkan kembali 2) Anak2 murid sekolah agama diperingkat Rendah mesti di "expose"kan kepada memahami bahasa Arab Al Quran dan lebih baik, mereka wajib menghafal dan faham sekurang2nya surah lazim. Anak-muda sekarang dan orang yg berumur kebanyak yang telah hanyut. Alhamdulillah, Jika tidak disebabkan negeri Selangor bebas daripada campur tangan hal ehwal ceramah dan pengajian dimasjid (dibandingkan negeri2 yang dkuasi oleh BN), Selangor masih kekal dlm pakatan. Letak sebelah Negeri Kelantan dan P. Pinang, anak2 muda dan orang2 Melayu dewasa bila mereka memilih BN (yang terang2 tolak hukum hudud) mereka sebenarnya telah ingkar (dalam bahasa Arab = kafir) kepada ayat Allah seperti Al-Imran (3:7), Al-Araf (7:40), An-An'am (6:39), Al-Kahf(18:103-105).

Hingga Nabi Muhammad SAW mengeluh bila ramai orang yang mengaku Islam masuk Neraka diakhirat nanti seperti yang dinyatakan dalam surah Al-Furqan (25:30).

Ayat-ayat Al Quran itu jelas. Bila kita sokong orang yang sesat, kita pun sama-sama termasuk golongan mereka dan jika mereka dan konco2 mati sebelum bertaubat, apa akan terjadi pada mereka. Sila lihat ayat Al Imran (3:91). Bertaubatlah...

Anonymous said...

siapa kata UMNO itu melayu dan islam? Betul ke? Tak pasti di sabah yang masuk UMNO tu melayu & islam? tu kena tanya orang sabah.

Anonymous said...

Nak bagi lingkup selangor bagi orang pas jadi mb.lagi baik panggil hasan ali jadi ahli pas dan lantik jadi mb dan ibnu hashim jadi setia usaha sulit.

Ibnu hashim nak bagi pecah belah pakatan rakyat

sizzly7761 said...

Selangor ni negerinya Multiracial! Bukan macam Kelantan! Di Kelantan PAS memang sesuai jadi MB sebab ketokohan TGNA dan exco-exco muda PAS yang berketerampilan macam YB Husam dan YB Takiyuddin! Di Selangor, tokoh dari PKR lebih layak sebab selangor perlukan seseorang yang rajin, kreatif dan punya urustadbir yang cemerlang untuk tarik pelabur dan belanjakan wang dengan cermat dan tahu sepak terajang koporat! Kecemerlangan TS Khalid dah terbukti dengan penambahan kerusi PR di Selangor! PAS ada tokoh yang boleh diketengahkan untuk membantu TS Khalid seperti Khalid Samad,Saari Sungib dan beberapa nama lagi! YB Azmin Ali dari PKR sekalipun belum layak untuk tadbir selangor sebagai MB. Jelasnya MB Selangor pada saat ini hanya sesuai dengan TS Khalid Ibrahim berdasarkan track record pencapaian selama 5 tahun ini. Tokoh seperti Azmin, khalid Samad insyaAllah boleh belajar sambil membantu TS khalid sebagai training ground untuk jadi pelapis MB Selangor di tahun mendatang! Janji jika PR masih memerintah Selangor! Untuk masa ini kalau tukar kepada PAS atau tokoh lain PKR sebagai MB , alamatnya 5 tahun lagi Selangor akan di tawan BN! Cubalah tukar MB kalau nak sangat Selangor jatuh ketangan BN.

Anonymous said...

KHALID IBRAHIM LAYAK MENTRI BESAR.KALAU DI PERAK DULU PAS KERUSI TERENDAH BOLH JADI MB.SEKARANG NI PKR KRUSI TERENDAH TAPI KHALID IBRAHIM LAYAK JADI MB.RAKYAT SEKARANG MEMANDANG SAMADA BERLAKU PEREBUTAN ANTARA PARTI.KLU ADA PEREBUTAN AKU DAH X PERCAYA LAGI PADA PAKATAN.GOOD BYE....

Anonymous said...

Buat masa ni yg terbaik ...mungkin kekalkan mb yg sudah berwibawa dan rekod yg baik...

Anonymous said...

Aku harap PAS jangan buat perangai macam kat Kedah. Dah elok2 Azizan jadi MB, ada la puak geng yg nak jatuhkannya. Bikin malu lah. Sekarang ni cuba tengik kay kEdah...apa dah jadi. Rakyat malu tengok perangai buruk berebut nak kuasa ni tau. Belajar lah dpd Kelantan....wa respect Kelatan tau....lebib 22 tahun memerintah rakyat seluruh negara terus menghormati mereka.

Anyway....YB Khalid Ibrahim still the best. Yang lain semua wakil rakyat yg dilabtik kena support lah dia. Jangan jadi sekam dalam api sudah lah.

Anonymous said...

Aku ahli umno...aku sokong ts khalid jadi mb...tp pas pun bagus juga...tak semua org perfect... bg pas try pun apa salahnya...

Anonymous said...

NAK BAGI JAHANAM SELANGOR BAGI KAT PAS MACAM DI KEDAH BN BUKAN KUAT PUN TAPI PAS NI TAMAK BILA ADA KUASA ASYIK BEBALAH SESAMA SENDIRI RIUH SATU KAMPUNG....AKU ORG KEDAH TAU MACAM MANA PEMIMPIN PASSYOK GADUH...

Unknown said...

pas pkr dap semua satu pakatan bt apa namakn pakatan kalau x boleh berpakat kalau mcmni perangai lupakan la putrajaya,baru nk perintah selangor dh berbalah apalagi nk perintah malaysia,bg pd yg layak jgn beri pd yg tamak dh bagus la ts khalid punya rekod apa nk tukar..bukankah dia dlm pakatan juga

Anonymous said...

Berebut la lagi wahai pemimpin Pakatan.. PRU14 nanti takyah la bergabung lagi.. tgk leh ke jd kerajaan.. bongok..

dah dpt sorang satu negeri tu tadbir la dgn bijak dan amanah.. tunjukkan pd kami pengundi kamu yg kamu leh mentadbir lebih baik dari parti lawan.

kata Pakatan.. tp tak sepakat punnn.. kecewa aku

Anonymous said...

orang BN senyum lebar dapat tawan Kedah semula akibat kebodohan pemimpin PAS yang sentiasa membelakangi pemimpin pusat asyik syok sendiri sekarang baru padan muka nak rampas Kedah entah bila pulak sbb tak pandai guna peluang sebaik2nya bila mentadbir....

Anonymous said...

Apa? Bagi PAS jadi MB? Sudah...biar dia melingkopppp. Biar PAS jadi timbalan sudah la. Timbalan yang buat kerja sambil belajar la. Sekian harap maklum.

Anonymous said...

saya sokong Dato Khalid PKR diberi mandad semula kerana prastasi beliau memimpin Negeri Selangor amat cemerlang,walau pun saya ahli PAS tapi saya berkeyakinan pd beliau biarlah PAS jadi timbalan

andah said...

Ana selalu mengikuti blog ini. Saya dapati ia penuh dengan spekulasi dan provokasi. Contohnya, seperti atikel ini. Cuba jangan timbulkan perkara yang membabitkan PR yang boleh menimbulkan pertikaian. Biarkan orang yang berkaitan buat keputusan. Kemudian kita ulas.

andah said...

Ana selalu mengikuti blog ini. Saya dapati ia penuh dengan spekulasi dan provokasi. Contohnya, seperti atikel ini. Cuba jangan timbulkan perkara yang membabitkan PR yang boleh menimbulkan pertikaian. Biarkan orang yang berkaitan buat keputusan. Kemudian kita ulas.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim adakah anda cuba melagakan PAS dengan PKR, anda tidak seharusnya menulis artikel ini kerana boleh menimbulkan syak wasangka antara kedua-dua parti. Maaf cakap tapi saya rasa PAS ni macam tamak sikit kena sedar PRU kali ni PAS hilang banyak kerusi parlimen dan dun(bukan selangor). Boleh kata majoriti orang Melayu menolak PAS(kecuali Terengganu dan Kelantan). Mintak perkara ni tidak berulang lagi.

Anonymous said...

Aku rasa kalau PAS berada di luar Pakatan Rakyat mungkin Pakatan Rakyat dapat lebih banyak kerusi Parlimen dan mungkin boleh tawan banyak negeri. Elok PAS dibubarkan dan sertailah PKR atau DAP. PAS dah takde masa depan orang melayu sendiri menolak PAS.

Anonymous said...

PAS tamak padan muka hilang Kedah. Tulah tamak lagi nak bertanding banyak kerusi konon macam la boleh menang hoi ularmak Pas sedar sikit orang ISLAM sendiri menolak anda

Anonymous said...

Kenapa Tok Guru tidak jadi MB kelantan sebab dia tahu PAS dah mula hilang kekuatan, PAS hilang wow factor dan faktor penarik terutamanya dikalangan orang melayu. Kenapa sibuk dengan hudud padahal ada banyak lagi isu. Orang cina dan india tak takut dengan hudud tapi majoriti melayu yang beragama Islam tak faham pasal hudud. Korang ni asyik beri penerangan hudud kat orang bukan Islam tapi kurang kepada orang Islam, lepas tu berebut nak jadi PM, Pas tidak hormati kawan dan sekutu contoh Kota Damansara, kat kedah pulak MB dan exco bergasak sama sendiri tapi tak nak mengaku pasal ni Kedah kalah, kalau PAS terus begini gerenti satu hari nanti PAS akan ditolak secara total oleh rakyat Malaysia. Rasanya PAS dah kena denial syndrom macam UMNO. Silap haribulan PAS akan ditendang keluar dari Pakatan Rakyat. PAS tolong ubah diri anda sebelum ubah Malaysia. Jangan perasan parti anda ni popular kat rakyat. Takde popularnya lagi dibenci mungkin ada.

Anonymous said...

Pemimpin PAS giler kuasa, ahlinya pulak suka tengok aurat wanita contoh Ibnu Hasyim

jamal said...


jadi MB, cm selangor ni bukn cm jga sekolah tadika kena org yg pakar dlm bidang ekonomi juga trategi dlm politik. u pasl BN umno mengasak cm 2 kempen syangi selangor jatuhkn PR. klu bkn kerana kepakaran MB juga di bantu oleh pensihat rasa tersungkur cm pas kat Kedah lh. saya pun rasa ada yg x kena gn pimpinan pas cm x akur dgn pimpinan .. kadang dlm kes pertindihan calon di tgnu .pas terpaksa tasrik diri walapun berat tpi kerana setia kwn kena rela dlm paksa. tpi tidak gn pas cintoh kes sg aceh pas msh bertanding n kempen utk pas sdg kn pust dh setuju gn Ciku Burd akhir nya ibarat kita kita sush payah bekrekara org lain yg ambik percuma. kad kota Damasara cm tu gak.dh setuju Bgi dr nasir berdsar kn perjanjian 3 kerusi kat thganu tu .pas mash letak calon akhirnya pkr n pas ruga Bn yg untung,. DR nasir 14 ++k pas 7K++ BN 16k ++ klu gabung pas gn pkr dh 22 K nmpk dlm hal2 berpolitik ni pas kena berpdgn jauh jgn tamak kita dlm pr kena tolerasni bukn asik berprng sesam sendiri kata kwn to komunis lh kita ni yg islamik tpi cra berpolitk x islamik kepada blogar jgn timbulkn isu cm ni bahaya/ tq

Anonymous said...

Pakcik2 dan abang2..
Jangan lah kita tertipu dengann segala analisa,pendapat, rumusan berkaitan data keputusan hasil PRU 13 ini.....sehari dua nie telah mereka rancangkan agar rakyat dilambakan agar terbelengu dengan berbagai maklumat dan pendapat sampah hasil keputusan tersebut...kangkung2,veteran2 cap ayam dipanggil untuk berhujang panjang2,merapu2 agar rakyat lesu dan mengantuk....
Persoalah dan perbincangan terhadap ketulinan prinsip dan kejujuran pengendali dalam mendapatkan keputusan PRU ini diusahakan agar dilupakan....sedangkan ianya perkara asas untuk dititik beratkan...kalau tidak sampai kiamatlah rakyat dibodoh2kan....peribahasa yg telah tersedia untuk Melayu kumpulan ini adalah 'bodoh sombong'
Pakcik2 serta abang2...kita menentang pembelotan dan pecah amanah oleh gerombolan kerana tuntutan agama Islam dan diatas sifat dan nilai asas semulajadi manusia mencari kebenaran seterusnya keadilan...ini menghasilan keharmonian dlm kehidupan seharian rakyat...
Pakcil2 dan abang2....
Demi kesempatan usia yg masih dipinjamkan ini......lupakanlah segala ketamakan diri akibat godaan habuan.....
Langkah yg paling penting adalah memastikan SPR menjawap segala kepincangan yg dikesan semasa perjalanan PRU 13 ini...jika terbukti keraguanya maka audit dalaman wajib dilakukan..
Pakcik2 dan abang2 sekalian....sedarlah semua bahawa kita rakyat telah diperdaya.

Anonymous said...

Salam, saya pun ahli pas tapi saya setuju Tan Sri Khalid dikekalkan di atas rekod kecemerlangan sebelum ini. Mungkin kali ini Pas kena berlapang dada dan memberi peluang untuk DS Khalid meneruskan perancangan memajukan Islam & ekonomi di Selangor. Wallahua'lam.

Anonymous said...

Nak hapuskan kilang arak?

DAP takkan kasi punya. Diaorg sanggup gabung dengan BN nanti kalau PAS perintah dan minta na hapuskan kilang arak tu

Anonymous said...

PAS ni tamak macam anjing dengan bayang-bayang sendiri, Muktamar yang lepas mintak jawatan PM, sebelum pru cakap siapa PM belum ditentukan padahal semua dah setuju Anwar akan dilantik sebagai PM kalau menang, bertanding banyak kerusi menangnya sikit macam handal sangat, kerusi yang telah diberi kepada parti sekutu pun nak kacau daun apa jadi dua-dua rugi, baru menang lebih sikit kat Selangor dah mintak jawatan MB, sebab tulah rakyat menolak PAS. Kata perjuangkan Islam tapi giler kuasa. PAS eloklah anda bermuhasabah kelemahan anda.

Anonymous said...

TS Khalid memang layak..tapi puak UG Pas akan usaha untuk merebutnya..bukan dusta, sangat pasti!!

Anonymous said...

Ibnu Hasyim ni pun tergolong dalam puak UG atau puak Beras Jati Hasan Akidah ?

Anonymous said...

UBAH di Selangor, kami mahukan HUDUD dilaksanakan dibawah pimpinan Tuan Guru Hj Sa'ari Sungib... hidup Pak Abu..!!!

Tembakau Jawa said...

Anon 7 Mei 7.14pm, cuba anda lihat di Mesir walaupun Ikhwan Muslimin telah menguasai pemerintahan tetapi mereka masih belum menggubal dan melaksanakan hukum hudud kenapa. Jawapannya mereka tahu rakyat Mesir dah jauh dari Islam kalau laksanakan hukum hudud boleh mencetuskan penentangan rakyat. Saya percaya mereka akan laksanakan hudud satu hari nanti tapi mereka hendak rakyat faham apa itu Hudud. Begitu juga di Malaysia majoriti umat Islam dah jauh dari Islam kalau Pas buat juga akan berlaku penentangan dari umat Islam sendiri. Saya secara peribadi memang ingin melihat bukan sahaja hudud tetapi semua hukum Allah dilaksanakan. Tetapi kita kena rasional umat Islam di Malaysia telah jauh dari al-quran dan hadith. PAS kurang memberi penerangan tentang hudud kepada rakyat kalau ada buat pun hanya di Kelantan. PAS perlu buat ekspo,dialog,kursus penerangan hudud di Selangor dan Pulau Pinang, negeri lain memang susah sikit nak buat barulah rakyat boleh tahu apa itu hudud. dan satu lagi golongan HARDLINER macam anda dan Ibnu Hasyim tidak fikir panjang, kenapa Selangor boleh kekal tetapi KEDAH JATUH KEPADA BN, kalau MB Selangor dari PAS ada kemungkinan BESAR Selangor pun akan kembali ke BN pada PRU 14. Tolong fikir guna akal yang rasional bukan kerana TAKSUB yang keterlaluan. IBNU HASYIM anda memang degil masih lagi nak buat provokasi, dalam akhbar SINAR HARIAN hari ni 8.5.2013, Datuk Mustafa Ali Setiausaha Agung Pas dah umumkan Pas mahu Tan Sri Khalid Ibrahim kekal sebagai Menteri Besar Selangor kenapa nak siarkan lagi tulisan ni. Nampak anda IBNU HASYIM tidak TAAT dan PATUH kepada pimpinan Pas pusat sama macam Pas Kota damansara yang degil. Assalammualaikum.

Anonymous said...

Dari Sinar Harian.SHAH ALAM – Pas Pusat tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor walaupun Pas Selangor mempunyai kelebihan satu kerusi berbanding PKR di Selangor dalam Pilihan Raya Umum ke13 (PRU13) baru-baru ini.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali berkata, demi semangat setia kawan dalam Pakatan Rakyat (PR) bersama PKR dan DAP, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

“Kita (Pas) tidak pernah tuntut, tidak pernah bercadang, tidak berhasrat pun ke arah itu. Kita sudah putuskan untuk kekalkan yang sedia ada (Abdul Khalid). Tunggulah dalam masa seminggu ini akan diumumkan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Semalam, Sinar Harian menyiarkan laporan siapakah bakal memegang jawatan Menteri Besar Selangor memandangkan ketiga-tiga parti mempunyai jumlah kerusi hampir sama, iaitu Pas dan DAP sebanyak 15 kerusi manakala PKR 14 kerusi.

Pengerusi PR Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, bakal Menteri Besar Selangor akan diumumkan minggu depan selepas pucuk pimpinan tertinggi PR memutuskannya, individu itu akan mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Pemilihan kini tertumpu kepada calon Pas dan calon Melayu-Islam PKR kerana calon DAP tidak tersenarai memandangkan syarat status quo calon menteri besar mesti terdiri daripada calon Melayu-Islam dan mendapat perkenan Sultan.

Walaupun keputusannya akan diumum minggu depan tetapi beberapa nama mula disebut-sebut menggantikan Abdul Khalid, antaranya Abd Rani Osman, Iskandar Abd Samad, Dr Ahmad Yunus Hairi, Sallehen Mukhyi dan Mohd Shafie Ngah.

Anonymous said...

tan sri khalid je la.
PAS-KELANTAN
DAP-PENANG
PKR-SELANGOR

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails