Tuesday, May 07, 2013

Facebook: PAS Kalah Di Kedah Saja.. Azizan Taggungjawab?

Facebook Mendesak Azizan Letak Jawatan??



Terjumpa Facebook Minta Azizan Letak Jawatan. Facebook ini baru lagi, maknanya selepas PRU-13. Saya mungkin 'kurang cerdik' letak jawatan apa? Menteri Besar ke? Hangpa dok gaduh nak dia letak jawatan akhir Allah terima doa hangpa semua.. Apa lagi boleh buat kenduri kesyukuranlah.

Letak Jawatan Persuruhjaya PAS Kedah?? Tahu tak jawatan itu adalah hak mutlak Presiden. Kalau galak sangat nak suruh letak jawatan, pi lah jumpa presiden senya-senyap. Tak payah heboh satu Malaysia (dunia..).

AnakKedah007 yang melancarkan Facebook ini menulis "Pada kami beliau mesti bertanggungjawab akan kekalahan negeri KEDAH... Jadi kita lihat siapa yang nak follow kami membuat reformasi ini"

Alasannya bahawa PAS hanya kalah di Kedah sahaja tidak di negeri-negeri lain dan Azizan harus bertanggungjawab.

Saya pun tulis artikel pasal "Jika Gagal Letak Jawatan" tapi bagi saya nak buat facebook atau blog semata-mata nak desak individu tertentu untuk letak jawatan itu bukan cara PAS. Paling mudah saya buat perbandingan ialah Terengganu juga mengalami nasib yang sama seperti PAS Kedah.

PAS Terengganu tak terus pecat semua pimpinan lama seperti Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Dato' Harun Taib, Dato' Abu Bakar Chik, Dato' Mustafa Ali dan Dato' Wan Mustalib. Memang pada masa itu banyak serangan yang dilakukan di internet memburuk kepimpinan PAS Terengganu.

Sebagai seorang yang matang dan berada dalam perjuangan Islam, kita harus sabar, meneliti dan menghayati situasi dalam keadaan 'mata hati celik'.

PAS Terengganu mengatur perubahan secara baik, peralihan kuasa dilakukan dengan teratur dan tersusun. Yang tua tak akan tongkat langit!! Yang muda jangan gelojoh..

Akhirnya PRU-13 PAS Terengganu membariskan gabungan 50-50 golongan tua dan muda serta 50-50 golongan ulama dan profesional. 4 orang tua di Terengganu dikeluarkan.. Kan molek tu!!!

Kedah pun macam tu. Tak payahlah gaduh-gaduk di internet... buruk sangat perangainya!

Note:
Ni link facebook https://www.facebook.com/AzizanSilaLetakJawatan
Jangan pula engkau orang pi like... kalau tidak menyesal aku bagi link!!

7 comments:

Anonymous said...

Semua pemimpin yang kalah taknak bertanggungjawab sebab tulah PAS tak boleh nak maju. PAS dah serupa UMNO. Kalau ini berterusan takut-takut satu hari nanti PAS akan ditolak oleh majoriti rakyat masa tu padanlah muka PAS.

Anonymous said...

bodoh sombong tak boleh nak di tegur...

Anonymous said...

salam. lucu jugak ada org masih nk pertahan kan walau pn dah terang2 c kwn da gagal. pasal tu la xmaju. ada tu pulak siap bg analisa puncanya bukan pergeseran dalaman. ubat tu pahit. kena telan. ni dah jadi mcm terengganu 2008. kesan kemarahan rakyat kedah sampai parlimen pn bungkus. kesian mat sabu, mahfuz. cube belajar mcm kelantan dan selangor. kalo ikut suka padan muka.

Anonymous said...

Cuma heboh sudah mngatakan sikap Ust azizan yg terlalu brhemah dgn pihak UMNo semasa pntadbiran beliau,mmbuatkn ada unsur sabotaj dlm pajabat MB sendiri dan sudah tentu brkaitan projek. Ust Azizan seorg jujur dan musoh politik bg beliau bukan musoh peribadi dan hakikat itu gagal diterima pleh kpimpinan PAS Kedah trutama dikalangn Exco Kedah tu ler. Bila Exco PAs pun dilihat bergaduh ( brebut projek le gamaknya ),rakyat Kedah akan menilai. Aku trkejut masa dua Exco boikot apa ntah dan aku trfikir ini peluang UMNo yg baik. Memang betul rupenyer.

Anonymous said...

Inilah kehebatan Kepimpinan Ulamak yang sangat diwar-warkan dan jadi "war-cry" ulamak dalam PAS.Bodoh-sombong,tak boleh ditegur dan fikir depa aje yang betul.Depa ingat mentadbir negeri atau negara sama macam Kuliah Magrib.Pengalaman diTrengganu dulu,berulang diKedah dan kalau masih bebal lagi akan berulang diSelangor,mentang-mentang menang 15 kerusi.Kelantan juga terancam kerana TGNA telah berundur dan dengan terkeluarnya Husam dari barisan Exco,geng UG sudah boleh membonekakan Ahmad Yaacob yang juga kurang sehat.Sejarah tidak pernah berbohong - Trengganu pimpinan UG tumpas,Kedah pimpinan UG juga roboh dan kalau tak waspada dan celek PRU 14 Kelantan juga akan hilang.Dimana silapnya PAS?Ikut pepatah Cina: Ikan mula busuk dikepala.Ini pepatah berumur 2500 tahun,lebih awal dari Islam.

Anonymous said...

ini suma permainan umno dgn spr.petugas dgan penyokong dok sibok usha bangla smp kawalan yg lain abih longgar smp keta kuar masuk snang2 ja.spr plak main kotor dr dalam,umno plak modai dgn duit.abih cair iman org kampung smp sanggup jual undi.kna amik contoh org lembah pantai mcammana depa defend tmpt dorg..

Anonymous said...

Sendiri taip sendiri komen.mcm bagus sgtt.padahal bodoh dan teramat bebal.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails