Saturday, July 14, 2012

Iran-Hizbullah, Tarik Balik Sokong Bashar! -Abd Hadi



(Presiden PAS berbincang dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi)

TUNISIA: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang semalam berada di Tunisia dalam rangka lawatan bertemu pimpinan tertinggi Parti An-Nahdah selepas parti Islam itu berjaya memenangi pilihan raya negara itu Oktober tahun lalu.

Dalam kesempatan itu, Tuan Guru Abdul Hadi telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Parti An-Nahdah Dr. Rashid Ghanoushi sekaligus menyampai ucapan tahniah daripada PAS di atas kemenangan parti itu. Turut serta dalam pertemuan itu pemimpin Hizbullah, Palestin.

An-Nahdah penah memenangi pilihan raya Tunisia beberapa tahun lalu dengan majoriti yang besar, tetapi kemenangan.


(Ustaz Hadi menjadi tetamu dalam muktamar An-Nahdah)

Namun ia dinafikan dan An-Nahdah diharamkan, pemimpinnya dipenjara dan sebahagiannya terpaksa berhijrah keluar negara termasuk Dr Rashid Ganoushi sendiri. Namun pada pilihan raya terbaru Oktober lalu, iaitu selepas berlakunya revolusi rakyat di negara iti, An-Nahdah telah telah mendapat majoriti kerusi dan memenangi pilihan raya tersebut.

Keputusan itu sekaligus menyaksikan Munsif Marzouki, pimpinan An-Nahdah dilantik Presiden Tunisia yang baru. Kunjungan presiden semalam juga adalah bersempena dengan Muktamar kali ke-9 parti itu yang dibuat secara besar-besaran bermula semalam dan akan berakhir esok, 15 Julai.

Mengambil tema 'Masa Depan Kita Ditangan Kita', muktamar kali pertama diadakan secara terbuka itu turut disiar secara langsung melalui stesen televisyen tempatan. Muktamar tersebut juga turut menyaksikan kehadiran pemimpin gerakan Islam dari seluruh negara termasuk Ikwan Muslimin Mesir, Hamas Palestin dan Hizbullah.

Nyata pendirian isu Syria

Dalam pertemuan dengan Rashid Ghanoushi dan pemimpin Hizbullah itu, Presiden PAS turut menyatakan pendirian PAS dan gerakan Islam lain terhadap politik Syria. Menurut Tuan Guru Abdul Hadi, PAS bersama dengan gerakan Islam lain menentang tindakan kejam regim Bashar Al-Assad terhadap rakyat dan pada masa sama juga menentang campurtangan kuasa barat di Syiria.

"Kita desak Iran dan Hizbullah menarik balik sokongan mereka sebelum ini terhadap Bashar.

"Dan PAS akan bersama-sama parti Islam lain akan berusaha bagi menyelesaikan masalah Syria tanpa campurtangan asing," katanya.

Sementara itu, hari ini pula Presiden PAS akan berada di Maghribi menjadi tetamu khas Perdana Menteri Abdul Ilah Kiran, juga bersempena Muktamar Parti Islam Keadilan dan Pembangunan di sini. (Hrkh)

Lihat sebelum ini..
 E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS
E-Buku IH-57: Ikhwan Mulimin & PAS

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails