Saturday, July 14, 2012

N/Aziz, Teori Air Lior & Buku 'Senyumlah' T/Ibrahim.


TANAH MERAH: Buku 'Senyumlah' yang dikarang oleh Ustaz Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man semalam telah diserahkan kepada Musyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat ketika mereka bertemu di Tanah Merah pada majlis ceramah.

Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat menyerahkan buku tersebut di pentas utama ketika Tuan Guru Nik Aziz tiba di majlis ceramah. Sempat juga Nik Aziz membincangkan sesuatu mengenai catatan di muka belakang buku tersebut bersama Tuan Ibrahim, yang juga anak saudaranya.

Buku Senyumlah itu telah dilancarkan oleh Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang ketika Himpunan Hijau ke Putrajaya, Peringkat Negeri Pahang pada 1 Julai yang lalu. Buku berbentuk motivasi itu juga merupakan buku sulung karangan Tuan Ibrahim.

Antara yang menarik di dalam buku ini ialah “Teori Air Liur” yang bakal membuka dimensi baru dalam konteks pemahaman agama. Tuan Ibrahim mengingatkan orang ramai bahawa selain bernafas, manusia juga menelan air liur dalam keadaan tidak sedar – seperti bernafas, untuk meneruskan kehidupan, air liur yang ditelan juga berperanan menentukan kehidupan manusia.

Air liur yang ditelan ketika sembahyang, beristighfar, berzikir adalah tidak sama ketika kita mengumpat – dan semua itu diterangkan dengan jelas oleh Ustaz Tuan di dalam bukunya. Buku ini berharga RM17 untuk Semenanjung and RM20 untuk Sabah dan Sarawak. Untuk pembelian, sila rujuk ke pautan ini:  http://on.fb.me/MrWRjA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails