Saturday, July 14, 2012

Iran-Hizbullah, Tarik Balik Sokong Bashar! -Abd Hadi



(Presiden PAS berbincang dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi)

TUNISIA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam berada di Tunisia dalam rangka lawatan bertemu pimpinan tertinggi Parti An-Nahdah selepas parti Islam itu berjaya memenangi pilihan raya negara itu Oktober tahun lalu.

Dalam kesempatan itu, Tuan Guru Abdul Hadi telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi sekaligus menyampai ucapan tahniah daripada PAS di atas kemenangan parti itu. Turut serta dalam pertemuan itu pemimpin Hizbullah, Palestin.

An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan.


(Ustaz Hadi menjadi tetamu dalam muktamar An-Nahdah)

Namun ia dinafikan dan An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara termasuk Dr Rashid Ganoushi sendiri. Namun pada pilihan raya terbaru Oktober lalu, iaitu selepas berlakunya revolusi rakyat di negara iti, An-Nahdah telah telah mendapat majoriti kerusi dan memenangi pilihan raya tersebut.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Munsif Marzouki, pimpinan An-Nahdah dilantik Presiden Tunisia yang baru. Kunjungan presiden semalam juga adalah bersempena dengan Muktamar kali ke-9 parti itu yang dibuat secara besar-besaran bermula semalam dan akan berakhir esok, 15 Julai.

Mengambil tema 'Masa Depan Kita Ditangan Kita', muktamar kali pertama diadakan secara terbuka itu turut disiar secara langsung melalui stesen televisyen tempatan. Muktamar tersebut juga turut menyaksikan kehadiran pemimpin gerakan Islam dari seluruh negara termasuk Ikwan Muslimin Mesir, Hamas Palestin dan Hizbullah.

Nyata pendirian isu Syria

Dalam pertemuan dengan Rashid Ghanoushi dan pemimpin Hizbullah itu, Presiden PAS turut menyatakan pendirian PAS dan gerakan Islam lain terhadap politik Syria. Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, PAS bersama dengan gerakan Islam lain menentang tindakan kejam regim Bashar Al-Assad terhadap rakyat dan pada masa sama juga menentang campurtangan kuasa barat di Syiria.

"Kita desak Iran dan Hizbullah menarik balik sokongan mereka sebelum ini terhadap Bashar.

"Dan PAS akan bersama-sama parti Islam lain akan berusaha bagi menyelesaikan masalah Syria tanpa campurtangan asing," katanya.

Sementara itu, hari ini pula Presiden PAS akan berada di Maghribi menjadi tetamu khas Perdana Menteri Abdul Ilah Kiran, juga bersempena Muktamar Parti Islam Keadilan dan Pembangunan di sini. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS

Dari IH: Tahniah Datuk Dr Mujahid!

http://2.bp.blogspot.com/-Y3v6TjCeATE/UADp17kYHoI/AAAAAAAAApg/GhMm1RCvjUQ/s200/mujahid+yusof+rawa.jpg
Mujahid

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof antara 1,138 yang tersenarai sebagai penerima anugerah kebesaran sempena hari jadi ke-74 Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang,Tuan Yang Terutama Datuk Seri Utama (Dr.) Abdul Rahman bin Haji Abbas. Mujahid dianugerah Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) yang membawa gelaran Datuk.

Mujahid yang kini merupakan Ahli Parlimen Parit Buntar dipilih menerima gelaran itu atas sumbangannya di peringkat antarabangsa seperti mewakili Malaysia ke Parlimen OIC serta mengetuai rombongan Sekretarian Muslim ASEAN (AMSEC) ke Afrika Selatan pada tahun 2001. Ahli Majlis Pimpinan Negeri PKR merangkap Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kasim turut dianugerah Pingat Jasa Masyarakat (PJM) yang membawa gelaran Datuk.

Difahamkan, tiada pemimpin DAP menerima anugerah kebesaran pada majlis penuh istiadat selama empat hari di Dewan Sri Pinang, George Town mulai hari ini. Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria mendahului senarai penerima anugerah kebesaran dengan Darjah Utama Pangkuan Negeri (DUPN) yang membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Tiga yang lain menerima Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri, manakala lapan orang menerima Darjah Gemilang Pangkuan Negeri (DGPN) yang turut membawa gelaran Datuk Seri. Lima orang dianugerah Darjah Mulia Pangkuan Negeri (DMPN) yang membawa gelaran Datuk.

Selain itu, 64 orang menerima Darjah Johan Negeri (DJN), 33 Bintang Cemerlang Negeri (BCN); 179 Pingat Kelakuan Terpuji (PKT); 341 Pingat Jasa Kebaktian (PJK); 333 Pingat Jasa Masyarakat (PJM) dan 114 orang Pingat Bakti Setia (PBS).

Komen Weblogt Ibnu Hasyim: Tahniah Datuk Dr Mujahid.dari Weblog Ibnu Hasyim.

Filem Contoh Terbaik Isi Wadah Artis Dlm PR (PAS)..


 
HALAMAN HIBURAN
KOTA BHARU: Peminat setia filem 'Ketika Cinta Bertasbih' (KCB), berpeluang bertemu watak utamanya Abdullah Khairul Azam atau Mas Azam pada 18 Julai ini bertempat di Balai Islam Lundang. Mas Azam atau nama sebenarnya Kholidi Asadil Alam, akan menjayakan Bicara Selebriti sempena Hari Hiburan Islam (Hai) yang ke-5.

Program berkenaan akan membariskan dua orang artis lagi, iaitu Ana Rafali dan Yat Hamzah di samping seorang pendakwah Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Pengarah program, Ustaz Ahmad Baihaqi Atiqullah, ketika memberitahu Harakahdaily berkata,  program yang akan diadakan pada jam 9.00 malam itu akan dipengerusikan persenoliti TV3, Amin Idris.

Menurutnya, jika sebelum ini penganjur menjemput watak utama filem yang sama Oki Setiana Dewi, namun atas permintaan ramai, menjemput Mas Azam pula. “Insyaallah, kita mengharapkan program siri ke lima ini mendapat sambutan orang ramai untuk mendengar sembang hiburan dalam bentuk dakwah dan pada masa yang sama kita juga akan disajikan dengan bicara dakwah,”ujarnya. (IH)

Komen Weblog Ibnu Hasim: Wadah bagi golongan artis yang menyertai Pakaan Rakyat atau PAS perlu diwujudkan. Filem ini adalah contoh terbaik sebagai aktiviti mereka.

N/Aziz, Teori Air Lior & Buku 'Senyumlah' T/Ibrahim.


TANAH MERAH: Buku 'Senyumlah' yang dikarang oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam telah diserahkan kepada Musyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika mereka bertemu di Tanah Merah pada majlis ceramah.

Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyerahkan buku tersebut di pentas utama ketika Tuan Guru Nik Aziz tiba di majlis ceramah. Sempat juga Nik Aziz membincangkan sesuatu mengenai catatan di muka belakang buku tersebut bersama Tuan Ibrahim, yang juga anak saudaranya.

Buku Senyumlah itu telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya, Peringkat Negeri Pahang pada 1 Julai yang lalu. Buku berbentuk motivasi itu juga merupakan buku sulung karangan Tuan Ibrahim.

Antara yang menarik di dalam buku ini ialah “Teori Air Liur” yang bakal membuka dimensi baru dalam konteks pemahaman agama. Tuan Ibrahim mengingatkan orang ramai bahawa selain bernafas, manusia juga menelan air liur dalam keadaan tidak sedar – seperti bernafas, untuk meneruskan kehidupan, air liur yang ditelan juga berperanan menentukan kehidupan manusia.

Air liur yang ditelan ketika sembahyang, beristighfar, berzikir adalah tidak sama ketika kita mengumpat – dan semua itu diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Tuan di dalam bukunya. Buku ini berharga RM17 untuk Semenanjung and RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk pembelian, sila rujuk ke pautan ini:  http://on.fb.me/MrWRjA

Kenderaan Istana Jemput Wakil Himpunan Oren



















SERAMAI kira-kira 5,000 peserta Himpunan Oren berarak daripada pintu Masjid Wilayah Persekutuan menuju ke Istana Negara petang ini bagi menyampaikan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.himpunan oren marchKumpulan berkenaan antara lainnya diketuai timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, ketua penerangan Tuan Ibrahim Tuan Man, pengerusi Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan Mazlan Aliman dan naib presiden Salahuddin Ayub.

Dalam perarakan bermula jam 2.20 petang itu, kumpulan berkenaan turut melaungkan slogan "Pecat Isa Samad", "Bebas peneroka" dan "Hancur Najib.
NONEPeserta berpakaian warna jingga itu dikawal ketat oleh anggota Unit Amal PAS yang membentuk rantaian manusia.

Tidak lama selepas itu, kumpulan berkenaan bagaimanapun disekat oleh sepasukan anggota polis yang membuat rintangan di persimpangan Jalan Dutamas 1 - Jalan Sri Hartamas 1.
mohamad sabu tuan ibrahim himpunan orenSekatan itu dibuat pada jarak dianggarkan 2 kilometer daripada Istana Negara.

Pemimpin kumpulan itu bagaimanapun meneruskan ucapan kepada para peserta sementara dua buah kenderaan Istana tiba ke kawasan tersebut pada kira-kira jam 3 petang untuk menjemput lapan wakil kumpulan berkenaan.


Lapan wakil tersebut, termasuk Mohamad Sabu dan Mazlan Aliman, membawa memorandum bagi memohon Yang di-Pertuan Agong masuk campur dalam isu penyenaraian Felda Global Ventures Holdings.
Wakil berkenaan, yang diiringi kenderaan polis, kembali menyertai kumpulan peserta Himpunan Oren kira-kira setengah jam kemudian selepas menyerahkan memorandum tersebut kepada pegawai perhubungan awam Istana Negara, Khairi Abdul Rahman.

Mazlan dalam sidang medianya selepas itu antara lainnya mengucapkan terima kasih kepada pasukan polis atas kerjasama yang diberikan kepada mereka dalam perhimpunan hari ini. (MK)

Wakli Oren Masuk Istana



KUALA LUMPUR: Lima orang dibenarkan memasuki Istana Negara untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong sebagai membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.

Mereka terdiri daripada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, Presiden Anak, Mazlan Aliman, Tamrin Ghafar, Dr Rosli Yaacop, wakil peneroka, Tanggam dan Siti Halijah Mohamad.


(Tuan Ibrahim berucap di perhimpunan Oren dari atas sebuah lori)

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan seorang peguam yang disenaraikan untuk menggantikan dua lagi yang tidak dihadir bagaimanapun tidak dibenarkan masuk.


Ini kerana pihak istana hanya merujuk kepada senarai asal.

(Mohamad Sabu menaiki kereta menuju ke Istana Negara di Jalan Duta untuk menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agung)


Mereka dibawa dengan kendera polis dan pihak istana kira-kira jam 3.20 oetang.

Penyerahan memorandum itu hanya sekitar 10 minit sahaja dan mereka kemudian menuju ke tempat para peserta Himpunan Oren berkumpul selepas perarakan, kira-kira 600 meter dari pagar Istana Negara.

Perarakan sempena Himpunan Oren itu bermula dari Masjid Wilayah Persekutuan kira-kira jam 2.15 petang diketuai Mohamad Sabu.





(Sebahagian peserta Himpunan Oren bagi membantah penyenaraian FGVH di bursa saham kerana ia merperjudikan nasib peneroka) (Hrkh)

Oren Menyerang Masjid India, K/Wilayah, J/Duta..


Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Sebahagian peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda bersama sepanduk di kawasan berhampiran Masjid Wilayah Persekutuan.
Himpunan Oren: Kawasan Masjid Wilayah, Kompleks Wilayah jadi tumpuan
Gerai-gerai yang dibuka sempena Himpunan Oren Selamatkan Felda di hadapan Masjid Wilayah Persekutuan.
KUALA LUMPUR - Kawasan Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kompleks Mahkamah Jalan Duta kini menjadi tumpuan dengan pihak polis mempertingkatkan kawalan menjelang Himpunan Oren Selamatkan Felda petang ini.

Pukul 12 tengah hari, dua bas dinaiki peserta Himpunan Oren Selamatkan Felda tiba di pekarangan masjid.
Sementara itu, orang bukan Islam telah berkumpul di Kompleks Mahkamah.
Pukul 1.15 tengah hari, kelihatan beberapa khemah telah didirikan untuk menjual baju berwarna oren dan hijau.
Menurut polis, pihaknya akan menutup beberapa jalan di sekitar Jalan Duta menuju ke masjid dan kompleks mahkamah bagi memberi laluan kepada Himpunan Oren Selamatkan Felda.
Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Zakaria Pagan berkata, Jalan Khidmat Usaha, Jalan Ibadah,  Jalan Duta Mas Satu dan Sri Hartamas akan ditutup secara berperingkat sepanjang perhimpunan tersebut diadakan.
Menurutnya, pihaknya akan membuat lencongan jalan untuk pengguna jalan raya lain.
"Peserta perhimpunan akan berkumpul di tempat letak kereta Mahkamah Jalan Duta sebelum berarak ke pintu tiga Istana Negara.
"Kita menganggarkan 3,000 peserta akan menyertai perhimpunan ini," katanya pada taklimat media di perkarangan Mahkamah Jalan Duta, di sini sebentar tadi.
Menurutnya, orang ramai tidak perlu khuatir kerana tiada laluan trafik akan berlaku.
Beliau berkata, anggotanya akan mengawal dan memantau keadaan bagi mengelakkan kejadian yang boleh menggugat keamanan.
Zakaria berkata, hasil perbincangan tiga kali dengan penganjur Himpunan Oren iaitu pada 6, 9 dan 13 Julai lalu, hanya lapan wakil mereka dibenarkan untuk memasuki pintu tiga Istana Negara bagi menyerahkan memorandum.
Menurutnya, peserta himpunan tersebut boleh menunggu lebih kurang satu kilometer daripada pintu Istana Negara semasa wakil mereka menyerahkan memorandum.
Himpunan tersebut yang dianjurkan Gerakan Selamatkan Felda (GSF) untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah berhubung penyenaraian Felda Global Ventures Holding (FGVH) di Bursa Malaysia.
Menurut penganjur dianggarkan lebih 20,000 orang akan menyertai himpunan tersebut. (Mimpi Senja)

Gelek Melayu, Maju Ke Zaman Arab Jahiliah Purba..

LIGAT...Putri mempersembahkan tariannya.
LIGAT...Putri mempersembahkan tariannya.

KUALA LUMPUR: “Saya tidak malu melakukan aksi gelek kerana pendapatan yang saya terima cukup lumayan,” kata penari gelek berbangsa Melayu yang bekerja di sebuah restoran Arab di ibu kota.

Pekerjaan sebagai penari gelek yang sebelum ini asing bagi masyarakat Melayu dan hanya boleh ditonton di kaca televisyen dan di negara Asia Barat, kini menjadi punca pendapatan lumayan bagi segelintir penduduk di Malaysia. Difahamkan kemunculan penari gelek Melayu berikutan peningkatan pelancong dari Timur Tengah yang mengunjungi Malaysia sama ada untuk melancong atau urusan perniagaan.

Putri (bukan nama sebenar) berkata, dia seronok melakukan pekerjaan sebagai penari gelek untuk menghiburkan pengunjung yang majoriti terdiri daripada masyarakat Timur Tengah. Malah, dia tidak kisah tubuhnya dijamah mata lelaki yang asyik memandang lenggok pinggul dan dada separuh bogelnya.

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Ertinya tidak ada usaha-usaha kerajaan Malaysia pimpinan UMNO untuk menyekat penglibatan wanita-wanuta Melayu yang konnnya 'terus maju', mengembalikan dan memundurkan masyarakat, ke zaman jahiliah Arab purba..

Mahu Baja? Tampal Dacing.. Jadi UMNO -N/Aziz

Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

KOTA BHARU - Umno dikatakan punca wujudnya jurang ideologi politik yang tinggi dalam kalangan rakyat sehingga menyebabkan perceraian. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, situasi itu berlaku kerana pemimpin Umno yang mula bertindak meletakkan jurang tersebut antara Umno dengan Pas.

“Pemimpin Umno sendiri membuat perbezaan antara Pas dengan mereka (Umno). Sedangkan Pas ini parti yang halal sebagaimana Umno berdaftar, kita (Pas) pun mendaftar sebagai sebuah parti.

"Jadi kenapa semasa lakukan pentadbiran di negara ini Kerajaan Pusat membezakan layanan antara Kelantan dengan negeri lain,” katanya kepada pemberita selepas Kuliah Mingguan di Dataran Ilmu di sini, semalam.

Nik Abdul Aziz berkata, beliau tidak pernah mendapat jemputan ceramah daripada pihak sekolah kebangsaan mahupun menengah sepanjang tempoh 20 tahun memegang jawatan Menteri Besar.

“Pernah berlaku kejadian yang mana ada Exco saya buat program rekreasi dan menjemput pelajar sekolah kebangsaan menghadiri tetapi ditolak, kenapa?” katanya.

Beliau yang juga Mursyidul Am Pas berkata, perbezaan layanan daripada Kerajaan Pusat terhadap negeri ini menyebabkan rakyat Kelantan khususnya penyokong Pas membentuk persepsi negatif kepada Umno.

“Contohnya mengenai baja padi dan di sini kenapa Kerajaan Pusat tidak bagi baja padi kepada Kelantan. Kelantan habis RM3 juta setahun beli baja khas kerana jika mahu baja, kena tampal logo dacing dan isi borang Umno dahulu,” katanya.

Terdahulu ketika dalam kuliahnya, Nik Abdul Aziz menempelak Umno sebagai dalang yang menyebabkan rakyat huru-hara.

Beliau mempertikaikan tindakan Kerajaan Pusat tidak memberi peruntukan dana untuk pembangunan Kelantan secara terus kepada Kerajaan Negeri tetapi menerusi Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) terlebih dahulu.

“Duit royalti petroleum Kelantan yang berapa ratus juta satu sen pun kita tidak dapat. Bila Kerajaan Pusat berbalah dengan Kerajaan Negeri ini secara tidak langsung rakyat negeri ini akan berbalah juga,” katanya. (SH)

Himpunan Oren: Sudah Bermula, Sekarang..


.
KL: Orang ramai mula berpusu-pusu ke Kuala Lumpur dari segenap penjuru masuk ke bandaraya bagi menyertai perhimpuna Oren membantah penyenaraian Felda Global Venture Berhad (FGVH) hari ini.

Walaupun perhimpunan dijangka akan bermula jam 2 petang, namun orang ramai mulai datang ke ibu kota sejak malam tadi lagi bagi mengelakkan kesesakan. Mereka tidur di surau dan masjid di sekitar ibu kota di samping hotel-hotel murah sekitar ibu kota.


Malam tadi mereka berkumpul di Taman Melewar bagi mendengar ceramah khas yang diadakan di sana.

Sebelum ini, Koodinator Gerakan Selamatkan Felda (GSF) Mazlan Aliman berkata, polis telah memberikan kebenaran kepada perhimpunan ini.


Para peserta himpunan dibenarkan berarak bermula di perkarangan letak kereta Kompleks Mahkamah Jalan Duta sehingga 600 meter dari pintu 3 Istana Negara.

"Kita akan hantar lapan orang wakil daripada GSF untuk mengadap Agung esok, nama mereka kita akan umumkan esok. Kita akan diringi dengan kenderaan ke Istana," katanya kepada media di pintu masuk Balai Polis Kepong selepas rundingan dengan polis semalam.

Mazlan berkata, perarakan yang dijangka sejauh 2.5 kilometer menuju ke Istana Negara akan dikawal serta diringi pihak polis dengan kerjasama 1000 anggota Unit Amal Malaysia.

Tambahnya, para perserta Himpunan Oren tidak dibenarkan menggunakan laluan utama sebaliknya menyusur ke tepi menghala ke Lembaga Peperiksaan kemudian menuju ke Segambut seterusnya ke pintu Istana Negara. (IH/Hrkh)



Adik Artis Ini Dipenjara Kerana Menyamun

alyah bertudung

HALAMAN HIBURAN

BERSALAH...Faizal (kanan) di luar mahkamah, semalam
 JOHOR BAHRU: Adik lelaki kepada seorang penyanyi wanita dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, semalam, selepas didapati bersalah menyamun seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura, Januari lalu.
 
Tertuduh, Mohd Faizal Abu Hasan, 29, dari Kampung Melayu, Gelang Patah, di sini, didapati bersalah melakukan perbuatan itu kira-kira jam 1.15 tengah hari, 23 Januari lalu, berhampiran sebuah masjid di Taman Tampoi Indah, di sini.

Dalam kejadian itu, Faizal dikatakan menyamun mangsa, Rohana Jamal dengan merampas beg tangannya sebelum melarikan diri.

Sebaik hukuman dijatuhkan, Faizal kelihatan tenang, namun beberapa ahli keluarganya yang berada di dalam kamar mahkamah sebak. Bagaimanapun, kakak Faizal yang juga penyanyi terkenal tidak hadir di mahkamah. (myMetro)

Siapa penyanyi ini?
alyah bertudung
Menurut HK Blog 13 May 2012 Adik Alyah, Faizal Abu Hassan Samun Ahli Perniagaan Di Singapura...
Adik lelaki penyanyi popular Alyah diminta membela diri di Mahkamah Sesyen Johor Bahru terhadap satu pertuduhan melakukan samun dengan merampas beg seorang ahli perniagaan wanita warga Singapura.
Mohd Faizal Abu Hassan di tuduh melakukan samun ke atas Rohana Jamal pada kira-kira jam 1.15 tengah hari di Taman Tampoi Indah di sini, 23 Januari lalu.

Gambar Alyah bertudung ni diambil pada majlis sempena majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim di Sheraton Imperial, Kuala Lumpur.

"Permudahkanlah Ya Allah S.W.T..Amin3" - Alyah
Semoga Alyah dipermudahkan. Amin. Alyah atau nama sebenar beliau Noor Hasliah telah berubah wajah. Walaupun sebelum ini beliau telah memakai tudung tetapi on dan off la aku perati. Sebelum ni kita boleh lihat Alyah bertudung di majlis meraikan anak-anak yatim pada bulan Ramadhan tahun lepas.
Baru-baru ini di Twitter, Alyah telah meng-upload gambar beliau dan kelihatan beliau ingin melakukan perubahan imej memakai tudung. Baguslah, kalau terus pakai tudung dan menutup aurat itu kan lagi bagus.Lihat wajah Alyah bertudung di bawah. (IH)

Friday, July 13, 2012

Sukan Ini, Malaysia & Islam..

  
SUKAN
 
Aksi Memanah
Sebahagian daripada pemanah beraksi dalam kategori Compound 70 meter dan Recurve 70 meter bagi acara memanah wanita individu. - Foto Bernama
 Suku Akhir Hoki Wanita
Pemain Selangor, Nurul Safiqah Mat Isa (tengah) cuba melepasi pertahanan Perak ketika beraksi pada perlawanan Hoki Wanita peringkat suku akhir Sukan Malaysia (Sukma) ke-15. Selangor menewaskan Perak 4-0. - Foto Bernama
Aksi Menarik
Aksi penerjun Wilayah Persekutuan, Nur Dhabitah Sabri yang memenangi pingat emas dalam acara tiga meter papan anjal wanita. - Foto Bernama
 
Terjatuh
Atlet Wilayah Persekutuan, Lung Kai Chin terjatuh ketika beraksi dalam acara 3000 meter lari berhalangan wanita di Stadium Darul Makmur, hari ini. - Foto Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Sukan yang mana sesuai dengan agama Islam, terutama di Malaysia. Sukannya atau pakaiannya? (IH)

Padang Kota P.Pg Lulus RM200,00, Unt Surau


 

  Yusof menunjukkan tapak surau yang akan dibina
GEORGETOWN: Hasil cadangan Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dari PAS akhirnya Kerajaan Negeri Pulau Pinang meluluskan peruntukan RM200,000 untuk membina sebuah surau berhadapan Pusat Peranginan Padang Kota Lama.

Ahli Majlis MPPP, Mohd Yusuf Mohd Noor memberitahu, pembinaan surau tersebut meleraikan kegelisahan Umat Islam untuk menunaikan solat takkala berada di tepian pantai menghirup udara nyaman bersama keluarga.
Baginya, ia satu kejayaan apabila suara PAS didengari walaupun PAS hanya mempunyai dua orang wakil dalam MPPP.

"Umat Islam patut bersyukur ke hadrat Ilahi kerana adanya dua orang wakil PAS dalam MPPP pembinaan surau di Padang Kota Lama menjadi kenyataan.  Nak biarkan Umno bersuara sampai bila pun tidak berani, " jelasnya ketika bersama Harakahdaily meninjau lokasi surau berkenaan.

Pembinaan surau itu tambahnya, tetap mengutamakan warisan asal dengan mengekalkan tiang dan bumbung sedia ada di tempat letak kenderaan memandangkan kawasan Georgetown telah diiftiraf 'Tapak Warisan Dunia' oleh Unesco.

Di sana nanti akan dibina dua bilik sembahyang lelaki dan perempuan, tempat wuduk serta tandas.

Sejak 50 tahun lalu katanya, Umno samada melalui Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) atau pun Ahli Majlis MPPP langsung tidak berminat untuk menyuarakan betapa pentingnya sebuah surau di lokasi tersebut.

Mereka sambungnya, hanya mementingkan hiburan dan pembinaan infrastruktur di keliling Padang Kota seperti lampu hiasan, laluan pejalan kaki dan medan selera walhal perkara wajib untuk Umat Islam tidak difikirkan langsung.

"Inilah yang dikatakan Umno mereka tidak berfikir untuk kebaikan umat Islam keseluruhanya melainkan perkara menuju keseronokan semata-mata.

"Mana dia pemimpin Umno dan Ahli Majlis yang dilantik ketika era pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu, " tegasnya yang juga Yang Dipertua PAS Jelutong.

Sekarang ini sebut harga telah dikeluarkan oleh MPPP di mana lima kontraktor melayu telah membida untuk masuk tender.

"Kelulusan tersebut merupakan lonjakan politik PAS di kaca mata masyarakat Islam terutamanya.  Umat Islam boleh menilai yang mana untung berada di era BN atau Pakatan Rakyat, " ujar beliau.

Pada bulan Mei lalu buat pertama kalinya juga laung azan Magrib dan Insya berkumandang di padang Kota Lama  di progran santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Bob Lokman, Sham Kamekaze dan Ali XPDC sempena Karnival Kepenggunaan Pulau Pinang. (Hrkh)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sepatutunya di tempat peranginan itu sudah lama ada surau, tetapi apa nak buat, kerana BN perintah puluhan tahun, walaupun ramai orang Islam ziarah di situ. Kalau takdak Pakatan Rakyat (PAS &;....) mungkin takdak surau di situ agaknya.....

Nik Aziz Ulas, S/Isteri Bercerai Kerana Beda Politik


Nik Aziz kecam Harussani
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

MACHANG - “Perkara inimendukacitakan.” Demikian reaksi Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika mengulas tindakan sepasang suami isteri di Pasir Mas yang bercerai kerana berbeza fahaman politik.

Nik Aziz  yang juga Mursyidul Am Pas berkata, politik sepatutnya dijadikan asas untuk memberi kebaikan kepada masyarakat. Malah katanya, perkara itu bukan baru di Kelantan memandangkan ada sesetengah pihak sanggup menyalahgunakan politik dalam kerajaan.

“Kenapa politik dijadikan batas atau penghalang. Ia mendukacitakan,” katanya selepas perasmian Projek Pembangunan Tanah Anak Muda Kelantan di Kampung Selimbar Ulu Sat, semalam.

Sementara itu, Pengerusi Jawatan Kuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Wan Ubaidah Omar yakin masih ada beberapa alasan lain termasuk mereka tidak serasi hidup bersama.

“Kerajaan Negeri mengambil berat hal ini terutama atas alasan kecil," katanya.

Sementara itu,  di Pasir Mas, sehari selepas penceraian ada sinar baru buat pasangan warga emas, Che Hasnah Che Ahmad, 61, dan bekas suaminya, Yahya Ibrahim, 78, apabila masing-masing menyatakan kesediaan untuk kembali bersama.

Yahya dan isterinya Che Hasnah.
Yahya dan isterinya Che Hasnah. 
S

Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri.

Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.

“Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas).

“Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya ketika menerima kunjungan Timbalan Ketua Umno Pasir Mas, Che Johan Che Pa.

Semalam, Sinar Harian melaporkan, bekas suaminya, memfailkan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah pada 24 Jun lalu dan menjatuhkan talak satu di hadapan Hakim Syarie, Mohd Hafiz Daud. Sementara itu Yahya berkata, perceraian ini bukanlah berpunca daripada perbezaan politik, sebaliknya ia membabitkan kekuatan agama masing-masing.

Bekas anggota keselamatan ini juga menafikan punca perceraian disebabkan tindakan bekas isterinya itu menghadiri ceramah dihadiri bekas Naib Presiden Pas, Datuk Dr Hasan Ali. (Sumber SH)

RM160J Najib Beli Babi Dikandang?

 
















SHAH ALAM: Umno BN didakwa sanggup membayar RM160 juta kepada Ahli Parlimen PKR bagi mendapatkan majoriti 2/3 di parlimen sewaktu Datuk Seri Najib Razak mula-mula mengambil jawatan Perdana Menteri.

Ahli Parlimen Tanah Merah, Amran Ab Ghani memberitahu proses pembelian Ahli Parlimen memang berlaku sewaktu Najib mula-mula menjadi Perdana Menteri. Menurutnya lagi, beliau bersama tujuh lagi telah ditawarkan dalam bentuk pakej iaitu seramai lapan orang bagi mendapatkan majoriti kepada BN di Parlimen.

"Kami seramai lapan orang ditawarkan RM10 juta seorang tetapi dinaikkan sebanyak RM20 juta bagi tujuan mendapatkan majoriti 2/3 di Parlimen.

"Menurut mereka bayaran ini akan dilaksanakan jika kesemua kelapan-lapan Ahli Parlimen lompat," jelasnya pada sidang media di bangunan Annex, di sini.

Beliau turut memberitahu, kesemua mereka tidak perlu lompat masuk ke Umno tetapi cukup sekadar sebagai Ahli Parlimen bebas dan memberi sokongan kepada BN.

"Mereka menjanjikan RM10 juta akan diberikan dalam bentuk aset bangunan kedai manakala RM10 juta lagi diberi tunai.

"BN mengarahkan kami semua tinggal di Indonesia selama dua tahun sehingga semuanya reda," tambah Amran.

Amran menyatakan prinsip perjuangan dan kesetiaan pada parti tidak dapat dibeli dengan wang ringgit walaupun tawaran diberikan itu satu nilai yang tinggi. Sebelum itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Abdul Khalid Samad memberitahu kegiatan pembelian Ahli Parlimen ini akan diteruskan dan pendedahan video akan dilakukan oleh Azam Ismail dan Indera Mahkota.

"Walaupun mereka dari Umno menafikannya tetapi kita ada video yang boleh membuktikannya.

"Soal beli Ahli Parlimen adalah satu hakikat dan tawar menawar itu berlaku, ia bukan satu perkara yang direka oleh Pakatan Rakyat," jelas Khalid.

Beliau menyata, tranformasi yang dilakukan dalam pemerintahan Najib adalah membeli Ahli Parlimen Pakatan Rakyat dengan tujuan untuk mendapatkan majoriti di Parlimen. Sementara itu, Abdul Aziz Kadir, Ahli Parlimen Ketereh beliau turut menerima panggilan telefon dan dipanggil berbincang namu beliau telah menolak pelawaan tersebut kerana kesetian beliau pada parti dan juga Pakatan Rakyat. (Hrkh)

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Kesian, ahli parlimen pun boleh dibeli macam babi dikandang.

Konflik Kepintingan Noh Omar, Udang Galah..

DAP dakwa ada projek udang atas tanah Noh Omar
ADUN Sekinchan Ng Suee Lim hari ini mendakwa Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar terlibat dalam konflik kepentingan apabila didakwa membuat persetujuan membabitkan satu perusahaan ternakan udang pada tahun lalu.

Ng mendakwa satu kaveat persendirian dibuat ke atas sebidang tanah seluas 30 ekar di Tanjung Karang - seluas kira-kira 15 padang bola - yang dimiliki Noh yang juga ahli Parlimen Tanjung Karang.

NONEDalam perjanjian tersebut, Noh memberi kebenaran kepada syarikat Pristine Agrofood Sdn Bhd untuk mengusahakan ternakan udang di tanah tersebut selama 10 tahun, dakwa Ng.

Perkara itu jelas merupakan satu konflik kepentingan kerana projek usahasama itu berada di bawah portfolio menteri berkenaan, dakwa Ng.

Ng membuat pendedahan tersebut ketika membentangkan usul di DUN Selangor, bagi menyekat wakil rakyat Selangor dan ahli majlis di negeri tersebut daripada membeli tanah semasa tempoh khidmat mereka.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Ng mendakwa tanah berkenaan didaftarkan pada 21 Oktober 2009.
Seorang pengarah syarikat Pristine Agrofood, Chu Bak Teck ketika dihubungi lewat petang ini berkata Noh tidak terlibat dalam perusahaan itu dan hanya merupakan pemilik tanah berkenaan. (MK)

Kisah Hidup Penguin Di Kutub Selatan.

UNGKAP RAHSIA YANG MAHA AGUNG
PENGUIN hidup di bahagian kutub planet kita. Keadaan unik kawan kutub ini ialah ia amat sejuk dan sentiasa ditutupi dengan salji dan ais. Cuacanya terlalu sejuk hingga membentuk glasier di bawah laut. Sekarang, fikirkan kesejukan yang orang-orang alami ketika bermain bola salji di musim sejuk.

Mereka merasa sejuk walaupun mereka memakai baju bulu, kot, topi, sepasang kasut dan skaf. Ketika mereka bermain bola salji, suhunya hanya sekitar 10 darjah selsius bawah paras beku. Penguin pula hidup di tempat yang suhunya rendah sehingga 400 C bawah paras beku.

Tambahan pula, penguin tidak mempunyai kot, baju bulu atau sarung tangan, dan mereka tinggal di tempat yang jauh lebih sejuk daripada tempat kita. Mereka berjalan di atas ais tanpa kasut dan mereka tidak pula jatuh sakit. Mereka tidak mempunyai rumah. Mereka tidur di atas ais. Jika kamu berbaring di atas ais selama beberapa minit, kamu pasti akan jatuh sakit. Tetapi, tiada apa-apa yang berlaku kepada penguin, mengapa?


Kerana Allah telah menjadikan mereka sedemikian rupa sehingga membolehkan mereka hidup di sebuah persekitaran yang sejuk. Badan penguin dan sifat-sifatnya amat berbeza daripda tubuh kita. Kerana itu, ia dapat hidup di dalam cuaca paling sejuk tanpa sebarang kesukaran.

Allah telah membaluti tubuh penguin dengan sekeping lapisan lemak yang tebal, supaya ia tidak merasa sejuk. Lapisan lemak ini melindunginya daripada merasa sejuk, dan bertindak sebagai kulit. Sedangkan, lapisan lemak di sekeliling tubuh kita amat nipis dan kerana itulah kita mudah merasa sejuk. Sebab itu juga kita perlu memakai pakaian tebal ketika cuaca sejuk.

Penguin mempamerkan kesetiaan yang hebat kepada telur dan anak-anaknya. Penguin mengeram telurnya ketika cuaca sangat sejuk. Tidak seperti makhluk lain, bukan penguin betina yang mengeramkannya tetapi si jantan. Penguin betina hanya bertelur sebiji dan kemudian meninggalkannya kepada penguin jantan. Ia berjalan jauh untuk mendapatkan makanan kepada suami dan anaknya. Kerana mereka dikelilingi ais dan salji, ia perlu berjalan jauh untuk mendapatkan makanan.

Penguin jantan mengeram telurnya selama empat bulan penuh. Ia membawa telur ini di antara kedua kakinya dan sepanjang empat bulan ini, ia sekali pun tidak pernah meninggalkan telur ini. Jika ia melakukannya, telur tersebut akan membeku dan mati di dalam beberapa minit sahaja.


Penguin jantan ini begitu sabar, sehinggakan sepanjang empat bulan ini ia bergerak dengan telur berada di antara kedua kakinya. Kerana itulah ia tidak dapat berburu dan dan sentiasa lapar. Cuaca sangat sejuk. Jika cuaca menjadi terlalu sejuk, penguin-penguin jantan akan berkumpul bersama walaupun mereka mambawa telur di kaki mereka. Mereka menghampiri satu sama lain, membentuk bulatan, dan dengan cara ini, dapat memanaskan diri mereka.

Mereka bertukar kedudukan supaya penguin yang berada di luar bulatan akan merasa panas juga. Apabila telur tersebut hampir menetas, ibu penguin pulang daripada berburu. Ia memberi makan kepada anak kecilnya dengan makanan yang disimpan di dalam temboloknya. Untuk mencegah bayi tersebut daripada kesejukan, ibu bapanya membawanya di antara kaki mereka dan memanaskan badannya dengan tubuh mereka.

Seperti yang kamu lihat, Allah telah mengurniakan makhluk hebat ini beberapa sifat yang mengkagumkan. Allah menjadikan penguin badan yang dapat melindungi dirinya daripada kesejukan, dan menjadikannya begitu taat setia. Kerana mereka amat dedikasi, mereka memelihara anak-anak mereka. Sifat-sifat ini telah diberikan kepada penguin berjuta-juta tahun dahulu. Penguin yang hidup dahulu dan kini tidak berubah walaupun sedikit dari segi kesetiaannya.

Itulah andara ungkapan rahsia Yang Maha Agung. (IH)

Parlimen Mesir: Boleh Hubungan Seks Dg Mayat..

http://greatknightx.files.wordpress.com/2011/01/necrophiliac2.jpg?w=300

http://indiefatigable.files.wordpress.com/2007/09/cannibal-holocaust-impalement.jpg?w=426
 Sejarah mencatat hal yang pernah terjadi di Mesir ribuan tahun lalu. Suami yang takut mayat isetrinya diperlakukan tidak senonoh, mereka menyimpan mayat di rumah sampai busuk. Salah satu yang menjadi legenda hingga kini adalah Raja Herod yang membunuh isterinya, kemudian berhubungan seks dengan mummy mayatnya selama lebih dari 7 tahun.

KAHERAH: Seseorang suami akan dibenarkan mengadakan hubungan seks dengan mayat isteri mereka - sehingga enam jam selepas kematian wanita berkenaan. Undang-undang kontroversi itu adalah sebahagian daripada langkah baru diambil Parlimen Mesir.

Parlimen turut mencadangkan usia minimum untuk seseorang perempuan bernikah diturunkan kepada 14 tahun, selain mengekang hak wanita mendapat pendidikan serta pekerjaan. Perubahan itu dibantah Majlis Wanita Kebangsaan (NCW) Mesir dan mereka giat menjalankan kempen bagi mengelak ia diluluskan.

Ketua NCW, Dr Mervat al-Talawi, berkata undang-undang itu merendahkan status wanita dan menjejaskan pembangunan negara. Dr Mervat turut menulis kepada Speaker Parlimen, Dr Saad al-Katatni, bagi menyatakan kebimbangannya.

Wartawan akhbar al-Ahram, Amro Abdul Samea, melaporkan usul itu dibentangkan hasil “tafsiran terhadap hukum Islam.” Isu hubungan seks dengan mayat isteri timbul pada Mei tahun lalu apabila seorang ulama Maghribi, Zamzami Abdul Bari, berkata status perkahwinan seseorang kekal walaupun seorang daripada mereka meninggal dunia.

Zamzani berkata, seorang wanita juga berhak mengadakan hubungan seks dengan suaminya walaupun lelaki terbabit meninggal dunia. Pandangan itu dilaporkan laman sesawang alarabiya.net baru-baru ini.

Usul di Parlimen Mesir itu dibentangkan melalui draf undang-undang digelar “Asmara Selamat Jalan.” Sementara itu, seorang personaliti televisyen Arab, Jaber al-Qarmouty, mengecam cadangan berkenaan.

“Ia tidak boleh diterima.

“Adakah ajaran Islam boleh menerima pandangan itu?” katanya. Sumber: Alarabiya

Komen Weblog Ibnu Hasyim:  Apakah perkara seperti ini boleh berlaku dalam dalam kabinet Presiden Mohammed Mursi yang ada sekarang?

Lihat sebelum ini...
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS


Thursday, July 12, 2012

'Bertemu Janji Allah' Kuliah N/Aziz Dibukukan



SHAH ALAM: Buku kompilasi kuliah Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ‘Bertemu janji Allah’ selamat dilancarkan oleh beliau sendiri baru-baru ini. Buku yang dianggap segar sepanjang zaman ini adalah himpunan kuliah-kuliah Tuan Guru Nik Aziz dilancarkan sempena Pesta Buku Selangor yang berlangsung di SACC Mall 8 Julai lepas.

Turut hadir pada majlis tersebut, Khalid Samad, Ahli Parlimen Shah Alam.  Buku ini terbitan Kemilau Publika Sdn Bhd dan boleh didapati disemua kedai buku seluruh negara. Ia boleh juga dipesan secara online melalui www.kemilau.net.my.
Buku berkulit keras ini adalah buku pertama terbitan syarikat ini yang dicetak di Indonesia. Ia dijual dengan harga RM39.00. (Hrkh)


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sebagai simpanan bahan sejarah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails