Wednesday, July 11, 2012

Rogol Tentera Australia, Al-hamdulillah M'sia Baik!


Dia, seorang pegawai kanan tentera laut Australia didapati bersalah di mahkamah tentera, kerana berulang kali menampar punggung kelasi wanita bagi menguji disiplin dan ketaatannya. Leftenan Komander John Alan Jones, 58, didapati bersalah atas tujuh dakwaan mencabul... berita tahun lepas..

SYDNEY: Satu laporan hasil kajian terhadap tentera Australia yang diumumkan semalam mendedahkan 24 dakwaan merogol yang tidak pernah dibicarakan dan beberapa dakwaan lain yang menurut Menteri Pertahanan, akan mengejutkan orang ramai.

Kajian itu diarah oleh kerajaan tahun lalu berikutan apa yang dipanggil skandal Skype, apabila rakaman menunjukkan seorang rekrut lelaki mengadakan seks dengan rakan sekelas wanitanya tanpa menyedari ia disiarkan secara onilne kepada kadet di bilik sebelah.

Beberapa dakwaan itu sudahpun didedahkan menerusi media tetapi Smith semalam mendedahkan keseluruhan dokumen setebal 1,500 muka surat itu yang menjelaskan secara terperinci 847 dakwaan kejadian pencabulan seks bertarikh dari 1950-an.

“Ia membangkitkan dakwaan serius dan menimbulkan perkara yang amat sensitif dan akan mengejutkan orang ramai,” kata Smith mengenai laporan itu.

Selain dakwaan merogol, menurut laporan itu, dari 1950-an hingga ke awal 1980-an, ramai rekrut lelaki berusia 13, 14, 15 dan 16 tahun dalam pasukan pertahanan itu dicabul secara serius dari segi seks dan fizikal.

Sehingga 1960-an, budak lelaki semuda 13 tahun diambil menyertai tentera laut sementara yang berusia 15 tahun diterima untuk tiga perkhidmatan tentera sehingga awal 1980-an. Usia minimum untuk menyertai tentera negara itu kini ialah 17 tahun.

Laporan itu juga menyebut: “Adalah pasti ramai anggota wanita muda dalam pasukan pertahanan mengalami pencabulan seks dan fizikal yang serius.” - AP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails