Monday, May 06, 2013

Pengajaran Kepada PAS Kedah & Lain2 Tokoh.



Oleh TKOOffline

PAS Kalah di Kedah. Ramai tokoh PAS kalah kali ini
Keputusan PRU-13 kali ini untuk PAS, nak kata teruk taklah teruk sangat. Tapi banyak perkara kena buat analisis. Kedah jatuh ke tangan BN, macam sebelum ini Terengganu jatuh. Bila jatuh sukar nak bangun semula. Kerja kuat pun sekurang-kurang 2 kali PRU, maknanya 10 tahun baru boleh bangkit sedikit.

Keputusan Kedah semasa saya menulis artikel ini ialah BN 20, PR 12 dan ada lagi yang masih belum diumumkan secara rasmi. BN kali ini, tidak seperti dulu, dia akan 'guna otak' dan belajar daripada kesilapan. Melainkan kalau dia bangang sangat mengekalkan keadaan asalnya. Saya ramai PAS Kedah melalui jalan sukar...

Ramai tokoh besar kalah Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr. Haron Din tewas di kerusi Parlimen Arau, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu kecundang di Parlimen Pendang, Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa yang tewas kepada Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Parlimen Putrajaya dan Naib Presiden PAS yang tewas ialah Salahuddin Ayub tewas kepada calon BN, Datuk Nur Jazlan di Parlimen Pulai.

Ada lagi yang besar tapi tak berapa besar kalah juga, saya tak sebut satu persatu. Semuanya ada sebab dan PAS kena cari sebab itu secara 'detail'. Kaji dan cuba buat suatu perancangan yang lebih baik untuk masa akan datang.

Sebab apa PAS nampak macam celaru sikit untuk PRU kali ini? Ini saya nak bincang secara ringkas. Banyak perkara PAS buat orang luar lihat macam tak 'sempurna'. Saya sebut secara ringkas juga misalnya.

1, Isu menjatuh hukuman kepada ahli, nampak macam tak konsisten.
2. Kepimpinan PAS kadang kala bercanggahan pendapat secara public..
3. Isu-isu agama yang 'nampak' (mungkin tak) macam kendur.
4. Tidak serius pasal moral dan intergriti.
5. pelaksanaan undang-undang Islam nampak macam 'leweh' (tak seriuslah..)

PAS kena kemas konsepnya. Dulu PAS bertanding banyak kali kalah, tapi orang nampak PAS tu solid... sekarang tak solid.. 'menatang apa' tak solid tu aku rasa engkau orang boleh faham!

6 comments:

Anonymous said...

"pelaksanaan undang-undang Islam nampak macam 'leweh' (tak seriuslah..)"

Sebab 'tak serius' orang melayu Islam tolak PAS dan kembalikan BN yang langsung menolak hukum Islam?

Bukankah tak logik itu?


wan said...

kalau tengok waktu ceramah, wah control habih... takut orang yang datang ceramah pun orang tu juga atau depa mai nak dengak cerita saja.. lepaih tu time pangkah depa pangkah B/end... rasa2 ada silap man2 atau kelaku wakil yang mengundi tu depa tak suka kut... cuba check balik...

MADDUHA said...

INI KALI KEDAH KALAH SEBAB SIBUK BERJUANG BERHIAS MARKAS SERUPA NAK MASUK PERTANDINGAN. BLAH LAH EMPA.

PM said...

Kesian penyokong pas...

PM said...

Kesian penyokong pas...

Salaam said...

Dulu 2008 aku undi Pas sbb nengok muka2 calon dia,ulamak dia dan penyokong totok dia ada sejuk hati tapi sikalang 2013 aku nengok semua muka Pas dgn keboringan..! sori aaa jgn marah ahh..tapi hati urusan Allah kan..so lu pikir2 laa.!so kali ini aku pangkah BN..jgn main2 sama Silent Majoriti kita ada 4 juta org..! lagi satu bloggers PR skrg so boring...mcm ini blog asyik2 crita pasal seks..lol!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails